Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Sebelum itu, saya memohon maaf kerana tidak memberi notis bahawa blog ini tidak dikemaskini. Baru hari ini saya dapat meluangkan masa untuk menulis berikutan kesibukan kami menguruskan beberapa perniagaan lain.

Baiklah, oleh sebab ramai yang berminat belajar bagaimana bapa saya menguruskan pelaburan hartanahnya, sekarang adalah masanya. Jeng,jeng, jeng.

Bermula minggu hadapan, kami akan melancarkan laman web pelaburan hartanah, dimana anda dijemput untuk menjadi rakan kongsi pelaburan hartanah kami yang akan diuruskan bapa saya. Dan,oh ye, buat masa ini, tempat ini adalah dihadkan untuk ANAK KELANTAN sahaja.

Saya memohon maaf kerana bapa saya banyak menguruskan pelaburan hartanah di Kelantan dan undang-undang telah menetapkan hanya anak kelantan sahaja boleh membeli tanah di kelantan.

Modal permulaan hartanah yang diperlukan adalah seminimum RM50,000 dan gandaan RM50,000 ke atas dan ianya bergantung kepada projek yang terdapat dalam tangan.

Jika anda mempunyai wang yang lebih tetapi tidak tahu dimana harus dilaburkan atau menyimpan wang yang banyak di bank tetapi kecewa dengan dividen yang diberikan terlalu sedikit, kembali ke laman web SaifulSham pada minggu hadapan.

Saya akan meletakkan beberapa hartanah yang diuruskan bapa saya sebelum ini sebagai bukti bahawa pelaburan hartanah adalah pelaburan yang lumayan. Antaranya adalah nilai semasa belian dan nilai jualan (Gambar juga akan diletakkan).

Sehingga kini, semua hartanah yang dibeli bapa saya berjaya dijual dengan harga dua kali ganda daripada harga asalnya atau lebih baik lagi tiga kali ganda. Dan prosesnya memakan masa antara 12 bulan hingga 24 bulan (bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa).

Selain tujuan saya untuk mendapatkan rakan kongsi, saya juga melihat inilah satu cara untuk menanam pengetahuan pelaburan hartanah kepada orang lain melalui tunjuk ajar orang yang pakar.

Tujuan lain lagi, pelaburan anda dijamin selamat dan anda hanya perlu menunggu pulangan daripada pelaburan anda. Hal-hal pengurusan tanah akan diuruskan sepenuhnya bapa saya.

Syazwan, mengapa Kelantan dan tidak negeri lain?
Ini bukan soal kenegerian tetapi macam saya sebut tadi, bapa saya pakar di negeri kelahirannya (beliau tahu benar keadaaan dan pasaran hartanah disana) disamping proses kelulusan yang cepat berbanding negeri lain.

Apapun, tunggu sahaja minggu hadapan untuk maklumat yang lebih detail.

P/S: Konsep ini sah kerana kita akan berJV dan bukannya mengambil modal anda sesuka hati. Nama anda akan tertera sebagai pemilik hartanah dan tidak akan terjadi situasi anda ditipu.

Proses ini akan melibatkan pihak peguam. (jangan takut jika anda tidak biasa dengan peguam melainkan didakwa dimahkamah,huhu)

Jika paling burukpun tidak dapat dijual dalam masa ditetapkan (belum pernah terjadi sepanjang 13 tahun penglibatan bapa saya), hartanah itu adalah aset anda.

P/SS: Oh ye, saya layak sebab ibu bapa saya adalah anak kelantan.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:anak kelantan jutawan hartanah pelaburan hartanah usahawan hartanah

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Apa pelaburan hartanah paling lumayan…?
  • Hartanah?
  • UrusHartanah.com 1.0 LIVE & Laman Web Pertama Syazwan
  • del.icio.us:Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham-digg:Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham-spurl:Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham-wists:Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham-simpy:Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham-newsvine:Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham-blinklist:Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham-furl:Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham-reddit:Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham-fark:Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham-blogmarks:Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham-Y!:Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham-smarking:Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham-magnolia:Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham-segnalo:Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham

    14 Comments on “Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham”

    1. Maizul

      Lumayan jugak pelaburan hartanah ni ye.
      Rupanya W.M.Syazwan orang Kelantan. Pernah pergi sekali je ke kelantan pada tahun ni, seronok tengok para peniaga yg rata-ratanya orang kelantan.

    2. ibnuhassim

      Kalau suami kepada anak orang kelantan boleh join?

    3. Encik Dlie

      Wow! Satu perkembangan yang baik.. x sabar nak tunggu minggu depan ni..

    4. RajaAffiliate

      Saya sangat berminat nak menjadi pelbur hartanah cuma kurang knowlegde ttg bagaimana caranya nak bermula…
      saya cadangkan apa kata kalau saifulsham buat 1 laman web/blog khusus berkenaan dengan pelaburan hartanah…?
      :grin:
      Terget future saya nak jadi great investor..

    5. BenJol

      Wow! Ni baru dikatakan business! :wink:

      Tapi, kalau dah ada minimum RM50k dalam tangan utk tujuan pelaburan, saya rasa tak yah buat business di internet lagi. JV is the best thing to do kalau tak ade expertise.

    6. Labanon

      Wah.. berminat ni :) Nanti nak tanya my parents :twisted:

    7. Syazwan SaifulSham

      En. Ibnuhassim, boleh! Tiada masalah.

      Saya pada mulanya mengetengahkan idea supaya kos permulaan boleh dikurangkan tetapi memandangkan bapa saya tidak mahu melayan terlalu banyak karenah yang mungkin terjadi, beliau menetapkan RM50k.

      Sebenarnya ini adalah sumber pendapatan yang tidak perlu anda bekerja keras. Anda hanya mennunggu kelulusan pecah tanah dan bapa saya akan menjualnya untuk anda.

      Sudah pasti akan ada management fees yang akan dikenakan bapa saya tetapi ini peluang untuk anda mempelajari sendiri pelaburan hartanah daripada orang yang mempunyai kepakaran kerana saya sendiri memujuk beliau untuk ke muncul ke khayalak ramai.

      Inipun beliau fikir banyak kali sebelum bersetuju.

    8. koibito

      selamat berhartanah untuk orang kelantan…semoga sukses selalu..

    9. RajaAffiliate

      Takde ke orang selangor yang buat bisnes hartanah camni??

    10. saharman

      Bagus jugak tu…. tapi urusan pecah tanah tu agak lama la kerana kelembapan kerja kakitangan jabatan yang mengurusnya…saya dah kena bila bapa meninggal dan terpaksa berurusan dengan pejabat tanah untuk urusam pesaka .

    11. Syazwan SaifulSham

      Saharman, semua dh sudah di pertimbagkan sebelum membuat pelaburan.

      Mmg bapa saya tidak akan melabur dlm hartanah yang mempunyai pusaka.

    12. Perniagaan Internet

      wah, ini berita baik …. camana ya nak follow up ni ? bangunan depan maybank wakaf siku tu kan ? kat situ ek ? ore kelate gak ni … kalu masyuk nak join gak ;)

    13. fadzlie

      waa…satu peluang yg bagus ni :razz: but, mcm mana flow dia ye? nak tau jgk ni…

    14. rafaizul

      saya kurang faham…maknanya setiap org kena keluar min RM 50k ke?

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.