Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

SaifulSham pecah rahsia JV

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Ada yang bertanya kepada saya, bagaimana SaifulSham boleh mendapatkan sumber produk fizikal dari US? Susah ke senang?

Baik, sebelum saya jawab soalan itu, biarlah saya berterus terang, kebanyakan projek-projek SaifulSham adalah bersandarkan pada JV (Joint Venture lah!). Tidak kiralah produk fizikal ke atau servis (contoh EcommerceMastery.com).

joint venture

Dalam banyak keadaan, situasi kami agak terhad terutama untuk menawarkan produk dalam luar bidang kami atau jika produk fizikal, produk yang ditidak dihantar ke luar US.

Ok, cuba kita fikir, kalau dalam bisnes kita menunggu diri kita menjadi pakar dalam sesuatu bidang barulah kita akan menawarkannya, apakah kita dapat melakukannya?

Pada saya, sehingga tempoh masa anda menjadi pakar, orang lain sudah jauh ke depan. Anda ditinggalkan. Sebagai contoh yang paling mudah berlaku pada kami sendiri, setelah setahun Team SaifulSham mengadakan seminar perniagaan internet, adanya keperluan untuk kami menawarkan perkhidmatan hosting.

Tetapi waktu itu, kami sendiri buntu bagaimana ingin membuat perkhidmatan hosting. Ada banyak cara tetapi kami mahukan proses yang cepat dan dalam masa sama, perkhidmatan hosting itu dapat melonjakkan lagi nama kami. Paling penting, senang diuruskan.

Satu hari saya mendapat tawaran daripada syarikat HostingOlympic untuk menaja saya sebuah server khas untuk perkhidmatan hosting khusus untuk pasaran Malaysia. Dalam proses negosasi, akhirnya persetujuan dicapai.

Segala hal teknikal adalah dalam bidang HostingOlympic dan hal urusan pembayaran serta pemasaran adalah dibawah bidang kami. Kami dibenarkan membina jenama kami sendiri.

Ok, itu bab perkhidmatan. Produk fizikal pula!

Salah satu teknik kegemaran saya adalah Dropshipping. Di US, ada banyak syarikat dropshipping yang hanya menawarkan khidmat penghantaran dalam US sahaja.

Cara saya mudah sahaja. Saya mempunyai wakil di US.

Saya mempunyai kawan yang belajar disana dan kawan ini bukan satu. Lebih dari satu. Mereka adalah rakyat Malaysia yang menuntut disana.

Disebabkan banyak produk di US dapat dijual kembali di Malaysia atau negara lain seperti New Zealand, cara saya adalah mewujudkan wakil di US.

Katakan saya senaraikan produk tersebut di TradeMe (femes di New Zealand), saya akan membelinya dan menghantar kepada kawan saya di US. Selepas itu, beliau hantarkan kembali kepada adik saya yang tinggal di New Zealand.

Kaedah ini menjimatkan banyak wang terutama jika penjual US yang berkredibiliti, mereka akan menghantar ke New Zealand dengan meletakkan invois pembelian. (Di New Zealand, invois melebihi NZ 1000 akan dikenakan cukai GST tinggi)

Jadi, saya elakkan cukai dengan menghantar dahulu kepada kawan di US (selalunya Free Shipping atau cajnya murah sahaja). Kawan saya tadi pun hantar kepada adik saya di New Zealand dengan meletakkan produk tersebut sebagai gift. (Adalah upah sedikit untuk kawan di US)

Lain cara, adalah kawan saya akan hantar terus direct kepada pembeli adik saya di New Zealand. Jimatnya banyak.

Dan paling penting, saya dapat membeli produk dimana seller di US tidak ship ke luar US.

Teknik ini juga satu bentuk JV.

Jika anda tidak mempunyai kawan, anda boleh daftarkan alamat di US, dan menyuruh syarikat pendaftaran itu pula ship item kepada anda. (Memang ada caj tersendiri tetapi banyak jimatnya juga)

Apapun, gunakan kreativiti. Ramai orang menggaru kepala bagaimana untuk menjalankan perniagaan produk fizikal, pada saya, kekuatan JV banyak membantu dan sebab itu, gunakan sebaik-baik mungkin.

Seperti UrusHartanah.com, saya membuat JV dengan bapa saya. Saya akan membantunya mendapatkan pelabur untuk JV dengan bapa saya disamping itu, saya dapat belajar lebih banyak lagi tentang pelaburan hartanah.

P/S: Tony Fernandes berkembang mewujudkan TuneHotels,TuneMoney, TuneStore, TuneTalk, TuneEntertainment semuanya melalui JV. Tidak mungkin beliau mampu uruskan semuanya seorang diri.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:jutawan hartanah jutawan internet jutawan muda penyata kira kira Perniagaan Internet perniagaan runcit usahasama usahawan muda

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Memanggil Peserta Teleseminar Bersama Marsyal S
  • “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” melonjak carta PTS
  • MAS vs Air Asia | A Story When The Early Bird Didn’t Get All The Worms
  • del.icio.us:SaifulSham pecah rahsia JV-digg:SaifulSham pecah rahsia JV-spurl:SaifulSham pecah rahsia JV-wists:SaifulSham pecah rahsia JV-simpy:SaifulSham pecah rahsia JV-newsvine:SaifulSham pecah rahsia JV-blinklist:SaifulSham pecah rahsia JV-furl:SaifulSham pecah rahsia JV-reddit:SaifulSham pecah rahsia JV-fark:SaifulSham pecah rahsia JV-blogmarks:SaifulSham pecah rahsia JV-Y!:SaifulSham pecah rahsia JV-smarking:SaifulSham pecah rahsia JV-magnolia:SaifulSham pecah rahsia JV-segnalo:SaifulSham pecah rahsia JV
    Posted Sunday, January 6th, 2008 at 3:15pm
    Filed under Ecommerce Mastery, Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perancangan Ebiz, Perniagaan Internet, Rahsia Internet | RSS

    8 Comments on “SaifulSham pecah rahsia JV”

    1. Han

      slmt pg syazwan,
      menarik…
      tapi nak buat alamat kat US tu susah juga tu…
      apa2 pun good tip…

      han

    2. ijamidayu

      salam syazwan..
      tq for the good tips..
      patut la bnyk brg dpt dr us ada kwn.. :shock:
      tp nak buat alamat us mcm han ckp susah jgk..
      apa pun tips ini membantu utk saya perkembangkan biz saya…… maju jaya utk semua.. :razz:

    3. SyedHafidz

      Terima kasih saifulsham!
      Saya dah nampak jalan nak jual produk fizikal di luar negara…
      Saya ada plan nak jual produk ke luar negara…
      :wink:

    4. ridzfar

      slmt petang,
      terima kasih utk tips.saya adalah bekas protege kursus
      RBDDI ke-3.masih lagi mencari produk fizikal/digital
      untuk dijual.cuma azam saya tahun 2008 ni akan saya bina web sendiri.mohon panduan dari tuan.
      p.s.: kebanyakan individu gagal mencapai matlamat kehidupan bukan kerana tidak berusaha,tetapi mereka gagal “memasarkan diri” dalam kalangan masyarakat.

    5. Encik Dlie

      Ohh.. ni rupenye Rahsia JV SaifulSham… aga geng kat US yer.. :cool:

    6. Azmizam Zaman Huri

      Hai Ridzfar…

      Saya suka ayat ni…

      p.s.: kebanyakan individu gagal mencapai matlamat kehidupan bukan kerana tidak berusaha,tetapi mereka gagal “memasarkan diri” dalam kalangan masyarakat.

    7. randavi

      nampaknya JV nih satu keperluan juga untuk berjaya.

    8. Rahsia Peluang Perniagaan Internet Tips Buat Duit Usahawan Internet » Archive » Rahsia Buat Duit Besar Dengan Mudah Dari Kesusahan Dan Persaraan SaifulSham

      [...] Tapi itu beza between dengan orang yang ada dan orang yang mahu. Orang yang ada pada satu masa dahulu juga dia tiada. Tetapi kemahuannya lebih. Bukan sekadar nasib atau kebetulan ia terjadi. (hint: relationship, friendship boleh dipupuk), [...]

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.