Elakkan Paypal anda dirompak
Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!
Kelmarin, saya menelefon adik saya, Syamim dan bunyinya beliau agak cemas kerana seseorang telah menggunakan dana PayPal nya dan membeli produk diinternet.
Pada mulanya saya mencadangkan kepadanya untuk menelefon khidmat kad kredit banknya bagi membuat chargeback kerana sebahagian wang digunakan oleh perompak itu tadi ditolak daripada kad kreditnya disamping wang di Paypal.
Selepas menghubungi Sabri, beliau pula mencadangkan kepada Syamim untuk tidak menelefon khidmat kad kredit. Sabri menyuruh Syamim untuk melaporkan kepada PayPal.
Melaporkan kepada khidmat kad kredit akan mungkin menyebabkan akaun Paypal anda dibekukan oleh Paypal kerana anda akan ditaksirkan Paypal sebagai cuba membuat chargeback ke atas Paypal.
Jalan terbaik, adalah melaporkan perkara itu kepada Paypal. Tidak lupa juga, laporkan kepada penjual barangan/produk untuk memulangkan semula wang anda dengan menyertakan bukti bahawa transaksi tersebut adalah tidak sah.
Disamping itu, tukarkan password Paypal dan password email.
Setelah diselidik kes yang menimpa adik saya, rupa-rupanya beliau pernah mendaftar dengan sebuah forum yang mendakwa mereka melindungi maklumat ahli forum. Difahamkan, perompak tersebut adalah admin forum tersebut dan disebabkan adik saya mendaftarkan alamat email dan password yang sama dengan forum dan akaun Paypalnya, mungkin perompak itu mencuba-cuba alamat email dan password ahli forumnya secara tidak sah.
Dikhabarkan, penjual produk tersebut telahpun memulangkan kembali wang terbabit dan penjual itu juga memaklumkan kepada adik saya bahawa, beliau juga menerima tempahan dalam kuantiti banyak oleh orang yang sama disamping dana Paypal milik individu yang berbeza-beza.
Jadi, selepas kejadian ini menimpa adik saya, adalah baik juga dikongsi bersama pembaca SaifulSham. Walaupun anda mungkin boleh mendapatkan wang Paypal anda dengan mengemukakan bukti transaksi tidak dilakukan anda, adalah baik mengambil langkah berjaga-jaga.
Pertama, pastikan anda tidak menggunakan email yang sama dengan Paypal ketika mendaftar pada mana-mana laman web tidak kira laman web forum atau sebagainya.
Walaupun kita beranggapan bahawa manusia ini dilahirkan secara zahirnya mempunyai sikap yang baik, tetapi akan ada juga beberapa kerat yang akan mempunyai niat sebaliknya.
Sekian,
W.M.Syazwan


June 13th, 2008 at 12:19 pm
Syazwan,
Terima kasih di atas perkongsian yang mungkin boleh membantu lebih ramai pemilik akaun Paypal agar lebih berhati-hati…
Salam kekayaan,
THINKERICH
June 13th, 2008 at 1:02 pm
Setakat ni saya masih belum lagi dirompak.Saya selalu menukar password untuk mengelakkan cuba-cuba jaya password oleh si perompak.Mintak Jauhkan lah malapetaka ni.
June 13th, 2008 at 1:13 pm
terima kasih dengan tips ni…setakat ni belum terjadi lagi kat akaun saya….tp perlu berhati-hati juga
June 13th, 2008 at 3:58 pm
Salam, saya tak pernah kena lagi. terima kasih kerana ingatkan.
June 14th, 2008 at 7:50 am
Bahaya betul kalau macam ni. Nasib baik dapat balik. Nampak gayanya kene berhati2 dengan laman web yang tak diketahui dengan memberkan password yang berlainan dengan mana2 akaun kewangan.
June 14th, 2008 at 9:25 am
ini perkara biasa. Dulu aku pernah kene macam nih. Tapi akaun e-gold la. Paypal takat ok lagi. Apapun. kena hati-hati. Kene ambil langkah berjaga-jaga..
June 14th, 2008 at 10:20 am
Akaun Paypal yang aktif transaksinya memang selalu menjadi ‘penggoda’ kepada golongan macam ni.
Pishing dan spoofing pun selalu digunakan untuk dapatkan ID
Tapi kalau admin forum la yang buat, elok tutup je forum tu.. Tak beretika langsung
June 14th, 2008 at 10:26 am
hmm.. thanks atas maklumat yg berguna ini . kena berhati2 gak nie .
June 14th, 2008 at 6:28 pm
hah dh agak dh akan terjadi gini. thats y password mesti lain2. thanks posting yg amat berguna!
June 14th, 2008 at 11:29 pm
Segala kemudahan yang ada di zaman IT ini kadang-kadang merugikan tetapi sekiranya kita berhati-hati, manafaatnya tidak terkira. Fikir-fikirkanlah
ARB Dagang.Com
http://www.informasi.arbdagang.com
June 15th, 2008 at 8:48 am
saya pun kadang2 letak password yang sama gak..
bahaya ye..
kena berhati2 la pasni..
June 19th, 2008 at 9:04 am
…. betul juga tu, peingatan yg berguna… boleh kata ramai yg guna email yg sama utk forum / paypal / official email..
so beringat2 lah semua.
…tapi yg paling tak puashati tu, admin forum yg merampok!
April 14th, 2009 at 10:35 pm
no komen tpi amat bahaya..so hati-hati semua,
anda berminat?
buat duit melalui buku
sila klik,thanks you ya?:)
April 16th, 2009 at 11:10 am
bahaya ni…kne tukar password..
tapi nanti sndiri serabut.. haha..
April 19th, 2009 at 1:35 pm
yup, betul tu.. apa yg penting,berhati-hati..
May 24th, 2009 at 5:59 am
Nasib baik bg tau. Tidak habis la duit paypal berjuta2 lemon.