Melengah kemewahan
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Menjadi seorang public figure kadangkala pun tidaklah seindah mana. Satu ketika saya makan di kedai mamak, ada saja yang tiba-tiba muncul “eh, ni geng-geng SaifulSham kan, takkan makan sini kot”
Waduh, waduh, apakah perlu saya makan di hotel hanya sebab menjadi seorang pengasas SaifulSham.
Saya selalu menjawab, “Takpe, aku mengamalkan prinsip delayed gratification. Tunggu sampai bisnes betul-betul sukses sampai cawangan berpuluh dekat oversea baru tukar kereta baru, makan dekat hotel” (hujah mematahkan ayat-ayat perli ini)
Untuk pengetahuan anda, sehingga tahun ini, saya dan Sabri bekerja tanpa gaji. Ini bermakna, saya dan Sabri hanya hidup dengan wang scholarship sahaja. (Anda tentu terkejut kan)
Semua keuntungan perniagaan dilaburkan kembali untuk pengembangan bisnes kami terutama pembiayaan operasi bisnes luar negara yang diuruskan adik saya, Syamim.
Seperti yang anda tahu, saya tidak akan puas dalam bisnes jika saya tidak mencapai tahap Bursa Malaysia listing. Jadi, untuk memenuhi cita-cita itu, saya sandarkan wang keuntungan dan dividen kami untuk pengembangan bisnes.
(Alah, standard je tiada gaji. Steve Job pun gaji USD1 setahun tak heran pun).
Soal menikmati nikmat dunia itu saya tangguhkan dahulu. Pada saya, mana-mana usahawan perlu membuang sikap tipikal kebanyakan usahawan Melayu iaitu membelanjakan keuntungan untuk kepentingan diri sebaik memperolehnya.
Tidak salahpun untuk menikmati hasil penat lelah tetapi adalah baik untuk melengahkan kemewahan tersebut. Melengahkan disini bukanlah tunggu tanpa berbuat apa-apa tetapi menggunakan sumber keuntungan anda untuk pengembangan perniagaan anda.
Dengan cara ini, anda mampu mengembangkan bisnes pada kadar yang lebih pantas tanpa mengharapkan mana-mana pinjaman.
W.M.Syazwan
Bacaan Lanjut:jejak jutawan jutawan kaya mewah usahawan jutawan usahawan taniPembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under Idea Bisnes, Info SaifulSham.com, Pemasaran & Promosi, Perancangan Ebiz, Perniagaan Internet, Portal Iklan, Promosi, Protege SaifulSham, Sales, strategi bisnes | RSS



















Terima kasih atas artikel kali ni.Saya bersetuju,kita boleh gunakan untung tersebut tersebut tapi kena ada perancangan untuk laburkan kembali modal tadi.
“Susah dahulu senang kemudian”
Pada mulanya saya tak percaya Syazwan cakap begitu,tetapi setelah difikir secara logik barulah saya nampak apakah positifnya berbuat begitu.
Semoga berjaya.
yang nih saya sokong, apa yang dilakukan oleh pihak saifulsham adalah tepat. tapi jarang orang bumiputera macam nih, bila dah dapat untung sikit, habis dibelanjakan.
Mungkin ada orang akan kata; buat apa nak lengah2.
Aku dah buat bisnes pening2…
Sebenarnya, tak salah nak menikmati hasilnya. Nak kata kami tak enjoy
dan tak gunakan sebahagian untuk reward pun tak sesuai juga. Reward
sikit, banyak juga act.
TAPI, biarlah dilebihkan “delay”, dikurangkan “instant”
Maksudnya, gunakanlah dalam 30% untuk diri sendiri, bakinya untuk dirollingkan.
(ehem3… kalau pasal makan, jangan ajak geng2 SaifulSham. Tak kisahlah mamak atau hotel… Beround2 kami soru.. Buruk lantak!
)
Kemudian, kita kena fikir2 kan, jangan sampai reward kita hari ini menjadi bebanan di masa depan. (fikir dalam2… hint: good loan bad loan)
Untuk dirollingkan dalam business pun amalkan petua yang sama. Bukan semua rolling untuk business itu bagus. Kena kira ROI dulu. (Return on Investment).
Kalau berbaloi, rollingkan. Kalau rasa tak berbaloi, stay dulu. Peluang datang selalu, jadi pilih peluang yang terbaik di antara peluang-peluang yang baik tadi.
Kita kena bijak membahagikan, berapa yang delay berapa yang instant. Jangan delay sampai tak ada motivation untuk
teruskan sudah. Itu yang penting!
Pandangan 2 ringgit,
Sabri
ni merupakan kadah perniagaan yang sebenarnya..


reinvesting keuntungan yang kita perolehi utk leverage perniagaan..
Bukan suma usahawan ada pemikiran camni..
kebykannya akn mnghabiskan duit keuntungan..
akhirnya bila nak kembangkan bisnes dah takda modal..
biasa lah tu pasal perli tu…
saya lebih suka cara team saifulsham ni…
melabur kembali untuk dpt keuntungan yang berlipat ganda…hehe
han
Assalamualaikum
Akak first time buka website ni, and rasa sangat teruja utk buat komen kat sini.Akak ucapkan tahniah pada Saifulsham, sbb idea-idea dalam ni sgt bagus dan sgt praktikal.Walaupun masih muda tapi, pemikiran sangat tajam, kupasan idea yang dilontarkan sgt hebat dan akak benar-benar teruja utk jadikan website ni sebagai website yang mengasah minda utk menjadi org yang berjaya dalam perniagaan.Syabas dan tahniah akak ucapkan pada team Saifulsham.
Pn.Siti Arbayani,
Tawau, Sabah
Jika sesiapa belajar mengenai accounting, mereka akan tahu prinsip entiti berasingan..
Maksudnye disini.. individu (yang memiliki perniagaan) dan perniagaan adalah sesuatu yang berasingan.
Walaupun dia memiliki perniagaan tersebut tetapi dari segi accounting, dia hanyalah menguruskan perniagaan itu dan segala keuntungan perniagaan bukan hak milik pengusaha perniagaan tersebut.. Keuntungan adalah hak pernigaaan/syarikat.. Ini dari segi accounting la..
Sebab tu kalau kita dapat lihat.. pengusaha hanya ambil gaji/dividen daripada modal yang dilaburkan & bukan semua keuntungan yang diambil..
Just sedikit pandangan..
Tertarik dgn apa yg korang tulis….banyak persamaan dengan apa yg aku baca. hakikatnya untuk melaksanakan apa yang kita baca bukanlah semudah apa yang kita baca.
jadi, persoalan saya….bagaimana u all mencipta paradigma u all dengan sanggup bersusah2 dahulu sebelum menggapai kesenangan kerana untuk diri saya sendiri sesuatu yg agak sukar untuk dilaksanakan. Seperti mana kata u..setelah berpenat buat apa nak berpenat lagi..
TQ
Soalan yang menarik Afzai,
Separuh jawapan untuk soalan tersebut:
Buat apa yang kita minat. Saya menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer sehari, sedikit pun saya tak rasa penat.
Jangan buat sesuatu HANYA kerana wang. Itu memang turn off yang paling berbahaya.
Separuh lagi jawapan:
Macam saya sebutkan dalam komen saya sebelum ini,
Kita kena bijak membahagikan, berapa yang delay berapa yang instant. Jangan delay sampai tak ada motivation untuk teruskan sudah. Itu yang penting.
Apa yang kami mahu?
Syazwan mahu hp Samsung 3G yang canggih dan menjadi antara orang pertama yang beli ketika hp tersebut keluar (3G baru sangat2 diperkenalkan ketika itu), dia dapat apa yang dia mahu.
Saya mahu Smartphone PDA Ipaq yang disamping menjadi PDA Phone, ada connection wifi. Saya dapat.
Saya mahu laptop, saya dapat.
Kami mahu kenderaan untuk bergerak. Kami dapat.
Kami tidak mahu berfikir panjang untuk pergi tempat jauh sedikit walaupun harga minyak kereta naik banyak, kami tidak perlu fikir.
Kami tidak suka makan di kafe kerana makanan tidak sedap, kami boleh ke restoran luar.
Kami sudah bosan makan tomyam, nasi goreng, dan yang seantero dengannya. Kami makan Mc D, KFC, Secret Recipe atau Seafood di Restoran Thailand.
Dan lain-lain nikmat kecil yang kita jarang hargai.
Kunci dia: Kita kena bijak membahagikan, berapa yang delay berapa yang instant. Jangan delay sampai tak ada motivation untuk teruskan sudah. Itu yang penting.
Itu satu. Keduanya, apa yang kita nak dan make financial sense, dan apa yang tak make financial sense.
Contoh: HP Syazwan dia beli ketika 3G baru keluar, setahun atau dua tahun lepas. Masih elok, masih boleh digunakan sekarang.
Kalau dia mahu beli Nokia N95 atau Iphone pula apabila model2 terbaru keluar, itu didn’t make financial sense. Itu bukan rewards dah.
Kalau kita dah ada kenderaan untuk bergerak (tidak rosak, masih boleh dipakai -tapi mcm Bitol tukar baru takpe sebab kereta lama dia dah problem), tetapi sebab kita nak melaram kita nak upgrade model baru SEMATA-MATA kita nak menunjuk. Itu didn’t make financial sense.
Sebenarnya, kita boleh jadi kaya, dapatkan apa yang kita nak, be motivated untuk hidup, kita boleh. Cuma kita kena ada financial sense.
Sabri
slmt ptg sabri,
saya suka pada komen sabri di atas ni…
puas yang ni ada yang tu…
huh..seronok kan kalau ada hidup mcm sabri ni…hehe…
han
Jangan cakap macam tu Han,
Hidup kita semua puas. Percayalah. Kalau Han ada kat depan saya, saya boleh tulis ayat yang kat atas tu, untuk hidup Han juga.
Irwan Dahnil dalam blognya baru-baru ini ada menulis mengenai “Formula Kejayaan Mudah”
http://www.irwandahnil.com/2007/11/22/formula-kejayaan-mudah/
Enjoy diri kita, dengan apa yang kita ada.
Saya bagi contoh lagi, saya bukannya best sangat di mata orang. Tetapi pada diri saya saya best.
Saya suka makan seorang diri sebenarnya. Saya boleh makan lebih tenang sambil membaca (kalau makan dengan kawan diorang panggil skema), saya boleh makan banyak-banyak (kalau makan dengan kawan diorang panggil lahap, atau tak pasal2 saya kena belanja diorang melahap sekali pula
)
Orang kata saya pelik makan seorang, orang anggap saya tidak ada kawan (walaupun banyak sahaja sebenarnya, cuma saya tak suka makan beramai-ramai)
Saya seorang yang pelik, I’m an eccentric. Tetapi saya suka diri saya, yakin dengan diri saya dan carry diri saya well depan orang lain.
Kalau orang cakap saya pelik;
Saya cakap dengan yakin je; “Ya, aku memang pelik dan peliknya aku suka jadi pelik. Tak pelik pun sebenarnya sebab setiap orang dari kita pelik. Cuma pelik aku nampak. Pelik ko tak nampak”
Anda pun hebat juga Han. Count your blessings.
Sabri
sabri,
saya pun sama juga…
saya lebih suka makan sorang2…hehe(tak ikut sabri ye..)
bila makan sorang memang lebih tenang…
saya pun lebih suka berseorang dari duk lepak ramai2 dgn kwn…
saya lebih suka duk depan PC atau baca buku motivatsi bila free…
hidup saya lebih pada berseorang…
boleh kata tahun ni, saya langsung tak keluar dgn kawan…asyik duk je depan PC buat apa yang patut…
han
Tak tahu nak cakap apa. Yang pasti jawapan yang baik dan menepati :)Terima kasih atas pemberian kunci kejayaan tu..
Good Luck.