Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!

Hello pembaca SaifulSham,

Untuk anda yang berniaga produk berasaskan cakera padat, waspada! Pihak kastam Malaysia sudah lama mengetatkan undang-undang untuk tidak membenarkan sebarang cakera padat dihantar ke luar negara.

Produk cakera padat ini termasuklah CD, VCD, DVD, Blue Ray CD ke dan seangkatan dengannya. Dan tidak semestinya produk tersebut adalah filem cetak rompak ke, muzik, audio, ceramah, atau bisnes sampel pun, selagi ia disimpan didalam cakera padat, ia tetap tidak dibenarkan dihantar.

Wah, ketat sungguh.

Sebenarnya saya baru menyedari hal ini pada minggu lepas. Seorang klien dari Iran meminta saya untuk menghantar VCD sampel produk (ia berbentuk video bagaimana produk itu digunakan) dan tujuan penghantaran itu dibuat adalah selepas klien itu membuat proposal untuk mengimport produk kami dalam kuantiti yang besar.

Saya tidak ambil pusing pada mulanya terus ke agen syarikat kurier. Pada mulanya, pekerja syarikat itu bertanya apakah isi kandungan dalam bungkusan saya. Saya dengan selamba menjawab ianya adalah dokumen perniagaan dan beberapa keping VCD sampel.

Selepas membuat kiraan, pekerja itu memberitahu harganya. Beberapa minit kemudian, beliau membuat panggilan ke ibu pejabat. Dan, malangnya beliau memberitahu VCD tidak boleh dihantar. Tidak berpuas hati dengan jawapannya kerana beliau seolah-olah tidak berapa tahu hal itu, lalu saya dengan muka yang bengis (ala-ala lah) terus melangkah keluar dengan geram.

Dalam fikiran saya bermain-main persoalan dan merasa ganjil. Sebelum ini, hantar OK je. Kenapa pula sekarang tak OK.

Saya terus memecut kereta ke pejabat pos biasa. Senang, malas hendak layan kurier. Saya bertanya kepada pekerja pos biasa untuk membuat penghantaran menggunakan pos laju.

Sekali lagi, soalan sama ditanya, “Ada CD ke VCD tak?”

“Yela, ada. Tapi bukan cetak rompak. Ni VCD sampel bisnes”

Jawapan yang diberikan sungguh menyedihkan saya….

“Sebenarnya penguatkuasaan sudah lama diketatkan bahawa segala cakera padat diharamkan untuk dihantar. Ramai pelanggan sebelum ini mengalami nasib yang sama dimana produk mereka tersangkut di kastam. Jadi, keluarkan VCD tu sebelum kena rampas”

Huh, saya kecewa. Mungkin selepas kes DVD cetak rompak yang kecoh tidak berapa lama dahulu memberi kesan kepada orang yang tidak bersalah.

Kata pekerja pejabat pos tadi, “Kalau CD itu datang dari luar negara itu lain cerita tetapi ini ia dihantar ke luar negara, ini yang masalah sekarang ini”

Nampaknya, jika anda berniaga produk-produk seperti video internet marketing, audio ceramah-ceramah anda, ceramah motivasi ke dan apa jua, ini mungkin cerita malang buat anda.

Saya tidak tahu hal ini secara terperinci kerana saya bukan peniaga CD, dahulu pun sekitar tahun 2004, saya banyak menghantar VCD bola sepak yang dibeli dari kedai Speedy Video (original dan murah pula tu, sekitar RM13) sebagai tanda hadiah kepada pembeli jersi saya (kira bonus la).

Jadi, jika anda mempunyai cara yang selamat untuk menghantar CD (halal dan original!), boleh memberi komen disini. Saya pun hendak tahu.

Yang benar,
W.M.Syazwan