5 tahun sebagai pelajar U
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Seperti yang anda tahu, pada bulan 5 ini, saya akan menamatkan pengajian dalam kejuruteraan mekanikal (majoring: petroleum) di UTP. Terlalu singkat masa berlalu.
Tetapi sepanjang tempoh 5 tahun ini, ada beberapa pencapaian bukan akademik yang menggembirakan saya. Malah saya bersyukur betapa saya mencapainya dalam masa tempoh saya bergelar pelajar! Dibawah saya senaraikan perkara yang menggembirakan saya.
1) Menulis sebuah buku bestseller.
2) Mempunyai syarikat sendiri, SaifulSham Consultants.
3) Speaker kepada seminar, workshop, talk perniagaan internet.
4) Menaja banyak perkara kepada universiti tercinta, UTP.
5) Mempunyai satu portfolio pelaburan hartanah.
6) Mempunyai 7 laman web perniagaan internet menjual produk dan servis.
7) Mempunyai pejabat sendiri di Puchong.
Mempunyai ramai rakan dan kenalan dari golongan usahawan ataupun bergelar jutawan.
9) Mempunyai pengetahuan dalam perniagaan, saham dan hartanah.
11) Hidup yang menggembirakan (ada wang dan boleh buat apa sahaja!)
Cukuplah tu, kalau hendak ditulis banyak lagi rasanya. Semua perkara diatas telah dicapai dalam tempoh 5 tahun pengajian. Jadi, tempoh itu sudah cukup untuk memberi isyarat kepada anda yang bercita-cita membina perniagaan, setidak-tidaknya berilah masa selama 5 tahun untuk melihat pencapaian perniagaan anda!
Biarpun begitu, saya masih menganggap saya tidak mencapai impian saya lagi (mempunyai sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia atau cawangan yang melimpah di luar negara).
Tetapi setidak-tidaknya, saya adalah lebih baik daripada 5 tahun lepas.
Untuk pos ini, saya membuat penguguman, bahawa saya dan Sabri sudahpun menyiapkan sebuah buku mengenai menjadi usahawan ketika belajar (banyak gambar kami selitkan sekali dalam buku tersebut) dan akan diterbitkan oleh PTS.
Tajuknya tidak akan diberitahu sehinggalah saya mendapat pengesahan daripada pihak PTS.
Bacaan Lanjut:Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perancangan Ebiz, Perniagaan Internet, Promosi, Protege SaifulSham, Rahsia Internet, Studio Agensi Model, strategi bisnes | RSS


















wah.slamat grad wan.nnt bgtau tajuk buku,nak beli la.kalo jual online ada diskaun lagi nak..hehe
Tahniah2..Aku suka buku camtu. Dah lama aku carik buku yang macam tu untuk bagi kat adik2 aku. Great effort bro.
Tahniah Wan Team Saifulsham
Satu lagi produk kebanggan UTP.Proud to be UTPian
patut menajdi contoh dan ikutan pelajar2 univesiti…moga suksess selalu
Ingat baru nak tulis pasal “graduan usahawan”,baca buku hangpa jela nanti..
Haha..baru je plan nak tulis buku yang hampir sama bila saya dah habis belajar nanti…tapi Saifulsham dah buat dulu.
Apapun, tahniah untuk Saifulsham…proses membina perniagaan dalam waktu belajar bukanlah mudah (tekanan nak faham apa yang diajar + meet requirement sponsor + kejar dateliine assigment + etc.) tapi u all dah berjaya laluinya (I’m still struggling of it, haha). Proud of you!
Tahniah! Semoga buku tu memberikan inspirasi kepada anak2 muda di IPT.
bravo2!hebat btul..study pun bleh wat biz..kelebihan manusia kawal masa!!!!
Tahniah kepada anda… saya dah beli buku saudara.. saya dah abis baca untuk kali pertama.. masih tak faham… nampaknya kena usaha banyak.. saya bangga dengan saudara…
Tahniah! Saya sgt bangga ada usahawan seperti anda berdua. Saya sedang buat kajian tentang usahawan internet di Malaysia. Boleh saya interview anda berdua???
TAHNIAH……KORANG INI IBARAT DIAM2 UBI BERISI….I AM REALLY PROUD OF U TWO GUY…..EVEN ZAMAN SCOOL DLU….COOL JE…API SKANG ALHAMDULILAH…AKU TGK PUN BANGGA….