Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: April, 2008

Pengumuman Untuk Pembayaran Yang DiBuat Kepada SaifulSham Consultants

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Kepada pelanggan yang membuat bayaran bermula pada Jumaat lepas dan ke atas, setelah anda membuat bayaran kepada kami, sila buat pengesahan secara bertulis/emel untuk tujuan semakan dan rekod (telefon sahaja tidak mencukupi).

Terutamanya untuk domain dan hosting renewal;

Ini kerana, walaupun anda mendapat invoice tetapi invoice tersebut adalah auto-generated, jadi jika anda membayar sekalipun kami tidak tahu anda telah membuat bayaran.

Jadi cara pengesahan bayaran yang anda boleh buat:

1) Emel Kepada : saudagar@saudagar.com.my

Jika anda sudah lupa reference number, anda beritahu apa sahaja yang anda ingat,

  • Amaun
  • Tarikh/Masa
  • Tempat
  • Untuk Apa

2) Ataupun anda boleh fax bukti pembayaran anda kepada kami di : 03-80644277

Apabila anda fax, jangan terlupa tulis nama anda dan pembayaran untuk apa.

Ingat, telefon sahaja tidak mencukupi. Ia cuma untuk membolehkan pihak kami aware of your payment, tetapi staff jualan kami mungkin tidak ada rekod transaksi anda.

Ini paling penting untuk customer yang renew domain dan hosting.

Harap Maklum,

 

Sabri

Bacaan Lanjut:

ClickBank Telah Menerima Permohonan Akaun Rakyat Malaysia!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Setelah Paypal membenarkan pengeluaran wang oleh pemilik akaun dari Malaysia, kini Clickbank.com juga menuruti langkah serupa.

Rakyat Malaysia kini telah boleh membuka akaun ClickBank.com tanpa perlu menggunakan alamat Singapore.

Malaysia kini telah diiktiraf!

Tak percaya? ;)

Tak perlu cakap banyak, sila ke ClickBank.com dan cuba sign up untuk lihat sendiri!

Bacaan Lanjut:

[BONUS SKO] Speed of Implementation

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Seperti dijanjikan saya pada minggu lepas hari ini saya ada sedikit pengumuman untuk pembeli ebook Sistem Kedai Online dan juga kepada mereka yang masih berada di atas pagar. Sebenarnya saya sahaja je suka-suka untuk umumkan hari ini, lebih dramatik dari saya umumkan awal-awal. :grin:

Lagipun saya mahu mereka yang membeli ebook SKO lebih awal ambil masa mereka dan tidak terkocoh-kocoh mengejar hadiah. Seperti yang saya tegaskan di dalam ebook tersebut, ketenangan itu penting dalam menghadapi cabaran teknikal, namun pada masa yang sama urgency pun wajar ada sedikit.

Pengumuman:

Mana-mana pembeli ebook Sistem Kedai Online yang paling pantas dan cepat mengimplementasikan kedai online mereka dari scratch, menggunakan apa yang diajar dan ditunjukkan dalam ebook SKO, dan mendapat keuntungan minimum RM 100 akan mendapat satu biasiswa penuh untuk ke Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet kami.

Hadiah ini ada 2 unit, tiada tempoh masa selagi kedua-dua slot tidak di isi. Untuk mana-mana seminar, bila-bila masa.

Mulanya kami bercadang untuk meletakkan RM 1 (ala2 Underachievers Challenges oleh Ed Dale), namun memandangkan ada komen mengatakan masyarakat Malaysia, sedikit “unik”, jadi kami naikkan kepada RM 100. Lebih kurang 3-4 sale average gitu.

Dan jangan bimbang, sememangnya bukti diperlukan. Dan kami ada cara kami sendiri untuk menyemak sama ada orang yang claim hadiah itu tulen atau tidak. :cool:

Kepada anda yang berminat, jika belum dapatkan ebook SKO, dapatkan sekarang (klik di sini). Jika anda sudah dapatkan, mula mengatur strategi sekarang. Usah tergopoh-gapah, anda boleh lakukannya. Jika tidak menang sekalipun, anda tetap “menang” dengan keuntungan anda.

RM 100 hanyalah satu target yang cukup rendah dan saya yakin newbie pun boleh mencapainya. Ini penting supaya tidak ada orang yang lemah semangat sebelum bermula. Tujuan kami menawarkan biasiswa penuh ini adalah untuk memberi peluang anda “enhance” knowledge promosi dan marketing anda kerana ebook SKO merupakan panduan teknikal sahaja.
Anda akan mendapat “booster” yang lebih dengan pengetahuan yang lebih.

Kepada alumni seminar RBDDI yang turut membeli ebook SKO ini, jangan bimbang. Ada banyak aspek lagi hadiah yang boleh di beri kepada anda sebagai ganti. Show me the profit first, and we will discuss about your present later. Tapi nilainya tidak akan kurang dari RM 450, Guaranteed. (oh ya, sudahkah saya memberitahu, harga seminar akan dinaikkan?). :mrgreen:

Jadi kepada anda yang selalu mengeluh tidak cukup wang untuk ke seminar itu, peluang dah terhidang di depan mata nih. Believe in yourself and your ability, take the step forward. RM 49 to get a shot at RM 450 seminar bonus? (tak termasuk bonus SKO valued at RM 490). Jika saya, saya sudah tahu pilihan hati. Excuse is only for loosers. :razz:

Bak kata Donald Trump, see you in “Winners’ Circle

Sabri

p/s: Hari ini menjadi hari terakhir jika anda mahu membeli ebook SKO DAN pada masa yang sama mendapat bonus yang ditawarkan oleh JV Partner kami. 24 jam dari sekarang, tawaran bonus extra akan tamat. lalalala…. :grin:

Bacaan Lanjut:

Saya Salah, Syazwan Betul (Grrrr….)

Saya berada di KL hujung minggu ini, jadi ada emel support/sales yang delay. Ada juga emel yang saya tangguh reply/send. So far as 12.14 am semua sales so far saya dah process. Non urgent support request saya akan take care hari Isnin ya. Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih-Sabri

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Beberapa jam yang lepas, ebook Sistem Kedai Online telah dilancarkan dengan jaya dan gilang-gemilangnya. :) Segala penat lelah saya selama beberapa minggu ini berbalas juga akhirnya.

kecil150

Lawati:>> SistemKedaiOnline.com Sekarang (Jika anda sudah pergi, tetapi belum beli, lawati juga sekali lagi. Something new this time)

Sebelum pelancaran ini sebenarnya saya berpegang kepada satu pendapat dan semalam dengan rendah hatinya saya terpaksa mengakui bahawa pendapat saya salah. Lebih tak best lagi, pendapat saya bertentang dengan pendapat Syazwan. Apapun, lesson learnt, saya akan share ketika seminar esok.

Apapun, terima kasih atas sambutan hangat untuk ebook SKO ini, ini adalah antara ebook wajib beli untuk tahun 2008 ini. Anda pasti tidak kecewa. :)

Kepada pembeli ebook ini, nantikan hari Rabu minggu depan, saya akan umumkan satu unannounced bonus. You will like it, saya berani potong kuku kalau anda tak suka! :) (orang yang beli awal akan lebih bertuah dari orang yang beli lewat sedikit ketika itu, jadi jangan bertunda lagi! Download ebook SKO sekarang juga)

Saya tidak kisah saya salah dan Syazwan betul, tetapi saya geram dia kutuk video saya. (Saya tahu dia dengki sebenarnya, CGI tuh~mengikut kata Syamim) :p

Terima kasih

Sabri

Bacaan Lanjut:

Sistem Kedai Online Dilancarkan Khamis, Jam 11 Pagi

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Saya sedang sibuk meletakkan touch up kepada pakej ebook pertama kami, Sistem Kedai Online yang akan dilancarkan hari Khamis, 17 April 2008 jam 11 pagi. Pada mulanya saya bercadang untuk meneruskan dengan rancangan awal pelancaran hari Rabu jam 11.59 malam, tetapi kerana ada beberapa tambahan dan memberi keadilan kepada semua, saya tangguhkan kepada esok paginya.

Pakej ebook tersebut akan berada di pasaran pada harga yang cukup murah (refer “Dokumen Yang Hilang” untuk dapat ballpark figure), ebook itu sehingga malam ini berada di muka surat 124 (expect 140) komprehensif guide dari 0 sehingga kedai online anda terbina. Semua orang walaupun tidak ada kemahiran teknikal boleh ikut TETAPI perlu minda terbuka (bersedia untuk belajar dan ikut step by step). Kalau yang cepat give up memang tidak sesuai. 2 buah video juga mengiringi ebook tersebut.

Bonus-bonus untuk pakej ebook tersebut saya designkan untuk membantu anda 100% ke arah memudahkan tugas anda membina kedai online sendiri di samping complement kandungan utama ebook tersebut.

Ebook ini adalah pelan bertindak teknikal anda+ sedikit sebanyak guide dan perkongsian dari kami mengenai business aspek of running kedai online (product sourcing+shipping)

Namun yang perlu anda tahu, ada Fast Action Bonus.

5 pembeli pertama akan mendapat bonus ekstra A+B+C+D (disamping bonus pakej SKO original)

20 pembeli pertama akan mendapat bonus ekstra A+B+C

50 pembeli pertama akan mendapat bonus ekstra A+B

100 pembeli pertama akan mendapat bonus ekstra A

Ini tidak termasuk bonus-bonus yang akan ditawarkan secara berasingan oleh partner-partner kami.

Harga pengenalan (yang murah 28% dari harga sebenar) hanya sah untuk 2 minggu promosi pelancaran sahaja. Jadi untuk dapatkan bonus ekstra+diskaun 28%, anda perlu buat keputusan sekarang juga dan tunggu siap-siap pukul 11 Khamis ini. Jangan teragak-agak kerana, if you sneeze, you lose. :)

(kerana fast action bonus inilah kami delaykan supaya launch dekat2 waktu lunch tengah hari dan bukan tengah malam)

Tapi, exercise caution. Pakej ebook ini hanya untuk serious buyer who want success only. Decide now. :) (jika anda hendak sembahyang istikharah dulu, boleh buat malam ini)

Selamat Memilih!

Sabri

Bacaan Lanjut:

Soalan 13: Adakah Menjual Melalui Online Store (Kedai Online) Ini Adalah Cara Yang Paling Mudah Untuk Menjana Keuntungan Dari Internet?

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Soalan di atas adalah salah satu dari 15 soalan yang saya pilih untuk dijawab di dalam “Dokumen Yang Hilang” (15 FAQ Mengenai Kedai Online)

Kenapa saya namakan “Dokumen Yang Hilang”?

Kerana sepatutnya ia dikeluarkan Khamis lepas. Ia “hilang” 2 hari. Walaubagaimanapun kenapa ia “hilang” ada saya jelaskan dalam dokumen tersebut.

Klik Untuk Download Dokumen Yang Hilang Di Sini (ZIP)

Klik Untuk Baca Dokumen Yang Hilang Di Sini (PDF)

Btw, jika anda mahu tahu jawapan untuk soalan di atas, ini jawapannya:

Tidak. Jujur saya katakan.

Bahkan, melalui Online Store (Kedai Online) merupakan antara cara yang paling susah berbanding dengan model perniagaan internet lain. (Jika anda lihat di sini, saya tidak bersembunyi). Menjual infoproduk melalui salesletter dan menyertai laman lelongan lebih mudah secara relative (tetapi tidak mudah juga).

TETAPI, kami tetap hasilkan ebook panduan ini sebab ada permintaan mengenai cara-cara untuk membina Kedai Online. Dan tidak ada panduan seperti ini yang dijual. Akhirnya, ramai orang yang terpedaya membayar jumlah yang tidak logik (terlalu mahal/murah) dan kemudiannya tertipu dengan janji-janji kekayaan melalui “Kedai Online”.

Ini memburukkan nama perniagaan internet, terutama usahawan internet yang sebenar. Jadi saya terpaksa mengeluarkan panduan ini juga, supaya jika ada orang yang mahu membuka kedai online, mereka boleh mengetahui cara yang sebenar.

Panduan ini adalah sebahagian dari tanggungjawab kami kepada anda.

Semoga dengan adanya Sistem Kedai Online 2.0, anda akan beroleh panduan membina kedai online yang paling baik, membantu dan tidak mengarut untuk mencapai segala kemahuan anda menjana pendapatan dari Internet.

Yang Berkongsi,

Sabri

Bacaan Lanjut:

Saiz Sama, Tetapi Masa Lebih Panjang, Isi Lebih Padat

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Seperti yang telah dijanjikan, Video Sistem Kedai Online 2.0

  • Lebih Padat
  • Lebih Pengisian Yang Mantap
  • Lebih Panjang
  • Kurang Kesilapan Teknikal
  • Sama Saiz (~tidak perlu tunggu lebih lama untuk load)

Klik Di Sini: http://www.sistemkedaionline.com/sko2/sko2.html

Antara snapshot content yang anda akan pelajari:

  1. Profit Maximazation Retailer
  2. Volume Maximization Retailer
  3. Cara Meletakkan Harga Berdasarkan Personaliti Kedai anda
  4. Dan Terlampau Banyak Lagi

Selamat Maju Jaya!

Sabri

Bacaan Lanjut:
Close
E-mail It