Pelaburan Hartanah : Oh, ruginya
Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!
Saya pernah terdengar keluhan sesetengah orang…
“Mengapalah dulu aku tidak beli rumah/tanah dikawasan itu dahulu, sekarang nilainya sudah berganda!”
Pernyataan diatas didengari telinga saya sendiri. Seperti mana kata bapa saya, golongan orang sebegini sebenarnya tahu pelaburan hartanah memberikan pulangan lumayan tetapi mereka tidak sanggup menunggu waktunya!
Mereka pun bukanlah terlalu jahil tentang pelaburan hartanah (setidak-tidaknya mereka tahu dan mereka pernah lihat orang kaya melalui pelaburan hartanah) tetapi pada waktu mereka mampu untuk melabur, mereka lebih tergoda dengan perkara lain yang hanya memberi nikmat sementara dan berkurang nilainya.
Salah satu yang paling utama adalah KERETA. Tidak percaya?
Anda lihatlah kes-kes dalam persekitaran hidup anda. Sebagai contoh mungkin keluarga terdekat anda. Apabila diberitakan gajinya meningkat, pernahkah anda mendengar mereka berkata begini….
“Tercapai jua hasrat untuk membeli rumah dengan kenaikan gaji ni, dapatlah sewakannya kelak”
“Yahooo, esok juga aku akan pergi bank buat loan membeli rumah. Bertambah satu lagi pelaburan aku”
(Lupakan seketika kemungkinan mereka ini membuat pelaburan yang salah spt membeli rumah lelong berhantu atau membeli tanah bersebelahan Taman Negara
)
Pernahkah anda mendengar situasi begitu, jika ianya berlaku dalam keluarga anda, saya ucapkan tahniah!
Akan tetapi, dalam masyarakat kita, berapa kerat sangatkah yang sedar untuk membuat pelaburan sebegitu? Anda akan biasanya mendengar dialog seperti ini ketika mereka mendapat tahu kenaikan gaji atau baru mendapat pekerjaan….
“Yang, yang, abang ingat abang nak tuka kereta la. Jiran sebelah rumah kita pun dah melaram dengan kereta baru, takkan kita nak kalah”
“Woi, mari sini jap, cuba kau tengok ni Suzuki Swift, cun siot. Aku ingat Petronas panggil kerja lepas ni, aku nak angkat Swift satu!”
Untuk berlaku jujur, saya sendiri mengaku sentiasa terpegun dengan model-model kereta baru. Sungguh menawan hati dan kalbu. Tetapi, apabila saya berfikir balik apa yang bapa saya katakan, ada betulnya juga.
Tahun lepas bapa saya membeli sebuah SUV baru, dan hati saya melonjak “Bolehlah aku try bawak pergi town. Aweks, aweks mesti tengok pemandu dan keretanya!”
(Sebenarnya, SUV itulah kereta baru kegunaanya selepas memandu sebuah kereta sedan lama berusia lebih 13 tahun).
Itupun bapa saya beritahu, “Sebab banyak pergi tengok tanah dekat macam-macam lokasilah abah angkat SUV, senang untuk meredah kawasan paya ke. Kalau tidak, lebih baik buat beli satu lagi tanah. Kereta ni tiada nilai apa pun sangat”
Mulanya saya kurang bersetuju dengan pendapat itu (walaupun saya membaca banyak buku yang menyebut perkara sama tentang melabur untuk kereta). Tetapi sejak saya memandu SUV tersebut, lama kelamaan timbullah rasa bahawa ada SUV yang lebih baik daripada yang itu.
Apabila melihat model-model yang terbaru lagi, saya sudah kurang ghairah untuk memandunya seperti ghairah kali pertama memegang sterengnya.
Dan daripada situ, saya berfikir, ada benarnya kata bapa saya.
Selepas dua, tiga tahun, kereta itu akan menjadi sebuah model yang OUT of DATE. Awek-awek sudah tentu tidak akan memandang sama seperti awal kemunculan model kereta itu kerana sudah ada model-model terkini yang mengambil alih kedudukannya.
Sama hal jugalah dengan orang yang selalu terlepas untuk melabur dalam hartanah. Apabila ada bonus tahunan yang lebih atau dinaikkan pangkat, melabur bukanlah dalam senarai pertama mereka.
Memang pelaburan hartanah tidak selalunya menjanjikan pulangan yang singkat (mungkin mengambil 2,3 tahun atau lebih) dan disebabkan itulah, ramai yang tidak terlalu berminat dengan hartanah.
Hinggalah pada satu ketika (lebih kurang 5,6 tahun kemudian), mereka mendapat tahu rakan mereka yang membeli hartanah di sesebuah kawasan sekarang ini memegang sebuah aset yang telah bertambah nilainya berganda-ganda.
Waktu itu, tepuklah dahi dan merungut.
(Mesej penting: Untuk anda yang mempunyai lebih daripada sebuah kereta, tanya kembali, adakah anda mempunyai hatta satu pelaburan hartanah? Jika tidak, tidak salah anda sekarang berada pada situasi diatas. Sekarang masa untuk anda berfikir kembali)
W.M.Syazwan


March 24th, 2008 at 9:44 am
betul tuh. kalau bab kereta, mesti jadi target utama. maklumlah, kat iklan tv tu asyik diulang-ulang iklan kereta. cuba hartanah ini di iklankan berulang-ulang di tv tentang keuntungannya. pasti mind set orang malaysia akan berubah
March 24th, 2008 at 9:48 am
saya sendiri kalau ada untung atau jadi jutawan :p nak beli alphard sebiji.. tapi bila baca tips oleh bro nie.. kita memang cepat lupa.. pasal kita lebih terarah pada nafsu kita dari keperluan yg lebih membantu sebenarnya.. its was a good tips bro.. thanks.. hope minda leh ok la lepas nie..
March 24th, 2008 at 12:42 pm
Kawan2 ofis selalu suruh saya beli kereta.. saya bukanlah tak nak, memang sedar tu satu keperluan tapi bagi saya belum sampai masanya lagi untuk saya beli kereta baru..
March 24th, 2008 at 4:31 pm
saya masih lagi guna motor NITRO, yang memang tidak diyakini ketahanannya. tetapi at least, ia masih tahan sehingga kini walaupun dah 6 tahun. teringin bila tgk member dah ramai yang tukar kereta, n motor baru. tapi tahan dululah, bila dah betul-betul “perlu”, baru beli. buat masa ini, invest dulu duit
March 24th, 2008 at 5:59 pm
Bila keadaan stabil 2-3 bulan nanti saya nak bukak kedai dan guna duit gaji utuk prmulaan. Bila dh dpt untug sy akn guna duit tu utk beli tanah. Semoga pengalaman sy berniaga sebelum ini dpt membantu sy buat bisnes dgn baik! Insyallah…
March 26th, 2008 at 1:51 pm
Niat untuk melabur dlm hartanah ataupun kereta mestilah betul. Ia mestilah berdasarkan tahap keperluan dan keupayaan kita.
Secara ringkasnya;
Hartanah = Pulangan tinggi tapi lambat.
Kereta = Perbelanjaan secara ansuran, tapi boleh rasa nikmatnya serta-merta.
Kesimpulannya, hanya orang yg oleh kawal emosi saja yg akan melabur dalam hartanah.
March 26th, 2008 at 5:20 pm
Saya bersetuju pelaburan menguntungkan asal kene pada lokasinya. Yang penting kita bersabar. Nama pun pelaburan
Kereta bukanlah pelaburan. Lebih merugikan, buat hutang, pinjaman 7-9 tahun, menjadi liabiliti. Jika tiada keperluan, kita tidak perlu menukar kereta. Jika suka tukar kereta, ia hanyalah ‘instant gratification’. Pantang tengok orang lain bergaya dengan kereta hebat.
Rich people= delay gratification. Ada duit, buat pelaburan dulu, untuk enjoy kemudian, hanya belanja ikut bajet.
Poor people = instant gratification. Maksudnya ada duit, BELANJA!! Tiada pelaburan , jadi merugikan untuk jangka masa panjang.
March 26th, 2008 at 11:13 pm
Secara jujur saya mengaku memilki lebih dari 2 unit kereta , tetapi secara lebih jujur kereta dash jer
.
Tak der lah, pakai van second hands rusa tua (13 tahun) kereta yang ketiga dalam hidup saya (pak aku punya daa) , kami ada rumah (2 bijik jerk - RM180k) ngan sebidang tanah (1.5 ekar) dikampung . tu jer lah bukan cam abang syazwan , mak pak manyak duit
March 27th, 2008 at 3:46 am
wajar membeli kereta jika ia satu keperluan, wajar menukar kereta jika kereta lama asyik perabis duit(rosak manjang). kalau nak beli kereta ikut kemampuan bukan ikut iklan kereta baru,yang banyak tukar2 kereta baru nih selalunya org gomen(cikgu…hehe..sorile sb selalu nampak cikgu sekolah tukar kereta)
March 27th, 2008 at 10:02 pm
oh, thank yo Syazwan,
saya mendapat satu idea selepas membaca post ini.
-Shueqry-
March 29th, 2008 at 8:56 pm
Betul apa yang diberitahu..
Pelaburan hartanah memang bagus..
Pada pandangan saya, mula2 beli rumah dahulu.. Dan jika mampu bersedia untuk beli hartanah.. Ianya tidak rugi.. Kalau tak dapat sewa pun, jadikan ianya sebagai tempat perlindungan anda.. Insyaallah.. memang berfaedah..
April 4th, 2008 at 10:22 am
kereta? apa yang ada pada kereta baru? lihat sahaja mercedes benz dan lain2 jenis kereta… tahun depan dan minggu depan atau jika sudah berada di jalan raya… harganya?
harganya dah takleh nak jual pada harga asal atau lebih… kalo dah kopak sana sini… apa yang ada lagi? jadi besi buruk laaa jawabnya…
esok lusa nak jual dengan harga seperti tanah…? mana bleh nak jual dengan harga yang lebih tinggi dari harga asal…
hp, pc… kalo dah jadi secondhand lain dah harganya… jangan teruja sangat laa…
April 4th, 2008 at 10:25 am
lepas nih boleh laa buat iklan tv hartanah pulak… biar dapat untung gempak untuk jangka masa panjang… hohoho… ada tanah dah tentu ada kereta. ada kereta belum tentu ada tanah… pinjaman aje terlebih nak bayar..
May 21st, 2008 at 5:07 pm
KIRA NASIB AKU BAIK LER COZ DAH BELI RUMAH MASA UMUR AKU 21 TAHUN…WALAUPN AKU BUKAN DARI GOLONGAN ORG BERADA TP AKU MEMIKIRKAN CARA UNTUK DAPATKANNYA…HEHEH…..TP BILA DIPIKIRKAN SAYANG PLAK NK JUAL WALAUPN HARGANYA HAMPIR 2KALI GANDA…CZ MANA MAU CARI RUMAH SAIZ 80′X40′ DGN HARGA RM138K SKG NIH???
June 18th, 2008 at 8:35 am
[...] Internet Business?Untung atau Rugi? Posted on June 18, 2008 by waksab67 Pelaburan Hartanah : Oh, ruginya [...]
January 19th, 2009 at 10:21 pm
salam kepada semua..sekarang saya mengambil bidang hartanah..setelah dikaji dan dipelajari..sy rasa kitap erlu memiliki satu property sebagai asset..tapi proprty mesti dalam jangka panjang menjadi nilai tinggi pada masa yang akan datang..misalan tanah,rumah supaya dpyt buat income pada kita :smile:..kalau boleh nak ada jgak tanah sendiri..insyaallah
March 9th, 2009 at 4:52 pm
Salam semua… Saya baru 1st time masuk blog nie… dan saya amat berminat membaca artikel pasal jutawan hartanah… Dari apa yang diperkatakan memang betul terlalu sukar untuk kita memilih membuat perlaburan hartanah dari membeli kereta… dah pasti lebih mudah membeli sebuah kereta dari sebuah rumah… mesti ramai yg menyokongkan… tapi sebenarnya dari pengalaman saya yang baru masuk 2 tahun dalam bidang hartanah niee… semua benda adalah mudah dan susah, cuma yg menjadikan nya nmpk lebih mudah coz kita dah minat(dah jatuh cinta)… cth buat loan kereta, deposit n proses loannya lebih kurang sama gak dgn beli sebuah umah… tapi dah ramai org minat melabur kat keta dulu maka bg dia beli keta lebih mudah dari beli umah… lg satu kalau dah tak bersungguh buat sesuatu 2 sememangnya semua jadi susah…..Dulu saya pun mcm ramai org jugak gila kan kereta(ikut nafsu) setiap tahun tukar keta(10 tahun 10model keta)… masa 2 tak pernah terfikir pun pasal nak melabur, yang tau nak bergaya jee… saya bukan bergaji besarpun dan bukan anak org kaya… cuma sy minat pada keta dan mgkin biasa bg kebanyakan org lelaki kut… dan yg pelik nya bab nak tukar keta ada jee duit extra masa 2… Pada tahun 2001 my bos kat opis dgn kerja keras nya berjaya menjadi jutawan MLM dan pada tahun 2004 lagi sorang my friend jadi jutawan MLM… dan bermulalah dari situ tiba2 hati saya terdetik pasal nak jadi JUTAWAN gak tp bagaimana?… cuba follow buat MLM tak berjaya, berusaha bersungguh2 tapi gagal jugak… maka tiba2 saya pun terfikir untuk menjadi kaya kita mesti ada modal yg besar dan sangup menghadapi resiko serta mesti bersusah payah dahulu dn saya juga terus menanam azam untuk berjaya dalam tempoh 5tahun… Jadi pada tahun 2005 saya mula berpindah umah dari duduk umah 2 tingkat ker umah flat yg pling hampir dgn opis… jadi kos perjalanan dan sewa umah dapat dijimatkan… maka melalui duit yg dapat dijimatkan itu saya telah membuat loan ASB(Tahun 2005) dgan JUMLAH RM65k selama 15thn… ramai kwn2 saya berkata cara saya salah coz buat loan ASB mesti bank yg untung… ya benar memang bank yg untung cuma bg saya masa 2 yg ptg kita mesti ada duit cash yang banyak baru blh buat duit…selepas abis setahun maka dapat dividen sebanyak RM5200.00, dari duit itu pulak saya tambah lg pelaburan ASB saya sebanyak RM135k (total dah RM200k)…Cukup tahun dapat RM16k… Jadi pada tahun 2007 kebetulan ada umah kat tempat sy sewa hendak dilelong… Jadi dgn strategi saya td, duit dah ada maka saya pun membida dan kebetulan dapat… itulah umah lelong pertama yang saya beli dan terus disewakan secara contract pada company (2 tahun).. contract nya baru tamat last month dan telah renew dgn harga sewa yg baru… dan sepanjang 2 tahun tersebut saya telah membeli 10 buah umah 9unit disewakan (5unit Cash) dan baru 2 minggu lepas berpindah masuk ker umah baru semi-d dan kesemua loan asb dah di surender balik pada bank… disini saya cuma hendak nasihatkan pada semua yang penting sekali mulakan langkah pertama, paling tidak mulakan dgan membaca buku2 motivasi, ingat kata perpatah nie ALWAYS AIM THE SKY, IF U FALL AT LEAST U CAN CATCH THE CLOUD… dan haruslah berani GAGAL serta berani mengambil RISIKO… Wassalam
April 12th, 2009 at 2:17 am
[...] (Mesej penting: Untuk anda yang mempunyai lebih daripada sebuah kereta, tanya kembali, adakah anda mempunyai hatta satu pelaburan hartanah? Jika tidak, tidak salah anda sekarang berada pada situasi diatas. Sekarang masa untuk anda berfikir kembali) *dipetik dari: saifulsham.com [...]
May 7th, 2009 at 8:26 am
wah seronoknya pandai hartanah mcm kamu semua..
saya ni baru abis belajar..
baru stat keje..jadi pegawai..tapi tgk kerani pakai kereta..fulamak..lagi mengancam..
saya rasa bersemnagat dengan cara lanz tuh..
kekawan22 bagi semnangat n tunjuk ajar yer..
June 20th, 2009 at 5:39 pm
memang pelaburan hartanah dapat membangunkan ekonomi org kita….
sekarang ni dah ramai yg celik hartanah berbanding beberapa tahun yg lalu..cuma sedih jugak bila mereka masuk leleongan, beli pada harga pasaran ataupun lebih sikit…
mmm…cam x untung la jugak kalau ikutkan…
kereta? kalau untung daripada hartanah dapat beli kereta, apa salahnya? hehehe..sy pun minat kereta jugak..tapi ada hadnya
-tuanbri-