Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Ya, tajuk yang begitu catchy sekali. Seperti yang telah saya janjikan dalam post lepas (Cara Mudah Mendapatkan Modal), hari ini saya akan berkongsi cerita mengenai usahawan kampus yang berwawasan dan sangat genius mencipta peluang.

Jika dalam kisah lepas kita telah melihat Faizul, dalam kisah ini kita akan melihat dua usahawan. Im dan satu rangkaian usahawan “underground” kampus milik seorang usahawan berwawasan.

Im sekarang, disamping menjadi pelajar tahun akhir UTP, beliau turut mempunyai studio jamming muzik pertama yang dibuka di Tronoh. Jika sebelum ini band-band pelajar UTP perlu ke Ipoh untuk jamming, kini mereka boleh jamming di Tronoh sahaja.

Dulu, Im menjual nasi lemak yang dibuat ibunya dari bilik ke bilik (Im anak fellow, parentsnya tinggal di dalam kampus). Sebungkus nasi lemak dijual pada harga RM 1.50. RM 1 diberi kepada ibunya Namun, setelah berasa boring menjual dari bilik ke bilik, beliau mengupah rakannya untuk menjual bagi pihaknya. beliau mengambil 20 sen keuntungan dan rakannya mendapat 30 sen.

Nah, jika dahulu Im boleh mendapat RM 10 sehari dengan menjual 20 bungkus nasi lemak (tetapi agak penat), sekarang Im goyang kaki dapat RM 4 sehari.

Tidak menarik anda kata? Tidak seksi? Ikuti kisah seterusnya mengenai seorang lagi usahawan kampus. (kisah marketing on steroids!)

nasilemak

Jika sebelum ini saya bercerita mengenai usahawan dalam batch kami, kisah usahawan seterusnya ini adalah dalam batch lain (senior). Jadi saya tidak dapat memberikan details seperti nama, keuntungan dan sebagainya. Tetapi saya dapat modus operandinya dari batchmate saya yang menjadi runner dalam underground network ini.

Usahawan muda berwawasan ini menggunakan konsep yang lebih kurang dengan Im, tetapi lebih hebat. Beliau menjual burger. Tetapi beliau tidak seperti Im, dan juga tidak seperti Faizul, beliau pasang runner. Setiap runner diberi `2 blok dan 2 beg besar burger.

Setiap burger dijual pada harga RM 2. Setiap burger yang terjual runnernya akan mendapat 50 sen. Usahawan muda kampus ini akan ambil 20 sen. Sekarang, runner usahawan ini bukan seorang dua. Ada 5 village di UTP ini dan setiap village ada minimum satu runner (selalunya 2 atau tiga). Tugas usahawan muda kampus ini adalah “mengimport” burger dari luar secara besar-besaran dan mengagih-agihkan burger tersebut kepada runnernya. Satu lagi tugas usahawan ini adalah menyediakan air oren kepada runner2nya yang balik dari menjual bilik ke bilik.

Dan runner-runnernya tidak pernah gagal menghabiskan jualan. Seperti pengalaman Faizul, paling teruk pun 2 blok baru habis. Tetapi mustahil tidak habis.

Dan bahagian paling menarik, mari kita estimate nilai bisnes usahawan muda berwawasan ini.

Jika satu burger kosnya RM 1.30 dijual pada harga RM 2. Runner mengambil 50 sen dan beliau mengambil 20 sen. Setiap runner mengambil 25 burger ayam dan 25 burger daging (jumlah 50 seorang). Dan ada 9 runner. Jumlah burger sehari adalah 450.

Setiap hari, bahagian usahawan ini sahaja adalah RM 90!

Sebulan, jika usahawan ini menjalankan perniagaannya selama 16 hari (weekend dan Rabu-pasar malam, takde), beliau mendapat sebanyak RM 1440.

Semuanya berlaku dengan goyang kaki dan bancuh air oren sahaja!

Baiklah, saya tidak mahu anda terpesona dengan RM 1440 ini. Bagi kebanyakan orang, ia tidaklah banyak sangat. Tetapi saya mahu anda lihat “scalability”, bagaimana usahawan kampus ini mengembangkan empayar perniagaannya. Dan fikir bagaimana anda juga dapat replicate strategi dan taktik usahawan ini dalam perniagaan ataupun perniagaan internet anda.

Selamat berfikir!

Sabri