Orang Malaysia Tidak Reti Guna Shopping Cart?
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa sekarang sebenarnya adalah Exam Week di UTP. Memandangkan sekarang exam week, minda saya pun berfungsi dengan super pantas dan bernas. Banyak jugalah perkara-perkara yang saya fikirkan (dan ada beberapa yang saya telah berjaya selesaikan). Stay tune for a very long post! :
Saya banyak mendengar bahawa ramai orang mengeluh, orang Malaysia (read pembeli di Internet~Malaysia) tidak reti menggunakan shopping cart. Shopping cart ini adalah perisian untuk membina kedai online. Nak tahu lebih lanjut, dapatkan SKO)
Pada mulanya seperti orang lain, saya juga bersetuju. Tetapi dalam seminggu kebelakangan ini, saya berfikir semula dan ini statement saya:
Siapa Mula Sebarkan Ajaran Sesat Ni?
![]()
Caption: Contoh shopping cart adalah Amazon.com yang mempunyai transaksi jual beli jutaan ringgit sehari.
Saya Tidak Bersetuju Bahawa Rakyat Malaysia Tidak Tahu Guna Shopping Cart (Kedai Online)
Ada beberapa sebab yang membuatkan saya berpendirian demikian dan saya akan huraikan satu persatu.
- Tidak ada kajian yang rasmi di buat
Alasan pertama adalah, saya percaya falasi bahawa rakyat Malaysia tidak tahu menggunakan perisian kedai online adalah berdasarkan rumusan individu dan bukan berdasarkan kajian rasmi.
Apabila ia adalah rumusan individu hasil dari pemerhatiannya ia akan jadi skewed dan kurang tepat.
Sehingga kini saya dalam proses research untuk FYP saya, saya tidak berjumpa apa-apapun hasil kajian untuk pasaran Malaysia yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia tidak pandai menggunakan Shopping Cart.
- Semua orang bermula dari tidak tahu dan jika sesuatu itu menarik, mereka cari masa untuk explore dan discover
Saya terfikir, laman web Ecommerce yang establish di Malaysia. Kebanyakannya bukanlah simple proses pembeliannya. Kita ambil contoh; AirAsia.com
Saya percaya jumlah jualan dari laman web AirAsia.com sahaja mencecah jutaan ringgit.
Bagaimana orang beli dari laman web tersebut?
Macam mana orang tahu hendak beli tiket pada tarikh ini, buat macam ini, hendak beli tiket tarikh itu, buat macam itu? Tidak ada orang ajar juga kan?
Tetapi pembeli belajar sendiri. Sebab tawarannya cukup menarik. Tiket kapal terbang pada harga murah! Wah, kalau tak tahu pun kena belajar, kena suruh orang yang tahu belikan nih…
Dalam kes laman web yang besar-besar ini, tawaran mereka cukup menarik yang membuatkan bakal pembeli “belajar” juga bagaimana untuk membeli.
- Kemampuan masyarakat berbeza (ada yang slow, dan ada yang laju skit) dan customer behaviour juga berbeza
Di sini saya rasa punca utama terjadi falasi yang akhirnya dianggap sebagai benar oleh pekedai online.
Kemungkinan besar, pekedai online yang menggunakan shopping cart untuk laman web Ecommerce mereka kerap menerima feedback dan soalan dari bakal pembeli yang bertanya bagaimana untuk membeli. Dari sini mereka akhirnya membuat rumusan bahawa pelanggan tidak tahu menggunakan shopping cart untuk membeli.
Sebenarnya, memang ada jenis-jenis pelanggan yang lebih suka berinteraksi dengan pekedai dalam proses membuat pembelian dan tidak terus pembeli.
Buktinya?
Buktinya, tahukah anda bahawa saban hari kami masih mendapat emel (dan panggilan telefon) dari pelanggan yang bertanya mengenai maklumat pembelian dan pembayaran sedangkan sebenarnya segala-galanya jelas tertulis di laman web?
Dan ini laman web salesletter dan HTML based. Bukan shopping cart pun.
>>Sebenarnya tidak salah pun pelanggan berbuat begitu. Tetapi kita tidak wajarlah kan menyalahkan shopping cart sedangkan memang customer behaviour sebegitu.
Dan saya rasa trend ini bukan saya seorang rasai sebaliknya hampir semua peniaga online. Pelanggan memang suka bertanya dan kadang-kadang soalan tersebut nampak tidak “cakna”
- Shopping Cart Abandonment Rate Yang Tinggi
Sebenarnya ini adalah fenomena yang bukan sahaja terjadi di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Mengikut kajian average shopping cart abandonment rate ini adalah 70%+
Maksud shopping cart abandonment rate ini adalah, orang yang dah beli tetapi membatalkan pesanan dan tidak membayar.
Bayangkanlah. 100 orang order, lebih 70 cancel.
Dan ada banyak faktor yang menyumbang kepada perkara ini dan ia tidak terhad kepada pengguna Internet di Malaysia sahaja. Jadi tidak wajar kita katakan pembeli di Internet di Malaysia tidak tahu menggunakan shopping cart.
Apa Yang Membuatkan Saya Terfikir Mengenai Perkara Ini?
Saya terfikir mengenai perkara ini kerana sekarang beberapa syarikat payment processor yang kredibel telah muncul. Dan ada beberapa Online Store tempatan yang menggunakan khidmat mereka. Baik penjual berseorangan mahupun syarikat.
Sebenarnya (ini pendapat peribadi saya), menggunakan khidmat mereka ini tidaklah membantu proses pembelian pelanggan (shoppers’ view) dengan siginifikan sangat. Bahkan dalam beberapa kes (yang melibatkan saya sendiri), saya pun terkeliru dengan pilihan pembayaran yang ada dan ambil masa beberapa minit untuk memahami keadaan.
Pada pendapat saya, menggunakan khidmat automasi syarikat pemproses bayaran tempatan ini lebih kepada untuk memudahkan penjual dari aspek customer tracking, pengurusan dll dan bukan untuk membantu pelanggan untuk membeli dengan lebih mudah.
Tetapi, mereka terus maintain sahaja dan semakin berkembang walaupun flow sistem mereka sedikit “lain”. Kenapa?
Sebab kita bayar, sebab kita mahu beli, dan kita belajar dan “Adjust”kan diri kita untuk menerimanya. Jadi lama kelamaan, kita berjaya “Adapt”kan diri kita untuk menerimanya sebagai standard.
Dari situ saya mula menyiasat dan saya mendapati:
Begitu juga shopping cart.
Orang Malaysia bukan tidak tahu guna shopping cart, mereka tidak biasa membeli di Internet lagi. Sebab itulah, kebetulan terjadi banyaknya soalan. Jika shopping cart diganti dengan laman web mudah sekalipun, bakal pembeli masih tetap akan bertanya sebab ecommerce itu sendiri masih baru di Malaysia.
Jadi, jika anda orang memberitahu anda bahawa orang Malaysia tidak tahu gunakan Shopping Cart, hentikan falasi ini. Jelaskan pada mereka, bahawa kenyataan itu tidak tepat.
Malaysia masih berada di dalam fasa awal ecommerce. Inilah masanya anda memulakan perniagaan internet anda sendiri, kedai online, shopping cart ataupun info produk sebelum syarikat-syarikat gergasi masuk dan menutup terus peluang anda untuk bersaing.
Generasi baru rakyat Malaysia adalah terbuka mindanya (bukan kolot atau kurang celik IT seperti disangka) dan mereka membeli di Internet dan kita sebagai penjual perlu berada di Internet untuk cater demand ini.
Yang Mengkaji,
Sabri
Bacaan Lanjut:

May 14th, 2008 at 11:10 pm
HOnestly. Bagi pendapat aku. Memang betul la. Tak ramai orang yang tak tahu pakai shopping cart. Segelintir saja yang pandai. Itupun sebab berani-berani cuba dan diajar oleh orang.
Tapi jika banding dulu. kira betterla sekarang ni. Dulu, shopping cart nih, satu habuk pun orang kita tak nak dekat. Niat dihati memang nak beli. Tapi takut-takut.
Aku rasa pembabitan airasia banyak membantu pasal shopping chart. Lelong pun banyak membantu. So far, its more better if we compare 3-4 years ago.
May 15th, 2008 at 12:37 am
Still kena wat banyak awareness tentang penggunaan shopping cart..AirAsia telah buka minda untuk beli online & konsep shopping cart..tiket memang boleh.. maraliner pun buat.
Satu lagi yang isu shopping cart ialah wajib guna kad kredit,tak semua orang memilikinya..yang sediakan kemudahan online banking punye mempunyai step yang sukar..
kita baru tahap beli online dengan sales letter,belum sampai tahap shopping cart lagi.setahun dua lagi mungkin berubah kot. e-commerce malaysia tengah pesat berkembang..
kalo ada site yang menawarkan shopping cart yang memaksa orang guna style air asia bagus jugak.Cuma sekarang tak nampak lagi apa yang berpotensi selain dari beli tiket.
orang malaysia still suka pegang barang baru beli,tu yang susah skit.
semalam survey untuk sambung master,dah ada MBA (e-commerce) kat uum.Dah ada rupanya,masa kat sana mereka baru rangka silibus & kawan saya dibayar untuk dapatkan pandangan daripada company besar malaysia mcm sime darby tentang silibus ecommerce.Sebabnya family dia ada network besar(anak sedara bekas ceo sime darby -kini pengurusi yayasan perdana).
Even saya sendiri,jarang guna shopping cart ni kecuali beli tiket & hosting. beli barang kat ebay pun ada la skit.
Kena wat awareness banyak banyak la kalo nak ubah persepsi tentang shopping cart ni.
May 15th, 2008 at 3:04 am
org kita masih belum ramai lagi pandai shopping online especially bila ia melibatkan kredit kad. berapa peratus shj rakyat malaysia yg ada kredit kad dan ditambah lagi peratusan yg tinggi bg mereka2 yg takut utk mendedahkan no.kredit kad di internet. saya sendiri pun teragak2 utk membuat pembelian di internet walaupun diberi pelbagai jaminan keselamatan.prevent better than cure kan.bila ada perasaan sebegini pasti ramai yg x ambil pusing psl shoping cart….juz my opinion…
May 15th, 2008 at 2:10 pm
Sebenarnya maksud saya lebih kurang sama apa yang Kerja Sambilan katakan.
Apa yang kita lihat sekarang lebih kepada persepsi dan penerimaan orang terhadap Ecommerce dan bukan sebab mereka tidak tahu menggunakan Shopping Cart.
Dari apa yang saya lihat, jika tawaran itu menarik, mereka akan beli tak kisah guna shopping cart ataupun salesletter.
Tapi, no mistaking. Walaupun ramai berpendapat Ecommerce level di Malaysia masih rendah, tapi “growth” dia healthy dan definitely increasing.
Apapun maybe saya bias juga. Tapi saya tak sure. Sebab saya “almost” heavy internet shopper. Apa je saya tak beli dari Internet.
Baju
Kek
Bayar Bill
Gajet
Buku
Ebook
DVD
Permainan
Servis
Mcm2 lagi
Internet shopping is very convenient and safe. Kepada sesiapa yang belum cuba, definitely must try. Saya tak pernah kena fraud walaupun sekali (glitch dengan bank tu ada sekali, tapi solve).
Cuma kena pandai bezakan seller credible dan seller tak credible.
Sabri
May 15th, 2008 at 4:06 pm
hmm…nampaknya i kena try…at least ada sedikit konfiden lepas baca komen u….cuma bab nak bezakan kredibiliti yg nak studi betul2 ni…
-Lisa
May 15th, 2008 at 5:26 pm
Semakin orang berkehendak produk itu semakin mendalam keinginan orang itu hendak mempelajari cara guna shopping cart.
——————————————————
ZAMRI MOHAMAD
http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com
May 16th, 2008 at 5:54 pm
Saya setuju amat sangat dengan Sabri. Kebanyakan info di Internet atau dari mulut orang ramai adalah pendapat atas angin tanpa ada fakta, kajian atau statistik.
Bagi saya, sama kes dengan minisite. Ada juga orang tak tahu nak bayar.
Last2 mereka tahu juga sama ada mereka belajar sendiri atau penjual tu yg membantu. Same case lah dengan shopping cart. Mereka akan tahu juga.
Bagi saya, daripada kita dok mengira-ngira berapa ramai yang tak tahu guna s.cart atau asyik mengeluh dan bermenung panjang, lebih bagus kiranya kita sama-sama usaha sesuatu agar orang Malaysia tahu guna benda ni.
December 6th, 2008 at 10:29 pm
Bila kata orang kita memang tak begitu yakin nak beli secara online, memang saya setuju sangat.. Rakan-rakan saya nak beli tiket airasia pun terkangkang-kangkang. Sudahnya tak beli.. Aku jugak yang tolong belikan. Yang tak bestnya, guna kreadit kad aku.. Tang bayor semula, lambat.. Pada kad kreadit dan masuk dah interest. haiyaaa!!