Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Bila Anda Rasa Tension Dan Dekat Nak Give Up

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Perniagaan Internet ini ada occupational hazardnya sendiri. Stress dan sakit kepala (dan juga hati kadang2). Perkara ini terjadi kepada kedua-dua golongan, mereka yang sudah berjaya buat duit di Internet dan juga kepada mereka yang belum berjaya.

Tak percaya? ;)

Kepada mereka yang dah berjaya, masalahnya adalah kerja/tempahan yang bertimbun dan due, support issues dan juga survival dan going forward issues. Saya pernah berbual/beremel dengan designer, freelancers dan juga penulis ebook. Tambah juga dengan pengalaman saya sendiri, problem ini memang menyeksakan. Bila kita hendak buat satu kerja tu, satu kerja lain pula datang melintas di kepala. “Eh, macam mana aku nak buat B ni, A tu aku tak setel lagi”. Bila nak buat A pula, terpikir mengenai B pula.

Nak upah orang lain buat, secara teorinya senang. Tetapi untuk mencari talent yang setaraf dengan kita (ataupun kurang sikit), yang bersedia untuk menerima kerja-kerja kita pun satu hal.

Itu masalah orang yang dah berjaya.

Ya, mereka memang buat duit sambil goyang kaki dan sambil tidur, tetapi otak mereka “over clocking” sambil duduk goyang kaki dan tidur tu. Berfikir itu, berfikir ini. Tak percaya? Pilih 3 orang usahawan internet yang telah buat duit yang anda kenal dan tanya mereka. 2 akan cakap ya.

Yalah, jika kerja di pejabat jika pening pun waktu pejabat sahajalah. Lepas berada di rumah boleh wind down dan de stress. Tetapi kerja sendiri di hadapan komputer di rumah ni, waktu kerja sepanjang waktu. Nampak komputer pun boleh jadi fobia. ;)

Kepada yang belum berjaya, mereka pun bermasalah juga.

Tidak tahu itu dan tidak tahu ini. Rasa tidak cukup itu, rasa tidak cukup ini. Laman web dah siap, tetapi tidak ada sales lagi. Atau sales perlahan. Nak buat promosi berbayar, takut duit habis hasil takde. Nak beli itu takde duit. Nak beli ini takde duit. Dll.

stress
Jika anda berlari, pasti anda akan terpaksa perlahan juga kerana tercungap-cungap kepenatan. Anda tidak akan dapat berlari selamanya.

Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Rasa Tension Dan Nak Give Up?

1. Relax. Stress adalah satu penyakit dan jangan biarkan hidup anda sentiasa dalam tekanan. Sikit-sikit tak apa, tetapi kalau memanjang ia tidak baik untuk kesihatan. Jika perlu, makanlah Uphamol (tiada affiliate link). :p

2. Pergilah joging petang menghirup udara segar sambil banyak2kan minum air kosong.

Ok, itu untuk menghapuskan simptomnya sahaja. Bagaimana dengan ubatnya?

1) Set target jangka sederhana yang realistik (6 bulan, 1 tahun) yang menyumbang kepada pelan jangka panjang anda yang juga realistik (3 tahun, 5 tahun)

Tak kisah apa pun yang terjadi dalam jangka masa pendek, jangan terpengaruh. Contohnya; untuk bulan pertama, anda telah mencapai 50% dari target 6 bulan anda, jangan tambah pening kepala untuk fikir bagaimana untuk maintain atau doublekan lagi kejayaan anda sekarang.

Ikuti jangkaan pelan yang asal. Mungkin anda boleh revise pelan awal, tetapi letakkan sahaja pelan revised tu sebagai Very Optimistic target. Jika anda mencapainya, ia adalah satu bonus. Jika anda mencapai target awal, itu adalah satu pencapaian yang cemerlang.

Celebrate bonus anda.

Tapi jangan over pressure diri anda. Sebab, pendapatan (revenue)/profits cuma salah satu kayu ukur sesebuah perniagaan. Walaupun, pendapatan (revenue)/profits anda tinggi sekarang, ia tidak bermaksud perniagaan anda berada di tahap yang baik. Mungkin ia sesuatu yang bermusim (seasonal) atau anda cuma bertuah. Sepatutnya; apabila pendapatan anda telah stabil, tumpukan kepada kayu ukur yang lain;

  • Customer Support
  • Product Development
  • Market Research
  • Business System

Contoh mudah, kita ambil syarikat korporat. Proton. Beberapa tahun dulu, jualan Proton strong, mereka mendominasi jualan kereta tempatan. Cash reserve mereka pun tinggi. Mereka boleh membina Proton City di Tanjung Malim hanya dengan cash reserver mereka sahaja.

Tetapi pada ketika itu, mungkin pengurusan hanya mementingkan sales sahaja. Tetapi platform untuk membawa Proton ke satu tahap yang lebih baik dari kayu ukur lain terabai.

Lihat hari ini, mereka dibelasah cukup-cukup oleh Toyota dan Perodua.

Jadi ingat, duit itu penting. Jika anda tiada duit, cari duit (sales). Tapi bila dah ada duit, gunakan freedom of mind tu untuk memikirkan juga survival long term business anda.

Satu lagi, syarikat2 listed di bursa saham juga jika anda lihat pencapaian mereka tidak melampau seperti skim cepat kaya. Lebih baik anda meningkat secara gradual tetapi konsisten dari meningkat secara mendadak.

Peningkatan secara mendadak memang boleh dilakukan. Tetapi yang pasti ia tidak akan boleh dilakukan secara konsisten untuk tempoh yang lama. Ia mustahil. Sebab jika anda naik terlampau tinggi dengan terlampau cepat, asas anda rapuh. Sebab itulah syarikat2 tersenarai sekalipun, mereka akan “cool off” pertumbuhan mereka dan cuba membaiki aspek2 lain dalam perniagaan mereka jika mereka lihat mereka telah berkembang dengan terlalu cepat.

Ok, itu kepada yang telah berjaya. Kepada yang belum berjaya?

Work smart. Hendak tidak hendak, orang seperti anda perlukan kejayaan yang mendadak untuk memberikan semangat.

Pertamanya, anda adjust expectation anda. Jangan expect terlampau.

Honestly, saya katakan sebagai average jika anda berjaya mencapai keuntungan RM 1K dalam tempoh 3 bulan sebagai newbie IM, itu adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Jika anda tidak dapat mencapai ini, RM 500 dalam 3 bulan pun dah ok.

Jika anda tidak dapat mencapai ini, RM 100 dalam 3 bulan pun dah ok.

Jika anda gagal mendapat RM 100 dalam 3 bulan, itu bermaksud anda salah somewhere. Salah yang asas. Mungkin anda salah pilih produk untuk dijual, tak ada buat pemasaran, salah cara dan macam2 lagi salah. Anda perlu review balik apa yang anda tahu mengenai perniagaan internet dan bersedia untuk berubah dengan drastik.

If you always do the same thing, you will always get the same result.

Jika anda berada di tahap RM 500 dan RM 1000, anda ada dua pilihan;

  • Sistematikkan perniagaan sekarang, tambah produk anda sendiri. Go Big.
  • Anda sekarang sudah menguasai asas perniagaan internet, bina satu lagi perniagaan internet dari kosong that you can call truly your own.

Jika anda berasa give up dan tension, dapatkan beberapa orang kawan yang sama-sama mempunyai perniagaan internet dengan anda, dan sama tahap dengan anda.

Call mereka dalam 10 minit setiap minggu (vice versa), untuk report progress dan meluahkan perasaan. Guna emel pun boleh, tetapi tidak digalakkan chatting (nanti jadi borak kosong).

Mereka ini adalah mastermind group anda yang memahami apa yang anda lalui dan dapat memberi anda motivasi.

Forum boleh membantu, tetapi ia ada hadnya. Ada orang yang positive minded dan ada yang negative. Anda mungkin akan “down” di forum. Tetapi dengan mastermind group, jika anda merasakan salah seorang rakan anda itu negative, “ditch”kan sahaja. Cari mastermind group yang baru.

Sebab apa yang saya lihat, kebanyakan protege2 saya yang berjaya mereka ada tempat “berpaut” seperti ini. Peluang mereka untuk berjaya lebih tinggi dari mencuba secara seorang diri.

Saya pun secara tidak disedari mempunyai mastermind sendiri. Cuma kami tidak adalah jangka masa tetap untuk “meluahkan perasaan”. Tetapi adalah orang yang boleh dihubungi jika kami memerlukan bantuan.

Birds of the same feathers flock together.

Let’s fly high. :)

Sabri

p/s: Harga ebook Sistem Kedai Online telah dinaikkan kepada RM 69. Kepada yang telah terlambat, better dapatkan sekarang sebelum ia semakin naik. Klik di sini untuk semak. :)

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Why People Are So Scared Of Failing?
  • Melengah kemewahan
  • SaifulSham.com Attacked!
  • del.icio.us:Bila Anda Rasa Tension Dan Dekat Nak Give Up-digg:Bila Anda Rasa Tension Dan Dekat Nak Give Up-spurl:Bila Anda Rasa Tension Dan Dekat Nak Give Up-wists:Bila Anda Rasa Tension Dan Dekat Nak Give Up-simpy:Bila Anda Rasa Tension Dan Dekat Nak Give Up-newsvine:Bila Anda Rasa Tension Dan Dekat Nak Give Up-blinklist:Bila Anda Rasa Tension Dan Dekat Nak Give Up-furl:Bila Anda Rasa Tension Dan Dekat Nak Give Up-reddit:Bila Anda Rasa Tension Dan Dekat Nak Give Up-fark:Bila Anda Rasa Tension Dan Dekat Nak Give Up-blogmarks:Bila Anda Rasa Tension Dan Dekat Nak Give Up-Y!:Bila Anda Rasa Tension Dan Dekat Nak Give Up-smarking:Bila Anda Rasa Tension Dan Dekat Nak Give Up-magnolia:Bila Anda Rasa Tension Dan Dekat Nak Give Up-segnalo:Bila Anda Rasa Tension Dan Dekat Nak Give Up
    Saya Tidak Mahu Baca Artikel Seperti Ini LagiTerima kasih Kerana MenulisArtikel Ini Bagus, TQ!Saya Banyak Belajar Dari Artikel Ini!Saya Mahu Lagi Banyak Artikel Macam Ini (7 undi, purata: 4.29 dari 5)
    Loading ... Loading ...
    Posted Sunday, May 4th, 2008 at 5:17pm
    Filed under General | RSS

    21 Comments on “Bila Anda Rasa Tension Dan Dekat Nak Give Up”

    1. wanwma

      kata2 di atas tepat sekali! Mungkin saya tidaklah tergolong dalam kumplan org yg berjaya seperti yg IM lain, tapi saya menghadapi masalah yg sama di mana tempahan yg diterima telah menyekat kerja dan rancangan yg telah di aturkan.

      Bnyk idea dikepala tp x dapat nk realisasikan kerana kekurangan masa dan tiada org dapat membantu. Rasa cam kadang2 terpaksa meninggalkan wanita yag dikasihi buat sementara waktu! :razz:

    2. smartzul

      Superb artikel! :)

      Saya suka memetik kata-kata ini dari artikel di atas:

      “Satu lagi, syarikat2 listed di bursa saham juga jika anda lihat pencapaian mereka tidak melampau seperti skim cepat kaya. Lebih baik anda meningkat secara gradual tetapi konsisten dari meningkat secara mendadak.

      Peningkatan secara mendadak memang boleh dilakukan. Tetapi yang pasti ia tidak akan boleh dilakukan secara konsisten untuk tempoh yang lama. Ia mustahil. Sebab jika anda naik terlampau tinggi dengan terlampau cepat, asas anda rapuh.”

      Tadi, baru sahaja saya berjumpa dengan kawan saya (cikgu memandu jblesen2u.com) dan berborak mengenai perkara tersebut.

      Buat bisnes, perlu slow-slow. Bangunan yang tersergam indah dan berdiri kukuh dibina bukan dalam sehari dua. Tapi tapak dan tiangnya dibina dengan begitu berhati-hati sekali dan mengambil masa yang lama.

    3. sham

      Panjang betul artikel ni..Fuh jenuh membaca.. P tengok wayang la kejap untk lupakan masalah. Iron Man, here i go. :lol:

      Anyway, thanks untuk artikel ni. Mcm terkena pada diri plak.hohohoho

    4. zaidirazali

      tips yang sangat bagus… sesuai sangat bagi saya yang sekarang ini berada dalam dua keadaan, berjaya dan belum berjaya. sudah berjaya di bidang mlm, belum berjaya dalam perniagaan internet. stress tetap ada di dalam kedua-dua situasi. dengan tips yang anda berikan, nampaknya saya sudah “berjaya” stabilkan mind saya kembali. alhamdulillah :)

      p/s:sedang usaha untuk berjaya serentak dalam kedua-dua bidang(mlm & bisnes internet) :)

    5. THINKERICH

      Syabas Saudara Sabri,

      Satu konsultasi bisnes yang bernilai tinggi walaupun ianya FREE ;)

      Menjalankan apa pun bentuk perniagaan sememangnya bakal menguji semangat usahawan sejati agar tidak mudah berputus asa dalam apa keadaan sekalipun. Apa yang penting Matlamat perlu ada sebagai asas dan kompas dalam kita mengharungi perjalanan dan liku-liku perniagaan yang pelbagai.

      Ianya tidak ubah seperti kita memandu dan menuju ke destinasi(matlamat). Apabila kita penat, kita berhenti rehat. Apabila petrol habis kita berhenti isi petrol. Jika sekiranya tayar pancit, maka kita berhenti tukar spare tayar. Begitulah juga dalam bisnes ni, perlu berhenti dan perbetulkan apa yang patut.

      Ini kerana perniagaan yang kita jalankan bukan sekadar untuk memenuhi matlamat tetapi lebih kepada pengisian di sepanjang perjalanan tersebut iaitu apa yang kita buat dan apa yang dapat kita belajar.

      Salam Kekayaan

      THINKERICH

      Motivasi : Kekayaan,Kewangan & Peribadi

    6. Torron

      Bagus info ni. tapi panjang. Tips ni memang bagus terima kasih.

      Free Wodpress Blogs

    7. Hazwan

      Rumah yang terlalu cepat siap
      dibina pasti bermasalah.

      Rumah yang dibina dengan hati2,
      penuh teliti dan mengambil masa
      yang panjang(demi kualiti) pasti
      akan bertahan lama.

      Kebanyakan usahawan established mempunyai
      mindset “Big Vision” bukan “Get Rich Fast”
      kerana driving force sebenar untuk berjaya adalah semangat untuk memenuhi visi yang ditetapkan.

      Hazwan :)

    8. Mr.Z

      Nasihat yg bagus bro! mmg kene dgn hidung.. :grin:

      setuju dgn:
      Tapi jangan over pressure diri anda. Sebab, pendapatan (revenue)/profits cuma salah satu kayu ukur sesebuah perniagaan. Walaupun, pendapatan (revenue)/profits anda tinggi sekarang, ia tidak bermaksud perniagaan anda berada di tahap yang baik. Mungkin ia sesuatu yang bermusim (seasonal) atau anda cuma bertuah. Sepatutnya; apabila pendapatan anda telah stabil, tumpukan kepada kayu ukur yang lain;

      * Customer Support
      * Product Development
      * Market Research
      * Business System

      walaupn ada org ber’degree dlm bisnes kdg2 lupa nak apply/mantapkan benda ni. salah satu sbb coz bz utk dptkan profits semata2x. lupa nak ‘evaluate’ bisnes atau company sendiri.

      sabri,mana si syazwan?

    9. SyedHafidz

      Saya pun rasa macam terkena batang hidung sendiri..
      kadang2 rasa macam terlalu banyak keja yang nak kena setelkan sampai pening kepala…
      Kadang2 sampai hilang fokus…
      ermm, tak taula…tension kadang2….

    10. R.K

      Terima Kasih saifulsham.
      Saya sebenarnya teruja sangat hari ini. Betul seperti apa yang ditulis, saya rasa nak give up jer dengan bisnes internet ni. Tapi go on jugak, bukan apa, investment dah buat, beli 3g celcom, bulan2 sapa nak bayar.
      Tapi alhamdulillah, ada lah hasilnya sikit. Sebenarnya saya tak tahu mana nak tulis. Saya berterima kasih sangat dengan ss. Diorang yg perkenalkan bisnes tenet ni masa mula2 kat UTP.

      Lama gak tu, 3 tahun lepas.
      Tapi hasil dia masih kabur lagi (even now)
      Sekarang ni baru mula bertapak, dapat la jugak siapkan satu eBook (leh cek website). Tapi bagi FREE jer dulu.
      Nak tahu feedback.

      Sekali lagi,
      arigato, syukran, tq, mekacih ss.
      W’salam

    11. Sabri SaifulSham

      Azhar, hehe…

      Nantikan pengumuman di mana Syazwan…hehe :)

      Hafidz, Sham, Azhar, Zaidi,

      Saya pun menulis untuk mengingatkan diri saya actually. Esp waktu2 tengah stress tu. Memang kena batang hidung saya juga. Itu tandanya kita sedang mendaki puncak la tu, bagus :)

      WanWma, kejayaan itu relatif. Biarlah kita daki gunung yang tinggi dan lambat sampai ke puncak, dari kita panjat bukit yang rendah, beberapa minit pun dah sampai. Teruskan berjaya! :)

      pssst…. saya ni pun adakalanya terasa begitu. Tapi SYYYY!!! nanti jatuh saham usahawan internet. Susah pula IM single mencari jodoh ;)

      Sabri

    12. SyedHafidz

      Kalau masalah jodoh ni, tak try carik kat UTP ke?
      ramai “marka-marka” yang segak kat sana..
      :)

    13. Sabri

      Ehem, ehem…

      SyedHafidz, statement tu “tembus” saya kena pada
      Syazwan. hehe.. :mrgreen:

      Sabri

    14. SyedHafidz

      Maknenye Syazwan masih bermasalah dalam hal2 peng”aweks” an la ek..
      takpe2…
      “public figure” tak payah cari aweks, dorang yang datang sendiri..
      ho!ho! :twisted:

    15. Hazwan

      Public figure mcm Sabri ni kuat
      daya attraction nya.

      Kalau guna alat pengimbas aura pun
      pasti unik kalernya.

      Mane-mane awek pun akan ter ‘efek’ :smile:

    16. silentleo

      memang selalu stress gak. Tapi tak apa. Kuar makan ke, makan ke.wat sesuatu yang jarang kita wat. Nanti lupa la stress tuh..

    17.   Ranking blog dan SEO by Panduan Buat Duit Online

      […] saifulsham.com = 3/ 841,000 earncent.com = 9/ 841,000 […]

    18. ibnuhassim

      Wa.. best artikel ni.
      Sabri.. ada sesuatu yang saya akan emailkan ahad ni, isyaallah

    19. waidakmy

      right article at the right time!! :D

      perancangan banyak, tapi tak terbuat-buat, mungkin tu yang membuatkan stress hehe.

      sekarang ni, saya pun tengah slow down sikit :) nak dapatkan rentak, dan tengok tujuan asas balik…

    20. waka

      artikel yang bagus dan panjang lepas…pitam baca nih :???:

    21. Nuraz

      Bagus sangat artikel ni.Kena pandai arrange time… Menjadi freelance designer memang kerja yang amat rumit bila terpaksa korban kan waktu tido, waktu makan dan hujung minggu. Serba sedikit jika ada kawan2 sealiran business memang bagus untuk bertukar2 pendapat macam ni..kadang kala terfikir pulak, saya ni work hard atau work smart…project pulak bermusim satu musim bersantai, tak de mean tak de langsung, ada mean bertimbun2…paling kelakar bila pakai baju t.shirt terbalik pun tak sedar bila time bz tu…ka..ka..ka :smile:

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.



    Close
    E-mail It