Model Wanita Atau Lelaki?
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Seperti yang dijanjikan, dalam post hari ini anda akan mendapat jawapannya. (kepada soalan dalam post lepas)
Sebelum saya pergi lebih jauh, jika laman web anda tidak mempunyai model atau “personaliti”, letakkan. Ia akan dapat meningkatkan jualan atau conversion rate di laman web anda. Personaliti ini tidak semestinya seseorang yang popular, tetapi ia boleh jadi juga diri anda sendiri. Dan tidak semestinya gambar anda di laman web tersebut perlu hensem dan diambil studio, home made pun boleh.
![]()
Jika anda keberatan untuk menggunakan gambar anda sendiri, anda boleh menggunakan “mascot” bagi mewakili diri anda. Mascot ini boleh jadi seekor haiwan (seperti EcommerceMastery.com) ataupun kartun manusia.
Personaliti Yang Baik
Personaliti yang baik adalah personaliti yang connect dengan target market mereka. Contohnya, jika target market anda adalah rakyat Malaysia, pastikan model anda orang Malaysia, bukan mat salleh (sebab itu penting kita ada designer yang boleh menghasilkan design jiwa Malaysia).
Satu perkara yang menyebabkan personaliti (ikon) ini berpengaruh dan penting dalam sesebuah laman web adalah kerana ia mewujudkan kepercayaan dan “conversation” dalam diri pelawat laman web tersebut.
Apabila pelawat melawat sesebuah laman web dan melihat ada elemen “manusia” di situ, mereka akan berasa lebih “secure” dan familiar berbanding jika mereka melawat laman web yang “statik”. Jika anda lihat prinsip inilah yang menyebabkan laman web-laman web 2.0 seperti YouTube, blog menjadi popular.
Seterusnya, jawapan kepada kuiz saya dalam post lepas.
Menerusi kajian, meletakkan gambar lelaki yang tersenyum berjaya meningkatkan conversion rate sebanyak 53% dari meletakkan gambar wanita cantik. (responden kepada research ini adalah laman web yang majoritinya pelawatnya adalah eksekutif lelaki)
Apabila dilakukan soal selidik yang lebih dalam lagi, pengkaji berpendapat, eksekutif-eksekutif lelaki ini bukanlah mempunyai minat di luar tabii :p ataupun menyukai gambar lelaki sehingga hasil keputusannya sebegitu.
Sebaliknya, pengkaji mendapati meletakkan gambar wanita “distract” pelawat tadi dari bertindak, sama ada untuk membeli ataupun subscribe kepada sesuatu offer. Kerana itulah, apabila gambar ditukar, distraction tadi berjaya dikurangkan dan conversion meningkat.
Apakah Pendapat Sabri?
Pendapat saya, hasil kajian ini adalah sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Namun, yang lebih penting pada saya, anda harus cuba dan test sendiri di laman web anda yang mana yang lebih berkesan. Uji dengan kedua-dua jantina. Ini kerana meletakkan model sahaja pun (tanpa mengira lelaki atau perempuan) itu sudah cukup untuk meningkatkan response rate laman web anda.
Jikalau anda malu untuk meletakkan gambar anda, cipta sebuah mascot dan beri nama untuk mascot tersebut. Cuba dan laporkan perbezaan conversion rate yang anda rasai kepada kami!
Sabri
Bacaan Lanjut:Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under Ecommerce Mastery, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet, Rahsia Internet | RSS


















kalau saya, saya prefer letak maskot. dan ecommercemastery punya maskot comel.
cuma kalau jenama saifulsham dan irfankhairi misalnya, agak tak sesuai lah kalau letak maskot. sebab dah famous kan. hahaha.
Em..akhrnya terjawab sudah persoalannya. Betul juga jangkaan sy. hehehe…apa2 hal pun yg paling penting gambar yang nak diletakkan perlulah profesional dan kemas. jangan kerana gambar yang diletakkn menyebabkan pelawat merasa sangsi dengan kredebaliti kita! YUP!
slmt pg sabri..
test yang menarik…
Tak sangka pulak keputusannya macam tu ye… tapi apa2 pun mingkin mengikut kesesuaian jugak.