Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Cara Untuk Meningkatkan Jualan Produk Anda Dengan Segera!

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

tSalam Hormat Pembaca Budiman,

Kami di sini masih di dalam mood raya. (kami bercuti sehingga 22 Oktober kan?) ;) Saya ada satu tips yang boleh anda aplikasikan dengan segera. Tips ini paling sesuai digunakan jika anda menjual produk fizikal dan mungkin kurang sedikit dengan produk digital.

Tips $$: Berikan Kupon Bulanan Untuk Pelanggan Terbaru!

Apabila pelanggan anda membeli dari anda, berikan mereka kupon diskaun yang hanya sah jika digunakan dalam bulan tersebut sahaja! (atau dalam tempoh 30 hari)

Kupon ini diberikan kepada kesemua pelanggan yang membeli pada bulan tersebut. Jika mereka beli, mereka layak terima.

Tujuan kupon ini, adalah untuk memberi mereka peluang membeli dari anda semula dengan segera. (second sales)

Kunci kejayaan teknik ini adalah “dengan segera”. Jika perkhidmatan anda baik dan pakej yang anda tawarkan menarik, anda tidak akan bermasalah untuk membuat jualan seterusnya kepada pelanggan anda. Cuma mereka mungkin mengambil masa untuk membeli lagi. Mungkin tahun depan, mungkin promosi seterusnya, atau berbulan-bulan lagi baru mereka beli dari anda.

Tetapi, ini tidak cukup bagus dan tidak cepat membuatkan anda kaya. Untuk cepat mendapatkan hasil, gunakan “emosi tidak mahu rugi” mereka.

Lebih baik lagi, maklumkan juga kepada mereka, jika mereka tidak mahu menggunakan kupon tersebut, mereka boleh berikan kepada rakan mereka! (referral marketing at it best~free!)

Tips Apabila Menggunakan Kupon Sebagai Alat Penambah Jualan:

1) Cash Coupon (Kupon Nilai Tunai) adalah yang terbaik.
Daripada anda memberi kupon diskaun 10%, lebih baik anda berikan kupon US$30 OFF kerana kupon diskaun 10% kurang perceived value dari kupon US$30.

(Jangan bimbang jika mereka menggunakannnya untuk produk yang murah. Buatlah satu web page yang mengandungi Terms & Conditionnya)

Jika ada juga pembeli yang langgar TOC, ketika itu anda calculate keuntungan anda. Jika masih untung, beritahu pelanggan tadi, walaupun TOC tidak dipatuhi tapi anda beri layanan istimewa dengan approve tempahannya.

Jika anda calculate keuntungan dan mendapati anda rugi, tolak tempahannya dan pulangkan kembali wang mereka (semudah beberapa klik sahaja).

Yang penting, mereka telah cuba membeli dari anda. Itu bermaksud mereka telah mempercayai anda.

2) Beritahu Pelanggan Cara Menggunakan Kupon Tersebut!
Ini satu peluang yang saya lihat tidak digunakan dengan sepenuhnya oleh peniaga internet yang menggunakan kupon sebagai alat pemasaran. Mereka tidak memberitahu dengan jelas cara menggunakan kupon tersebut!

Tidak semua orang tahu cara menggunakan kupon online! Kebanyakan orang hanya tahu menggunakan kupon dengan memberi kupon tersebut kepada cashier. Jadi jangan buat andaian.

Beritahu mereka untuk memasukkan kupon tersebut di mana? Atau ke alamat emel mana mereka perlu menghantar kod kupon tersebut.

Tunjukkan step by step. Jika boleh dengan snapshotnya sekali. Anda akan dapat melihat jumlah penggunaan kupon anda meningkat!

3) Buat Satu Grafik Kupon Yang Meyakinkan!
Apabila bercakap mengenai kupon, orang akan terbayang kupon di dunia nyata. Mereka akan tidak akan rasa yakin tanpa melihat gambar (imej) kupon tersebut.

Lebih teruk jika grafik tersebut tidak professional. (bayangkan kupon yang hanya ditulis pada kertas kotor! Siapa mahu guna kan?)

Pastikan kupon anda mempunyai grafik dan grafik tersebut kemas.

Selamat Mencuba!

Sabri

Bacaan Lanjut:barang murah barang murah di Internet jual produk dengan kupon jutawan kupn jutawan muda kupon marketing promosi internet promosi perniagaan

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • B2B atau B2C?
  • Tips menjual beribu-ribu lemon
  • Idea Bisnes Di Mana-Mana Saja Bila-Bila Saja
  • del.icio.us:Cara Untuk Meningkatkan Jualan Produk Anda Dengan Segera!-digg:Cara Untuk Meningkatkan Jualan Produk Anda Dengan Segera!-spurl:Cara Untuk Meningkatkan Jualan Produk Anda Dengan Segera!-wists:Cara Untuk Meningkatkan Jualan Produk Anda Dengan Segera!-simpy:Cara Untuk Meningkatkan Jualan Produk Anda Dengan Segera!-newsvine:Cara Untuk Meningkatkan Jualan Produk Anda Dengan Segera!-blinklist:Cara Untuk Meningkatkan Jualan Produk Anda Dengan Segera!-furl:Cara Untuk Meningkatkan Jualan Produk Anda Dengan Segera!-reddit:Cara Untuk Meningkatkan Jualan Produk Anda Dengan Segera!-fark:Cara Untuk Meningkatkan Jualan Produk Anda Dengan Segera!-blogmarks:Cara Untuk Meningkatkan Jualan Produk Anda Dengan Segera!-Y!:Cara Untuk Meningkatkan Jualan Produk Anda Dengan Segera!-smarking:Cara Untuk Meningkatkan Jualan Produk Anda Dengan Segera!-magnolia:Cara Untuk Meningkatkan Jualan Produk Anda Dengan Segera!-segnalo:Cara Untuk Meningkatkan Jualan Produk Anda Dengan Segera!
    Posted Wednesday, October 17th, 2007 at 5:17pm
    Filed under Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet, Promosi, Rahsia Internet, Shopping Cart | RSS

    10 Comments on “Cara Untuk Meningkatkan Jualan Produk Anda Dengan Segera!”

    1. randavi

      Penggunaan kupon nih saya rasa memang ada perbezaan dengan diskaun. Kupon boleh tebus barang, manakala diskaun untuk potongan harga.

    2. Han

      cara meningkat jualan yang sangat bagus…
      tak terfikir pula…
      kalau guna kupon lebih mudah membuat orang membeli kerana ia agak membuat hati pelanggan merasa rugi kalau tak beli…
      thanks sabri..

      han

    3. Syamim

      yup,teknik yang berkesan.saya baru membeli sebuah produk apple daripada website rasmi mereka dan seminggu kemudian saya terima kupon diskaun ke atas produk mereka yg valid dlm 2 minggu.Walaupn sy dah tak nak beli dah tp secara x langsung sy pas kupon tersebut kpd kwn saya n sedar x sedar da promote produk apple kt dia.waa…teknik marketing yg bgs gak eceli.

    4. aku

      tips yang sangat best! thanks.

    5. abdfatah

      saya pun nak buat kupon jugak laa. kupon jemputan ke blog saya dan juga rakan2 bloggers. wiahahahaaa
      cara nak jimat belanja sakan, maka gunalah kupon berdiskaun yang ditawarkan dengan sepenuh perasaannya…

      kupon satu!

    6. abdfatah

      cara segera yang cukup menguntungkan. memang akan dapat perhatian dengan segera laa…

      p/s : nak tanya sini boleh? nape pembaca proaktif tu termasuk team saifulsham jugak? taknak letak mybloglog ke?

    7. Sabri

      Hehe…

      Memang lah termasuk kami. Sbb kalau Syazwan tulis saya baca, kalau saya tulis Syazwan baca. Lagipun kami memang baca tulisan kami sendiri, kadang2 berkali2 tau.. Sentiasa pun dapat sesuatu yang lain lepas baca. Jadi fairlah kan? hehe… ;)

      Pada saya tak perlulah, sebab tak semua orang masuk MBL. Contohnya saya. Syazwan lagilah tak ada akaun terus. :p

    8. waka

      taktik yang bagus nampaknye ni

    9. Ritz

      tak de beza ke kupon dgn diskaun :?: bagi saya same tapi betulkan saya kalau saya salah.. saya budak masih belajar.. :lol:

    10. Zamz

      saya kena try nie kat web saya. rasanya peluang cerah nak dapat 2nd sales. :neutral:

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.