Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: January, 2008

Seminar Pelaburan Tanah Percuma

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Bersempena cuti Tahun Baru Cina, Team SaifulSham bersama-sama UrusHartanah.com akan menganjurkan seminar setengah hari berkenaan pelaburan tanah secara PERCUMA.

Kami amat menjemput anda terutamanya anak Kelantan yang pulang bercuti di Kelantan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai peluang pelaburan dalam tanah.

Anda boleh melihat porfolio kami dengan lebih dekat dan mendapatkan nasihat pakar pelaburan tanah, Hj. Wan Sukri. Seminar pelaburan tanah ini terbuka kepada semua golongan (walaupun anda belum berhasrat melabur dalam masa terdekat).

Setidak-tidaknya anda berpeluang mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai pelaburan tanah.

Tahukah anda bahawa tips-tips pelaburan tanah di SaifulSham selama ini hanya secebis ilmu sahaja pengalaman daripada Hj. Wan Sukri. Banyak lagi akan didedahkan dalam seminar itu nanti.

Team SaifulSham akan turut serta disana!

Berikut adalah tentatifnya:

Tarikh: 9 Februari 2008 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Pejabat urusan UrusHartanah.com (Kota Bharu)
Makanan dan minuman disediakan

pejabat UrusHartanah.com

Tinggalkan nama anda diruangan komen atau e-mail kami di saudagar(at)saudagar.com.my untuk mengesahkan kehadiran.

Tempat terhad untuk 40 orang sahaja.

Bacaan Lanjut:

Kenapa tidak pakai?

Hello pembaca SaifulSham,

Ada rakan seuniversiti saya bertanya, “Kau jual iPhone, tapi kau pakai handphone biasa je”.

iphone

Saya menjawab: “Hampir kebanyakan orang kaya yang berniaga tidak memakai apa yang dijualnya. Mereka hanya tahu untuk membuat untung sahaja. Tambahan lagi jika produk itu susut nilai mengikut peredaran masa. Ini perkara benar”.

Seorang sepupu saya sangat berjaya dalam perniagaan kereta import mewah miliknya di Wangsa Maju, dan beliau hanya memakai kereta import biasa sahaja (ketika ini, saya sedang menyakinkannya untuk menjual kereta import mewah di internet :smile: ).

Katanya, “Kita ni usahawan je, dapat jual dan untung sudah kira puas hati”.

Mercedec Benz Brabus

Think about it.

W.M.Syazwan
————————————-
Pengunguman:

Pertama
Laman web iPhone dijangka dilancarkan minggu ini (sebelum bulan Februari). Kami sedang bertungkus lumus menyiapkannya.

Kedua
Studio rakaman dijangka akan mula beroperasi minggu hadapan. Kelewatan peralatan studio tiba menyebabkan kami menunda pelancaran studio rakaman terbaru milik SaifulSham Consultants.

Bacaan Lanjut:jutawan hartanah jutawan internet jutawan kereta mewah Perniagaan Internet usahawan internet usahawan kambing boer usahawan lintah

Tips Pelaburan Tanah: Menarik perhatian pembeli

Hello pembaca SaifulSham,

Ketika saya dibawa bapa saya ke lokasi pelaburan tanahnya, saya melontarnya satu soalan.

“Macam mana abah tidak pernah gagal jual tanah dalam masa yang singkat (kurang setahun)?”

Maka bapa saya pun memberitahu, “Tanah pun macam produk. Kalau produk separuh siap, siapa mahu beli, jadi, hiaskan dan persembahkan produk itu sebaik mungkin”
Saya masih kabur akan jawapannya. Lantas saya menyambung pertanyaan, “Maknanya, dalam industri pelaburan tanah ni, ada juga orang gagal menjualnya? Macam tu?”

“Ya, tetapi walaupun dia gagal menjual, nilai tanah itu tidak akan susut, cuma modalnya akan sangkut disitu. Jadi dia tidak boleh membuat pelaburan tanah yang lain”

“Ooo, kalau macam tu, macam mana hendak persembahkan tanah tu kepada pembeli supaya diorang tu berebut hendak beli” tanya saya lagi.

“Mudah je, tetapi ramai yang tidak ambil pusing benda ni. Macam beli rumah, kemudian naik-taraf, dan jual. Tanah pun kena naik taraf sikit sebelum boleh dijual.

(UNTUK MELIHAT CONTOH : LIHAT PORTFOLIO 2 DI SINI)

Paling penting, bersihkan tanah tersebut (kalau ada pokok, tumbangkanlah), tambun tanah, bina jalan tar menghubungkan ke tempat tanah tersebut. Bina sambungan paip” kata bapa saya lagi.

Ramai orang yang ingin menceburi bidang pelaburan tanah tidak mahu mengeluarkan sedikit belanja untuk tujuan ini. Mereka beranggapan dengan lokasi yang strategik adalah segala-galanya dalam memikat bakal pembeli.

Sebenarnya, cara persembahan yang menarik juga mempengaruhi emosi bakal pembeli.

Saya beri satu contoh, jika anda datang sebagai bakal pembeli, sudah tentu anda akan melihat dahulu fizikal tanah tersebut.

Apakah perasaaan anda jika anda melihat hutan yang belum ditebang, semak samun, tiada jalan menghubungkan ke kawasan tersebut walaupun tidak jauh dari jalan utama.

Sudah tentu perasaan anda akan bercampur baur memikirkan kos tambahan yang akan dikeluarkan anda.

Tetapi jika anda datanag, tanah sudah lapang dan siap jalan tar lagi. Apakah anda akan membelinya atau membiarkannya?

(UNTUK CONTOH LIHAT PORTFOLIO NO 2 DI SINI)

W.M.Syazwan
UrusHartanah.com

Bacaan Lanjut:

Terbongkar, Usahawan Kampus Ambil Steroid!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Ya, tajuk yang begitu catchy sekali. Seperti yang telah saya janjikan dalam post lepas (Cara Mudah Mendapatkan Modal), hari ini saya akan berkongsi cerita mengenai usahawan kampus yang berwawasan dan sangat genius mencipta peluang.

Jika dalam kisah lepas kita telah melihat Faizul, dalam kisah ini kita akan melihat dua usahawan. Im dan satu rangkaian usahawan “underground” kampus milik seorang usahawan berwawasan.

Im sekarang, disamping menjadi pelajar tahun akhir UTP, beliau turut mempunyai studio jamming muzik pertama yang dibuka di Tronoh. Jika sebelum ini band-band pelajar UTP perlu ke Ipoh untuk jamming, kini mereka boleh jamming di Tronoh sahaja.

Dulu, Im menjual nasi lemak yang dibuat ibunya dari bilik ke bilik (Im anak fellow, parentsnya tinggal di dalam kampus). Sebungkus nasi lemak dijual pada harga RM 1.50. RM 1 diberi kepada ibunya Namun, setelah berasa boring menjual dari bilik ke bilik, beliau mengupah rakannya untuk menjual bagi pihaknya. beliau mengambil 20 sen keuntungan dan rakannya mendapat 30 sen.

Nah, jika dahulu Im boleh mendapat RM 10 sehari dengan menjual 20 bungkus nasi lemak (tetapi agak penat), sekarang Im goyang kaki dapat RM 4 sehari.

Tidak menarik anda kata? Tidak seksi? Ikuti kisah seterusnya mengenai seorang lagi usahawan kampus. (kisah marketing on steroids!)

nasilemak

Jika sebelum ini saya bercerita mengenai usahawan dalam batch kami, kisah usahawan seterusnya ini adalah dalam batch lain (senior). Jadi saya tidak dapat memberikan details seperti nama, keuntungan dan sebagainya. Tetapi saya dapat modus operandinya dari batchmate saya yang menjadi runner dalam underground network ini.

Usahawan muda berwawasan ini menggunakan konsep yang lebih kurang dengan Im, tetapi lebih hebat. Beliau menjual burger. Tetapi beliau tidak seperti Im, dan juga tidak seperti Faizul, beliau pasang runner. Setiap runner diberi `2 blok dan 2 beg besar burger.

Setiap burger dijual pada harga RM 2. Setiap burger yang terjual runnernya akan mendapat 50 sen. Usahawan muda kampus ini akan ambil 20 sen. Sekarang, runner usahawan ini bukan seorang dua. Ada 5 village di UTP ini dan setiap village ada minimum satu runner (selalunya 2 atau tiga). Tugas usahawan muda kampus ini adalah “mengimport” burger dari luar secara besar-besaran dan mengagih-agihkan burger tersebut kepada runnernya. Satu lagi tugas usahawan ini adalah menyediakan air oren kepada runner2nya yang balik dari menjual bilik ke bilik.

Dan runner-runnernya tidak pernah gagal menghabiskan jualan. Seperti pengalaman Faizul, paling teruk pun 2 blok baru habis. Tetapi mustahil tidak habis.

Dan bahagian paling menarik, mari kita estimate nilai bisnes usahawan muda berwawasan ini.

Jika satu burger kosnya RM 1.30 dijual pada harga RM 2. Runner mengambil 50 sen dan beliau mengambil 20 sen. Setiap runner mengambil 25 burger ayam dan 25 burger daging (jumlah 50 seorang). Dan ada 9 runner. Jumlah burger sehari adalah 450.

Setiap hari, bahagian usahawan ini sahaja adalah RM 90!

Sebulan, jika usahawan ini menjalankan perniagaannya selama 16 hari (weekend dan Rabu-pasar malam, takde), beliau mendapat sebanyak RM 1440.

Semuanya berlaku dengan goyang kaki dan bancuh air oren sahaja!

Baiklah, saya tidak mahu anda terpesona dengan RM 1440 ini. Bagi kebanyakan orang, ia tidaklah banyak sangat. Tetapi saya mahu anda lihat “scalability”, bagaimana usahawan kampus ini mengembangkan empayar perniagaannya. Dan fikir bagaimana anda juga dapat replicate strategi dan taktik usahawan ini dalam perniagaan ataupun perniagaan internet anda.

Selamat berfikir!

Sabri

Bacaan Lanjut:

**/Januari/2008

Sedikit teaser….

Iphone coming soon

Tarikh pelancaran semakin hampir. Sistem affiliate sudahpun siap dipasang. Audio, video pun.

AppleWorm

(Gambar epal di makan ulat ini adalah simbolik kepada versi UNLOCKED)

Kempen “We Want Iphone!” juga bakal dilancarkan. Nantikan pada ** Januari 2008

(kunjungi blog ini setiap hari kerana tarikh sebenar pelancaran akan diumumkan tidak lama lagi)

Bacaan Lanjut:

Tips percuma pelaburan tanah

Hello pembaca SaifulSham,

Setelah seminggu UrusHartanah.com dilancarkan, sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan. (Tidak kurang juga ada yang cuba mempertikaikan bidang pelaburan tanah, tidak apa, portfolio yang ada speak for itself)

Baiklah, disebabkan ramai berminat untuk tahu banyak mengenai pelaburan tanah, jadi setiap minggu, saya akan cuba menulis satu tips dalam pelaburan tanah di SaifulSham.

Tidak apa jika anda belum dapat menceburi bidang ini, tetapi sekurang-kurangnya, anda berpeluang belajar tips daripada yang pakar secara percuma.

Pelabur Hartanah Gembira

Untuk tips hari ini adalah berkenaan tanah pusaka.

Ada pembaca yang memberitahu saya bahawa bahaya jika kita melabur dalam tanah pusaka.

Jawapan sebenar untuk soalan ini adalah tidak bahaya dengan syarat tanah pusaka itu telah selesai pembahagiannya.

Sebelum itu, marilah kita kaji dahulu apa maksud sebenar tanah pusaka. Untuk memudahkan pemahaman, saya berikan satu situasi seorang lelaki yang memiliki sebidang tanah. Apabila lelaki ini meninggal dunia, tanah tersebut untuk diwariskan kepada 2 anaknya.

Setelah selesai pembahagian tanah tersebut kepada 2 anaknya, kini tanah tersebut boleh dibeli anda seperti biasa. Anda boleh membeli sebahagian tanah daripada seorang anak terbabit atau keseluruhan tanah daripada kedua-dua anak si lelaki terbabit.

Sebenarnya, kebanyakan tanah yang dilaburkan oleh UrusHartanah.com adalah tanah pusaka (yang selesai pembahagiannya).

Oh ya, apapun, tanah pusaka pun mestilah memenuhi kriteria pelaburan seperti lokasi, permintaan, dan harga.

P/S: Anda boleh menonton video portfolio pelaburan UrusHartanah di sini. Banyak lagi video akan ditambah sebagai membuktikan pelaburan tanah lebih lumayan daripada pelaburan lain. Secara relatifnya ,kebanyakan pulangan yang biasa diperoleh pihak UrusHartanah.com adalah 100 peratus setahun (pulangan ini memerlukan kepakaran melabur).

P/SS: Dapatkan banyak tips pelaburan tanah di UrusHartanah.com. Jangan lupa untuk mendaftar disana.

P/SSS: Laman web jualan Iphone bakal menemui anda dalam masa terdekat, Jeng,Jeng,Jeng

Bacaan Lanjut:

Cara Mudah Mendapatkan Modal Untuk Mula Bisnes

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Ramai orang yang mahu menjadi usahawan dan memulakan perniagaan sendiri baik internet ataupun offline, namun satu masalah yang sering menghambat mereka adalah ketiadaan modal. Setuju atau tidak? Bagi orang yang tiada duit langsung, dalam hati mereka berkata, “kalau ada RM 100 pun jadilah nak buat modal”.

Kalau orang yang sudah ada RM 100 pula, mereka berkata, “mana cukup ni. Kena ada paling kurang RM 1000 baru boleh start ni”. Dan tidak terkecuali, bagi mereka yang mempunyai 2-3 ribu, “eh, mana cukup! Itu meniaga main-main “adik” (ayat betul yang kami dengar). Bisnes betul nak start paling kurang RM 100K.”

Walau apa pun situasi anda, saya akan cuba meleraikan persoalan anda. Kami bukan Along, kami cuma nak tolong. ;) Kita akan mula dengan cara paling tidak sofistikated dulu.

radius-r12-sport-wheel-rimPertama, jual barangan anda yang tidak diperlukan dahulu secara second hand. Semua orang ada barangan ini. Lagi tua seseorang itu, lagi banyak “besi buruk” yang disimpan mereka. Rim Kereta, tayar lama, handphone kedua, jam tangan kedua, komputer kedua, koleksi kaset (original), buku, radio semua ini boleh dijadikan wang.

Pada zaman dahulu, menjual barangan second hand dengan cara ini mengundang stigma sedikit. Orang akan menganggap anda mencuri barangan tersebut ataupun penagih dadah yang mahu cari duit beli dadah.

Tetapi zaman sekarang dengan adanya Lelong.com.my dan Ebay, anda boleh menjual barangan second hand anda tanpa rasa was-was lagi.

 

Kedua, anda boleh mendapatkan sedikit wang dengan memotong perbelanjaan “luxury” anda. Contoh, jika anda sudah bekerja cuba satu hari makan sekali sahaja. Anda pilih anda mahu makan malam atau makan tengah hari. Duit yang anda berjaya jimatkan, anda simpan sebagai modal anda. Anda boleh lakukan yang sama untuk top up, tiket wayang dan juga minyak kereta yang digunakan untuk ronda-ronda.

Bagi remaja macam saya (ehem3x), kadar metabolisme badan kita tinggi jadi mungkin sukar untuk kita makan sekali sehari sahaja. (tengok badanla :) ) Jadi, ini tips yang seorang rakan saya amalkan, dia makan apa sahaja, bila-bila sahaja dia mahu, tetapi air mesti air kosong. Dengan cara ini dia dapat jimat RM 1-RM 5 sehari bergantung kepada berapa kali dia makan satu hari.

Dan ya, rokok! Itu tidak perlu persoalan lagi. Tinggalkan, jika tidak boleh, gulung sendiri (itu cara founder TudungToday.com cari modal).

Ketiga, cara yang saya paling suka. Cari orang yang tersayang.

Baik-baik, ramai di antara anda yang mengangkat kening. Kepada lelaki-lelaki berduit di luar sana (room mate saya termasuk), mereka menganggap kekasih, atau teman wanita ini menyusahkan dan menghabiskan duit. Sebenarnya tidak begitu. Ia bergantung kepada cara anda handle perhubungan tersebut.

Carilah orang yang betul sebagai pasangan. Hubungan yang baik dan suci akan menghasilkan sesuatu yang suci juga. Dan orang yang tersayang ini bukan sahaja kekasih ya, tetapi boleh jadi ayah, ibu, kakak, abang, cikgu favourite, rakan dan sesiapa sahaja.

Beritahu mereka ini bahawa anda sedang cuba untuk mengumpul wang. Katakan bahawa anda sedang cuba untuk kumpul RM 200, tetapi mengikut perkiraan anda untuk menyimpan RM 6 sehari dan sebulan RM 180 itupun jika anda penuh berdisiplin. Anda short RM 20. Cakaplah kepada mereka, jika anda dapat capai target anda, bolehkah mereka hadiahkan RM 20 lagi?

Itu satu cara. Satu cara lagi, ingatkah zaman kanak-kanak kita? Jika puasa penuh dapat hadiah. Jika dapat nombor satu dapat hadiah, jika itu dapat hadiah, jika ini, dapat hadiah?

Nah, belajarlah rajin-rajin dan berjanjilah dengan ibu bapa anda jika anda dapat dean list, bolehkah anda mendapat hadiah? Atau fikirlah apa-apa situasi sekalipun yang boleh anda dapat hadiah.

Ok, itu cara mencari wang kecil. Mari kita cari wang sedang pula.

Pertama, cari angel investor. Angel investor ini biasanya adalah orang yang ada duit dan dia mahu lihat anda berjaya. Dan dia tidak ada banyak soal. Contoh, ibu bapa anda, datuk anda, kakak anda, abang anda, rakan anda. Mereka sudi melabur sedikit “seed money” untuk anda memulakan sesuatu. Ada di antara mereka yang mahu sedikit share, tetapi ada juga yang suka melihat anda tidak mensia-siakan waktu, mereka derma sahaja.

Senangla cakap, mungkin itu kata-kata sebahagian dari pembaca. Tetapi ketahuilah, anda belum cuba anda belum tahu hasilnya. Selalu bercakap mengenai cita-cita dan peluang yang anda nampak kepada angel investor ini. Biar mereka sedar bahawa itu adalah passion anda. Dan juga sudah tentu, anda juga kenalah well-behave di depan mereka ini. Jika ada sifat-sifat buruk itu, sembunyikan. Kita bukan hendak jadi hipokrit, tetapi kita nak jadi yang terbaik kita boleh jadi.

Kedua, jual saham perniagaan anda. Anda boleh mencari pelabur-pelabur yang mahu menyediakan modal untuk anda mulakan perniagaan anda sendiri. Orang ini boleh jadi angel investor, dan juga boleh jadi tidak. Antara pelabur-pelabur berpotensi selain dari golongan yang telah saya sebutkan adalah, ibu bapa rakan anda, rakan-rakan ibu bapa anda ataupun pensyarah anda.

Jika anda belajar di universiti, saya lihat ramai mahasiswa yang suka menganggap orang lain serupa sahaja dengan dia. Tidak berduit. Sebenarnya tidak begitu. Di kampus ini, banyak sahaja saya lihat pelajar yang “berduit” kerana menjalankan bisnes sendiri. Cuma anda perlu pandai mencari golongan ini. Birds of the same feathers flock togethers.

Di UTP misalnya, ada juga seorang rakan saya yang mahu memulakan bisnes penternakan kambing (ada seorang pelajar UTP yang berjaya dalam bisnes ini ketika masih belajar lagi, Syazwan pernah menulis mengenaiinya). Saya tahu beliau ini boleh diharap dan betul-betul passionate. Beliau telah memberitahu saya pelannya, kursus-kursus yang beliau telah dan akan pergi, cerita beliau memandu teksi datuknya ketika cuti semester untuk cari modal (ya, ingat tidak ada mahasiswa berinisiatif macam ini ka?) dan saya menawarkannya dengan semenarik boleh, “Kalau kau ada masalah modal, bagitahulah aku. Aku boleh invest”

Tetapi sayangnya beliau berkata, “Modal aku tak ada masalah. Aku ada savings sikit2 dengan parents aku”. (melepas peluang buat duit dengan goyang kaki!). Pendek kata, duit modal mungkin datang dari sesiapa sahaja. termasuklah rakan anda. Jadi berceritalah kepada mereka dan lihat sama ada mereka ada passion yang sama.

Saya akhiri post ini dengan kisah bagaimana seorang rakan saya (Faizul)bermula dengan berniaga burger kecil-kecil. Menarik mengenai beliau ini, walaupun beliau ada kesedaran mengenai wang, tetapi beliau bukanlah “gila duit” segila-gilanya. Beliau lebih senang makan gaji, tetapi beliau ada kesedaran wang.

Di kampus, jika anda belum tahu, makanan adalah antara produk yang paling senang dijual kepada pelajar. Burger, Hot Dog, Nasi Lemak, ini antara produk yang banyak dijaja pintu ke pintu. Bahkan di UTP, ada khidmat “delivery” dari restoran-restoran berhampiran lagi ditawarkan.

Giant_Burger_frei

Cuma di UTP, ada satu sangkaan yang tidak bertulis dibuat. Untuk jual makanan, kita kena cari supplier luar yang boleh beri harga murah untuk jual kat dalam. Pendek kata, seseorang yang mahu mula menjual burger misalnya perlu ada kenderaan untuk mengangkut burger2 tersebut ke dalam.

Faizul tidak mempunyai kenderaan. Tetapi beliau juga seorang yang ada inisiatif dan tak suka beralasan. Beliau pergi ke kafe dihadapan blok junior dan menempah 50 biji burger dari kafe tersebut. Kafe menjual sebiji burger pada harga RM 1.50, namun oleh kerana Faizul menempah 50 sekaligus, abang cafe itu memberinya diskaun RM 1 sebiji.

Burger ini dijual Faizul di asrama hadapan kafe tersebut pada harga RM 1.50 (tidak sampai 20 meter jarak dari kafe tersebut). Menurut Faizul, jualannya tidak pernah tidak habis. Selalunya beliau hanya perlu pergi ke 1 blok sahaja. Jika tidak habis pun 2 blok. Itu maksimum.

Bayangkan, selama ini hampir semua pelajar UTP yang menjual atau bercadang untuk jual makanan (SaifulSham termasuk) menyangka bahawa makanan tersebut perlu sumbernya datang dari luar. Ataupun masak sendiri.

Itu menjadikan masalah mencari supplier komplikated dan sukar. Tetapi Faizul ini dengan cerdasnya menggunakan sumber-sumber yang sudah sedia ada di depan mata tanpa perlu fikir susah-susah merumitkan keadaan. Menurut Faizul, beliau tidak jual tiap-tiap hari. Cuma ketika dia “sesak” sahaja baru dia jual. Eh, eh.. ini sudah jadi “Money on Demand“, kata saya dalam hati.

Tetapi yang lebih menarik, beliau berjaya menyimpan rahsia ini selama bertahun-tahun dari pengetahuan rakan dan juga room matenya. Hanya beberapa minggu sebelum dia grad, baru rahsia ini didedahkan kepada kami.

Jadi, buka mata anda dan jangan fikir kompleks-kompleks. Apakah peluang yang ada, dan sumber di sekeliling anda yang boleh digunakan untuk menghasilkan duit @ modal.

Selamat Befikir!

Sabri

p/s: Saya ada satu kisah benar lagi mengenai seorang “Rich Schefren” kampus. Sebab post ini pun sudah terlampau panjang, saya akan ceritakannya dalam post akan datang. Stay Tune!

Bacaan Lanjut:
Close
E-mail It