Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Zaman orang kaya bertambah kaya

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Ketika orang lain sibuk memikirkan kaedah untuk berjimat dengan memotong perbelanjaan ekoran kenaikan harga minyak, banyak orang kaya menangguhkan pelaburan mereka kerana mereka sedang menunggu saat ramai orang lain muflis.

Dengan kenaikan kadar inflasi dan kemungkinan besar Bank Negara akan menaikkan kadar BLR, maka dalam tempoh 6-12 bulan ini, akan ramai orang yang bakal jatuh muflis. Golongan yang bakal muflis ini kebanyakannya terdiri daripada peminjam dengan bank sama ada syarikat atau individu.

Bank akan merampas harta cagaran peminjam seperti hartanah dan ketika itulah, ramai orang kaya akan merebut peluang membeli harta cagaran yang dirampas pada harga jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Jadi, ketika inilah, orang kaya sedang mengumpul wang ringgit mereka bagi menambahkan aset yang bernilai tinggi pada harga yang jauh lebih murah.

Apakah anda tergolong dalam golongan peminjam bank yang bakal bermasalah atau golongan orang kaya yang sedang menanti peluang keemasan sebegini?

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Jika orang kata anda gila duit…
  • Apakah ia perlu jika kita kaya..
  • Tips dari jutawan Gopeng Consolidated
  • del.icio.us:Zaman orang kaya bertambah kaya-digg:Zaman orang kaya bertambah kaya-spurl:Zaman orang kaya bertambah kaya-wists:Zaman orang kaya bertambah kaya-simpy:Zaman orang kaya bertambah kaya-newsvine:Zaman orang kaya bertambah kaya-blinklist:Zaman orang kaya bertambah kaya-furl:Zaman orang kaya bertambah kaya-reddit:Zaman orang kaya bertambah kaya-fark:Zaman orang kaya bertambah kaya-blogmarks:Zaman orang kaya bertambah kaya-Y!:Zaman orang kaya bertambah kaya-smarking:Zaman orang kaya bertambah kaya-magnolia:Zaman orang kaya bertambah kaya-segnalo:Zaman orang kaya bertambah kaya
    Posted Monday, June 30th, 2008 at 10:10am
    Filed under Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet, Sales | RSS

    6 Comments on “Zaman orang kaya bertambah kaya”

    1. AmmarZahar

      Betul tu..Rakyat yang susah dan tercari-cari peluang menambahkan pendapatan semakin susah.Harga barang semuanya naik. Yang untungya penjual golongon2 atasan.

      Tapi nak salahkan orang kaya yang menanti peluang keemasan nipun tak boleh jugak. Mungkin mereka melalui kesusahan dalam mengecapi kejayaan sekarang.

      Apa yang boleh dilakukan bila harga barang meningkat, kita tingkatkan usaha!:)

    2. samdaddycool

      …. tips berguna bagi sesiapa yang baru nak memulakan pelaburan hartanah!

      …betul tu tak boleh salahkan golongan kaya - mereka adalah golongan yang sentiasa ‘think smart’..

      … tapi, saya tengok masyarakat malaysia ni, mengeluh adalah agenda utama, bukan cari penyelesaian atau alternatif bagi menangani isu minyak!

      …warga luar (non malaysia yg berniaga) sibuk mengejar , menyedut kekayaan rakyat kita.. tapi kita masih leka, tak nampak emas di bumi sendiri.

    3. Thinkerich

      Ooopss..tidak..saya bukan terdiri daripada golongan peminjam…tetapi golongan KAYA ;)

      Salam kekayaan,

      THINKERICH

    4. Orangmiskin

      …bila nak jadi kaya? Kalau 30 tahun lalu dah simpan dan laburkan wang simpanan tetapi harga barang sering meningkat. Gaji tak naik selalu. Orang kaya lebih kaya sebab keuntungan dah tinggi tetapi gaji pekerja tak berubah.

    5. Nald

      susah nak jadi kaya, tapi tak mustahil jadi kaya..?

    6. Dina

      Kita ni boleh diibaratkan sebagai satu bekas. Jika kita adalah bekas yang besar, wang yang jatuh dari atas akan kebanyakannya masuk ke dalam diri kita. Bagaimana jika kita hanya bekas yang kecil, banyak mana pun wang yang jatuh akan melimpah keluar.

      Isunya, bagaimana untuk menjadikan kita satu bekas yang besar yang dapat menakung semua kekayaan?

      Melalui menambahkan pengetahuan kita sepanjang masa. Pelaburan untuk memajukan diri dan menambah pengetahuan adalah sangat penting.Kita sepatutnya berkembang dari segi minda untuk mengetahui apa sahaja peluang yang ada di sekeliling kita.

      Kurangkan mencari keburukan / komplen tentang apa sahaja isu kerana ‘Law of Attaction’ mengatakan bila kita fikirkan negatif, negativiti itu akan membesar dan tertarik ke arah kita. Fikirkan positif dan semua yang positif akan datang.

      Bagaimana jika kita adalah bekas yang besar, tetapi tiada cara untuk menarik kekaayaan. ‘Law of Universe’ menyatakan ruang-ruang kosong akan dipenuhi. Kita berilmu, tentunya kita dapat mengenalpasti cara2 mendapatkan kekayaan dengan cara terbaik.

      Selamat melabur untuk pengetahuan.
      http://www.InvestInEast.wordpress.com

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.