Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Kos luar jangka

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Saya sempat berbual-bual berbincang isu bisnes dengan ahli keluarga semasa pulang hari raya lalu di Kota Bharu. Salah seorang daripadanya menjalankan perniagaan agensi pelancongan. Oleh kerana syarikatnya adalah tergolong antara 10 syarikat yang diberi lesen Tabung Haji untuk menghantar jemaah haji (selain diuruskan Tabung Haji sendiri), syarikatnya saban tahun mengalami kos luar jangka.

Tahukah anda, sebenarnya, walaupun Tabung Haji menetapkan harga sekian-sekian untuk jemaah, mereka mungkin belum tentu untung. Sama hal juga dengan syarikat yang diberikan lesen menguruskan haji. Bisnes menguruskan jemaah haji ke Arab Saudi akan sentiasa mengalami kejutan saban tahun. Contohnya, kerajaan Arab Saudi menambah caj-caj secara tiba-tiba.

Hal seperti ini tidak dapat dielakkan. Menurut ahli keluarga saya lagi, bisnes agensi pelancongan tidaklah untung sebesar mana, kalau dapat 15 peratus pun sudah dikira cukup baik.

Baiklah, saya tidak mahu menyentuh lanjut akan bisnes pelancongan (sebab bukan bidang saya,huhu) tetapi saya ingin menekankan perlunya anda memasukkan kos luar jangka dalam harga produk anda.

Kos luar jangka ini adalah sebagai satu dana yang bersedia digunakan jika apa-apa terjadi pada perniagaan anda. Kos luar jangka termasuklah kenaikan harga bahan mentah secara tiba-tiba, harga minyak ke, atau apa-apa jua yang boleh menggoncangkan perniagaan anda secara tiba-tiba tanpa anda jangka (dah nama pun luar jangka).

Katakanlah, keadaan luar jangka itu tidak terjadi kepada perniagaan anda. Jangan gunakannya sebagai keuntungan anda. Simpanlah sebagai sebuah dana yang sedia untuk digunakan jika keadaan luar jangka itu berlaku.

Untung adalah untung. Lain.

Sekurang-kurangnya peruntukkan sekitar 5 peratus sebagai kos luar jangka. Ia mungkin tidak berlaku sekarang tetapi seakan-akan sebuah insurans, ia pelindung perniagaan sekiranya terjadi keadaan yang tidak diingini tersebut.

Dalam konteks perniagaan internet pun, jangan dikatakan tiada kos luar jangka. Katalah anda menyewa rumah dan menjalankan perniagaan internet dirumah. Tahu-tahu bulan depan tuan rumah memberitahu anda bahawa beliau hendak naikkan sewa. Kalau merungut boleh keluar kerana ada penyewa lain berminat.

Jika anda tidak bersedia, ia sedikit sebanyak menjejaskan kualiti kerja anda dan menganggu perjalanan perniagaan anda.

Yang benar,
W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:jutawan francais jutawan hartanah jutawan internet jutawan MLM kos perniagaan penyata kewangan Perniagaan Internet proposal perniagaan

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Berfikiran global
  • Tips memilih saham: Elakkan syarikat penerbangan
  • Perniagaan internet: Produk jangka hayat pendek
  • del.icio.us:Kos luar jangka-digg:Kos luar jangka-spurl:Kos luar jangka-wists:Kos luar jangka-simpy:Kos luar jangka-newsvine:Kos luar jangka-blinklist:Kos luar jangka-furl:Kos luar jangka-reddit:Kos luar jangka-fark:Kos luar jangka-blogmarks:Kos luar jangka-Y!:Kos luar jangka-smarking:Kos luar jangka-magnolia:Kos luar jangka-segnalo:Kos luar jangka

    8 Comments on “Kos luar jangka”

    1. yura

      that right all the price should plus with 5% which to cover a new cost in future,just save it will support your business in future.
      One question to ask can MR W.M.Syazwan find out from this website http://WWW.XXX.YYY it that true this program can help people who really need help.I hope it true not scam please pm at my email back

      Added by Admin: Cik Yura, laman web tersebut lah antara contoh2 laman web yang perlu dijauhi.
      Boleh dapatkan maklumat lanjur mengenai SCK dengan download laporan ini: http://www.saudagar.com.my/skimcepatkaya.zip

    2. randavi

      Kos luar jangka tu perlu kerana manalah tahu harga domain, hosting, bil elektrik dan macam2 lagi akan terus naik.

    3. Sabri

      Salah satu kos luar jangka berkaitan perniagaan internet adalah kos tukaran mata wang.

      Kadang-kadang, RM naik terlalu cepat berbanding jangkaan hingga menyebabkan kita rugi sebab lambat nak ubah. (kita tak ada masa dan tidak sepatutnya check tukaran asing ini sepanjang masa)

      Contoh: Sebenarnya kalau ikut jangkaan pakar2 kewangan, hujung tahun ini paras 3.5=1US$ baru akan di capai.

      Tapi benda ni sekarang dah terjadi awal tahun dan kini ringgit di paras RM 3.37

      Kami pernah terlambat tukar sehari dan nyaris2 rugi. Lebih mudah kalau kita ada polisi “pegging” kita sendiri.

      US$1=RM 3

      Lebih mudah. Ada buffer 20 sen 30 sen. Orang akan tanya, tapi it’s the policy. Kalau tak setuju, bayarlah guna cara lain.

      Kata kepada customer, kami mahu fokus kepada memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan kami tak mahu membazir masa untuk pelanggan tersebut untuk semak currency.

      Pesanan saya kepada semua, don’t be penny wise, pound foolish. :)

      Sabri

    4. starline

      Kos luar jangka ni penting,bagi saya ia sebagai backup kalau terjadi sesuatu perkara yang tak dijangka.

      Selalunya terjadi kat service la.Arini harga lain mungkin esok naik jadi harga lain.Tambah2 plak harga barang tengah naik sekarang ni.macam-macam boleh jadi.

      p/s: Sediakan Pelampung Sebelum Tenggelam :smile:

    5. fifa

      apa yg dberitahu syazwan mmg btul..sbb sya sdri pun pnah kna. mmg truk pningktn hrga yg dknakan. trkjut bler hrga naik tggi mcam tu. :shock:

    6. aku

      bab tukaran wang tu setuju sangat.. kena buat pegging sendiri..

    7. SyedHafidz

      :smile:
      Mungkin lepas ni harga eBook yang dijual IM tempatan akan mengalami kenaikan harga lepas baca pos saifulsham hari ni..=)

      :grin:

      Saya pun nak gak keperluan kos luar jangka pada perniagaan internet. Lebih2 lagi kalau berurusan dengan orang luar negara. Pertukaran matawang memang tak dapat nak dielakkan.

      kos luar jangka boleh jadi dana kontigensi kalau ada pape hal tak jangka berlaku…

    8. waka

      tidak kira apa jenis perniagaan pun, kos luar jangka ni memang ada berlaku

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.