Ciri-Ciri Yang Membuatkan Laman Web Tersebut Boleh Menjual (Dengan Baik & Hebat)
Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Wow! Banyak perkara yang berlaku di negara kita dalam sehari dua ini. Tetapi memandangkan sekarang dah Isnin dan hari bekerja seperti biasa, business as usual.
Seperti yang dijanjikan di dalam post lepas, berikut adalah jawapannya. Sebagai bonus, saya juga akan berkongsi satu lagi tips bagaimana untuk meningkatkan conversion rate laman web anda.
Jawapannya adalah (drumroll please): B
Kenapa Oh Sabri?
Setelah diuji, dan di split test A/B, CB mendapati bahawa sample B menjadi winnernya. Penjelasan yang dibuat adalah, bahawa vertical “list” lebih “easy on the eyes” dan mudah difahami dengan selintas pandangan berbanding dengan lpilihan yang dipamerkan secara horizontal (compare dengan sample A).
(mungkin sebab itulah Google dan Amazon juga menyenaraikan hasil carian mereka secara vertical-menegak dan bukan horizontal-melintang)
Satu lagi yang saya hendak nyatakan di sini, saya pun sebenarnya turut terkejut dengan hasil eksperimen ini. Kerana pada pendapat saya sample A lebih professional dan menarik berbanding dengan sample B.
Namun, ini menjadi bukti menarik dan cantik sahaja tidak cukup. Laman web kita mesti cukup meyakinkan dan memberi info dengan lengkapnya kepada bakal pembeli. (tetapi jika ada kedua-duanya lagi bagus).
Jika kita lihat kepada sample B, ada beberapa faktor lain yang kita boleh contohi selain dari apa yang telah saya sebutkan di atas:
Menekankan Lebih Kepada Benefits Vs Features
Jika kita lihat, sample A lebih memberi fokus kepada pakej produk yang ditawarkan oleh CB (features). Sedangkan di Sample B, pelawat diberitahu apakah advantages dan apa yang mereka boleh lakukan di CB.
Walaupun kelihatan ia tidak menarik dan lebih wordy, tetapi pelawat mendapat lebih informasi, WIIFM (What’s In It For Me?).
Jika anda menjual sesuatu, jika anda menumpukan lebih kepada benefits berbanding features, dijamin, jualan anda akan lebih laris.
Contoh:
Tak bagus sangat (features): Baju ini mahal kerana dibuat dari sutera tulen.
Lebih Bagus (benefits): Baju ini mahal sebab sutera tulen. Jadi dia lebih cepat serap peluh dan tak melekit. Jadi kalau kat Malaysia ni kita pakai tengah2 hari tu kalau berjemur takdela melekit dan rimas sampai ke petang.
Satu lagi perkara yang wajar diambil perhatian adalah, pendapat pembaca-pembaca yang memberi komen untuk post Case Study tersebut. Sebenarnya, tidak ada pendapat yang salah. Kesemua pendapat mereka benar dan wajar diambil kira kerana mereka adalah sebahagian dari pengguna web. Jadi mereka juga adalah merupakan target market sesebuah website. Jadi, cuba dapatkan pola preference mereka secara umum, dan pastikan merkea menyukai laman web anda!
Take Away Message For Today,
Two tips (above) and one think to ponder. Kita tahu bahawa manusia lebih cepat faham sesuatu yang ditulis secara ke bawah dari melintang. Jadi, apakah hasil kajian mengenai column2 di laman web. Baik salesletter mahupun blog. 2 column vs 3 column? Yang mana satu lebih baik?
Baiklah, dalam preliminary research yang saya lakukan, memang ada perbezaan di antara 2 colum dan 3 column. Marketing consultant dan ahli akademik konklusif dengan satu jawapan. Apakah jawapan tersebut?
Saya akan beritahu dalam beberapa post yang akan datang. Namun untuk post selepas ini, saya ada perkongsian yang lebih menarik. Merujuk kepada post ini, Wanita & Perniagaan Internet, Syazwan ada menyarankan anda untuk meletakkan gambar wanita di laman web kerana ia boleh meningkatkan sales.
Apa yang Syazwan katakan itu ada benarnya. Namun, berapa yakinkah kita jika meletakkan gambar wanita sebagai model, sales akan meningkat? Jika meletakkan gambar lelaki adakah sales akan menurun? Ada kajian yang sahih juga telah dilakukan di dalam perkara ini dan adakah anda nak tahu apa kata research?
Di antara meletakkan gambar wanita cantik dan model lelaki yang tersenyum, yang mana satukah akan menghasilkan keuntungan (conversion rates) yang lebih tinggi?
(seperti biasa,jika saya dapat 10 jawapan dari anda dan saya akan dedahkan, jawapan kepada soalan di atas, gambar model lelaki atau wanita yang lebih baik DAN sebab musabab yang menyebabkan keputusan tersebut)
(hasil kajian menunjukkan perbezaan 53% lebih baik. Jadi this is something worth knowing)
Sementara menunggu post akan datang, jika anda mahu tahu cara menulis salesletter yang mengancam, anda boleh dapatkan tips percuma di artikel-artikel ini:
Tips Menulis Killer Salesletter 1
Tips Menulis Killer Salesletter 2
Mahu mendalami lebih banyak rahsia dalaman seperti ini dan ingin bertanya soalan yang lebih spesifik? Jom ke seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet SaifulSham! Klik Di Sini untuk maklumat lanjut.
Yang Berkongsi,
Sabri


March 10th, 2008 at 9:41 am
Sesuatu ilmu yang baru bagi saya..
Thanks…
March 10th, 2008 at 10:38 am
“Di antara meletakkan gambar wanita cantik dan model lelaki yang tersenyum, yang mana satukah akan menghasilkan keuntungan (conversion rates) yang lebih tinggi?”
Jawapannya: Model wanita yang cun melecun :
Tak kisahlah, untuk website apa2 sekalipun, gambar wanita cantik seolah2 satu teknik pukau untuk menawan hati customer. Satu seni promosi yang amat berkesan dan mencairkan hati para maskulin…..hehe
Wanita sendiri juga terpancing emosinya, kerana mereka suka kepada kecantikan. So, model wanita cantik ni macam serampang 2 mata…..hehe. Lelaki sudah tentu tergoda, wanita sendiri pun tertarik untuk membeli.
Untuk promosi kereta (objek kegilaan lelaki,yg kadang2 mengatasi wanita) sekalipun,model yg digunakan adalah wanita. Kenapa yer?
Gambar model lelaki hanya sesuai untuk promosi viagra kot, ataupun untuk produk2 fitness yang akan menimbulkan otot-otot kat perut dan biseps. Tu pun, gambar model wanita turut diselitkan untuk menyempurnakan lagi misi memukau hati pelanggan.
Yeah, wanita salah satu senjata agung untuk perang promosi. Cuma, jangan ada pihak yang sengaja mengekploitasi tubuh wanita semata-mata. Itu tak boleh dimaafkan.
Hehe…komen ikhlas dari seorang lelaki bernama Hairul Faizal Adli.
March 10th, 2008 at 11:17 am
En Dlie,
Sama-sama.
En Hairul,
Panjang lebar komen yang diberikan.
Terima kasih!
(saya selalu melihat model2 kopi “jantan” di
poster2 di kedai kopi di sini, kebanyakannya
lelaki tua)
Ada seseorang pernah memberitahu saya, “Laku ke dia
letak model macam tu? Ada ke orang tertarik nak beli?”
Jawapan saya: Entahla.. Aku tak pernah test kalau tak letak. (dalam hati tersenyum dan tertanya2 juga)
Dalam hal ini mungkin mereka hendak “reach” prospek sebab itu mereka menggunakan model sebegitu. Bagaimana pula persoalannya di Internet?
Interesting thing to know nih…
Sabri
March 10th, 2008 at 11:53 am
Paham…Orang cari maklumat bukan beli…Lupa plak konsep tu..
March 10th, 2008 at 12:16 pm
saya baru tahu mengenai description secara melintang ni. jika sebelum ini saya hanya menganggap jika kita tonjolkan harga terang-terangan ia akn memberi impak negative di fikiran pembeli walaupun pembeli itu sendiri memang hendak tahu harganya. sebaliknya jika kita selitkan harga dan membuat pembeli sukar untuk mengetahui harganya ia secara pyscologynya akan mendesak pembeli. bila harga sebenarnya pembeli dpt cari, di fikirannya akan timbul perasaan gembira dan bahagia. perasaan yg terbit ini akan menindakan fikiran negatif pembeli. secara tidak langsung dia akan beli barang itu dgn hati yang bahagia..yg penting disini kt mesti menerbitkan perasaan gelisah dihati pembeli.
March 10th, 2008 at 6:59 pm
Tentulah wanita! Sebenarnya, wanita juga turut tertarik & mengkagumi kecantikan wanita lain.
p/s - iklan produk untuk lelaki tua tak memberi kesan sebab sudah tentu lelaki itu tidak mahu mengaku tua! He he …
March 11th, 2008 at 2:54 pm
yup! saya setuju dgn pendapat saudara hairul & BenJol.
lazimnya, pelawat lelaki pasti tertarik pada wanita;)
pengunjung wanita pula mesti nak tahu rahsia kecantikan wanita lain.
Mungkin akan timbul rasa rendah diri sekiranya diri mereka kelihatan kurang menarik;(
March 11th, 2008 at 3:16 pm
pada saya benjol.. itu bergantung kepada target market jugak.. mcm kopi2 yang letak pakcik2 sebagai iklan.. kita tgk la apa mesej iklan dia letak
sekadar perkongsian sesama kita..
March 11th, 2008 at 3:52 pm
Wanita ler….saper tak nak tgk awek cun wooo…hehehe
March 11th, 2008 at 4:08 pm
Tu la pasal! saya pun setuju bahawa letak gambar wanita lebih menarik. Tapi untuk menambahkan tarikan la, kalau nak bagi web nampak profesional saya rasa gambar lelaki lebih baik!
March 11th, 2008 at 4:57 pm
Salam!
Bagi saya soal meletakkan model ke atas website ini terbahagi kepada 2, iaitu jenis produk yang kita niagakan?
Maksudnya di sini adalah pemilihan untuk model-model harus bergantung kepada kategori jenis perniagaan tersebut .
Jika perniagaan tersebut adalah bersangkutan dengan penjualan tudung kepala> model yang diletakan semestinya wanita dan pemilihan model tersebut mestilah bercirikan atau imej penampilan latar belakang model itu sendiri, sebagai contoh model terbaik untuk iklan bertudung adalah WAFA SAFIAH.
Bagi produk berbentuk penjualan ubat kuat dan produk lelaki> semestinya model mestilah lelaki tetapi pemilihan model agak sukaar, kerana dengan wajah yang kacak sahaja tidak menjamin jualan dan apa yang perlu di lakukan adalah pemilihan model yang “Maskulin” dan penampilan susuk tubuhnya yang mantap> kerana untuk maklumat ramai kajian mendapati wanita adalah yang paling ramai membeli majalah berkaitan produk lelaki>
nak tahu kenapa?
Wanita sememangnya adalah kaum pembaca yang paling hebat dan dengan meletakan model lelaki saya pasti jualan anda pastinya meletup!
Bagi kemantapan produk anda sila ikut panduan berikut>
http://wwwrealestet.blogspot.com
Terima kasih
March 11th, 2008 at 5:23 pm
Meletakkan model sama ada wanita atau lelaki adalah bergantung kepada jenis perniagaan atau pun jenis laman web tersebut.
Model lelaki yang kelihatan berjaya boleh diletakkan dalam laman web perniagaan atau affiliates .
Model wanita yang riang gembira boleh diletakkan dalam laman web hiburan,download MP3 dan sebagainya.
Model lelaki dan wanita boleh diletakkan dalam laman web forum etc.
Secara ringkasnya ,bergantung kepada bentuk laman web tersebut.
March 11th, 2008 at 6:19 pm
model perempuan yang jelitalah.. buktinya semenjak saya serius mencari info di dlm internet since jan 08, baru 6 hari yg lepas saya tahu kewujudan Team SaifulSham melalui banner di page lelong.com, bayangkan lebih kurang 30 banner ada di situ tapi kenapa saya terus click gambar perempuan yg cun kat situ? sbb perempuan tu cun la!! lepas click appear page seminar RBDDI (maknanya SaifulSham telah berjaya meletakkan gambar model tu) dan nasib baiklah juga ada gambar Sabri dan Syazwan kat page seminar tu. Sebab wajah dioranglah saya nak join seminar RBDDI Sabtu ni. Ini kerana saya rasa wajah mereka boleh dipercayai.
March 11th, 2008 at 7:14 pm
Jawapan saya tak kisah sebenarnya laki ke pompuan
Yang penting mesti cantik atau pon handsome
March 11th, 2008 at 8:49 pm
jawapannya perempuan laaaa….itu pun tak tau ker?
March 11th, 2008 at 9:33 pm
En. Beduz,
Ya, macam tu lah konsepnya. Untuk horizontal macam sample A tu sangat sesuai untuk halaman menjual secara direct. Contoh jualan yang boleh gunakan sample A sudah tentunya menjual webhosting. Selain itu macam jual barangan fizikal. Pelawat yang klik pun niatnya adalah untuk membeli atau sekadar membandingkan harga. Nampak memang ada perbezaan ketara antara kedua2 sample tu. Kena sesuaikan dengan produk jualan kita.
Mengenai meletakkan model jantina ye? emmm…
kalau dikaji secara mendalamlah kan, saya rasa meletakkan model lelaki tersenyum pun boleh meningkatkan jualan. Mengapa saya berpendapat demikian agaknya ye. Jangan cakap saya ni pelik ye.
Antara sebab utama ialah golongan jantina perempuan adalah lebih ramai dari golongan jantina lelaki di dunia ini
Dengan meletakkan model lelaki tersenyum dengan gaya yang macho tu mampu memikat kaum wanita untuk mendapatkan jualan.
Sebab kedua adalah golongan wanita mempunyai minat untuk membeli lebih dari lelaki. Contohnya cuba lihat di pasaraya atau pasal lambak. Mudah cakap, wanita mempunya instinct yg tinggi utk membeli sesuatu tanpa memikirkan keperluannya terlebih dahulu.
So the conclusion is, meletakkan model lelaki macho serta material yang menjolok mata akan membuatkan pelawat sama ada lelaki atau wanita membuak-buak untuk membeli sesuatu barangan. Kuasa membeli tu ada.
March 12th, 2008 at 11:36 am
tidak semua letak gambar wanita boleh menikatkan jualan diweb sebab apabila ada gambar wanita cantik, mungkin orang akan datang ke web kita hanya untuk melihat pada gambar wanita itu sahaja, tidak akan menbeli apa apa dari web kita.
tapi kalau gambar lelaki mungkin lain cerita kerana lelaki boleh menbuat web kita boleh dipercayai, lelaki itu lambang kegagahan dan iman.
kalau kita fikir sebagai orang islan, kenapa wanita tidak dipilih oleh tuhan untuk menjadi iman dalam senbahyang untuk lelaki
March 12th, 2008 at 11:36 am
tidak semua letak gambar wanita boleh menikatkan jualan diweb sebab apabila ada gambar wanita cantik, mungkin orang akan datang ke web kita hanya untuk melihat pada gambar wanita itu sahaja, tidak akan menbeli apa apa dari web kita.
tapi kalau gambar lelaki mungkin lain cerita kerana lelaki boleh menbuat web kita boleh dipercayai, lelaki itu lambang kegagahan dan iman.
kalau kita fikir sebagai orang islan, kenapa wanita tidak dipilih oleh tuhan untuk menjadi iman dalam senbahyang untuk lelaki
http://www.enai10.com
March 12th, 2008 at 1:23 pm
kalau ikut biznes yg sy tgh wat skang, rasenye model pempuan kot
March 12th, 2008 at 5:20 pm
Ok, saya rasa sekarang kita dah ada cukup 10. Saya akan post kan jawapannya dlm 48 jam.
(Sesiapa yang hendak cuba meneka lagi pun boleh juga)
Sabri
March 12th, 2008 at 7:24 pm
so, wanita mmg jadi sebagai daya penarik..
March 13th, 2008 at 1:03 am
Salam!
Jawapan dari Sabri sure le lelaki Kah,Kah Kah
March 13th, 2008 at 11:13 am
Saya rasa tidak semestinya gambar wanita menjadi ukuran utama yang penting apa barang yang di jual itu ,memenuhi citasa pembeli serta menarik hati pelangan.
March 13th, 2008 at 3:39 pm
i rasa klu nak dptkn ramai peserta lelaki pastinya model wanita dan sebaliknya pula kalu nak dptkn ramai peserta wanita..tentulah model lelaki hensem atau smart body, tak gitu bro.
March 14th, 2008 at 7:41 am
Tarikan berlawanan jantina adalah idea yang paling berkesan untuk menambahkan minat peserta.:)
March 14th, 2008 at 9:55 am
Kita lihat apakah produk yang hendak kita pasarkan. Kalau produk tersebut khas buat wanita sudah tentu mereka lebih berhak menjadi modelnya begitu juga sebaliknya. Tetapi jika produk-produk tersebut tidak jelas siapa sasarannya, lebih sesuai model wanita yang digunakan.TQ
March 14th, 2008 at 4:29 pm
[...] yang dijanjikan, dalam post hari ini anda akan mendapat jawapannya. (kepada soalan dalam post lepas) Sebelum saya pergi lebih jauh, jika laman web anda tidak mempunyai model atau [...]
March 14th, 2008 at 5:42 pm
Assalam…
Tu .. di bawah tajuk “Share This” tu ada banyak simbol2 yg bertujuan nak lariskan perniagaan tu…. kat mana nak ambik semua benda2 tu….? Macam mana pulak nak masukkan ke dlm laman web kita.. Cu cerita kat tokma sikit ya…. tokma ni mmg tgh belajar ni…. tak reti ke benda jugak lagi nih… tolong ya…! TQ…
March 19th, 2008 at 11:42 am
salam…
Kilan biasa - Elok pompuan
Kopi Jantan - takkan letak pompuan.. mesti lelaki ..
LAMAN WEB ni .. saya katakan lelaki … lagipun jika dilihat rata-rata yang guna kemudahan nie adalah lelaki .. pompuan tak pro sangat
May 30th, 2008 at 12:47 am
Assalamualaikum .. Model laki@pompuan?
subjective laa..bergantung pada product @ service yg nk dijual. Bukan semua barang pompuan tu org pompuan yg beli…ade gak laki yg beli. vice versa gak la ngan barang2 laki. Tapi selagi mane quality presentation mantap ..faktor model mungkin memberi impact yg minima je kot >> jgn marah aa..nanti kena juai;)
February 4th, 2009 at 3:46 am
Penjelasan yang amat terperinci. Terima kasih SaifulSham