Tips Advanced Perniagaan Internet | Sistem Keuntungan Dua Hala
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Hari ini saya akan membongkar satu myth dalam perniagaan internet. Pendapat ini jika tidak diubah dan diberi perspektif sebenar akan merugikan kita. Bahkan saya boleh katakan, rahsia inilah antara salah satu sebab yang membawa kepada kemajuan kami dalam dunia perniagaan internet.
Bukan Pihak Yang Menjual Sahaja Yang Untung!
Apabila bercakap mengenai keuntungan dalam perniagaan, kebanyakan orang akan menganggap penjual sahaja yang akan untung dalam mana-mana transaksi jual beli.
Sebenarnya ini salah.
Pembeli turut mendapat manfaatnya ketika membeli. Jika tidak, tidaklah di syarikat-syarikat besar wujud jawatan “Purchaser”.
Walaupun pembeli membayar wang kepada penjual, tetapi pembeli yang bijak bukan sekadar tahu memeras setiap sen keuntungan dari penjual, tetapi juga bijak bagaimana boleh menjadikan penjual tadi sebagai rakan kongsi dalam perniagaannya.
Biar saya jelaskan.
Jangan sesekali memeras supplier anda (atau penyedia perkhidmatan) untuk mendapatkan harga yang termurah atau benda yang anda tidak perlukan.
Sebaliknya, fikirkan bagaimana anda dapat menawarkan supplier anda “pakej” yang menarik yang tidak dapat ditolaknya. Belajar bagaimana untuk negotiate. (negotiate, bukan tawar menawar seperti di pasar tapinya!)
Anda bukan sahaja boleh untung dengan menjual kepada pelanggan, tetapi anda juga boleh untung dengan membeli dari pembekal anda.
Lihat bagaimana kerajaan Malaysia dan Russia berunding dalam pakej pembelian jet pejuang Sukhoi. Kerajaan Malaysia bukan sahaja membayar dalam bentuk wang, tetapi juga dalam bentuk minyak kelapa sawit. Dan Russia bukan sahaja menyiapkan jet pejuang yang ditempah, tetapi juga turut menyertakan pakej angkasawan untuk Malaysia.
Contohnya yang lebih dekat kepada kami, dalam mendapatkan produk-produk untuk dijual di internet, secara jujurnya jika kami menggunakan strategi biasa seperti orang lain menggunakan harga yang disenaraikan di laman web pembekal, keuntungan kami tidaklah begitu tinggi.
Tetapi, kami jarang ikut jalan biasa lama. Biasanya setelah 2-3 bulan berurusan kami akan berjaya meyakinkan supplier kami untuk memberikan kami diskaun yang lebih besar. (itu rahsia kami dapat memberi harga yang terbaik kepada pelanggan!)
Tips Yang Boleh Diamalkan
- Tahu kemampuan sendiri. (berapa banyak yang anda boleh jual, berapa harga yang anda mampu)
- Tetapkan margin keuntungan yang anda mahu
- Dapatkan margin keuntungan yang anda mahu. Jika target anda hanya mahu RM 30, ambil RM 30 sahajalah. Jangan pula apabila anda tahu pembekal masih untung RM 20, anda mahu untung RM 40 pula. Jangan peras pembekal betul-betul sampai betul2 licin keuntungannya anda sapu. (ini jenis usahawan saya paling anti, jangan jadi begini. Maaf kalau ulang2 banyak kali)
- Cuba untuk menjadi lebih baik dan melepasi target anda sendiri.
- Apabila jualan anda telah melepasi target anda sendiri, maka pada masa tersebut, transaksi nilai RM anda dengan pembekal anda meningkat (keuntungan beliau turut meningkat). Ketika ini anda ulang kembali langkah 1-4.
Dalam hal ini, bagusnya kita akan berada dalam senarai good book penjual tadi. Beliau akan memberikan diskaun yang lebih besar dan membekalkan kita produk-produk baru dengan jumlah yang lebih banyak kerana beliau tahu, kita tidak makan keuntungan beliau. (produk baru ini sebenarnya yang penting untuk melajukan jualan perniagaan kita)
Satu lagi saya ingin menyentuh sikap yang boleh diperbaiki untuk keuntungan kita sendiri.
Katakan apabila kita membeli sesuatu benda, turut disertakan bersama pakej tersebut adalah bonus sebuah ebook yang kita sudah ada. Ataupun ebook mengenai topik yang kita sudah faham benar isinya.
Selepas membeli, jangan kita perah setiap sen wang kita dengan meminta bonus-bonus yang disenaraikan (jika kita tidak jumpa link downloadnya disertakan dengan produk utama), Walaupun tidak salah anda melakukannya, kerana anda memang berhak. (tidak bermakna ia tindakan terbaik!)
Jika anda sendiri tahu anda tidak akan menggunakannya, jangan sia-siakan ia semata-mata untuk memuaskan nafsu membeli anda.
Sebaliknya, jadilah pengguna bijak.
Fikirkan berapa nilai pasaran untuk bonus tersebut. Dan fikirkan apa yang anda perlukan yang boleh membantu anda memanfaatkan pembelian anda.
Katalah bonus tersebut paling murah dijual di tempat lain pada harga RM 5.
Tawarkan kepada penjual tadi untuk menukarkan bonus tadi kepada produk2 lain yang dipunyai oleh penjual tadi. Atau anda juga boleh menawarkan untuk menukar bonus tersebut dengan khidmat nasihat melalui emel (jika penjual tadi sanggup).
Jika anda menawarkan pakej anda sendiri tadi dengan menarik, sopan dan tidak seperti hendak menggunakan penjual, penjual tadi tidak akan keberatan untuk memenuhi permintaan anda. Ialah, beliau tidak akan rugi apa-apa.
![]()
Sebagai seorang penjual di Internet, saya sentiasa seronok untuk berkomunikasi dan memenuhi keperluan pelanggan saya. Tanyalah usahawan-usahawan internet lain pun. Tetapi, akibat dari beberapa pelanggan yang naik lemak atau abusive ini yang seringkali membuatkan kami berfikir dua tiga kali untuk melayan kerenah pelanggan.
Be respectful to your supplier. Ingat, mereka juga ada tanggungan untuk diberi makan, jadi berniagalah dengan elok dengan mereka. Nescaya anda akan mendapat banyak faedahnya.
Dalam bahasa Inggeris ada satu pepatah yang dapat menyampaikan apa yang saya cuba maksudkan;
“Don’t be penny wise, pound foolish”
Salam Kecemerlangan di Aidilfitri,
Sabri
Bacaan Lanjut:cara beli barang murah cara buat bisnes cara tawar menawar diskaun peluang bisnes peluang internet rahsia bisnes strategi bisnesPembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under Khidmat Pelanggan, Perancangan Ebiz, petua jimat wang, strategi bisnes | RSS


















Ohoo…Tak pernah pulak saya terfikir kaedah ni sebelum ni.
Tapi, nak gak la berikan komen siket.
Saya nak tanya, adakah kaedah di atas sesuai dengan menjual produk digital (spt ebook, software dll) atau produk fizikal (spt baju , kasut dll) atau kedua-duanya sekali??
Coz saya tengok macam just sesuai dengan produk fizikal je..
Kaedah ini paling sesuai of course untuk produk fizikal.
Tapi boleh juga diaplikasikan untuk servis atau produk digital. (EcommerceMastery.com juga bermula dengan kisah kami bermula sebagai good & loyal customer yang akhirnya menjadi business partner)
Jadi saya rasa, kesimpulannya ia boleh diaplikasikan untuk mana-mana industri. Tapi kena modify sikitlah supaya strateginya sesuai.
Sabri
Memang betul apa yang saudara sampaikan.. Saya akan menjadi pembeli yang baik.. Saya akan mengikut jejak langkah saudara berdua tidak lama lagi. Kerana dengan pandangan dan idea saudara saya telah mula mendapat pembelian di internet walaupun dengan permulaan yang rendah iaitu Rm 1. Tapi itulah pendapatan pertama saya di internet.
thanks sabri…
tips ni memang berguna dan boleh diguna pakai…
boleh untung sama2…
han
[...] Baca artikel saya berkenaan bagaimana mendapatkan lebih keuntungan dalam perniagaan dengan berbuat baik kepada penjual di sini. [...]