If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Struktur perhubungan seperti jalan adalah satu perkara paling penting dalam memastikan pelaburan tanah anda mudah dijual.

Dalam 2 minggu kebelakangan ini, pihak UrusHartanah.com telah melawat beberapa kawasan tanah berpotensi untuk dilaburkan dan kami melihat, sesetengah tawaran untuk menjual tanah kepada kami tidak memenuhi spesifikasi seperti tiada jalan perhubungan ke kawasan tanah tersebut.

Mana mungkin tanah itu akan dibeli memandangkan tiada jalan masuk yang dapat menghubungkan tanah tersebut dengan kawasan seperti jalan utama atau perumahan terdekat.

Untuk pengetahuan anda, struktur jalan terbaik untuk menarik pembeli sudah tentulah jalan bertar. Akan tetapi, berdasarkan pengalaman kami, ia bergantung kepada keadaan persekitaran dan penerimaan masyarakat setempat.

Sebagai contoh di Kelantan, sudah mencukupi jika hanya mempunyai jalan yang muat satu lorong sahaja atau jalan yang tidak bertar. Masyarakat disini tidak meletakkan syarat membeli tanah yang hanya mempunyai jalan bertar atau jalan 2 lorong (maksudnya 2 kereta boleh melalui serentak).

Berbeza pula dengan pelaburan di Kuantan, Pahang, dimana kami membina jalan bertar untuk menghubungkan ke kawasan tanah. Apapun, jalan bertar tetap satu bonus untuk meningkatkan adnalin dalam badan bakal pembeli dan seterusnya rangsangan untuk membeli.

Sebelum berkeputusan membuat sebarang pelaburan sesebuah tanah, adalah baik jika kita bertanya kepada mana-mana kontraktor yang diamanahkan kerajaan membina jalan dikawasan setempat mengenai peruntukan pembinaan jalan.

jalan di desa

Jika mereka mengatakan masih ada peruntukan lebihan, adalah lebih baik memohon mereka membina jalan ke kawasan tanah yang bakal dibeli kita. Ia satu penjimatan yang banyak sekali dimana anda tidak perlu mengeluarkan wang poket bagi membina jalan.

Sekian,
UrusHartanah.com
(Kami sedang aktif mencari kawasan tanah di Kelantan. Sila hantarkan email ke wansukri@urushartanah.com untuk menawarkan tanah di Kelantan kepada kami)

Bacaan Lanjut: