Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Pelaburan Hartanah: Siri 3

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Sehingga hari ini, sudah banyak jenis buku mengenai pasaran hartanah yang telah di’khatam’ saya. Ada banyak versi pelaburan tetapi yang paling popular adalah menyewa rumah, apartmen, kedai serta menjual tanah.

Ketika anda belajar mengenai pelaburan hartanah, jangan sempitkan pemikiran anda terhadap satu cara sahaja. Kaji lain-lain jenis pelaburan hartanah. Pelaburan hartanah sebenarnya terlalu luas.

Ada orang membeli bangunan dan di’sewa’kan pada burung layang-layang (burung layang-layang membayar sewa dengan memberikan sarang burung). Ada orang membeli rumah untuk disewakan kepada golongan yang tidak mampu membeli rumah.

Ada orang yang bermodal besar, membina sendiri sederet rumah dan menjualnya. Ada orang membeli rumah ketika tidak siap dan menjualnya kembali ketika sudah siap (value meningkat).

Macam-macam.

Pasaran hartanah sebenarnya bergantung kepada lokasi anda melabur. Kita harus faham ada banyak sebab yang akan mempengaruhi kadar keuntungan anda tetapi lokasi dimana anda melabur akan menentukan, apakah jenis pelaburan hartanah yang sesuai.

Jika anda tinggal di Kuala Lumpur, mana mungkin mampu untuk membuat kaedah seperti bapa saya, iaitu membeli tanah dan menjualnya selepas memecah lot. Sebabnya, harga tanah di sana pun sudah berjuta-juta ringgit.

Sebab itu ramai orang yang tinggal di ibukota lebih memilih untuk melabur dengan membeli rumah dan menyewakannya.

Sama halnya apabila anda melabur seperti bapa saya dengan membeli tanah di Pahang dan Kelantan adalah berbeza. Walaupun harga tanah di kedua tempat ini masih boleh dikatakan mampu milik, tetapi proses kelulusan memecah lot dari jabatan tanah pula akan menentukan bila anda boleh menjual tanah tersebut.

Jika 2 tahun, 2 tahunlah. Jika 4, 4 lah. Ini perkara biasa terjadi jika anda aktif membeli tanah dan memecah lot. Jika hendak cepat, cucuk sikit duit (tetapi cucuk pun cepatnya tidaklah secepat mana).

Sama halnya juga menyewakan bangunan kepada burung layang-layang. Jika anda membeli kawasan persekitaran yang kotor seperti berhampiran kilang industri, mana mungkin burung layang-layang akan memberikan sarang yang terbaik.

Sama hal juga dengan membeli rumah dan menjual apabila sudah siap. Perkara ini mungkin sesuai di kawasan seperti Lembah Klang tetapi ia agak berisiko di kawasan seperti di Pantai Timur (bergantung).

Jadi disini, pelaburan hartanah kekal satu perkara yang luas. Pada akhirnya, yang memberi keputusan untuk melabur adalah anda sendiri. Dan ia bergantung pada situasi poket anda pula. Jika besar poketnya, bolehlah melabur tempat yang cantik-cantik sedikit.

Jika kecil poketnya, bolehlah bermula dengan tempat-tempat berkos rendah.

P/S: Atas sebab keselamatan, gambar hartanah yang dijanjikan saya sebelum cuti raya tidak dapat saya tunaikan. Terima kasih.
W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:jutawan hartanah jutawan saham jutawan tani menjual ayam menternak kambing Perniagaan Internet perniagaan sms rahsia kejayaan rahsia kekayaan

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Apa pelaburan hartanah paling lumayan…?
  • Hartanah?
  • Pelaburan Hartanah: Siri 2
  • del.icio.us:Pelaburan Hartanah: Siri 3-digg:Pelaburan Hartanah: Siri 3-spurl:Pelaburan Hartanah: Siri 3-wists:Pelaburan Hartanah: Siri 3-simpy:Pelaburan Hartanah: Siri 3-newsvine:Pelaburan Hartanah: Siri 3-blinklist:Pelaburan Hartanah: Siri 3-furl:Pelaburan Hartanah: Siri 3-reddit:Pelaburan Hartanah: Siri 3-fark:Pelaburan Hartanah: Siri 3-blogmarks:Pelaburan Hartanah: Siri 3-Y!:Pelaburan Hartanah: Siri 3-smarking:Pelaburan Hartanah: Siri 3-magnolia:Pelaburan Hartanah: Siri 3-segnalo:Pelaburan Hartanah: Siri 3

    6 Comments on “Pelaburan Hartanah: Siri 3”

    1. SyedHafidz

      Setuju banget..

      Sebagai seorang mahasiswa, saya memang sangat ada target
      untuk menceburi dan berjaya dlm perniagaan hartanah..
      :neutral:

      So, terima kasih kepada Saifulsham coz info ttg pelaburan hartanah ni.. :smile:

    2. hafizal

      kami teringin sangat, nak tengok gambar projek-projek hartanah (pecah lot)yang telah ayah saudara buat

    3. Syazwan SaifulSham

      Hafizal, sy berniat begitu awalnya tetapi memikirkan keselamatan, saya fikir ada biarnya saya tidak mengambil risiko.

      Keselamatan disini adalah berkenaan perkara yang luas. Ibarat kalau kita tayang kita pakai Mercedes, rumah besar, dan perkara-perkara mewah, ada orang akan melihat kita dan membuat sesuatu yang tidak mungkin kita pernah fikirkan.

      Sama hal juga pada saya jika saya menayangkan gambar lot tanah. Sy rs, dapat info pun sudah kira ok dh kn even tkde gambar.

      hehe

    4. randavi

      Ada orang membeli rumah ketika tidak siap dan menjualnya kembali ketika sudah siap (value meningkat). Berapa ya peningkatan value, boleh bro syazwan cerita sikit?

    5. Syazwan

      Peningkatan value pun bergantung. Ni selalu disebut sebagai capital gain. Sesetengah lokasi yg prime mcm kt lembah klang, peningkatan value boleh jadi sekitar 10-30%.

      Nnti sy ceritakan byk lagi

    6. dobit127

      akum, betoi kata big boss kite ni, tapi kalau umah x siap( terbengkalai) alamat nganis x berlagu la.. apa pendapat hangpa.

      ____________________________—————__________
      DAri Semua Untuk Semua Kepada Semua,
      http://www.adrianiamri.blogspot.com

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.