Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Tips percuma pelaburan tanah

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Setelah seminggu UrusHartanah.com dilancarkan, sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan. (Tidak kurang juga ada yang cuba mempertikaikan bidang pelaburan tanah, tidak apa, portfolio yang ada speak for itself)

Baiklah, disebabkan ramai berminat untuk tahu banyak mengenai pelaburan tanah, jadi setiap minggu, saya akan cuba menulis satu tips dalam pelaburan tanah di SaifulSham.

Tidak apa jika anda belum dapat menceburi bidang ini, tetapi sekurang-kurangnya, anda berpeluang belajar tips daripada yang pakar secara percuma.

Pelabur Hartanah Gembira

Untuk tips hari ini adalah berkenaan tanah pusaka.

Ada pembaca yang memberitahu saya bahawa bahaya jika kita melabur dalam tanah pusaka.

Jawapan sebenar untuk soalan ini adalah tidak bahaya dengan syarat tanah pusaka itu telah selesai pembahagiannya.

Sebelum itu, marilah kita kaji dahulu apa maksud sebenar tanah pusaka. Untuk memudahkan pemahaman, saya berikan satu situasi seorang lelaki yang memiliki sebidang tanah. Apabila lelaki ini meninggal dunia, tanah tersebut untuk diwariskan kepada 2 anaknya.

Setelah selesai pembahagian tanah tersebut kepada 2 anaknya, kini tanah tersebut boleh dibeli anda seperti biasa. Anda boleh membeli sebahagian tanah daripada seorang anak terbabit atau keseluruhan tanah daripada kedua-dua anak si lelaki terbabit.

Sebenarnya, kebanyakan tanah yang dilaburkan oleh UrusHartanah.com adalah tanah pusaka (yang selesai pembahagiannya).

Oh ya, apapun, tanah pusaka pun mestilah memenuhi kriteria pelaburan seperti lokasi, permintaan, dan harga.

P/S: Anda boleh menonton video portfolio pelaburan UrusHartanah di sini. Banyak lagi video akan ditambah sebagai membuktikan pelaburan tanah lebih lumayan daripada pelaburan lain. Secara relatifnya ,kebanyakan pulangan yang biasa diperoleh pihak UrusHartanah.com adalah 100 peratus setahun (pulangan ini memerlukan kepakaran melabur).

P/SS: Dapatkan banyak tips pelaburan tanah di UrusHartanah.com. Jangan lupa untuk mendaftar disana.

P/SSS: Laman web jualan Iphone bakal menemui anda dalam masa terdekat, Jeng,Jeng,Jeng

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Seminar Pelaburan Tanah Percuma
  • Tips Pelaburan Tanah: Menarik perhatian pembeli
  • UrusHartanah.com 1.0 LIVE & Laman Web Pertama Syazwan
  • del.icio.us:Tips percuma pelaburan tanah-digg:Tips percuma pelaburan tanah-spurl:Tips percuma pelaburan tanah-wists:Tips percuma pelaburan tanah-simpy:Tips percuma pelaburan tanah-newsvine:Tips percuma pelaburan tanah-blinklist:Tips percuma pelaburan tanah-furl:Tips percuma pelaburan tanah-reddit:Tips percuma pelaburan tanah-fark:Tips percuma pelaburan tanah-blogmarks:Tips percuma pelaburan tanah-Y!:Tips percuma pelaburan tanah-smarking:Tips percuma pelaburan tanah-magnolia:Tips percuma pelaburan tanah-segnalo:Tips percuma pelaburan tanah
    Posted Wednesday, January 16th, 2008 at 6:18pm
    Filed under Hartanah, Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet, Rahsia JV, Saham, Usahawan Kampus, strategi bisnes | RSS

    8 Comments on “Tips percuma pelaburan tanah”

    1. SyedHafidz

      Saya masih kurang lagi pengetahuan ttg pelaburan hartanah nie…
      Saya tertanya2 apakah yang dimaksudkan dengan bahaya dalam pelaburan tanah pusaka?
      bahaya kerana ada potensi kerugian atau apa?

    2. naem | DiariAdsense

      “Saya tertanya2 apakah yang dimaksudkan dengan bahaya dalam pelaburan tanah pusaka?”

      orang kita cepat melatah bab2 makan harta pusaka ni ( walhal ada yang berebut sakan dengan tanah sekangkang kera )…So, kalau tanah tu masih belum lagi selesai pembahagian, mana boleh main jual beli tanah tersebut. Saya fikir hafidz boleh fikir apa hukum makan harta orang lain ( tambahan harta pusaka /lagi parah harta anak yatim )…

      itu yang terlintas di fikiran saya la..nanti saya balik cek balik bab2 harta pusaka ni…

    3. En Dlie

      Betul kata naem. Sesebuah tanah yang masih diperingkat pembahagian (belum selesai) tidak boleh dijual beli melainkan setelah selesai urusan pembahagian dan pemilik (2 orang tadi) memiliki geran atas nama masing-masing.

      p.s : Tahniah kerana sudi berkongsi tips hartanah setiap minggu. Saya pasti akan mengikuti perkembangannya!

    4. syia

      melabur dalam tanah pusaka ni kene ke dapat persetujuan smue yang terlibat dalam pecah tanah tu? atau just perlukan persetujuan pihak yang mendapat bahagian tanah yang kite nak labur?

      perr.. mesti orang pejabat tanah peningkan handle kes2 tanah pusaka..

    5. Syazwan SaifulSham

      Syia, kita beli daripada pihak yg dpt bahagiannya. Kalau semua pihak nk jual, lagi bagus!

      Sbnrnya, pengalaman kami, tidak ramai pewaris hendak membangunkan tanah pusaka mereka. Mereka hanya tahu jual sahaja untuk mendapat wang.

      Kata orang, enjoy life to the fullest. Tp akhirnya, selepas habis duit tanah pusaka itu, what left? Nothing dan kembalilah merempat spt biasa.

      Kalau yg pandai gunaka wang utk perniagaan atau utk pelaburan tu lainlah ttp kebanyakan daripada manusia tidak begitu.

    6. Zoull

      satu tips yang bagus dalam mencari perlaburan dalam bidang hartanah.. semoga pihak saifulsham terus menyediakan tips-tips yang berguna dalam bidang perlaburan hartanah di masa-masa akan datang..
      Demi menjamin kehidupan kite dan generasi kite di masa hadapan.. :smile:

    7. smartzul

      Pergh.. Tgk portfolio tu ‘meleleh’ juga air liur ni. Hehe.. Tapi yg pasti, bidang ni memerlukan kesabaran kan?

    8. Syazwan SaifulSham

      Zul, paling penting adalah kepakaran. Dan make sure, duit invesment bkn duit yang anda akan gunakan dalam tempoh pelaburan.

      Jika sebab melabur terpaksa makan pasir, tk perlu dlu. Kumpul modal.

      Kesabaran pn penting tp pelaburan ni selamat berbanding pelaburan lain spt saham, unit amanah.

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.