Saya Mesti Pilih!
Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!
(Pengakuan Bersumpah Sabri: Tangan UP. Saya, Sabri SaifulSham berjanji akan cuba tidak menulis panjang-panjang, tidak lebih 1000 perkataan supaya anda tidak letih membaca)
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Apabila saya bertemu dengan beberapa orang yang ingin memulakan perniagaan internet, saya seboleh-bolehnya akan membiarkan mereka bercakap atau bertanya soalan dahulu. Dari sini saya, akan dapat agak di mana level mereka dan bagaimana saya dapat menjawab supaya mereka mudah faham.
Kebelakangan ini, saya melihat satu trend. Newbie sudah ada background dalam perniagaan internet, tetapi mereka keliru mengenai suatu perkara. Saya akan sebut direct untuk menjimatkan patah perkataan.
Mereka Cuba Buat Duit Melalui Adsense SAMBIL Menjual Produk
Ini adalah kombinasi yang sangat merbahaya. Anda tidak akan ke mana-mana jika menggabungkan kedua-duanya.
Sebelum saya pergi lebih jauh dan mengundang respons negatif otai-otai adsense, biar saya jelaskan.
Jika teknik anda buat duit melalui Adsense adalah dengan menghasilkan sebuah laman web sebenar, menarik pembaca dengan isi yang bermutu dan berkualiti supaya mereka datang lagi dan lagi, tiada masalah. Anda bukan sahaja mampu buat duit dengan Adsense, bahkan dengan program affiliate dan pegiklanan juga. Duit akan mencurah-curah masuk jika pelawat ke laman web anda banyak.
Contoh laman web yang sangat cemerlang dalam hal ini: SyokKahwin.com (Mengikut stats NuffNang yang saya pernah tengok, SK adalah blog #2 di Malaysia-tahun lepas)
Tetapi, jika anda membina laman web khusus untuk Adsense (MFA-Made For Adsense), memang anda tidak boleh jual apa-apa. Ini kerana game plannya berbeza. Anda perlu bina beberapa laman web/blog yang fully optimized untuk Adsense sehari, setiap hari. Masa anda akan terikat dengan aktiviti ini.
Dan lokasi-lokasi premium yang boleh anda gunakan untuk meletakkan iklan produk anda, perlu digunakan untuk diletakkan iklan Adsense.
Jadi produk anda tidak begitu menonjol. Jika produk kita tidak menonjol, orang tidak akan beli. End of story.
Jadi boleh ke buat duit dengan blog MFA?
Saya tak tahu sebab Adsense bukan bidang saya. Tetapi ada orang buat. Jadi saya rasa boleh.
Jadi boleh ke buat duit dengan jual produk?
Memang boleh.
Boleh combine kedua-duanya?
Tak boleh.
Analogi akhir, kita boleh minum. Dan kita boleh makan. Tetapi kita tidak boleh makan sambil minum. Nanti tersedak.
Jadi, anda mesti pilih model perniagaan anda. Jika Adsense, fokus pada Adsense sahaja dan jika menjual produk, fokus pada produk sahaja.
Yess! Berjaya! Pendek!
Yang Excited,
Sabri
(komen terpaksa di reset atas sebab-sebab teknikal)


July 14th, 2008 at 10:19 am
saya pun pernah baca dari sifu singapore pasal perkara nie. Fokus pada 1 atau 2 model business sahaja. Kalau combine jual produk dengan adsense, kita galakkan org keluar dengan letak iklan adsense. So org takkan tertarik dengan produk kita lagi…
July 14th, 2008 at 5:01 pm
hohoho…betul tu…memang betul..jika tidak apa yang anda kendong keciciran,apa yang dikejar tak dapat..
anda ada produk nak jual produk berharga $40,pastu tambah plak adsense kat laman web jualan..
orang tak beli & klik adsense..dapat 1 sen sedangkan kalo orang beli produk dapat $40..nak kejar 1 sen atau nak kejar $40?
adsense kena tunggu $100 baru dapat duit.kalo dapat jual produk terus dapat duit.. newbie fikirkan la ye..
p/s:dulu matt callen letak adsense kat sales letter hypervre dia..tak tau apa tujuan dia.nak test ke apa tak tau la..:P
July 15th, 2008 at 3:00 am
ada jugak org berpendapat fokus tidak semestinya melakukan satu perkara..
July 15th, 2008 at 12:49 pm
[...] Pada waktu itu, saya mulai sedar maksud ’senang’ yang dikatakan oleh pakar-pakar IM. ‘Senang’ pada maksud mereka yang saya fahami adalah setiap teknik yang diajar boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja (asalkan ada keinginan + sanggup belajar) . Tapi ia bukanlah ‘mudah’ kerana memerlukan anda konsisten dengan usaha anda. Bagaimana untuk konsisten? Cuba anda fahami artikel yang ditulis oleh SaifulSham di sini –> Saya Misti Pilih [...]
July 15th, 2008 at 7:31 pm
ya saya sokong kalau nak letak adsense kita tak leh letak produk kita mungkin tak ada sambutan
July 16th, 2008 at 10:20 am
Apa yang saya boleh simpulkan sini
adalah :
1) Boleh letak adsense,produk, dan affiliate
produk jika blog kita ada konten berkualiti.
All in one traffic.
2) Tidak boleh jual produk jika blog/website
kita memang dibina untuk MFA (sama ada manual
atau menggunakan perisian tertentu)
Pilihan no .1 seperti kita makan sup ayam
yang sedap.
Sambil menggigit daging ayam yang lembut dan
merasakan rasanya merebak dalam mulut, sambil
kita hirup supnya sekali.
Kombinasi yang hebat jika tau caranya.
July 16th, 2008 at 8:27 pm
Kalau campur-campur, pelawat jadi bingung.Jika dah bingung apa yang akan setrusnya berlaku…..Lu Pikirlah sendiri……..ARB Dagang
July 16th, 2008 at 8:30 pm
Seperti jual Asam Pedas yang paling sedap dengan jual asam pedas bersama burger,satay,kuey tiew…mana untung………ARB Dagang
July 18th, 2008 at 12:17 am
bagi saya kalau nak buat adsense, buat blog khas utk adsense, kalau nak buat duit dengan jual produk ataupun affiliate tambah lagi satu blog. setiap blog akan membawa kpd komitmen dan teknik yg berbeza. just my pendapat
July 19th, 2008 at 8:05 pm
pilihan di tangan anda. org lain xboleh tentukan pilihan utk anda..
July 19th, 2008 at 9:52 pm
Tahun ni musim pelancaran produk e book termasuklah Dr Irfan Khairi yang melancarkan ebook Mentor Jutawan semalam.
July 21st, 2008 at 7:30 pm
Lebih baik asingkan. Pilihan saya lebih tertumpu kepada affiliate.
July 21st, 2008 at 8:17 pm
Salam bro,
Sebenarnya memang banyak diperdebatkan tentang etika adsense di mana ramai lebih prefer buat MFA yang kompleks/in between, di mana dalam masa ia meletakkan adsense dalam masa yang sama ada diletakkan content..mungkin kerana susun atur web/blog tu yang menyebabkan internet savvirian merasakan ianya tidak adil dan totally unfair to newbies…saya setuju membuat blog/web yang penuh dgn content, mungkin kerana pada waktu ini SEO adalah terlalu sukar bagi beberapa keywords/niche, mereka lebih suka mencari ‘lubang-lubang’ dan capitalize lubang2 itu dan kelihatan seperti MFA…mungkin bro boleh letak satu contoh blog/web MFA yang keterlaluan dan tidak boleh diterima dalam komuniti internet sedunia bro…for clarification dan in dept understanding utk semua, boleh dibincangkan bersama
July 24th, 2008 at 7:02 am
Bagi saya pulak, saya asingkan adsense dgn benda lain. Affiliate biasanya utk blog rasmi saya…adsense pula blog lain.
Blog adsense tak memerlukan pengunjung berulang…kita perlukan fresh visitor. So, sesuai optimise dgn SEO. Macam blog utk jualan produk, kita perlukan pelawat berulang..diorg tgk sekali, mgkin tak yakin nak beli lg. Esok lusa datang lg dan tgk lagi..potensi utk conversion tu tinggi.
August 18th, 2008 at 10:54 pm
fokus,fokus & fokus..ramai newbies yg terlalu ghairah, semua benda nak buat walhal setiap perkara yg dibuat pengetahuan yg ada terlalu minima..pernah ada yg bertanya kepada saya..mana 1 best kalau nak buat duit dan letak dalam blog..adsense atau adwords sebab kawan dia kata dua2 bole buat serentak..di sini jelas kelihatan dia x tau apa beza antara adsense & adwords..yg dia nampak ialah cari sebanyak mungkin program/janawang dan masukkan kesemuanya di dalam 1 blog…
December 15th, 2008 at 12:11 pm
materialwealth
December 15th, 2008 at 6:40 pm
I Found Your Site Brilliant. Fascinating
February 12th, 2009 at 8:03 pm
viagra blurred