Bagaimana SaifulSham Buat?
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Selain dari menerima soalan-soalan berkenaan perniagaan internet, saya juga kerap menerima soalan bagaimana kami membahagikan masa, bisnes+belajar. Bukan sahaja oleh sesama mahasiswa, tetapi juga mereka yang telah berkarier. Bukan apa, banyak juga pembaca kami yang telah bekerjaya tidak dapat buat apa-apa sebab bebanan kerja di pejabat. Mereka mahu tahu juga, kami ada “baca-baca” untuk dapatkan lebih dari 24 jam sehari ke?
Apa Rahsianya?
Sebenarnya, mana ada rahsia.
Dan saya tidak dapat nafikan, memang susah untuk balance masa untuk diri sendiri, bisnes dan study (dan juga aweks). Buatlah macam mana pun, cakap macam mana pun, memulakan bisnes sambil belajar adalah menambahkan bebanan di bahu dan memang pengorbanan terpaksa dilakukan.
Tetapi, ada berita baiknya;
- Anda boleh memilih hendak ke tak hendak ikut jalan ini
- Anda boleh memilih apa yang hendak dikorbankan
Contoh pengorbanan;
Saya jarang terlibat dalam aktiviti kampus sepanjang pengajian saya sebagai AJK kecuali sekali dua (sebagai peserta tu banyaklah). Ada orang mungkin terus buat kesimpulan, saya “missed out” banyak peluang untuk cari experience mantapkan soft skills saya. Tetapi saya tidak bersetuju, kerana dalam menjalankan perniagaan saya juga saya sebenarnya banyak berjumpa dan bersosial.
Saya juga belajar sendiri sikit-sikit mengenai people management, menguruskan paperwork.
Cuma bezanya, saya tidak belajar dengan kawan-kawan yang lain dengan senior tetapi jadi bidan terjun terus dalam real world.
Ada juga falasi sebenarnya yang menyangka, perniagaan internet ini tidak perlu jumpa orang dan tidak perlu komunikasi yang intense dengan orang lain. Sebenarnya tidak begitu. Mungkinlah tidak sangat, tetapi definitely ada ketikanya kita perlu jumpa clients, discuss budget dan sebagainya. Mungkin juga lebih dari apa yang boleh dipelajari dengan hanya sekadar menyertai aktiviti kampus.
Jadi, menyertai aktiviti kampus BUKAN hanya satu-satunya cara untuk mendapatkan pengalaman dan mengasah soft-skills.
Ok, itu pengorbanan saya. Pengorbanan Syazwan pula;
Beliau masih tercari-cari awek!
hehe…
Tetapi pada masa yang sama, Syazwan juga sempat belajar piano (kelas luar atas inisiatif sendiri) dan belajar silat. Kedua-duanya saya tidak faham macam mana beliau boleh terfikir untuk buat.
Apakah Prioriti & Target Anda?
Sebenarnya, bila kita ada prioriti, lebih mudah untuk kita membuat keputusan. Dan satu perkara yang anda perlu tahu, Prioriti Anda TIDAK Perlu Sama Dengan Prioriti Rakan-rakan Anda, Pensyarah Anda Mahupun Ibu Bapa Anda.
Mahasiswa perlu berfikir dengan matang atas kebolehan intelek sendiri dan bukan sekadar disuap semata-mata (bukan dari aspek politik sahaja, tetapi dalam semua aspek kehidupan).
Tujuan kita datang ke universiti adalah untuk menuntut ilmu. Itu adalah fakta dan memang sesuatu yang tidak dapat disangkal.
Tetapi, bukan dalam ilmu yang ijazah kita akan dicetak sahaja. Sebaliknya ilmu dalam semua aspek kehidupan. Di sinilah, keusahawanan, life, agama, cinta, persahabatan, sukan masuk sekali.
Siapa yang kata dia nak masuk universiti sebab nak belajar ilmu-ilmu spesifik (kejuruteraan, biologi, sains, fizik dll) sahaja dan yang lain tidak perlu, saya rasa telah membazirkan masa “emas”nya di universiti. Saya suka fasiliti universiti saya, ada Internet (walaupun sangat2 slow), ada lab dengan perisian-perisian canggih, ada PRINTER FREE (-kalau pandai cari port, tak payah beratur-kertas je sendiri)-penting nih, ada library besar dengan koleksi buku yang agak menarik, lecturer-lecturer yang unik dan best. Inilah tempat yang paling kondusif untuk belajar dan membentuk diri kita kepada apa juga yang kita mahu. Minda lebih terbuka, mata lebih luas, kita boleh buat dan jadi apa yang kita mahu (bergantung, dalam konteks saya lebih kurangla).
Ada sesetengah pensyarah biasanya dari golongan akademik, yang menyatakan tanggungjawab mahasiswa adalah kepada pelajaran akademiknya SAHAJA dan benda-benda lain sampingan dan tidak perlu.
Ada sesetengah pensyarah biasanya yang ada pengalaman industri (yang hebat), menyatakan bahawa you must learn everything not just academic. Akademik itu penting tetapi life itu lebih penting. Tetapi memanglah ia bukan alasan untuk mengabaikan pelajaran. Be responsible lah.
Untuk quote exactly;
You must know what you want, and plan and work to achieve it. Don’t listen to other people so much. Listen yes, but don’t follow. Just acknowledge BUT think for yourself.
Penjelasan Mengenai Prioriti
Sebenarnya ada orang ingat prioriti ini benda yang hitam putih. A mesti lebih dulu dari B, B mesti diikuti C dll. Ramai orang salah anggap mengenai perkara ini.
Sebenarnya, walaupun kita menganggap A lebih prioriti dari B, tetapi tidak bermaksud kita abaikan B dan tidak buat terus. Cuma mungkin A kita nak buat perfectly perfect, dan B cuma perfect yang tidak sampai tahap A.
Tidak ada hukum dan peraturan di dunia ini yang menyatakan bahawa bila kita ada A, kita tak boleh ada B. Bila kita kaya, kita tak boleh bahagia. Kita kena pilih. Itu tidak wujud.
Jadi terpulang pada kita. Cuma satu yang susah buat bisnes sambil belajar ni, memang kena banyak sangat berfikir dan pening kepala lebih dari pelajar lain. Itu sahaja yang tak menariknya pada saya. Yang lain, best.
Saya ada dua pesanan akhir;
Pertama, anda boleh pilih “Road Less Travelled”, tapi anda mesti tahu apa yang anda hendak dalam hidup ini. Once independent, always independent. Kalau sekejap anda buat keputusan, tak jadi, lepas tu ubah balik keputusan, tak jadi, ubah lagi, orang disekeliling anda pun tidak akan confident pada anda. Tetapi kalau mereka lihat anda tahu apa yang anda hendak, strong minded and strong willed, mereka akan yakin dengan anda, dan cenderung untuk memberi anda peluang membuktikan diri anda.
Kedua, kata-kata yang saya masih ingat dari peguam cum motivator kemahiran belajar cum penulis prolifik (bekas presiden MPP UIA tu), saudara Fadzli Yusof bila saya berbual dengan beliau mengenai macam mana beliau dulu bahagikan masa;
Cukuplah kita tahu kita tidak bodoh. Kita belajar bukan untuk orang lain, kita belajar untuk diri kita sendiri. Jadi, buktikan pada diri sendiri kita tidak bodoh.
Saya bersetuju dan walaupun dah lebih setahun saya dapat quote tu saya bersetuju dan saya pegang sebagai antara perkara yang saya perlu ingat sepanjang masa.
Know What You Want,
Sabri
Eccentric, Strong Minded, Strong WIlled
p/s: Baik untuk study atau karier, saya rasa konsep yang sama apply.
Bacaan Lanjut:Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under Anecdote, Kerjaya Sebagai Usahawan, Usahawan Kampus | RSS



















Saya bekerja makan gaji, buat free launch lukis perabot, lukis potret, buat desgn banner, bunting, logo, business card dll dan tengah belajar buat e-biz. Semalam lak saya dah apply masuk askar wataniah. Ok jer..tak de masalah pun..(yang pasti saya tak sempat tengok TV!)
Betul sangat tu..
Saya seorang mahasiswa yang sangat enjoy dengan life sekang nie…
Sekang ni dah masuk tahun ke-3…means ada setahun lagi sebelum saya masuk keluar ke masyarakat…Mungkin pasni nak sambung master..huhuh
Saya suka habiskan masa di kampus dengan aktiviti berpesatuan, khidmat masyarakt sampai ke kepimpinan mahasiswa…
Minggu lepas baru je dapat anugerah MPP terbaik 2007..Seronoknye..
Pada saya, kampus ni ibarat macam syurga ilmu…Rasa
bahagia kat sini..Semuanya lengkap..tempat belajar yang kondusif, rakan2 yang ramai dari pelbagai bangsa dan agama, lecturer yang besh2 (killer yang ramai gak), awek2 yang comey2…ho!ho! ho!
Pada saya kalau nak berjaya, kita kena banyak berkorban. Korbankan perkara2 yang kurang penting pada kehidupan.
p/s: Taknak ulas panjangla. Kang komen saya lebih panjang lak daripada artikel nie..hahahaha

Saya kalau dah cakap susah nak behenti..
Jangan Beri Alasan!
Semua sudah sedia maklum bahawa setiap orang dikurniakan masa 24 Jam. Mereka yang tidak dapat membahagikan masa untuk banyak perkara dalam sesuatu masa adalah mereka yang membina alasan di dalam diri dan minda mereka sendiri.
Jika tidak, mereka juga boleh (jika mereka mahu)bertindak untuk meluangkan masa bagi melakukan perkara berfaedah yang lain. Malangnya sebaliknya mereka lebih gemar untuk membina alasan. Sebagai contoh mereka yang bekerja 8 jam sehari di pejabat dan berminat untuk menjalankan bisnes internet, mereka boleh lakukan jika betul-betul mahu, tetapi kebanyakannya memberi alasan, penat, ingin berehat, tak cukup masa dan pelbagai alasan lagi!
Sebaliknya dalam masa yang sama dapat pula meluangkan masa menonton TV, melepak minum-mnum bersama kekawan di warung atau kedai-kedai mamak.Itulah senario sebenar yang berlaku.
Lihat pada Sabri & Syazwan, walaupun masih belajar dan dalam pada masa yang sama boleh menguruskan bisnes dengan baik. Anda fikir kenapa mereka boleh lakukan? Jawapannya cukup mudah, mereka berdua tidak membina alasan untuk tidak melakukan lebih daripada satu perkara dalam masa 24 jam yang dikurniakan tersebut.
Jika ingin berjaya, jangan sesekali memberi alasan pada diri sendiri!
Cuma satu alasan yang baik jika anda ingin berjaya mengagihkan masa anda. Berilah alasan seperti berikut:
” Saya tiada masa untuk menonton TV!”
Salam Kekayaan,
THINKERICH
Motivasi: Kekayaan, Kewangan & Peribadi
www.pemikirkaya.com
Buat apa yang anda minat dan buat sesuatu yang menguntungkan dan satu lagi. Setiap orang, ada skill yang berbeza, jadi. Gunakan skill itu.
prioritise and focus
Apa yang boleh buat, buat dulu.
Yang tidak boleh, pending dulu.
Aktiviti yang menjurus kepada Outcome
penting, harus di priotizekan dulu.(pemberat tinggi sket)
Hazwan
cukup masa 24jam tu jika diguna masa dengan betul, buangkan mana-mana aktiviti yang xberfaedah yang biasa dulu2 selalu buat.
Kita adalah apa yang kita selalu buat. Tetapkan impian, ketahui apa yang patut kita buat.; dan buat!
Pengurusan masa bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan…hatta jika ditambah lagi 2 jam untuk sehari mungkin tidak juga mencukupi jika kita tidak mengaturnya sebaik mungkin.
Kebiasaannya, minat akan membawa kita menjadi lebih bertumpu ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Seandainya dalam sehari jika kita punyai 1 jam sahaja untuk prioriti kita adalah lebih bagus daripada mereka yg punyai 23 jam sehari tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya..