Tips Pelaburan Tanah: Menarik perhatian pembeli
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Ketika saya dibawa bapa saya ke lokasi pelaburan tanahnya, saya melontarnya satu soalan.
“Macam mana abah tidak pernah gagal jual tanah dalam masa yang singkat (kurang setahun)?”
Maka bapa saya pun memberitahu, “Tanah pun macam produk. Kalau produk separuh siap, siapa mahu beli, jadi, hiaskan dan persembahkan produk itu sebaik mungkin”
Saya masih kabur akan jawapannya. Lantas saya menyambung pertanyaan, “Maknanya, dalam industri pelaburan tanah ni, ada juga orang gagal menjualnya? Macam tu?”
“Ya, tetapi walaupun dia gagal menjual, nilai tanah itu tidak akan susut, cuma modalnya akan sangkut disitu. Jadi dia tidak boleh membuat pelaburan tanah yang lain”
“Ooo, kalau macam tu, macam mana hendak persembahkan tanah tu kepada pembeli supaya diorang tu berebut hendak beli” tanya saya lagi.
“Mudah je, tetapi ramai yang tidak ambil pusing benda ni. Macam beli rumah, kemudian naik-taraf, dan jual. Tanah pun kena naik taraf sikit sebelum boleh dijual.
(UNTUK MELIHAT CONTOH : LIHAT PORTFOLIO 2 DI SINI)
Paling penting, bersihkan tanah tersebut (kalau ada pokok, tumbangkanlah), tambun tanah, bina jalan tar menghubungkan ke tempat tanah tersebut. Bina sambungan paip” kata bapa saya lagi.
Ramai orang yang ingin menceburi bidang pelaburan tanah tidak mahu mengeluarkan sedikit belanja untuk tujuan ini. Mereka beranggapan dengan lokasi yang strategik adalah segala-galanya dalam memikat bakal pembeli.
Sebenarnya, cara persembahan yang menarik juga mempengaruhi emosi bakal pembeli.
Saya beri satu contoh, jika anda datang sebagai bakal pembeli, sudah tentu anda akan melihat dahulu fizikal tanah tersebut.
Apakah perasaaan anda jika anda melihat hutan yang belum ditebang, semak samun, tiada jalan menghubungkan ke kawasan tersebut walaupun tidak jauh dari jalan utama.
Sudah tentu perasaan anda akan bercampur baur memikirkan kos tambahan yang akan dikeluarkan anda.
Tetapi jika anda datanag, tanah sudah lapang dan siap jalan tar lagi. Apakah anda akan membelinya atau membiarkannya?
(UNTUK CONTOH LIHAT PORTFOLIO NO 2 DI SINI)
W.M.Syazwan
UrusHartanah.com
Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under Hartanah, Info SaifulSham.com, Kerjaya Sebagai Usahawan, Keusahawanan, Perniagaan Internet, Promosi, Protege SaifulSham, Rahsia Internet | RSS


















Ehm..betul juga. Prestasi dan penambahan untuk naikkan taraf tanah atau produk itu penting. At least pembeli akan rasa berbaloi untuk ambil tanah tu.
Kalau aku pun cuak nak beli tanah yg ada hutan rimba. Silap aribulan. Ada rimau nanti..
Dapat tengok je. Sebab kita bukan anak Kelantan … ohh!
salam, yang ni saya amat setuju. tapi kalau saya jadi pembeli saya akan buat penambahbaikan sendiri. sebab buat sendiri (bagi orang yang tahu) boleh jimat kos. jimat kos jadi untung pun lebih bagus.
BenJol, tiada beza pun anak Kelantan utk pelaburan tanah. Teknik sama juga. UrusHartanah tu infonya general cuma kami menawarkan peluang JV di Kelantan shj.
Kalau anda beniat melabur di negeri kelahiran anda pun, sama sahaja tekniknya. Tidak jauh beza.
Ye, dengan mengeluarkan sedikit wang buat menaiktarafkan infrastruktur kawasan/tanah/rumah untuk dijual, harga jualan yang ditawarkan akan lebih menarik kepada pembeli. Tetapi jangan lupa membuat kiraan , agar perbelanjaan menaiktaraf tu tak begitu besar agar target profit margin dapat dicapai.
Atoqa, sbnrnya susah nk buat mcm Atoqa melainkan org tu beli sendiri tanah lot dari tuan tanah.
Kalau mcm pemaju land developer, mereka akan beli tanah dalam keluasan yang luas spt 1 ekar,2ekar, 3 ekar & sbgnya.
1 ekar boleh memberikan setidak-tidaknya 4,5,6 lot bergantung kpd keluasan tanah yang dipecahkan.
Utk jual 4,5,6 lot, kami perlu bersihkan semuanya spt semak samun. Takkan satu lot kami biar bersepah, dan lain-lain kami kemaskan.
Precint88: Of coz, hendak jadi pemaju tanah, semua benda tu sudah di consider.
Jual tanah nih, cam jual rumah juga. Rumah pun kena ubah suai sebelum jual supaya harga naik. sebab biasanya klu nak jual rumah, ianya akan dinilai oleh badan tertentu. Rasa-rasanya tanah pun kena ada penilaian juga ke?
iklan serius..ak jual tanahku 10.000 MTR DIBANTUL YOGYAKARTA HRG 110RB/M DAN 12.600 MTR HRG 300RB/M DJLN JGJ-JAKARTA COCOK TUK PABRIK, GUDANG, PERUMAHAN DLL, AKSES JLN. ASPAL COINTENER MASUK. DAN 3700M LOK. BARAT KASONGAN HRG 200RB/M DKET PERUMAHAN. HUB. 081 215 76949 (NUGROHO). SIAPA YG BISA CARIIN DAN DAPET PEMBELI DAPET KOMISI.