Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Jika anda belum mempunyai akaun CIMB ataupun belum mengaktifkan CIMBClicks anda, saya cadangkan anda berbuat demikian segera. Data-data kami menunjukkan pertambahan yang sangat ketara berbanding sebelum ini dari segi penggunaannya.

Sepanjang bulan ini, jumlah pelanggan kami yang menggunakan CIMB untuk membayar sama banyak dengan Maybank. (sebelum ini Maybank jauh meninggalkan yang lain)

Kemungkinan besar ini adalah hasil kejayaan program referral yang dijalankan oleh CIMB beberapa bulan lepas. Lagipun seorang pensyarah saya pernah berkata di dalam kelas mengenai CIMB:

You watch out for CIMB. They are doing a lot of things correct.

(bermaksud CIMB ada potensi untuk berkembang dengan pesat dalam tempoh terdekat. Mereka aktif dengan aktivita dan pengumuman. (M&A dll) Bermaksud lagi, kemungkinan capital appreciation untuk pelaburnya juga akan bertambah~Ini bukan nasihat pelaburan ya!.)

Jadi, jika anda sudah menjual di Internet untuk pasaran Malaysia, tapi belum mempunyai akaun CIMB, inilah masanya untuk membuka akaun tersebut.

Scam Skim Cepat Kaya Dan SaifulSham

Secara jujurnya saya dapat katakan, kami tidak begitu mengikuti perkembangan industri perniagaan internet tempatan. Kalau kami ikut pun sekadar di permukaan. Gitu-gitu aje. Jadi banyak perkara yang kami tidak maklum terutamanya berkenaan scam-scam menggunakan nama Internet Marketer tempatan. (SaifulSham termasuk)

Apabila buka komputer sahaja, kami dah ada tempat-tempat untuk dituju dan disemak dan masa untuk surfing berkurang. Bahkan untuk membaca blog pun saya gunakan Netvibes sahaja (dapat lihat status banyak blog serentak). ~Lagipun Christmas semakin hampir ;)

Seperti kata Zul SmartUsaha, layan bisnes sendiri sudah…

Bercakap mengenai laman web-laman web “luarbiasa bagus” dan “sungguh hebat” ini, sebenarnya tadi saya mendapat emel. (sebab itulah saya tulis post ini)

Mula-mula penghantar emel separuh bertanya kesahihan sesuatu program yang memberikan ebook kami dan separuh lagi seolah-olah cuba mempromosi laman web scam tersebut kepada saya. Saya balas dengan mengatakan jauhi program tersebut. (ringkas sahaja)

Tiba-tiba dia balas. Kali ini minta saya terangkan apa itu program spillover matrix, forced matrix dan separuh dari emel mengandungi ayat pancing lain untuk saya sertai. (sudah tentunya dengan link affiliate beliau)

Oleh kerana pengirim emelnya pun bernama “Belanja Duit”, jadi saya tak replylah emel seterusnya.

Manalah saya tahu apa itu spillover matrix dan forced matrix dll.

Cuma apa yang saya tahu;

Perbezaan Usahawan Internet Dengan Kredibiliti (betul) dan Program Skim Cepat Kaya

Usahawan internet yang betul memberi penekanan kepada produknya. Program skim cepat kaya menekankan kepada skimnya. (spillover lah, matrix lah, reseller lah)

Sebenarnya saya jarang melayan emel seperti ini, tapi apa yang buat saya terbuka juga adalah subjeknya yang menarik. (satu pelajaran yang boleh dipelajari dalam emel marketing)

  1. Bina harta dengan saifulsham
  2. 3 juta dengan ebook percuma saifulsham?
    Emel ini lebih menarik sebab sebut juga nama IM tempatan lain. Lagipun, tajuk dia terlalu menarik. Saya pun nak tahu formula ajaib ini.
  3. saifulsham program reseller?

Selain dari emel ini, ada juga sebenarnya sebelum ini laman web pelik ini yang link kepada SaifulSham.com di footernya. Saya pun tidak tahu apa faedahnya mereka buat begitu. Untuk katakan beliau ambil template kami, template tersebut terlalu buruk. Memang bukan kami buat (hehe…)

Tapi saya diamkan aja sebab tak kuasa nak layan.

Sebab utama saya malas melayan.

Sebab orang yang buat laman web mereka ini bukannya orang biasa. Bukan orang bodoh atau newbie (yang mempromosi mungkin ya, tapi yang buat tu memang sah bukan). Dari teknologi yang saya lihat mereka gunakan mereka ini semua terror coding. Bahkan saya rasa kemahiran teknikal mereka, ada yang jauh lagi hebat dari saya atau sebahagian IM tempatan.

Jadi pada pendapat saya, mereka ini bukan setakat nakal dah, memang mereka ini telah jatuh tahap jahat. Sebab memang niat mereka untuk merosak dan mengambil kesempatan atas orang yang baru berjinak-jinak dengan Internet dan mereka akan mengganas kalau di halang. Jadi kepada anda di luar sana yang masih suci (maksudnya masih baru) dalam dunia perniagaan internet ini, beringat sebelum kena.

Lagi satu, terlalu layan mereka akan menjejaskan fokus kami dan memang tak akan menang.

Kesimpulannya, kancah internet tempatan terlalu pelik sekarang, spam berbahasa Melayu pun bertambah-tambah sekali ganda, saya amat takut dan saya amat gementar (nama-nama orang yang tak bersalah digunakan sesuka hati). Apa yang saya lakukan sekarang, dan saya cadangkan anda lakukan jua; “Stick With The Established (Industri IM mat salleh pun sama. Saya lihat IM yang betul-betul pun dah kurang berkomunikasi dan boleh dibilang dengan jari (kurang 20?). Banyak wannabe yang menghantar offer demi offer)

Mereka yang established ini ada blog masing-masing. Pergi di sana dan ikuti perkembangan mereka di sana. Jika ada apa-apa, mereka akan umumkan disana.

Ini bukan masa lagi anda nak menimba-nimba ilmu. Jika anda nak mulakan perniagaan internet, mulakan. Anda dah ada apa yang diperlukan. Jangan tertunggu-tunggu dan kaya dengan alasan. Nanti anda hanyut tanpa nisan.

p/s: Oh ya, kami tidak ada ebook berbayar. Kadang-kadang saya pelik juga apabila orang bertanya dan menyatakan beliau telah membaca ebook kami yang berharga RM 50 (yang sudah tentu kami tidak balas). Mana dapat? Ebook PERCUMA kami semuanya boleh didapati di sini (atau dengan klik perkataan download di atas).

Oh ya, kami ada juga satu dua unpublished ebook kami yang kami berikan kepada pelanggan2 kami yang memerlukan (bergantung kepada keadaan pelanggan). Tapi itu, kami berikan direct kepada mereka.

Bacaan Lanjut:CIMB cimb clicks jutawan internet jutawan kaya program reseller rahsia duit juta rahsia internet saifulsham skim cepat kaya

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Ceo of the month - June
  • [News] Kad Debit BCB SmartCash Tidak Boleh Digunakan Online
  • Dari perspektif Syazwan: Mengapa Makro gagal?
  • del.icio.us:CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna-digg:CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna-spurl:CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna-wists:CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna-simpy:CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna-newsvine:CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna-blinklist:CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna-furl:CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna-reddit:CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna-fark:CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna-blogmarks:CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna-Y!:CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna-smarking:CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna-magnolia:CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna-segnalo:CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna
    Posted Wednesday, October 31st, 2007 at 10:22pm
    Filed under Hacker, Info SaifulSham.com, Khidmat Pelanggan, Rahsia Internet | RSS

    9 Comments on “CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna”

    1. Han

      memang betul tu…
      buang masa je layan email sampah tu…
      buat kerja kita lebih baik…

      han

    2. shuth

      yup.. saya pun perasan..
      sekarang nie ramai pulak yang bayar guna cimb..

    3. abdfatah

      bayar RM50 untuk ebook percuma saifulsham? pelik bin ajaib sungguh.

    4. randavi

      skim cepat kaya di internet nih memang berleluasa, bahkan dalam bahasa melayu pun telah ada,namun perkara ini perlu dielak, janganlah sertai mereka.
      Saya rasa, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menjual ebook percuma saifulsham, sedangkan ianya percuma.

    5. Noorizam Shah

      sekarang nih musim skim atau program reseller tumbuh bak cendawan.. habis ebook tempatan dijual bundle.. oh

    6. smartzul

      Saya amat takut.. kalau2 IM yang dah berjaya fade up dengan market tempatan. Rugi rasanya tak ada ‘pembimbing’ ke jalan yg terang. Nanti hantu2 perosak tu bermaharaja lela pula.

      Prinsip saya sekarang, saya hanya FOKUS kepada mereka yg betul2 serius mahu berniaga di Internet dengan meletakkan beberapa syarat seperti serius, sanggup berusaha, duit bukan matlamat utama dan ada semangat belajar yang tinggi. Yg paling penting, jauh dari sifat bergantung sepenuhnya pada orang lain.

      Boleh dikatakan 80% yg minat nak buat Ebiz tak memenuhi syarat2 di atas, sebab mereka hanya mahu mudah, tak mahu usaha kuat dan hanya fikir mudah, senang, formula magik, duit, duit dan duit..

      Mereka jauh dari pemahaman APA ITU BISNES YANG SEBENARNYA. Kalau mentaliti DUIT inilah yg bersarang dalam fikiran mereka, kesannya negara kita susah nak bergerak jauh.

      Apapun, sabar je lah dengan karenah2 orang kita ni. Moga2 berubah kelak atau paling kurang benda2 sebegini terkawal. :)

    7. SyedHafidz

      Saya setuju dengan pendapat saudara Zul. Program seperti ni dah mula bertambah dari hari ke hari. Seolah macam dah tak boleh nak dibendung je lagi..

      Saya amat risau kalau2 pemikiran ni dicanai kedalam minda org2 yg mnt eBiz, lama kelamaan perniagaan internet akan terus dipandang serong oleh masyarakat.. :cry:

    8. waka

      semakin banyak emel2 spam berbahasa melayu sekarang nih.

    9. jaisensei

      yup.. saya salah seorang yang nyaris2 membeli kit permulaan tersebut. bersyukur saya sebab saya telah mengmbil langkah2 berhati hati.

      saya amat berminat utk mendapatkan khidmat nasihat utk bermula dgn perniagaan internet ini.

      diharap ade sesiapa yang sudi membantu :mrgreen: dgn ikhlas :lol:
      email saya :jaisensei@yahoo.com

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.