Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Baru-baru ini saya menerima soalan dari salah seorang protege saya. Dan saya rasa soalan-soalan tersebut cukup merit untuk saya kongsikan bersama anda. (btw, saya menulis dalam keadaan perut lapar ni, diet punya pasal. Maaf kalau tulisan seperti agak tergesa2. Saya berjanji pada diri saya akan makan sebagai reward berjaya menulis post ini. :razz: )

Soalan Protege: Saya sendiri tidak membeli ebook. Dan saya tidak percaya ebook. Ada ke orang nak beli ebook?

Jawapan SaifulSham: Ada. Sekadar menyebut beberapa nama usahawan internet tempatan yang menghasilkan ebook dan berjaya membuat jualan. (Zul Smartusaha, Shuth, En Irwan Dahnil, A.F Hazwan, En Nasir Yaacob, En Tazilan, Pn Ummi Sofea, Pn Amalia dan banyak lagi)

Btw, ada nama yang tidak dikenali? Ehem… Akan diperkenalkan soon. :mrgreen:

Oh ya, Team SaifulSham juga akan “menghadiahkan” kepada Malaysia seorang lagi protegenya (selepas En Irwan Dahnil) yang bermula dengan hanya menulis ebook tetapi akhirnya dijemput menulis buku sebenar oleh penerbit buku sebenar. :mrgreen:

Tetapi setelah berkata demikian, kelarisan ebook tersebut bergantung juga kepada:

  1. Topik Yang Menarik DAN Telah Mempunyai Pasaran Yang Laparkan Maklumat (Desperate Buyers)
  2. Cara Anda Pasarkan Ebook Tersebut

Jika ada permintaan dari anda pembaca SaifulSham.com, saya akan huraikan lebih lanjut mengenai kedua-dua point di atas.

Soalan Protege: Jika saya telah selesai menulis 2 ebook, berapakah jarak masa di antara pelancaran kedua-dua ebook tersebut supaya saya tidak cannibalize sales (merosakkan jualan) salah satu buku tersebut.

Jawapan SaifulSham: Saya cadangkan anda melancarkan kedua-duanya serentak. Pertamanya, seperti biasa anda perlu tahu bahawa setiap ebook tersebut memerlukan laman webnya sendiri.

Kedua, anda gunakan ebook-ebook tersebut untuk memenuhi “saluran jualan” (sales funnel) anda dan ditawarkan kepada pelanggan anda.

Contoh:

1) Selepas beberapa hari pembeli Ebook1 membeli dari anda, mereka akan ditawarkan pula untuk membeli ebook2 pada harga diskaun kerana mereka telah menjadi pelangan anda.

2) Perkara yang sama juga dilakukan untuk pembeli Ebook2. Mereka juga ditawarkan pula untuk membeli ebook1 pada harga diskaun setelah beberapa hari pembelian dilakukan.

Kepada anda yang belum biasa bershopping online, anda akan tertanya-tanya bahawa ada ke orang yang nak beli berturut-turut? Ebook pula tu. :roll:

Jawapannya ada. Tak percaya, cubalah. Ini berdasarkan pengalaman sebenar protege2 kami dengan sales funnel mereka yang kami rekakan untuk mereka :wink:

Tetapi, ini hanya boleh dilakukan dengan syarat, kedua-dua ebook anda itu berada dalam genre yang sama. Jika ebook2 anda dalam genre berbeza? Re-think your strategi dan apa yang anda hendak sebenarnya dari perniagaan internet ini. Itu petanda yang tidak bagus. :)

Jika anda ada apa-apa soalan “Advance” yang anda ingin tanyakan kepada kami dan mahu disiarkan di sini, hantar emel kepada kami di saudagar@saudagar.com.my

Hanya soalan-soalan yang belum mempunyai jawapan sahaja akan disiarkan. Jika soalan anda mudah-mudah, biasanya jawapan sudah ada. Anda boleh gunakan fungsi “Carian” di laman web ini untuk mencari jawapanya.

Selamat Berjaya!

Sabri

p/s: Seperti biasa, gambar saya akan masukkan kemudian…. (berlari mencari makanan… lapar!)

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Bonus Misteri Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet SaifulSham
  • Sistem Kedai Online Dilancarkan Khamis, Jam 11 Pagi
  • Petua Pengiklanan Berkesan!
  • del.icio.us:Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?-digg:Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?-spurl:Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?-wists:Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?-simpy:Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?-newsvine:Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?-blinklist:Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?-furl:Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?-reddit:Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?-fark:Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?-blogmarks:Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?-Y!:Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?-smarking:Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?-magnolia:Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?-segnalo:Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?
    Saya Tidak Mahu Baca Artikel Seperti Ini LagiTerima kasih Kerana MenulisArtikel Ini Bagus, TQ!Saya Banyak Belajar Dari Artikel Ini!Saya Mahu Lagi Banyak Artikel Macam Ini (6 undi, purata: 5 dari 5)
    Loading ... Loading ...
    Posted Thursday, March 27th, 2008 at 1:01am
    Filed under Idea Bisnes, Jual Ebook, Pemasaran & Promosi, Perancangan Ebiz, Usahawan Kampus | RSS

    16 Comments on “Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?”

    1. sham

      Wah..Rajin diet sekarang ni ye…bila makan tak ingat dah diet tu.. :lol:

    2. ijamidayu

      :razz: thats true.. pasal lapar makan ikut nafsu.. :) hope saya ada ebook sendiri.. :) thanks for sharing.. apa pun maklumat yang disampaikan akan dipraktikkan..

    3. Miclee

      Ya ya ya .. saya nak sabri huraikan lagi tentang 2 Points kat atas tu d post yang akan datang :).

      P/S : Nak turun 7kg baru i mencapai tahap BMI yang ideal :)

    4. Bebas Hutang

      Tahun lepas berat 90kg. Tahun ni jadik 95kg. Selera naik lepas Raya.

      Anyway, saya nak gak tau huraian 2 point yg Sabri sebutkan tu. ;-)

    5. En Dlie

      Apa yang diceritakan tu memang betul.. kalau x de org nak beli, tak kan lah orang berebut2 nak beli ebook.. mybe yang bertanya tu tak ikut perkembangan semasa dan terkejut bila secara tidak sengaja termasuk dalam dunia perniagaan internet…

    6. nik

      Memang akan timbul masalah tu. Terfikir juga jenis buku yang nak ditulis, kadang-kadang dah berlambak buku yang hampir sama kat pasaran.

    7. Apabila Umur Dah Bertambah… | Panduan Usahawan, Cari Duit dan Perniagaan di Internet

      […] makin tembam la nanti. Masakan dia sedap jugak. Dah la dah pun tembam sekarang ni. Kena jadi mcm sabri saifulsham […]

    8. Shueqry

      er, saya membaca post ini dalam keadaan lapar! hehe

      -Shueqry-

    9. smartzul

      Hari ni saya reward diri saya sebab hari ni hari lahir saya. Saya freekan masa sikit dengan tak buat kerja. Kira hargai diri sendiri laa. Selama ni buat kerja teruk, kuat, kadang2 lupa makan. ;)

      Back to the topic, kalau saya ada dua buah ebook:

      Ebook 1 akan saya bagi free. Ebook 2 saya akan jual. :)

      Alasannya mudah: Kedua2 ebook tu memang bagus. Amat bagus. So, apa salah bagi percuma satu kepada prospek. Tujuannya kita nak pastikan diri kita tersemat kat mental dan minda si prospek. “Bagus betul dia ni. Walau ebook ni free, tapi content dia bagus, membantu!”.

      Biasanya sifat semulajadi manusia ni, bila dia dapat 1, dia nak tambah lagi satu. Kemudian nak lagi dan lagi. So dalam kes ni, yg lain tu adalah ebook 2.

      Masa bagi free tu, collectlah emel. Then follow-up sikit dengan apa2 valuable tips. After that, promotelah ebook yg kedua tu. Masa promote ni, dah tak jadi masalah dah nak jual, sebab memang sebahagian besar prospek yg dapatkan ebook 1 tadi dah tak sabar dan memang tak sabar sabar nak dapatkan ebook 2 anda tersebut.

      Tak percaya? Cuba la dulu. :)

      Wassalam.

      ps. Sila lawat forum wangcyber.com. Kat sana saya kongsi tip sikit pasal bagi benda free ni. Sabri, betulkan kalau ada kurang. You’re my mentor.

      pps. Skrg ni saya kat JB, rumah makcik. Akses tenet guna 3G Celcom. Rumah dia tak jauh pun dari rumah dia.

    10. Sabri

      Miclee, Bebas Hutang, saya akan discuss mengenai point tersebut dalam post akan datang.

      Zul, saya setuju juga dengan pendapat Zul. Cuma saya akan create satu lagi report pendek untuk bagi free.

      Jadi kiranya saya bagi report free, follow up macam Zul cakap dan jual ebook1 dan upsell ebook2.

      Sabri

      p/s: Server Streamyx di Tronoh kena sambar kilat Rabu lepas. Kami tak dapat guna Streamyx sampai 30 Mac ni. 3G connection tak stabil sangat di sini.

    11. Nabieel

      saya ada terbaca satu artikel mengatakan ebook ada musimnya iaitu musim ketika laku (panas) atau musim tidak laku (sejuk) apa pendapat team saifulsham?

    12. ummisofea

      SABRI said: “Oh ya, Team SaifulSham juga akan “menghadiahkan” kepada Malaysia seorang lagi protegenya (selepas En Irwan Dahnil) yang bermula dengan hanya menulis ebook tetapi akhirnya dijemput menulis buku sebenar oleh penerbit buku sebenar.”

      siapa tu???? :oops:

      kalau diberi pilihan antara famous dan low profile, saya lebih suka yang KEDUA (low profile).
      tetapi kepada mereka yang berjaya, harap dapat berkongsi pengalaman bersama. :mrgreen:

    13. Muaz

      Hai2 , ada paper ker tetiba jer bro sabri diet :lol: , macam tanda2 orang dah tembam akibat syok bercinta oh!

      Abg nizam bagi tau , yang ebook saya tu bagi free dan create another one ebook dan ebook pertama jadikan bonus pada ebook kedua.

    14. irwan.dahnil

      Memang ada orang yang lebih gemar ebook kerana sifat kepantasan dan mobiliti ebook tersebut. Biasanya golongan ini dari pelanggan hardcore online atau yang lebih suka dapatkan maklumat diinternet

      Buku juga penting kerana ia mempunyai pasaran yang tersendiri. Biasanya mereka ini lebih gemar ‘menyentuh’ sesuatu sebelum beli, terasa buku itu mempunyai nilai (berbanding dengan ebook yg hanya sebuah file). Mereka ni juga suka baca dari bahan bercetak berbanding dengan membaca di depan skrin monitor.

      kalau pengguna internet Malaysia sekitar 14 juta, so baki 10 juta pelanggan ( yang tidak terlalu menggunakan internet sebagai medium ), akan terlepas. Rugikan ?

      Disebabkan tidak 100% pelanggan online, so jangan lupa ada pelanggan yang ramai yang suka secara offline :)

    15. SyedHafidz

      Saya setuju dengan smartzul..
      Klu sya ade 2 eBook, saya akan jual 1 je..
      1 lg bagi free…
      sekali pandang, kita akan “rugi”, tp percayalah kita akan untung tp untung utk jangka masa panjang…
      :mrgreen:

    16. Anna limem

      saya ingin membina laman web sendiri,kalau perlu upah orang pun tak apa asalkan berpatutan.Jadi saya rasa saiful boleh membantu,memberi cadangan,sokongan,mereka templat yang sesuai dan memberi guide yang lain untuk saya berniaga dalam internet ni.Bagi saya ruangan anda dapat membantu saya meluahkan rasa hati saya untuk membina laman web.Saya sokong anda :smile:

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.



    Close
    E-mail It