Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Jauh di sudut hati ini ingin menulis post yang panjang-panjang dan menerangkan setiap point dengan panjang lebar, tetapi keadaannya tidak sesuai. Jadi biar saya letakkan dalam bentuk tips2 pendek.

Untuk mengajar dan mendidik seseorang, yang penting adalah bukan seberapa banyak yang kita tahu, tetapi sebanyak mana pelajar (pembaca) kita boleh menerima.

Kadang-kadang kalau kita memberi terlalu banyak, pelajar kita akan mengalami information overload sehingga mereka rasa tidak boleh berbuat apa-apa. Pada masa yang sama, kita tidak boleh memberi terlalu sedikit kerana:

  • Informasi yang terlalu sedikit tidak membolehkan mereka berbuat apa-apa
  • Tahap excitement mereka tidak membuatkan mereka teruja untuk mengambil tindakan
  • Jadi dalam menulis ebook atau mengajar “pelajar dewasa”, tentukan tahap-tahap ilmu anda dan kongsi apa yang pelajar bersedia menerima sahaja. Walaupun pelajar kalau boleh ingin semua sekali, tetapi sebagai pengajar kita kena merancang kejayaan pelajar/pembaca kita.

    Ingin, jika anda ingin terlibat dalam info marketing;

    1) Produk anda bukan Informasi (ini satu myth)
    2) Produk anda sebenarnya adalah kejayaan pembaca/pelanggan anda mengaplikasi informasi yang anda beri.

Jika anda ingin menyampaikan semua ilmu anda, buat ia dalam bentuk siri dan berikan kepada pelanggan anda secara beransur-ansur. Dengan memberi semua sekali tanpa disedari, anda sebenarnya mensabotaj pelanggan anda sendiri! :roll:

Master Planner,
Sabri

p/s: Assignment untk Protege: Hazwan, rasanya ada benda yang tak disiap-siapkan lagi kan? Pastikan dalam tempoh terdekat ini, siapkan satu laporan elaborate dari point dalam salesletter tu, 7-8 perkara yang tidak wajar dilakukan dalam relationship.