Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Dalam musim peperiksaan ini, saya tidak sempat untuk berfikir untuk menulis perkara-perkara baru dalam perniagaan internet. (Insyaalah lepas exam nanti, banyak perkara saya tulis)

Tiba-tiba saya terpandang rak terletaknya buku-buku bisnes. Ahaa…
Jadi, saya berpendapat, bagus juga saya berkongsi ilmu daripada buku-buku yang pernah saya baca.

Buku yang ingin saya kongsi hari ini adalah buku mengenai idola kesayangan saya, AirAsia (eh, idolanya tony fernandes). Bukunya bertajuk “The AirAsia Story - How a Young Airline Made it Possible For Everyone to Fly And Became a Runaway” karya SenZe dan Jayne Ng.

Saya memang teruja apabila melihat mana-mana buku atau majalah mengenai AirAsia atau Mr. Tony sendiri dan peluang itu saya sambar pada bulan puasa dahulu apabila terlihat buku ini. Sambar tanpa lihat isi kandungan, minat punya pasal!

Walaupun SenZe merupakan Internet Marketer, buku ini memang digarap dengan baik dan menunjukkan penulisnya telah menjalankan kajian yang mendalam mengenai AirAsia dan strateginya berkembang. Tambahan pula Jayne Ng sememangnya seorang wartawan, jadi tidak hairanlah beliau mungkin mudah mendapatkan banyak sumber mengenai AirAsia.

Banyak perkara yang boleh anda pelajari dengan membaca buku ini. Buku ini berkisar mengenai sejarah AirAsia sejak awal sehingga hari ini. Ianya bukan semata-mata mengenai industri penerbangan, malah lebih daripada itu.

(Saya tahu saya gilakan kapal terbang, sebab itu wujudnya PlanesPlanet.com)

Sebenarnya, satu sebab saya suka menaiki kapal terbang bukanlah semata-mata ingin cepat sampai ke destinasi. Tetapi sebenarnya saya sentiasa teruja apabila melihat kapal terbang. (Dan bukanlah semata-mata pramugari yang cantik saja,hehe).

Satu perkara lagi apabila saya menaiki kapal terbang, saya suka mengkaji modus operandi mereka. Dan buku ini banyak juga menceritakan strategi yang dijalankan AirAsia yang boleh diaplikasi dalam mana-mana bisnes pun (termasuk perniagaan internet).

Saya sempat menghabiskan buku ini dalam bulan puasa lepas dan berikut saya senaraikan apa yang terkandung dalam buku ini yang bermanfaat untuk usahawan-usahawan lain:

Perniagaan tidak eksklusif untuk sesiapa
Contohnya, Tony Fernandes tidak pernah terlibat dalam industri penerbangan sebelum ini dan beliau bermula dari kosong. Beliau tidak mempunyai sebarang kepakaran melainkan minat! Ini bermakna, sesuatu perniagaan tidak semestinya hanya boleh dilakukan golongan yang sudah dalam industri terbabit. Siapa kata tidak boleh?

Macam sayalah, bisnes internet pun boleh dilakukan graduan jurutera. Hoho.

Menjimatkan kos dimana yang perlu
Dalam perniagaan, usahawan perlu berfikir bagaimana untuk menambahkan keuntungan dan mengurangkan kos bagi kekal kompetitif. Tahukah anda bahawa Tony Fernandes tidak duduk dipejabat dalam satu bilik khas. Beliau hanya bekerja disekeliling staff (sebelah kiub sahaja). Juruterbang AirAsia pun menutup pintu kapal terbang sendiri tanpa perlu meminta mana-mana pegawai. Jadi jimat dah kos menggaji staff disitu.

Sentiasa mencari publisiti untuk perniagaan
Perasan tak, Tony Fernandes kalau muncul dalam media cetak, tv, berucap dan mana-mana pun satu yang tidak lepas adalah sentiasa mempromosikan syarikatnya.

Dengan perwatakan topi merah AirAsia, ini adalah satu promosi yang murah. Maksud mencari publisiti untuk perniagaan adalah supaya pelanggan sentiasa melihat perniagaan kita secara kerap.

Ingat tak, secara psikologinya, kebanyakan pelanggan akan membeli selepas melihat berkali-kali iklan kita. Sebab itu jangan memakai baju Nike ke Adidas ke, sebab anda promosi jenama tersebut. Apabila anda promosi, maka makin popular. Apabila makin popular, makin mahal sebab ada style dan brand. Efeknya, anda terpaksa membayar harga yang mahal lain kali.

Apa kata anda pakai baju syarikat atau yang terpampang laman web anda. Apa nak malu, orang ke-15 terkaya di Malaysia pun pakai macam itu!

Kekayaan bukan dari segi material
Tony Fernandes tidak memakai kereta mewah. Beliau hanya memandu kereta biasa dan mesra, mudah didekati. Walaupun berperwatakan biasa, beliau adalah individu ke 15 terkaya di Malaysia.

Internet, Internet, Internet
Manfaatkan teknologi untuk kegunaan bisnes. Salah satunya adalah internet. AirAsia meraih bilion ringgit hanya melalui jualan diinternet. Teknologi banyak membantu menjimatkan masa dan kos.

Jika anda berminat mempelajari bagaimana AirAsia menggunakan internet sebagai salah satu alat perniagaanya, anda boleh berdaftar untuk ke seminar perniagaan internet kami disini.

Mesra dan mudah didekati
Apabila anda sudah hebat dalam perniagaan, jangan berlagak anda berada ditempat yang atas. Jangan tunjukkan ciri-ciri ekslusif anda. Tony Fernandes tidak kisah memberikan nombor telefonnya kepada wartawan dan tidak kisah untuk ditemuramah. Baginya, ini satu strategi mempromosikan jenama AirAsia. Tidak ada maksud privilege dalam kamus hidupnya.

Jadilah orang yang kreatif! Back end selling!
Kalau anda perasan, AirAsia pandai membuat back-end selling dalam jualan tiketnya. Kalau anda nak jadi pelanggan yang dapat tempat duduk pertama dan tidak mahu beratur, anda kena tambah RM10.

Jadi, fikirkan cara bagaimana untuk menarik pelanggan membayar lebih dari apa yang sepatutnya.

Joint Venture
Kadangkala dalam dunia bisnes, kita tidak mampu membuat semuanya serentak. AirAsia begitu pantas berkembang kerana mereka bijak menggunakan peluang yang orang lain tidak nampak iaitu mengadakan kerjasama dengan syarikat luar negara.

Sebab itu, dalam masa 5 tahun ini, AirAsia sudah ada di Thailand, Filipina, Indonesia, dan lain-lain tempat.

Banyak lagi sebenarnya dalam buku setebal 159 ini. Tetapi paling penting yang sentiasa saya ingat adalah, kita perlu berani untuk mempunyai impian walaupun impian itu gila bagi orang lain.

Tanpa impian, tidak ada AirAsia.

Sekian,
W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:individu terkaya di malaysia jualan internet jutawan hartanah jutawan MLM penyata pendapatan Perniagaan Internet tony fernandes usahawan jutawan usahawan tani

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Tony Fernandes : Usahawan Aviation
  • Pelajaran tetap No. 1
  • MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ….Satu analisis SaifulSham
  • del.icio.us:The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini-digg:The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini-spurl:The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini-wists:The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini-simpy:The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini-newsvine:The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini-blinklist:The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini-furl:The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini-reddit:The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini-fark:The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini-blogmarks:The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini-Y!:The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini-smarking:The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini-magnolia:The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini-segnalo:The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini

    6 Comments on “The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini”

    1. SyedHafidz

      Banyak strategi yang boleh dipelajari daripada AirAsia ni ek..

      Owner (mr. tony) pun sangat low profile walaupun sebenarnya high profile ..

      memang hebat.. :smile:

    2. aku

      Hmm.. menarik..

      akan sentiasa ingat - “Sentiasa mencari publisiti untuk perniagaan”

    3. Heri

      Hehe, bukan kita saja yg patut belajar dari Air Asia tp sykt penerbangan kt M’sia patut gak study ngan Air Asia.. :roll:

    4. randavi

      wow.. cerita nih membuatkan hati saya teruja. mr.tony memang seorang hebat. seorang yang low profile, beliau klu muncul tv pakai baju and topi airasia jeh.

    5. hafreze

      yeah..saya dah baca buku ni..pasal air asia..around 39.90..saya suke cara die meminimakan kos..kadang2 hal kecil pun kite tk perasan..padahal boleh kurangkan overhead cost..

    6. Lihan

      sebenarnya sy skrg tgh mkaji tentang airasia,so,sy amat memerlukan maklumat yg lbh detail lg..dan sy amat berharap akan dapat…thank…mr Tony is a great person n should be example to our..

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.