Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

B_sans-ser_1_orangeila saya baca balik post pertama saya mengenai peristiwa ini, garang juga saya bunyinya ketika itu ya. Sebenarnya, saya tidaklah garang sangat, tetapi sedikit marah dan kecewa itu memang tidak dapat nak dielakkanlah kan. Saya rasa kebanyakan mereka yang terlibat dan merana dalam peristiwa Terbunuhnya Server PURE EcommerceMastery berasa sedemikian. Tetapi tidak mengapalah, kerana ia banyak juga memberi pengajaran dan pengalaman yang berguna kepada kita.(Dramatik pula ayat saya)

Hehe… tetapi saya mahu anda tahu, memang hidup saya kurang teratur sedikit 2-3 hari ini kerana perlu menumpukan kepada masalah ini. Dan kebetulan pula banyak ujian-ujian (test) perlu saya tempuhi dalam tempoh tersebut (mungkinkah ini ujian Tuhan untuk saya di bulan Ramadhan?) hmm…

Saya rasa, mungkin ramai tidak berminat dengan apa yang berlaku, jadi saya share dulu pengajaran yang boleh dikongsi. Selepas dari itu, jika ada pelanggan EcommerceMastery hendak tahu maklumat lanjut mengenai apa yang berlaku boleh terus baca.

Pengajaran Untuk Kita Semua Kutip

  1_green_1

Simpan backup Laman Web Anda Sendiri

Anda perlu simpan backup terkini (paling lama pun usia satu minggu) laman web anda sendiri, di dalam komputer anda sendiri. Ketika peristiwa Terbunuhnya Server PURE EcommerceMastery ini, nasib baik kami mempunyai polisi untuk menyimpan backup pelanggan. Jadi akaun anda dapat diselamatkan tanpa sebarang masalah.

Cuba anda bayangkan jika syarikat hosting anda tidak mempunyai backup.

Apa akan terjadi? Anda kena start semula dari kosong ya. Sanggup? Jangan main-main. :)

Dan kadang-kadang, backup boleh corrupt terutamanya jika laman web anda bersaiz besar. Dalam hal ini, lebih baik anda bersedia. Banyak backup tak apa dari anda sekadar mengharap satu sumber dan sumber itu rosak.

Jadi buatlah backup.

Tidak susah pun, mari saya ajar anda satu cara mudah,

Cara Untuk Melakukan Full Backup Akaun Hosting Anda (DIY)

1) Login ke Cpanel & Klik “Backup”

bekap

2) Klik Generate/Download Full Backup

full

3) Klik Generate Backup

generate

4) Download Backup Ke Komputer

Apabila backup telah selesai, anda akan dimaklumkan melalui emel, dan ikuti semula langkah satu dan dua, anda boleh mendownload backup anda dengan cara klik pada nama backup tersebut.

downloadbackup 

Nota Akhir: Jangan lupa untuk delete semula backup yang anda telah lakukan dengan login ke Cpanel>File Manager, kerana fail backup tersebut akan memakan ruangan storan fail anda jika tidak dibuang.

Jika anda mengalami masalah ataupun perlu nasihat lanjut, hubungi syarikat hosting anda. Mereka akan dapat memberi khidmat nasihat lebih baik.

Membuat backup adalah tanggungjawab kita. Jangan terlampau mengharapkan syarikat hosting. Sebab dengan backup, terutamanya yang melibatkan saiz file yang besar, banyak benda yang boleh silap. File boleh corrupt dan sebagainya. Jadi pastikan anda mempunyai backup sendiri. (buat at least seminggu sekali)

Apa Itu Spamming? Adakah Apa Yang Saya Buat Ini Spamming?

EcommerceMasteryTigerC22a-A00aT08a-A Banyak benda yang boleh ditakrifkan sebagai spamming ini.

Tapi kita tengok yang paling mudah, email spamming.

Pernah tak anda mendapat emel dari orang yang tidak dikenali mengatakan anda telah memenang wang sebanyak berjuta-juta ringgit?

Haa, itu adalah contoh emel SPAM.

Sekarang ini, emel SPAM pun tidak semestinya akan masuk ke folder SPAM atau JUNK Mail terus, kadang-kadang ia akan tersangkut juga dalam folder INBOX kita.

Kita bersalah melakukan SPAM jika kita emel orang yang tidak dikenali tanpa kebenarannya. Selalunya di emel kepada ramai-ramai orang serentak

1) Dengan menggunakan perisian khas untuk collect email pelanggan dari Internet
2) Dengan membeli senarai emel yang mengandungi berjuta-juta emel dari pihak lain.

Ini semua adalah SPAM.

Oh ya, jika anda tidak tahu, melakukan SPAM adalah satu jenayah. Ada beberapa orang Spammers telah dihukum di Amerika Syarikat. (Denda, larangan menghampiri komputer selama beberapa tahun dll)

Cukuplah macam ini. Cuba anda bayangkan anda dimasukkan ke penjara. Jiran sebelah kiri anda adalah pembunuh.Jiran depan peliwat. Sudahlah muka anda skema dan nerd sedikit.

Memang anda pasti akan jadi lauklah. Mesti anda diragging dan dilanyak habis-habisan di penjara nanti. (di sekolah asrama pun pelajar dipukul sampai ada yang mati, inikan pula di penjara)

Anda nak kena macam tu? Jadi lebih baik jauhilah SPAM. Jika anda gusar dan ragu, hubungi mentor anda ataupun syarikat hosting anda. Itu lebih baik. :)

Untuk mengelakkan tuduhan anda melakukan SPAM, apabila anda menghantar emel kepada ramai orang, pastikan bahawa list anda “double opt in”. Mereka ini telah memberi kebenaran kepada anda untuk menghantar emel kepada mereka.

Jauhi perkara-perkara black hat, gray hat dan sebagainya. Jadi untuk menjawab soalan Shuth, pilihlah warna putih atau pink atau biru atau hijau atau ungu. Jangan sesekali pilih warna hitam.

i_101

Sedikit Senarai Perisian Yang Memang SPAM

(Ini cuma sebahagian perisian yang memang diketahui adalah SPAM)

  • Super Email Spider
  • AMS
  • Apa-apa juga perisian pengumpul emel automatik
  • Apa-apa juga jenis email blaster

Sesi Debriefing Untuk Pelanggan Hosting EcommerceMastery.com

EcommerceMasteryTigerC22a-A01aT08a-Z_smlTerima kasih atas sokongan berterusan anda kepada kami. Kami sangat menghargainya.

Terutama buat kepada mangsa-mangsa pembunuhan server PURE baru-baru ini. Kami memahami dan turut merasai penderitaan dan kerugian yang anda alami. Sebelum kita bercerita apa yang akan terjadi pada masa akan datang, biarlah kita bercerita mengenai masa lepas pula. Anda sudah tahu apa yang terjadi bukan? Jika belum anda boleh membaca kisahnya di sini.

Ketika saya memberi ETA 12 jam pada mulanya, ketika itu saya yakin kerana kami mempunyai backup salinan file-file anda. Tentatifnya kita hanya perlu mendapatkan server baru di DC baru dan restore kembali.

Walaupun kadang-kadang proses mendapatkan server baru boleh makan masa sehingga 2 hari, kami optimis dapat mendapatkannya dengan cepat kerana sudah mempunyai alternatif ke mana hendak mendapatkan server baru tersebut.

Setelah mendapatkan server baru tersebut (10 jam+), proses memindahkan backup ke server baru memakan masa yang agak lama juga kerana jumlah file yang besar dan akaun yang banyak.

Setelah berjam-jam masa dihabiskan untuk memindahkan backup tersebut, apabila tiba masa untuk restore backup tersebut, admin mendapati backup tersebut tidak compatible,

Jadi di sini yang membuatkan masa yang diambil lebih lama. Akhirnya kami mendapatkan khidmat seorang programmer untuk membantu. Ketika ini domain anda sudah okay tetapi banyak yang mendapat 403 error.

Selepas itu kami meminta bantuan pihak Cpanel sendiri dan selepas itu barulah semuanya selesai.

Rasmilah, Server PURE mendapat jasad baru. :)

Sehingga ke hari ini, kami menjangkakan semua isu selesai kecuali kemungkinan beberapa kes terpencil. Dalam tempoh mulai Selasa ini, kami akan memulakan proses untuk tighten server baru ini untuk menjadikan ia sepower dahulu. Jadi dalam seminggu dua minggu ini jika ada perkara pelik dan luar biasa terjadi, itulah puncanya.

Tetapi yang pasti, kami menjangkakan tidak ada sebarang downtime yang berpanjangan lagi.

Oh ya, memandangkan server baru ini mempunyai kapasiti yang lebih baik dan sekaliganda lebih hebat dari server PURE yang lama, technology partner kami mencadangkan agar semua akaun di server PRO dipindahkan ke server PURE. Ia akan kami lakukan paling lewat 3 minggu dari sekarang.

Perubahan/Penguatkasaan Polisi Baru EcommerceMastery

Jika ada perubahan pada polisi EcommerceMastery, ketahuilah bahawa ia adalah untuk kebaikan semua pihak. Kami ingin membantu anda sebaik-baiknya dalam mencapai cita-cita perniagaan internet anda.

Mengenai perubahan polisi baru, saya rasa tidak ada banyak sangat yang ingin saya sentuh, sebab semuanya terkawal. Cuma saya harap anda baca juga post saya sebelum ini. Bagus juga terjadi perisitwa ini, jadi banyak perkara yang terbuku di hati dapat diluahkan.

Cuma yang saya ingatkan, hosting yang anda gunakan tidak sesuai untuk diinstall dengan perisian autoresponder. Perisian autoresponder sebaiknya menggunakan server khas untuk email.

Mana-mana syarikat hosting yang mempunyai integriti pun akan memberitahu anda perkara tersebut. Shared server mempunyai had mengenai berapa bilangan emel yang anda boleh hantar dalam tempoh sejam. Mungkin ketika emel list anda masih kecil anda tidak akan mengalami masalah, tetapi lama kelamaan anda pasti berdepan masalah.

Kami menyediakan kemudahan khas autoresponder kepada anda. (kami juga menyediakan perisian affiliate) yang boleh anda sewa dengan kadar sangat berpatutan setiap bulan.

Perisian-perisian ini adalah dibawah EcommerceMastery Smart Tools dan bukan Hosting Division. Jadi ia tidak diberi percuma dengan hosting. Perisian Ecommerce yang anda dapati dengan hosting, adalah shopping cart dan perisian-perisian di dalam Fantastico sahaja.

Untuk pengetahuan anda, beberapa orang protege SaifulSham bernaung di bawah program kami menggunakan sepenuhnya kemudahan EcommerceMastery Smart Tools untuk menghasilkan ribuan RM setiap bulan.

Jadi, jika anda yakin dan benar-benar serius dalam perniagaan Internet anda. Come & talk to us. Kami akan membantu anda.

Anda perlu tahu, kami pun mempunyai mentor dan godfather yang banyak membantu membimbing kami dalam perniagaan internet. Tanpa beliau, tidak mungkin kami seperti hari ni.

Jadi, kami akan cuba menjadi kepada anda, apa yang beliau jadi kepada kami. Kami amat bersedia untuk membantu orang yang ingin membantu dirinya sendiri. Come & talk to us!

Dengan syarat sudah tentu, anda merupakan pelanggan kami!

Selamat Berjaya, Good Leverage!

Sabri