Perniagaan internet: Produk jangka hayat pendek
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Minggu lepas, saya mendapat satu email yang dihantar bekas peserta seminar mengatakan masalah yang dihadapinya kerana menghantar satu jenis anak pokok menggunakan kurier.
Wah, ini pertama kali saya mendengar kes seperti ini (walaupun saya tahu produk tersebut tidak sepatutnya dihantar menggunakan kurier).
Penghantar email ini memberitahu saya, bahawa dalam rekod lepas beliau menghantar menggunakan kurier, tidak ada masalah. Selalunya mengambil masa dalam sehari dan anak pokok itu masih hidup.
Masalah dihadapinya apabila syarikat kurier lewat menghantar ke tangan pelanggan walaupun sudah tiba ke destinasi sebuah bandar tersebut. Mereka terlewat sehingga 5 hari (kalau hantar haiwan pun rasanya haiwan itu boleh mati kerana kelaparan).
Dalam hal ini saya tidak dapat membantu sepenuhnya kerana pertama, ia adalah satu bentuk kesilapan kerana menghantar produk jangka pendek menggunakan kurier.
Walaupun servis penghantaran itu adalah kurier, pertama, mereka tidak ada polisi untuk memberi air atau cahaya kepada anak pokok terbabit. (Mereka bukanlah seperti MAS yang mempunyai servis Animal Hotel - dimana penjagaan haiwan yang ingin dihantar disediakan oleh MAS).

Saya terpaksa mencadangkan beliau supaya merujuk kepada syarikat kurier terbabit jika anak pokok terbabit mati. Apapun, syarikat kurier itu hanya mungkin boleh disabitkan kesalahan menghantar produk lewat. Disini, jika syarikat kurier membayar pampasan pun, yang mungkin diperoleh adalah pampasan nilai penghantaran, dan bukannya nilai produk. (Ini prosedur biasa mana-mana syarikat kurier, yalah kalau anda hantar emas, takkan mereka nak ganti emas~)

Dalam hal ini, saya memberi satu penyelesaian (walaupun tidak murah), iaitu mencari syarikat yang menghantar terus ke tangan pelanggan tersebut. Syarikat kurier mempunyai ramai pelanggan, mereka akan mengumpul produk sebelum membuat penghantaran.
Syarikat yang dimaksudkan mungkin juga sebuah syarikat kurier (yang menawarkan servis ini) atau syarikat penghantaran persendirian.
Satu lagi penyelesaian yang saya lihat yang dilakukan Blooming.com.my (menjual bunga di internet) adalah dengan memasang agen bagi setiap negeri. Bermakna, jika mereka mendapat tempahan dari Sarawak, mereka akan menghubungi agen kedai bunga mereka disana untuk menghantarnya kepada pelanggan.
Cara ini lebih selamat berbanding jika Blooming.com.my mengepos bunga hidup itu menggunakan kurier. (Memang sah bunga itu akan layu dahulu)
W.M.Syazwan
Bacaan Lanjut:Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under Idea Bisnes, Info SaifulSham.com, Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perancangan Ebiz, Perniagaan Internet, Protege SaifulSham | RSS


















Wah.Anak pokok hantar pakai courier.Mati la jawapnye.Takdenye diorang nak tolong siram.Lainla kalo courier yang buat servis hantar pokok.Tapi demand benda tu kurang diorang takkan buat la.
Salah satu produk “suka suka” saya ialah jual teh bunga yang dikeringkan.
Saya tak buat sebarang promosi apa apa pun,just buat laman web & biarkan je.Alhamdulillah ada customer tetap yang beli 20-30 bungkus sebulan.Bisnes suka suka saya buat untuk adik saya uruskan.Terima kasih buat google kerana teknologi mereka membuatkan laman web tu tersenarai di enjin carian.
Laman web? http://www.TehHerba.com
Kadang kadang terfikir jugak kalo saya iklankan…mungkin ia akan berlipat kali ganda sebab industri herba negara bernilai rm2 bilion setahun. Besar bukan potensinya.
Ia satu bidang yang berpotensi besar untuk di internetkan..hohoho
p/s:Hari ini result spm kuar.Entah bape adik saya dapat tah.
Hah? Result SPM kuar ari ni? Saya nak tau berapa Labanon dapat jer..huhuhuh…em, lari topik pulak.
Susah gak jual produk jangka hayat pendek ni. Tapi tu la, kalau kat luar negeri tu pokok2 bunga yang ada kat kita ni mmg banyak permintaan. Biasa la, pengemar2 pokok bunga biasanya suka pokok bunga yg pelik2 yg diorag tak pernah jmpa. Kira cam nak buat koleksi la jugak. Tp masalah penghantara tu la…apa kata jual pokok tiruan jer…uhuhuh..lagi selamat! Ada permintaan gak tu. Cerita la skit nama, asal usul dan ciri2 pokok tu..mesti lakunya!
wanwma, sebab tu konsep dropshipping diperkenalkan.Ia adalah untuk mengatasi masalah penghantaran produk.Cari dropshipper dalam negara berkenaan, ia lebih murah & selamat.
bagus idea tu jual bunga plastik
lebih kurang macam kapal terbang replika yang saifulsham jual, ade permintaan kan
cuma bunga plastik tu, biar bentuk seperti bunga tempatan 
1st time dengar orang hantar benda hidup guna pos
bunga plastik? hmm..beli kat nilai 3 banyak2, jual ke oversea? rasa2 ada market tak ngehehe
belum cuba belum tau
kalau kena ngan niche dan betul cara marketing, pasti berikan hasil
kirim anak pokok melalui kurier bukan tindakan bijak. kurier ni pun kadang-kadang tak boleh dijangka. bayangkan pernah sekali, tiket flight balik ke Malaysia yang dikirim ayah saya menggunakan kurier, mengambil masa hampir tiga minggu untuk sampai. hanya kerana masa dah sampai kat london, branch kat sana bungkus sekali lagi documen tu, dan silap taip alamat tu dari ‘flat 5′ tukar ke ‘unit 5′. sedangkan kesilapan tu sangat remeh, yang penting nama flat dan postcode saja. maksudnya kat sini, kena jangka juga sebarang kemungkinan yang boleh berlaku masa anak pokok tu berada dalam tangan kurier. hoho.
kira bagus juga la bisnes anak pokok ni, ada juga orang nak beli dari internet. cuma masalah dengan penghantaran la pulak, tetapi ia satu yang mnarik