Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Kami pun pernah gagal

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Hari ini rata-rata mengatakan apa yang dibuat oleh SaifulSham semuanya menjadi. Sebenarnya tidak! Perjalanan untuk sampai ke hari ini sebenarnya telah menemui beberapa kegagalan.

Saya telah menutup beberapa laman web yang tidak beroperasi dengan baik, sehingga hari ini ada lebih kurang 3 laman web. Sama ada tidak mencatatkan jualan yang memberangsangkan ataupun masalah logistik.

Keputusan menutup ini menunjukkan, kami pun pernah gagal. Tidak ada yang sempurna. Tetapi, kegagalan ini membuka peluang perniagaan yang lain.

Antara laman web bukan bisnes yang akan ditutup saya pada masa depan adalah SaifulSham.co.nz. Disebabkan adik saya tidak sempat menulis, saya berpendapat, lebih baik beliau menumpukan pelajaran dan perniagaan kami di sana.

Laman web lain yang akan ditutup adalah KingFuelSaver.com. Laman web ini tidak menghadapi sebarang masalah jualan tetapi disebabkan pertikaian pihak pengilang membuatkan kami terpaksa menutup laman web tersebut, mungkin untuk selama-lamanya.

Tidak semua yang dilakukan kami menjadi. Tetapi yang penting, lakukan kajian risiko sebelum anda melangkah.

Jika risiko itu boleh diterima anda (yang menyebabkan anda tidak jadi gila jika gagal), maka ambillah.

P/S: Studio kami yang dalam pembikinan sebenarnya untuk projek yang belum pernah dibuat lagi.Apapun ia tidak akan membabitkan Yusof Haslam mahupun Aziz M.Osman :grin:

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:hartanah di kelantan jutawan hartanah jutawan perniagaan jutawan tani Perniagaan Internet urushartanah.com usahawan muda usahawan tani

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Why People Are So Scared Of Failing?
  • Boo.com | Kegagalan Bernilai 150 Juta Dollar
  • Masalah Yang Indah
  • del.icio.us:Kami pun pernah gagal-digg:Kami pun pernah gagal-spurl:Kami pun pernah gagal-wists:Kami pun pernah gagal-simpy:Kami pun pernah gagal-newsvine:Kami pun pernah gagal-blinklist:Kami pun pernah gagal-furl:Kami pun pernah gagal-reddit:Kami pun pernah gagal-fark:Kami pun pernah gagal-blogmarks:Kami pun pernah gagal-Y!:Kami pun pernah gagal-smarking:Kami pun pernah gagal-magnolia:Kami pun pernah gagal-segnalo:Kami pun pernah gagal

    8 Comments on “Kami pun pernah gagal”

    1. SyedHafidz

      Yang saya paham, kegagalan adalah 1 proses wajib utk capai ssuatu kejayaan…
      jarang2 kita dgr orang yang berjaya tak penah gagal..biasanye mrk akan menghadapi byk kegagalan sblm berjaya…
      saya akui saya pun penah mengalami kegagalan dalam perniagaan yang saya jalankan..
      ape2pun kite kenala bulat tekad n teruskan usaha…
      :cool:

    2. Encik Dlie

      Kegagalan memang sinonim dengan kejayaan.. Mustahillah orang akan berjaya tanpa menempuh kegagalan.

      Perlu kita faham bahawa kegagalan bagi setiap orang adalah berbeza kerana tahap kegagalan itu terletak pada diri sendiri, kita yang tentukan.. :wink:

    3. randavi

      tanpa kegagalan tiada kejayaan.
      kegagalan menjadi pedoman masa akan datang.
      gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya.

    4. Anda Berani Atau Tidak? | Panduan Usahawan, Cari Duit dan Perniagaan di Internet

      [...] Persoalannya, adakah anda berani untuk membuat kelainan? Mungkin orang boleh menerimanya atau ia akan menjadi satu projek yang gagal. Tapi ingat, kegagalan akan membantu anda bangkit kembali. Jangan mengangap kegagalan sebagai penamat. Malah usahawan berjaya pun pernah gagal. [...]

    5. naem | DiariAdsense

      kalau takde gagal,takde la yang berjaya. Itu hukum alam. Tak salah saya, ada petikan dalam tulisan kiyosaki ( RDPD ) ttg mana ada pemain golf yang tak hilang bola golf sewaktu bermain. Conclusion, bukan nak dihitung perlu gagal atau tidak, atau berapa banyak kegagalan yang telah dilakukan, TAPI ialah bagaimana kita menguruskan kegagalan tersebut macam bro saifulsham ni.Tahniah :mrgreen:

      saya takut gagal!!!

    6. starline

      lebih baik mencuba dan gagal dari menunggu dan menyalahkan orang.Saya sokong orang yang gagal setelah penat mencuba.Sebab ada ikhtiar.

    7. Team FlareBiz | Next Project - Wanita

      [...] Baiklah Team FlareBiz bakal bergerak selangkah lagi dengan new project yang dijangka akan dilancarkan pada 10 haribulan ini. Apa projeknya Labanon? Wanita. Erk kau nak nigakan wanita dekat internet ker? Isk2 tak patut. Eh mana ada! Nak berniaga pakaian wanita Hmm.. apa agaknya? Biarlah rahsia dulu dan apa yang penting kami kini menumpukan sepenuh perhatian kepada projek terbaru kami ini. Ya, kami betul-betul kena pastikan projek kami ini berjaya walaupun kami tahu kejayaan ini bukan mudah dan team SaifulSham sendiri pun bercakap mengenai beberapa kegagalan mereka di blog mereka. [...]

    8. ridzfar

      “Kegagalan adalah pengalaman dan perlu diatasi agar kegagalan yang sama tidak berulang.Saya pernah gagal peperiksaan disebabkan sikap malas membaca tetapi saya tidak pernah mengalah”. - Tan Sri Datuk Dr. Arshad Ayub,bekas Rektor Universiti Teknologi MARA
      renung-renungkanlah…… :roll:

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.