Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Cara Membeli Di Internet | Pembelian Internet | Pembelian Online

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

K_sans-ser_1_orangeita telah selalu dihidangkan dengan cara menjual di Internet. Tetapi tahukah anda sekarang, di Malaysia pembelian online masih berada di tahap infancy lagi. Sedang menuju ke arah yang lebih baik, tetapi masih baru sebenarnya. Banyak kad kredit yang sukar ataupun tidak boleh terus digunakan untuk pembelian online. Hatta untuk laman web yang popular pun. (seperti AirAsia.com)

Jadi hari ini saya ingin menulis sedikit mengenai cara membeli belah di Internet. (jika anda belum pernah membeli di Internet, jangan cuba-cuba menjual!)

Secara spesifiknya, laman web yang menggunakan Verified By Visa teknologi. (MasterCard juga mempunyai program yang sama dipanggil MasterCard Secure Code)

Jangan main-main. Saya yang dah seasoned shopping online pun sampai kena block kad sebab decline lebih dari 3 kali (error dan tak reti guna)! Jadi, you MUST know this.

Tidak semestinya juga anda akan berdepan dengan situasi yang sama, tetapi gunakan conscience (logik) anda jika berdepan dengan situasi yang anda tidak familiar.

Sedikit tips:

  • Jika anda tidak tahu hendak buat apa, panggil Servis Khidmat Pelanggan Bank anda. (nombornya boleh didapati di belakang kad)
  • Tanya mengenai status kad anda, baki, boleh buat pembelian online atau tidak. Apa yang anda perlu buat terlebih dahulu untuk membolehkan kad anda digunakan. (sesetengah kad tidak boleh digunakan online dan ada kad anda perlu memaklumkan kepada bank terlebih dahulu)
  • Selepas itu baru beritahu telesupport tersebut masalah anda. (ini untuk mengelakkan telesupport tadi buat conclusion yang salah mengenai masalah anda)
  • Realitinya, 90% dari masalah pembelian berada di pihak kad dan bukan di pihak merchant. Tetapi selalunya telesupport akan menyalahkan web site merchant dan meminta anda menghubungi merchant.

 1_blue1_1

Klik Butang Tempahan & Isi Maklumat-maklumat Yang Diberikan Dengan Betul.

Tips: Pastikan, apabila saja anda memasukkan nombor kad kredit anda alamat laman web tersebut bermula dengan https://

(atau ada lambang kunci di status bar browser anda)

Tetapi, apabila anda memasukkan alamat dan sebagainya, tiada https tidak mengapa. Yang penting waktu anda memasukkan nombor kad kredit mesti ada.

Adakalanya, transaksi anda akan diproses dalam USD (walaupun penjual dari Malaysia). Ini adalah kerana, mereka menggunakan pemproses bayaran dari Amerika Syarikat)

Dalam hal ini, biasanya mereka akan ada polisi fixed pegging dan tidak mengikut rate sebenar. (spt polisi syarikat kami RM3=US$1). Kami tidak mahu berada di dalam ketidak pastian dan selalu memeriksa kadar tukaran wang, lebih baik masa tersebut digunakan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Jika anda mahu membayar harga sebenar, anda boleh sahaja memilih cara bayaran lain seperti Bank Transfer.

Adakalanya, anda juga akan di bawa ke laman web pihak ketiga seperti 2checkout.com, & Paypal.com untuk memasukkan maklumat kad kredit anda.

Adakalanya, anda akan di paparkan dengan page ini selepas memasukkan nombor kad anda. (Verified Visa & Master Card Secure Code)

verified2 

Di laman ini anda akan diminta untuk menghasilkan pin khusus untuk pembelian di laman web. (8 angka) Gunakan keypad yang dipaparkan untuk memasukkan nombor tersebut. (gunakan mouse untuk klik)

Anda perlu ingat pin ini untuk kegunaan di masa hadapan!

Ruangan Personal Message adalah ruangan untuk memasukkan mesej yang akan keluar di laman web yang sah, setiap kali Verified Visa dipaparkan.

verified 

Jika anda menggunakan Kredit Kad, di ruangan Credit Line, masukkan Had Kredit Anda. Jika tiada had, masukkan 000000

Jika anda menggunakan Debit Kad, di ruangan tersebut masukkan 6 kosong. (000000)

Nombor CVV2/CVV boleh didapati di belakang kad kredit anda. (3 atau 4 nombor terakhir selepas nombor kad anda)

Untuk ruangan nama ibu, masukkan nama penuh ibu anda dalam huruf besar.

Jangan lupa untuk klik “Return To Merchant” atau Kembali Ke Laman Web Penjual atau “Continue” ataupun yang sejenis dengannya.

Ini adalah untuk memuktamadkan pembelian anda.

Sekarang, pembelian anda telah muktamad.

Jika anda mengalami masalah pada ketika ini, barulah sesuai anda menghubungi penjual kerana mereka dapat track di mana error tersebut berlaku. (jika anda masih dalam proses pembayaran, penjual pun sama seperti anda tidak tahu apa-apa. Hanya boleh agak sahaja!)

Jangan terkejut jika statement anda menunjukkan harga yang lebih mahal dari sepatutnya. Sesetengah kad mengenakan caj tukaran asing kepada transaksi dalam matawang selain RM dan sesetengad juga mengenakan transaksi untuk pembelian luar negara (Payment processor diluar negara=pembelian di luar negara juga)

Jangan juga terkejut jika penyata kredit kad anda menujukkan PAYPAL* atau 2CO* atau CLICKBANK* Ini adalah pemproses bayaran yang digunakan penjual di Internet.

Jika anda ada masalah selepas jualan, jangan segan silu untuk menghubungi penjual tersebut. Mereka boleh membantu.

Ada yang bertanya kepada saya, selamatkan pembelian di Internet ini?

Jawab saya, SANGAT SELAMAT. Kami pernah membeli barangan semurah US$1 sehinggalah US$3000 se unit dan sehingga kini tidak pernah kad debit kami di klon atau difraudkan.

Saya beri satu analogi, membeli di Internet ini macam naik kapal terbang. Walaupun kalau terhempas semua mati, tetapi ia sebenarnya lebih selamat dari naik kereta secara statistiknya. Membeli menggunakan kad kredit offline lebih berisiko kerana penjahat boleh mengklon data kad kredit anda dengan 100% accuracy (termasuk physical identificationnya seperti magnetic stripe sekali)

Cuma jangan memasukkan kad kredit anda di laman web bukan-bukan yang kita tidak tahu integritinya sudahlah (seperti laman web lucah, skim cepat kaya, phishing, dsbnya). Itu kami tidak jamin.

Selalunya di Internet, penjualnya penuh integriti. Jika Money Back Guarantee di tawarkan, penjual akan memulangkan kembali wang anda jika keadaan mengizinkan. (kes-kes tulin & bona fide)

Bacaan Lanjut:apa itu master card secure code cara beli barang online cara guna kad kredit online cara guna verified by visa kad kredit kad kredit internet pembelian internet pembelian online

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Pelaburan Tanah : Pembahagian hak milik
  • [News] Kad Debit BCB SmartCash Tidak Boleh Digunakan Online
  • Secrets To Plant Your Own Money Tree
  • del.icio.us:Cara Membeli Di Internet | Pembelian Internet | Pembelian Online-digg:Cara Membeli Di Internet | Pembelian Internet | Pembelian Online-spurl:Cara Membeli Di Internet | Pembelian Internet | Pembelian Online-wists:Cara Membeli Di Internet | Pembelian Internet | Pembelian Online-simpy:Cara Membeli Di Internet | Pembelian Internet | Pembelian Online-newsvine:Cara Membeli Di Internet | Pembelian Internet | Pembelian Online-blinklist:Cara Membeli Di Internet | Pembelian Internet | Pembelian Online-furl:Cara Membeli Di Internet | Pembelian Internet | Pembelian Online-reddit:Cara Membeli Di Internet | Pembelian Internet | Pembelian Online-fark:Cara Membeli Di Internet | Pembelian Internet | Pembelian Online-blogmarks:Cara Membeli Di Internet | Pembelian Internet | Pembelian Online-Y!:Cara Membeli Di Internet | Pembelian Internet | Pembelian Online-smarking:Cara Membeli Di Internet | Pembelian Internet | Pembelian Online-magnolia:Cara Membeli Di Internet | Pembelian Internet | Pembelian Online-segnalo:Cara Membeli Di Internet | Pembelian Internet | Pembelian Online
    Posted Monday, October 8th, 2007 at 2:02am
    Filed under Kedai Online, Khidmat Pelanggan, Sales, Shopping Cart | RSS

    5 Comments on “Cara Membeli Di Internet | Pembelian Internet | Pembelian Online”

    1. Han

      wah..
      cara pembelian online yang bagus…

    2. abdfatah

      kad kredit takder kad debit dalam proses laa nak buat pembelian online disebabkan akaun paypal punya pasal. hihiii… beli online memang selamat kalo ada gerenti..

      gerenti kena ada baru okeh… gerenti jangan tak gerenti..

    3. ronald

      Saya nih kalau bab-bab beli online belum pernah lagi. sebab tak ada kad kredit.

    4. rustum

      pihak syarikat kami mendapati golongan orang cina lebih banyak berani menggunakan kad kredit di internet untuk urusan pendaftaran syarikat secara online.
      di sini mungkin aspek ketidakpercayaan wujud - tetapi sebagai pemegang kad kredit - tuan/puan boleh buat aduan kat pihak bank kalau ada unsur unsur penipuan - tak kan rugi
      kami sebagai merchant boleh di rugikan melalui chargeback

    5. randavi

      Saya ada persoalan yang bermain difikiran, sekarang nih ada kad kredit yang boleh reload, boleh guna jugakah?

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.