Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

UnderPromise & OverDeliver | Pelanggan Ideal SaifulSham

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Beberapa hari lepas, saya menerima sepucuk emel dari seorang pelanggan (sebenarnya 2 emel bermaksud sama dari 2 orang pelanggan);

That was quick. Thanks. Good job!

Sebenarnya, walaupun saya kelihatan strict dan garang, tetapi perkhidmatan kami cemerlang. Saya selalu menekankan tempoh masa semua emel dan tempahan akan diproses, 24 jam. Satu senggat masa yang sudah boleh dianggap baik untuk pasaran Malaysia. Tetapi kami sebenarnya ada internal polisi yang lebih singkat dari itu.

Cuma kami tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri terutamanya jika ada pelanggan “difficult“.

Lagipun, ada satu prinsip yang kami cuba pegang. terutamanya dalam khidmat pelanggan (manusia ada macam-macam jenis, jadi kami terpaksa)

Under Promise & Over Deliver

Lagi satu perkara yang tidak bestnya, kadang-kadang kita take for granted apa yang kita ada. Sebagai pelanggan (saya sendiri termasuk), tidak berapa menghargai penjual apabila mereka memberikan perkhidmatan yang baik. Tetapi apabila mereka cuai sedikit, kita terus kritik.

Sesungguhnya, penjual tidak selalunya untung. Kadang-kadang pelanggan lebih untung dari penjual. Pelanggan dan penjual cuma bertukar sesuatu suka sama suka sahaja.

Baca artikel saya berkenaan bagaimana mendapatkan lebih keuntungan dalam perniagaan dengan berbuat baik kepada penjual di sini.

Pelanggan Ideal SaifulSham

Kami mempunyai beberapa orang pelanggan ideal. Bilangannya tidak banyak, tetapi berurusan dengan mereka bukan sahaja menguntungkan, tetapi juga membahagiakan.

Kerana mereka saya menyuruh pegawai kami cari juga cyber cafe pada malam hari untuk proses order. Kerana mereka saya berhenti sekejap apa yang saya buat untuk ke cyber cafe (jika internet connection out). Kerana mereka saya sanggup merayu kepada supplier saya untuk deal yang lebih baik @ memberi lebih kelonggaran.

Mereka tidak banyak kerenah, dan mereka tidak demand. Lebih bagus, mereka sangat menghargai. Mereka juga bekerjasama apabila saya meminta mereka membuat sesuatu untuk kebaikan bersama-sama.

Mereka meminta tolong, dan bukan mengarah. Walaupun mereka pelanggan saya, mereka tidak pernah merasakan wang mereka besar. (walaupun memang besar)

Ini sangat berbeza dengan pelanggan yang susah. Kadang-kadang, saya akui, ada emel prospek yang saya tidak balas (selalunya pada emel ke 2, 3-jarang pada emel pertama-saya bagi benefit of doubt) Jika sebelum menjadi pelanggan, mereka telah banyak kerenah, saya tidak mahu resources kami dihabiskan memuaskan hati pelanggan yang memang tidak akan puas, sehingga berlaku tidak adil kepada pelanggan normal. 

quot_sans-ser_1-2_red_lTerima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada pelanggan-pelanggan kami yang sangat kami hargai, baik  . Bahawa kita masih berurusan dan wang anda tidak kami pulangkan bermaksud, andalah pelangganquot_sans-ser_1-2_red_r kami yang hebat.

 
Kami mahu lebih banyak pelanggan seperti anda! Toche, toche, toche.

Saya suka membesar bersama-sama dengan pelanggan. Pelanggan yang hebat bukanlah pelanggan yang menghabiskan paling banyak wang dengan kami. Tetapi pelanggan yang hebat, adalah pelanggan yang membesar.

Saya suka membantu pelanggan menjadi lebih baik, memajukan perniagaan mereka. Menjadikan mereka puas. Perry Marshall, mentor terbaru saya (sebelum ini saya postpone menelaah bahan2 beliau kerana agak teknikal) memberitahu bahawa perniagaan hanya boleh bertahan dan berkembang jika ada win-win relationship.

Apabila pelanggan menggunakan khidmat kita dan untung, mereka akan cenderung untuk terus menggunakan perkhidmatan kita. Meninggikan nilai-nilai akaun pelanggan dengan kita akhirnya.

Jadi, apabila anda menjual sesuatu, baik infoproduk, perisian, peralatan atau apa-apa sekalipun, tanya dan selidik, adakah pelanggan mendapat manfaat dari anda? Jangan sesekali menjual dengan hentam keromo.

Beri yang terbaik. Menjual bukan sekadar satu transaksi. Menjual adalah satu program untuk menjadikan pelanggan lebih baik.

Selamat Menjual & Jadilah Pengguna Yang Bijak!

Sabri

Bacaan Lanjut:customer service hubungan menang menang khidmat pelanggan pecat pelanggan pelanggan jutawan pelanggan terbaik pembeli internet pembeli jutawan usahawan tekno

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Over Deliver = Setengah Akan Jadi Satu
  • Bonus Misteri Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet SaifulSham
  • Perniagaan Internet Anda Sebuah Gerai, Restoran Atau Francais?
  • del.icio.us:UnderPromise & OverDeliver | Pelanggan Ideal SaifulSham-digg:UnderPromise & OverDeliver | Pelanggan Ideal SaifulSham-spurl:UnderPromise & OverDeliver | Pelanggan Ideal SaifulSham-wists:UnderPromise & OverDeliver | Pelanggan Ideal SaifulSham-simpy:UnderPromise & OverDeliver | Pelanggan Ideal SaifulSham-newsvine:UnderPromise & OverDeliver | Pelanggan Ideal SaifulSham-blinklist:UnderPromise & OverDeliver | Pelanggan Ideal SaifulSham-furl:UnderPromise & OverDeliver | Pelanggan Ideal SaifulSham-reddit:UnderPromise & OverDeliver | Pelanggan Ideal SaifulSham-fark:UnderPromise & OverDeliver | Pelanggan Ideal SaifulSham-blogmarks:UnderPromise & OverDeliver | Pelanggan Ideal SaifulSham-Y!:UnderPromise & OverDeliver | Pelanggan Ideal SaifulSham-smarking:UnderPromise & OverDeliver | Pelanggan Ideal SaifulSham-magnolia:UnderPromise & OverDeliver | Pelanggan Ideal SaifulSham-segnalo:UnderPromise & OverDeliver | Pelanggan Ideal SaifulSham
    Posted Tuesday, November 13th, 2007 at 12:00am
    Filed under Kedai Online, Khidmat Pelanggan, Protege SaifulSham, Sales, strategi bisnes | RSS

    16 Comments on “UnderPromise & OverDeliver | Pelanggan Ideal SaifulSham”

    1. Thinkerich

      Salam saudara Saifulsham,

      Satu luahan rasa yang jujur. Post yang amat sesuai untuk mendidik para penjual dan bakal pelanggan. Untuk memuaskan hati semua para pelanggan,memang agak sukar, namun begitu jika kita mampu memberikan sesuatu yang lebih nilainya daripada apa yang dikeluarkan oleh mereka, ianya suatu yang berbaloi untuk kedua-dua belah pihak. Pembeli akan LEBIH berpuashati dan akan terus membeli produk kita seterusnya penjual terus boleh membuat jualan dan keuntungan dalam jangka masa panjang….

    2. SyedHafidz

      :cool:
      pelanggan ni cam nyawa kita..
      perniagaan takkan hidup kalau tak pelanggan..
      takda pelanggan bermakna takda income..
      takda income bermakna takda perniagaan..
      so, pelanggan perlu diberikan layanan yang sewajarnya..
      :mrgreen:
      Namun, ada gak pelanggan yang agak “demand” sampai memeningkan kepala kita..
      kalau layan sangat kita yang suffer
      kalau tak layan kita akan hilang pelanggan..
      kadang2 pening kepala fikir..
      untung kalau dapat pelanggan yang pandai meghargai kita..

    3. randavi

      Thanks sabri,
      artikel ini memberikan pengetahuan kepada blogger yang masih baru.

    4. fifa

      dalam artikel nih..sya dpt 1 dpt 1 mende drpd sbri. dalam stiap bisnes, kna ada win-win situation.

      klau x, customer akn lari..tq sabri :lol:

    5. asharudin

      Apa yg Sabri tulis betul sebabnya Team Saifulsham telah mengaplikasikannya dlm semua perniagaan mereka.
      Apa yg saya dapat disini ‘kepuasan’ adalah hak mutlak pelanggan, ‘bimbingan’ seumur hidup adalah kunci kejayaan seseorang usahawan. Kesimpulannya, kejayaan bersama adalah lebih bermanfaat dalam menjana ekonomi sesebuah institusi keusahawanan.

    6. Sabri

      Betul tu, terima kasih kerana memahami dan komen anda. Memang anda semua ini kalau jadi pelanggan, mesti pelanggan yang baik. Bertuah penjual tersebut. :)

      Biar saya beri contoh lain;

      Dalam perniagaan hosting sebenarnya, untuk over deliver dan ada kami lakukan. Pelanggan tidak akan hanya mendapat hosting sahaja.

      Sebaliknya sekali sekala, ada yang bertanya mengenai sistem. Dan kami beri juga sedikit “consulting” free macam mana website diorang boleh dimajukan etc. Bila website diorang maju, diorang akan upgrade pakej. :p

      Tapi ini tidak dilakukan pada semua orang. Sebab ada orang nak dengar pendapat sahaja, tapi tidak ambil tindakan. (lebih kurang macam freeloaders la). Kalau macam ini nanti masa kedua-dua pihak terbazir.

      Over deliver & membesar bersama-sama! :)

      Sabri

    7. SyedHafidz

      Saya faham apa yang disampaikan oleh saifulsham.. :wink:
      perniagaan yagn baik apabila ada win2 situatuion antara peniaga n pelanggan..
      :smile:

    8. aku

      membesar bersama.. hmm.. good point. thanks.

    9. Yoko

      :smile: Sungguh Berinformasi la site ni. Boleh memotivatekan diri sambil menambah pengetahuan. Terima kasih Saifulsham. Keep up the good works.

    10. Panduan FTP

      betul tu…
      kalau maju, mesti sama-sama maju…(membesar bersama)
      win win situation adalah sangat penting dalam perniagaan…
      kalau win loss, memang ada salah seorang yang tak puas hati…hehe…

      han

    11. ahfatlim

      perniagaan yg bagus mesti lah memberi faedah kedua2 belah pihak =)

    12. Lia

      pelanggan ideal mmg membahagiakan :wink:

    13. Rahsia Peluang Perniagaan Internet Tips Buat Duit Usahawan Internet » Archive » Perniagaan Internet Anda Sebuah Gerai, Restoran Atau Francais?

      [...] Mereka bukan sekadar pelanggan, mereka berpandangan jauh dan dalam. Mereka sharp, tidak lokek atau berkira. Kata-kata mereka adalah nasihat. Mereka inilah yang saya selalu puji sebagai pelanggan ideal. [...]

    14. Rahsia Peluang Perniagaan Internet Tips Buat Duit Usahawan Internet » Archive » Rahsia Buat Duit Besar Dengan Mudah Dari Kesusahan Dan Persaraan SaifulSham

      [...] online shop jual satu atau 2 item sahaja). Supplier baru tetap perlu di cari. Dan hendak mencari supplier baru dan bina relationship baru pun bukan mudah (projek 6 bulan lepas Disember baru siap, better late than [...]

    15. “Rahsia Membina Perniagaan Internet Yang Sistematik Dan Berdaya Saing Hebat” « Cakap-cakap tentang PERNIAGAAN dan INTERNET

      [...] Mereka bukan sekadar pelanggan, mereka berpandangan jauh dan dalam. Mereka sharp, tidak lokek atau berkira. Kata-kata mereka adalah nasihat. Mereka inilah yang saya selalu puji sebagai pelanggan ideal. [...]

    16. AmirulCyber.Com » Blog Archive » “Rahsia Membina Perniagaan Internet Yang Sistematik Dan Berdaya Saing Hebat”

      [...] Mereka bukan sekadar pelanggan, mereka berpandangan jauh dan dalam. Mereka sharp, tidak lokek atau berkira. Kata-kata mereka adalah nasihat. Mereka inilah yang saya selalu puji sebagai pelanggan ideal. [...]

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.