MAS EFL VS Air Asia ECF : Strategi Bijak Dato Seri Idris Jala Yang Bernilai Untuk Kita Pelajari
Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Kehangatan kempen Everyday Low Fares yang dilancarkan oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) baru-baru ini semakin menjadi-jadi apabila Air Asia yang terkenal dengan tambang murahnya (Everyone Can Fly) turut mempertikaikannya. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana saya rasa Air Asia ada banyak jasanya (mencelikkan mata rakyat Malaysia dan “mengajar” MAS) dan MAS pun nampaknya telah berubah ke arah yang cukup baik sebagai entiti perniagaan.
Latar Belakang Isu EFL VS ECF
Air Asia mendakwa MAS mengimplementasikan predatory pricing untuk menjatuhkan Air Asia dengan kempen tambang murah. Seperti yang kita semua sedia maklum, Air Asia adalah syarikat penerbangan tambang murah dan MAS adalah syarikat penerbangan premium. Secara dasarnya, mereka menyediakan khidmat kepada kelas pasaran berbeza (kelas orang kaya, kelas ekonomi). Tetapi bila MAS memperkenalkan tambang murahnya untuk mendapatkan lebih banyak penumpang, ini secara tidak langsung telah memasuki kelas pasaran Air Asia.
Yalah, buat apa terbang dengan Air Asia kalau harga tiket MAS pun sama kan? Dapat makan free lagi waktu flight.
Jadi ini isu pertikaiannya.
Apa Itu Predatory Pricing?
Predatory Pricing ini boleh dikatakan satu aktiviti pemasaran yang jahatlah. Contoh (hanya imaginasi untuk mudah faham): Restoran Ali bersaing dengan Restoran Abu. Restoran Ali dan Restoran Abu masing-masing ada pelanggan tetap dan sama-sama untung, harga di kedua-dua kedai ini pun berpatutan. Satu hari Pak Ali yang dengki dengan Pak Abu, membuat promosi “RM 1 Sekepala Untuk Buffet Lunch”.
Bila melihat tawaran super ini, semua pelanggan termasuk pelanggan Pak Abu pun bertukar selera pergi makan di Restoran Ali sebab jauh lebih murah. Bulan pertama dan bulan kedua, Pak Ali rugi sebab kos pun tak lepas. Tetapi beliau bersabar, apatah lagi beliau ada banyak wang simpanan ASB sebagai backup, jadi beliau tidak bimbang.
Pak Abu pun rugi juga. Beliau mati kutu sebab tak ada orang nak datang ke kedainya sebab harga makanan di Restoran Ali jauh lagi murah. Beliau tidak sanggup buat kerja gila macam Pak Ali sanggup buat bisnes untuk rugi. Jadi beliau pun kata,
Buat Business Rugi Buat Apa, Lebih Baik Aku Tutup Kedai, Tak Rugi.
Jadi untuk mengelakkan kerugian lebih dasyat, beliau pun tutup kedai.
tup tup tup…
Seminggu lepas Restoran Pak Abu ditutup, Pak Ali menamatkan promosi RM 1 untuk buffet tengahharinya dan memperkenalkan menu baru:
- Masuk Restoran RM 5
- Air Kosong RM 2
- Nasi+Ayam+Sayur RM 10
- Nasi+Telur RM 5
- dll
Mak aii… Kata pelanggan-pelanggan. Ini sudah cekik darah! Tetapi di sebabkan mereka tidak ada alternatif lain (restoran Pak Abu dah tutup), mereka terpaksa juga untuk makan di restoran Pak Ali. Pak Ali bukan sahaja telah berjaya cover balik kerugian dia waktu buat promosi dulu, tetapi juga untung berlipat kali ganda.
Nota SaifulSham: Predatory pricing ini adalah teknik persaingan yang sangat keji dan tidak beretika. Bersainglah secara sihat dan ingat, jika kita boleh buat dekat orang, orang boleh buat dekat kita.
Tetapi CEO MAS menafikan bahawa MAS mempraktikkan taktik ini. Beliau menerangkan bahawa beliau cuba untuk recover sunk cost beliau sahaja dan langkah ini dibuat kerana beliau mahu memperbaiki kedudukan kewangan MAS.
Apa Itu Sunk Cost?
Sunk Cost ini secara mudahnya adalah kos yang memang anda tidak dapat recover balik dan memang anda tetap kena bayar. Contohnya, kalau tiket kapalterbang tak habis jual, bila kapal terbang tu berlepas tiket tu tetap tak ada orang beli. Jadi ada seat kosong dalam kapal terbang tu yang tidak ada orang duduk. Minyak yang digunakan tetap akan digunakan, gaji-gaji juruterbang dan pramugari still kena bayar. Jadi ini adalah antara sunk cost MAS.
Strategi MAS dan Dato Seri Idris Jala
Jadi, MAS pun menawarkan seat-seat lebihan ini pada harga murah untuk just balik modal (mereka dah untung dah dengan seat harga biasa). Promosi ini cuma untuk mengerah setiap titis keuntungan yang sebelum ini mereka biarkan sahaja. Mereka sanggup untuk jual dengan harga murah sebab kalau mereka tak jual, seat kapal terbang tu sia-sia sahajalah tak ada orang duduk.
Contoh lain: Waktu jual kuih raya, kalau petang sebelum raya tu, penjual akan mula berebut-rebut untuk lelong kuih mereka. 4 bungkus RM 10, 5 bungkus RM 10. Kalau ikutkan harga ini tak lepas kos pun, tapi mereka buat juga sebab kalau tak laku bukan mereka dapat duit pun. Dari simpan banyak-banyak sampai rosak, baik mereka jadikah duit dengan jual pada harga berapa-rapa pun orang nak beli.
Apa Yang Kita Boleh Pelajari?
Ada banyak benda yang kita boleh jadikan duit di sekeliling kita. Apa benda tambahan yang kita tak payah keluarkan usaha lebih sangat pun ataupun tak perlu keluarkan modal tetapi kita boleh jadikan duit? Jadikan ia duit!
Contoh:
- Barang-barang 2nd hand kat rumah yang tak pakai tu, boleh buat jual di Lelong atau Ebay (kumpul modal buat bisnes)
- On the way hantar anak ke sekolah, boleh ambil upah hantar anak jiran sekali
Ada banyak lagi contoh dan applikasi sebenarnya. Yang penting, kita kena buat dan kreatif. (Saya pun ada idea tambahan ni)
Good luck!
Sabri
Raja Midas
Tukar <<____>> Jadi Emas


May 18th, 2008 at 4:49 pm
biar diorang perang harga,yang untung ialah pengguna sebab semua orang dah mampu naik kapal terbang..kalo murah,bas pun tak laku pasni..
May 18th, 2008 at 9:42 pm
Assalam alaikum,
Ini adalah entri paling mempengaruhi saya minggu ini. Alasan di sebalik tindakan yang dijelaskan memberitahu tahu kita kedudukan sebenar sebarang situasi.
Terima kasih atas entri ini.
——————————————————
ZAMRI MOHAMAD
http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com
May 19th, 2008 at 12:28 am
banyak “sunken cost” di merata2 kita sebenarnya, cuma sama ada kita ni “melihat atau memerhati” sekeliling kita
ps: belajar term baru “predatory pricing” hehe
May 19th, 2008 at 1:10 am
Sabri,
Teknik ‘mencontohi’ strategi pesaing yang menguntungkan para penumpang…tetapi kenapa baru sekarang MAS nak mulakannya, kenapa tidak dari dulu
Sesiapa ada pandangan dan jawapan
…
May 19th, 2008 at 3:06 am
Thinkerich,
Kalau tak salah saya, MAS sebenarnya dah mencontohi Air Asia sejak beberapa ketika dah. Mereka cut cost, tak bagi tiket kertas mahal macam dulu, dah guna online ticketing dll. Cuma dengan promosi ELF ni mereka semakin agresif.
Pada saya, MAS perlu buat apa yang dirasakan terbaik secara komersil. Terpulang sama ada Dato Idris Jala nak fight on price or apa2 strengh MAS yang lain. Tetapi saya harap tidaklah sampai “mencederakan” Air Asia.
Sebenarnya cerita tak habis lagi, sebab saya yakin Air Asia tak akan biarkan aje.
(macam telco lah)
Bak kata Sham, kita lihat macam mana. Persaingan ini akhirnya akan menguntungkan pengguna.
Cuma saya harap kedua-duanya survive.
Sabri
May 19th, 2008 at 11:38 am
[...] benarnya kenyataan MAS yang menyatakan low-fares hanya utk cover sunk cost, sepatutnya jumlah tiket murah yg ditawarkan MAS mestilah terhad dan khusus untuk tempoh promosi [...]
May 19th, 2008 at 3:12 pm
Taktik MAs tu aku rasa takde masalah. Pengguna semakin bijak. Diorang akan fikir mana yg baik dan murah untuk diri diorang.
airasia tak perlu cuak la. Airasia ada follower masing-masing. Bagi aku, tiket Mas still mahal.
Hehe. Mungkin kerana aku adalah pengguna setia Airaisa..
May 19th, 2008 at 11:04 pm
Taktik dari orang berfikiran jauh…
Memang menarik strateginya..
Aku belum lagi mampu naik kapalterbang.
May 20th, 2008 at 6:48 pm
Air Asia pasti akan ada counter-action
sungguhpun mereka berlawan dengan sebelah
tangan sekarang.
Apa-apa pun persaingan ni best, sebab tiket
jadi lebih murah.
Yang penting kedua-dua syarikat penerbangan
ini terus survive lantas meningkatkan GDP
Malaysia.
Hazwan
May 23rd, 2008 at 1:26 am
May 24th, 2008 at 5:33 pm
wahh..mesti nuraz selalu naik kapal terbang kan,siap boleh kaji lagi
biaselah..itu strategi promosi. kalau didedahkan semua, kuranglah keberkesanan iklan tersebut
persaingan itu bagus. dan diharap kedua-duanya boleh survive, sama seperti persaingan antara telco. barulah pengguna mendapat banyak faedah
May 30th, 2008 at 5:03 pm
Nuraz, amat2 lah setuju dengan kenyataan tu..MAS banyak hidden cost. beza leh tahan gak..takat nak ke Jakarta tu baik la saya naik Air Asia..bukan nak berumahtangga dalam flight pun. tapi kalau urgent balik hari, saya pilih MAS..tak risau pasal delay2 ni.
June 3rd, 2008 at 7:50 pm
bila sy jadi “raja midas” yg berfikiran “semua benda boleh jadi duit, termasuk pasir2 di sungai”, sy sentiasa tercari2 idea tentang “how to make it real?”
mula2 terbayang jual pasir di ebay. mungkin idea yg kurang bernas.
kemudian mulalah datang ilham seperti “kalau pasir dimasukkan kedalam satu bekas(contohnya sarung bantal)berbentuk kiut seperti hello kitty, maybe boleh jual pasir tadi dengan harga mahal di ebay! :P”
atau
idea seperti “kalau warnakan(dye) pasir ini warna warni kemudian masukkan ke dalam botol kecil kiut kemudian namakannya “colored stardust” maybe boleh jualkan di ebay dengan harga mahal!”
hahaha then diikuti banyak lagi idea untuk menjadikan pasir2 di sungai menjadi duit!
idea anda bagaimana? saifulsham.
June 8th, 2008 at 2:36 am
persaingan antara MAS dan AIR ASIA perlu adil….Saya rs Mas perlu tidak bergantung pd kerajaan br adil utk Air Asia.Air Asia mampu tanpa bantuan kerajaan…mengapa MAS tidak. selagi Mas kerajaan support, saya akn sokong Air Asia
June 8th, 2008 at 2:40 am
saya yakin AIR ASIA dan MAS mampu merancakkan lg industri pelancongan yg secara tak langsung menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. bersaing secara sihat, kalu kerajaan nak support, support dua2 skali.
April 8th, 2009 at 4:42 pm
Thank you for your help!
April 19th, 2009 at 1:06 pm
tapi airasia yang buat predatory pricing tu dulu…so airasia la yang keji sbnrnye..die wat kat MAS dulu..so xsalah kalo MAS wat balik kat die…