Projek terkini SaifulSham
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Sejak dari tahun 2005 banyak perkara yang telah ditulis saya dan Sabri. Untuk mengekalkan blog ini terus relevan sepanjang masa, kami sentiasa perlu menambahkan ilmu sedia ada dan mencari perkara-perkara baru untuk dihidangkan untuk anda.
Dalam tempoh 2 tahun ini, kelompok pembaca juga telah banyak berubah. Kelompok pembaca sekitar 2005 kebanyakannya boleh dikatakan sudah senior dalam perniagaan internet.
Kelompok pembaca pada tahun ini kebanyakannya masih baru dengan perniagaan internet. Sebab itu mungkin saya cuba untuk menulis semudah yang mungkin untuk pemahaman semua pihak.
Tips-tips yang terlalu teknikal banyak menyebabkan pembaca garu kepala. Haha. Jadi, kami kekal dengan tips yang mudah. Kadangkala, tips itu sudah ditulis pun dahulu, cuma ditambah nafas baru (update).
Baik, berita terbaru bahawa PayPal sudah boleh dikeluarkan secara terus ke kad debit/kredit mungkin adalah berita paling hangat diwaktu ini. Sebelum ini, saya hanya tahu daripada En. Nasir (KuasaForex.com) bahawa urusniaga forex sudah lama mengaplikasikan teknik itu. PayPal nampaknya telah bertindak untuk memenuhi keperluan penggunanya yang luas.
(Hey, kami sedikit sedih kerana tidak dapat beli lagi fund daripada anda selepas ini,
hahaha)
Oh ya, kita sudah berada di bulan Oktober (wahh, cepat masa berlalu). Sebelum raya pada minggu hadapan, fikirkan kembali pencapaian anda setakat ini. Apakah anda benar-benar berpuas hati?
Kalau ditanya saya, saya tidak berpuas hati dengan apa yang dicapai, tetapi saya harus juga menerima hakikat bahawa kesibukan menjadi pelajar tahun akhir (dengan Final Year Project) membataskan masa saya membantu Sabri dan staff.
Apapun, dengan adanya adik saya, Syamim sebagai anggota baru SaifulSham, beliau telah banyak menyumbang pendapatan secara signifikan kepada kami sejak 3 bulan lalu.
Jika anda mahu tahu apa yang kami cuba sorokkan kepada anda selama ini, biarlah saya beritahu anda bahawa kami telah melakukan jualan produk secara besar-besaran di New Zealand. Jika tiada aral melintang, kemungkinan besar untuk kami menubuhkan syarikat rasmi disana akan menjadi kenyataan dalam masa setahun lagi. (Saya menulis disini supaya anda menjadi saksi bahawa saya perlu kotakan janji saya!
).
Oh ya, jika anda bertanya apa sudah jadi pada SaifulSham.Co.Nz, sebenarnya SaifulSham.Co.Nz bukannya telah mati, cuma adik saya tidak ada masa menulis. Beliau sibuk mengimbangi pelajaran dengan bisnes disana. Jadi, saya berikan dia kelonggaran.
Oh ya, kami ingin mengumumkan cadangan Joint Venture terbaru kami dengan sesiapa sahaja. Jika anda sedang tinggal diluar negara sekarang ini, sila hubungi kami di saudagar(at)saudagar.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai usaha Joint Venture ini.
Hantarkan email dengan menulis NAMA ANDA, TEMPAT TINGGAL SEKARANG DAN NYATAKAN SEDIKIT MENGENAI DIRI ANDA (profesion, cara untuk dihubungi dan apa jua maklumat yang anda boleh kongsikan mengenai diri anda).
(Keutamaan adalah dinegara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi)
Kami akan sediakan sokongan laman web dan teknikal untuk projek JV terbaru ini. Dan ianya berbentuk pegangan saham, anda akan diberikan hak pegangan sehingga 50 peratus atas hasil keuntungan. Saya buka ianya kepada sesiapa sahaja (wajib tinggal diluar negara).
Kami ingin terbang lebih jauh!
Projek terbaru ini adalah berbentuk Francais! Ia adalah duplikasi projek di New Zealand!
Sekian,
W.M.Syazwan
Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under Ecommerce Mastery, Idea Bisnes, Keusahawanan, Khidmat Pelanggan, Pemasaran & Promosi, Perancangan Ebiz, Perniagaan Internet, Promosi, Sales, Shopping Cart, strategi bisnes | RSS


















Hebat juga projek yang sedang dijalankan oleh saifulsham group. Rasa macam nak join, Tapi banyak perkara lagi yang perlu saya belajar tentang bisnes internet
. Mungkin tahun depan kot baru boleh join.
Saya baru tahun lepas “menemui” laman web ini.
Selama setahun saya perhatikan,laman web ini
menyediakan banyak maklumat untuk perniagaan internet dan lain-lain lagi.
Selama setahun saya membaca tulisan di laman web ini,saya mendapat satu kebaikan.
Kebaikannya bagi saya ialah-ia mengasuh diri saya untuk berfikir sebagai seorang ahli perniagaan yang berwawasan dan dinamik.
what the great deal I hope team saifulsham can be what ever they want just god bless you
bye see ya good luck
slmt ptg,
peluang yang baik utk sesiapa yang tinggal di luar negara…
rugi btl saya tinggal di sini sb tak dpt join dengan team saifulsham…
utk siapa yang tinggal di luar tu, jgn lps kan peluang ni…
han
hai…
teruja sebenarnya nak tahu projek terkini saifulsham.
keutamaan diberi kepada negara yang menggunakan english ek.bagaimana lak dengan negara Jepun? Student kita ramai kat sana. Atau diorang kena contact saifulsham untuk mulakan JV?
tak tahu kenapa, saya teruja membaca post kali ini..
Thanks
- Shueqry -