Cari GodFather Anda Sendiri (Ia Wujud)
Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!
Nota: Jemput-jemput masuk. Anda tidak salah tempat, Blog SaifulSham lah ni. Duduklah dan jemputlah memberi komen seadanya. Minta maaf kalau ada habuk dan bunyi bising sikit, Site Under Construction.
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Saya masih dalam terapi penulisan pendek.
Hari ini saya akan menyambung tips memulakan perniagaan internet dengan kos yang rendah. (cari duit di Internet dengan bajet student)
Dalam pos lepas, saya telah berkongsi 2 tips cari modal hari ini saya ingin berkongsi satu tips lagi yang saya rasa paling menarik.
Cari rakan-rakan anda yang “berduit”/mempunyai sesuatu untuk dijadikan partner
Dalam hal ini, anda boleh mencari angel investor yang bersedia untuk memberi anda wang untuk anda menjalankan perniagaan internet anda. Ini berbeza dengan pinjaman, kerana pinjaman anda perlu membayar balik.
Sebagai contoh, SaifulSham “menaja” Ali. SaifulSham menyediakan segala-gala kemudahan memulakan dan menjayakan perniagaan internet Ali. Apa sahaja perisian, kemudahan yang Ali mahu akan SaifulSham sediakan. Tugas Ali pula adalah menguruskan dan menjayakan projek tersebut. Di samping menyediakan modal, SaifulSham juga membantu menyediakan roadmap dan pelan pemasaran perniagaan internet Ali.
Sebagai balasan, mereka akan berkongsi keuntungan mengikut ratio yang dipersetujui.
Dengan cara ini Ali mendapat jumpstart dari segi pengalaman dan knowledge manakala SaifulSham dapat menambah passive income mereka DAN mengenalpasti talent2 untuk diserapkan dalam team mereka.
Strategi ini saya pernah lihat bukan sahaja di amalkan oleh kami, tetapi juga oleh beberapa orang rakan kami (pelajar juga), Mereka mencari duit untuk membeli stok dengan mengajak rakan-rakan mengumpul modal.
Saya rasa strategi ini yang paling best di antara banyak-banyak strategi cari duit untuk dibuat modal. SaifulSham juga mempunyai godfather dan pada masa yang sama menjadi godfather.
Namun, apabila bercakap mengenai pembahagian ratio profit ini ada satu masalah yang wujud. Ada orang yang lebih gemar mempunyai 100% kek yang kecil dari 50% kek yang 100 kali ganda lebih besar. Dalam kata lain, mereka mempunyai scarcity mindset berbanding abundance mindset. Komen saya, no comment. Your business, your decision!
Good luck!
Sabri
Internet Capitalist
p/s: Anda tidak kenal sebarang godfather untuk membantu? Think again.
Our email is as above. However, only brilliant entrepreneur who really knows what he want need to apply.


July 27th, 2008 at 9:19 am
Salam,
Tertarik untuk berkongsi pengalaman dalam business yang saya baru ceburi. Modal saya ialah pengalaman, leverage apa yang saya sudah ada macam computer & streamyx dan sedikit wang untuk membeli web hosting & kit blongger (SmartZul).
Alhamduliah, bulan 5 sudah saya start dengan blog saya mengenai Career Markerting System (leverage marketing principals into career marketing - cara cari kerja systematic) dan dalam bulan ini, saya telah buat career talk di UITM Seberang Jaya and insyAllah bulan depan akan dijemput lagi untuk 2nd career talk.
Point yang saya nak tegaskan disini ialah modal tidak semestinya wang sahaja tapi pengalaman & ilmu yang ada pun boleh digunakan sebagai modal. Untuk pelajar, modal untuk berjaya tidak kira dalam bidang apa-apa pun selepas graduate ialah pengalaman yang dilalui di university atau college. Bergantunglah kepada pelajar untuk mengunakan pengalaman yang mereka ada untuk diadaptasi selepas graduate.
Setakat berkongi ilmu sahaja.
http://www.resumeweassist.com/blog
Tips for effetive career marketing
July 27th, 2008 at 11:01 am
Ingatkan salah blog td..
Ok la 2…
nak cari patner ni kena fikir masak2.. ada kawan hilang mood sebab kawan makan kawan.. kita sebagai kawan kena bagi sokongan juga kat dia..
July 27th, 2008 at 11:22 am
Sabri,
Thanks, perkongsian terhebat yang pernah didedahkan dalam perniagaan internet…
Salam kekayaan,
THINKERICH
July 27th, 2008 at 7:08 pm
thanks..saya sekarang sedang berusaha melakukan tips yang diajar.
July 30th, 2008 at 8:21 pm
Tip yang boleh dipraktikkan……..ARB Dagang
July 31st, 2008 at 12:22 am
Sabri memang godfather yang berkaliber
dan mempunyai kredibiliti tinggi serta
kepakaran yang ‘out of the box’.
Sistem leverage begini dapat membantu
menggandakan penggunaan masa dan juga
resource, so amat baik dipraktikkan
kalau ada peluang.
Biasanya orang yang cari mentor, ini
mentor yang mempelawa apprentice, fuhhh
memang one in a million punya offer.
Byk perkara advance leh belajar yang
BEYOND Seminar and Ebook biasa-biasa.
Anyway, bercakap tentang godfather,
saya juga tak ketinggalan menjadi mentor…
…bukan IM, tapi Cinta haha.
Visit my blog for further info.
Hazwan
July 31st, 2008 at 11:47 am
kalau tak silap ada gambar hazwan kat paper utusan semalam
August 2nd, 2008 at 12:59 am
masalahnya, kadang2, kita mmg nk cari partner nk buat business. p, kebanyakan nya, diorg nyer ’semangat’ naik tron. payah gak. biler time dua2 x derk semangat, mula la hanyut. da terbengkalai sumer keje2 yg dirangcang.
“sapa nk jadi partner? angkat tangan!” o/
August 18th, 2008 at 10:36 pm
bab pembahagian keuntungan yg agak kritikal sedikit..lebih baik jadikan ia dalam bentuk ‘hitam putih’..bab duit ni org yg tidak sekolah pun boleh kira dgn pantas…
April 16th, 2009 at 11:16 am
smart gak idea ni.. tapi nak cari org yang sanggup invest tu.. haha.. boleh kot…