What I Did Last Sunday
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Saya rasa untuk post kali ini, tak dapatlah saya nak post pendek-pendek. Terlalu banyak insan-insan menarik dan perkara yang menyeronokkan saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai hari Ahad lepas. Hari yang ajaib dalam hidup saya.
Ajaib kerana saya rasa seperti baru lepas buat pembedahan plastik. Kiri, kanan, depan, belakang orang cakap saya hensem.
Oh ya, pada hari Ahad lepas saya telah ke Bukit Jalil Golf & Country Club untuk gathering WC yang sangat best dan menyeronokkan.
Pertamanya, terima kasih kepada Shuth (pengasas WC) kerana telah berjaya menganjurkan gathering yang meriah ini. Dengan kejayaan menganjurkan gathering ini, WC telah berjaya meletakkan dirinya di antara komuniti-komuniti utama di Malaysia ini.
Kedua, saya lebih santai dan relax sangat di perjumpaan ini. Maklumlah sebelum ini saya banyak menjadi penganjur. Menjadi penganjur dan peserta, jadi peserta memang seribu kali lebih best.
Tahniah sekali lagi kepada Shuth (juga penulis buku Rahsia Blogger). Dan sesungguhnya saya rasa Shuth dah berjaya mengatasi fobia kebanyakan orang yang takut2 untuk melakukan public speaking. Not bad ucapan perasmian Shuth. Terima kasih juga kepada En Farid Sulaiman, co-author Shuth yang membantu dalam pengendalian majlis dan MC yang lively.
Ok seterusnya, siapa yang saya jumpa.
Antara orang yang pertama saya jumpa adalah Cikgu Maizul dan En Afzai Afandi. En Afzai saya tahu orang Ipoh, tetapi saya terkejut En Maizul juga dari Ipoh. Saya ingatkan Cikgu Maizul dan Hasrul (seorang lagi veteran WC) satu geng dari Johor.
Kepada En Afzai, kek NR Yummie tu boleh buat delivery ke seluruh Malaysia tak? Kalau ya nak tempah.
Oh ya, bercakap mengenai orang yang hadir, saya pasti gathering ini akan lebih meriah jika ada 2 orang hero WC, Zul Smartusaha dan Sham Raja Adsense. (Amboi Sham… tak padan dengan baru kahwin, semua blog hang komen ya… betul ke baru kahwin ni? Kalau saya kahwin, internet saya tak sentuh sebulan :p ) En Farizal pun miss gathering kali ini. Syia, Fai tanya-tanya dah tu.
Saya juga berjumpa dengan En Fauzul, pengurus PTS Milenia. Jika anda tidak tahu En Fauzul juga adalah pemilik E-Kedai.net . Sebuah online bookstore yang aktif di Malaysia.
Satu perkara saya respek dari dahulu sehingga sekarang mengenai En Fauzul, pembahagian masa beliau sangat tip-top. Beliau adalah pengurus penulis2 bestseller, penerbit buku indie, pemilik perniagaan internet, pemilik ladang kambing dan tidak lupa blogger kepada beberapa buah blog berkaitan penulisan yang popular di Malaysia.
Beliau buat semuanya sekaligus dan semuanya berjalan dengan baik. Saya sentiasa cuba mengorek rahsia time management beliau. Dengar khabarnya, bulan Januari nanti beliau akan kongsi sedikit. Kalau anda rasa hidup anda banyak masa terbazir, tanya sendiri En Fauzul petua beliau.
Saya juga berjumpa dengan Deen, salah seorang protege SaifulSham yang menjalankan servis translation. Oh ya, Kak Azaliha juga “Iron Lady yang boleh berjalan di atas kaca”.
Sedang saya berbual-bual dengan Bitol dan Noorizam Shah (penulis Ebook Kuasa Lelong dan pemilik Pelamin.net) yang pada pendapat saya sangat seiras.
Yang menarik mengenai perjumpaan WC ini, nama website lagi glamour dari nama tuan punya website. Jika anda memperkenalkan diri, Contoh: “Saya Najib… Orang akan berkata, “Oo…”
Tetapi bila sebut, “Saya Najib Monakas.com”
Orang akan berkata, “Oooooo…. Monakas.com tu… Ini En Najib owner dia tu rupanya. Ada iras-iras En Tazilan sikit”
Begitu juga antara pengomen tegar SaifulSham yang saya jumpa (alumni UTP juga), Cik Rawaida yang bila beliau memperkenalkan diri saya terus sebut “Ohh… Waidakmy tu ya?” Walaupun berbelit, tetapi itu lebih memorable.
Jadi next time anda menyertai perjumpaan webmaster-webmaster, jangan lupa highlight kan nama website/nickname anda.
Saya juga sempat bertukar-tukar pandangan dengan Irwan Dahnil & Zamri Nanyan mengenai projek-projek terbaru mereka dan cilok sedikit idea untuk diapplykan di bisnes kami sendiri. Oh ya, Abg Zamri lagi 4-5 bulan, kalau nak upkan iPhone tu jadi 3G, contactlah kami ya.
Saya juga bertemu dengan Abg Bad atau Badruzamani (lebih glamer rasanya bang. Tak nak tukar “brand”? )
Tidak ketinggalan En Bagak yang saya ingatkan baya-baya saya di online, tetapi rupanya lebih senior. Mawardee pula saya ingatkan tua sedikit dari pada saya cuma berbeza setahun. Sempat juga bertanyakan mengenai strategi PPL yang dilakukannya baru-baru ini. Beliau tidak lokek untuk berkongsi. Memang seronok bersembang, seolah-olah telah lama kenal.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Gobala Krishnan yang telah menghadiahkan saya buku beliau, “The New Millionaire”. Dalam proses pembacaan, sangat menarik dan gaya penulisan Gobala tak ubah seperti Lydia Teh. Sangat senang untuk orang Malaysia sejati seperti saya faham.
Salam perkenalan juga kepada En Syukri dan Catzer (tak sabar tunggu gambar nih.. hehe…)
Dan akhir sekali, kepada dua jejaka hensem yang sentiasa tersenyum. Labanon yang kesunyian tanpa Zhafran (Oh Zhafran, sampai hati kau buat Labanon tersesat-sesat di Kota KL). Dan Fai, yang setia memerhatikan dari belakang aktiviti gathering kali ini. Come on Fai, saya rasa Fai ni boleh jadi Malaysian, David De Angelo. Stail bercakap dia cool dan mistik aje.
Ok, saya rasa bisnes kad di kocek saya telah habis dikeluarkan. Terima kasih banyak-banyak atas pujian ikhlas (ke tak?)
anda mengenai kehenseman saya. Anda membuka mata saya mengenai potensi tersembunyi saya (sob… sob… sob-terharu)
Kepada Amirol, tak dapatlah kad bisnes tu. Tak sempat sembang lama. Untuk AbooAin, avatar ada iras-iras. Gambar waktu muda ya?
Oh ya, tidak lupa juga terima kasih kepada bro Irfan Khairi yang berkongsi tips yang membuatkan ramai berfikir. Kepada Kartunis Ubi yang saya nak sangat jumpa tetapi waktu jumpa saya “miss”. Isy3… Sedey betul sebab kartun “Budak Hostel” bro lah sebenarnya antara sumber inspirasi untuk saya belajar bersungguh-sungguh dan masuk asrama penuh.
Kepada Azuwan, next gathering jangan segan-segan lagi eh.
Kepada Cimok dan Hafiz Peng-U juga, ku ingat kalian teman mesra, rupanya pun kali pertama jumpa ya.
Lagi kepada bro Osman Affan, terima kasih kerana set tempo untuk forum dengan nice. Oh ya, Abg X, ku ingat kamu. Abg X di dunia nyata sebenarnya sangat kemas dan berhemah tinggi. Jauh sekali dari karakter onlinenya yang memegang rekod “Kick Terbanyak” WC. Respek.
Begitu juga nemesis Abg X, Alang. Walaupun berwajah serius dan penulis emel yang ringkas dan padat, di dunia nyata Alang sebenarnya pandai melawak dan berborak.
Din Beramboi, Kak G (dapat tambah koleksi tshirt WC ya Kak G)
Thanks for a ‘hot’ and wonderful afternooneveryone!
Sabri
Bacaan Lanjut:

August 7th, 2008 at 12:31 am
Waaaa.. Sape2 yang tak tersebut dalam post Sabri kali ni jangan kecik ati aaaa.. Semua Sabri sebut tu
Menunjukkan kemampuan Sabri yang hensem mingle around bersalaman dan berkenalan dengan semua hadirin warga WC.
Boleh jadi calon Permatang Pauh ni !
August 7th, 2008 at 12:39 am
[...] (saifulsham) What I Did Last Sunday This entry was posted on Sunday, August 3rd, 2008 and is filed under umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site. Post-post lain yang menarik untuk dibaca : + No related posts « Irfan Khairi, Mentor Jutawan [...]
August 7th, 2008 at 12:54 am
Saya orang kedua komen kat sini coz saya orang kedua Sabri jumpa selepas maizul
… gurau jer.
ekceli…sabri ni pernah dengar suara dia dalam perbualan telepon dan tak sangka jumpa live kat BJGR. Sebenarnya dengki sangat2 dengan kejayaan budak ni..teringin nak berbual panjang dan tanya macam2 pasal ebiz ni…maybe next time kita boleh bicara..kat ipoh ker atau kat toronto ker
kesimpulannya..memang very friendly si sabri ni..dan satu attitude yang baik ditunjukkan oleh sabri sebagai bisnes builder
p.s. kalau ada masa terluang, boleh kot kita jumpa..
August 7th, 2008 at 12:56 am
opps lagi satu..lupa nak ucapkan terima kasih atas link ke blog saya dan ingatan pada saya ..
August 7th, 2008 at 1:09 am
En Afzai, kek NR Yummie tu delivery by pos ke?
Sabri
August 7th, 2008 at 1:20 am
Pembedahan plastik di bhgn perut jgn lupe
Bab picture sesiapa yg mahukan size asal silalah add sy di YM dengan memperkenalkan diri dulu..lebih mudah utk sy transfer image tu direct dan tidak bercampur gaul dengan pic org lain. Niat di hati mmg mahu buat open download tp bile fikir copyright ooo..tidak..kang pic bersama Sabri menjadi scandal plak
Sabri nak sy send pic yg mana?Yg bersama ramai aweks tu ke
August 7th, 2008 at 8:38 am
Gambar hampir 10 tahun dulu tu, Sabri!
Nak check gambar-gambar di Gath dulu kalau-kalau ngam, akan jadi avatar baru ….:)
Memang kalau nak bercakap dengan Sabri tak cukup untuk sejam dua kena bagi masa panjang lagi ….. saya sendiri pun memang banyak nak tanya tapi ya la tak sempat.
Semoga kita dapat berjumpa lagi ya…… banyak ilmu nak belajar ni.
Faktor utama yang menyebabkan saya kenal ebiz dan seterusnya menceburkan diri dalam Perniagaan Online ni adalah kerana SaifulSham punya blog dan Newsletter dari situ la saya kenal IM-IM lain seperti SmartZul dsbnya….terima kasih kapada Team SaifulSham!
Sabri, saya dah cuba NR Yummie Kek … fuh, memang terangkat la. Satu kuarga menjilat jari dan bekas kek!
Terima Kasih di atas link ke blog saya!
August 7th, 2008 at 10:27 am
Aik…camana leh tahu ni ?? Buat permulaan ni belum lagi target market luar. Ramai customer luar perak bertanyakan soalan macam Sabri.Setakat yang saya survey, belum ada lagi syarikat courier yang terima delivery kek.
So…untuk customer Ipoh, ada yang saya pi hantar dan ada yang datang amik sendiri.Pernah ada customer dari KL..tapi kebetulan dia on the way dari Penang..tu yang dia order dan singgah kejap datang amik kek..
so…jawapan utk soalan sabri = tak
August 7th, 2008 at 10:35 am
Sabri…sori off topik (dah jadi topik kek
)kalau ada kat tronoh, bolehlah order dan saya gi hantarkan
August 7th, 2008 at 10:38 am
agak keciwe sbb x dapat joint. tp, next gadhering (hopefully ada) nk tebal kan muka joint.
p/s: nk masok dalam list orang yg sabri jumpe. hehehe
August 7th, 2008 at 10:41 am
Tahniah! Anda menulis dan membuat backlink paling ramai untuk gathering ini. Shuth kena bagi hadiah istimewa untuk ini.
Alang pula penulis paling pantas membuat ulasan.
p/s
ada hadiah ker kalau puji melambong tinggi ni? muahahhaha
August 7th, 2008 at 11:39 am
Bestnya ulasan berita ni.
Lengkap, padat, mengancam!
Caaaayalah Sabri!
p.s:Tulis panjang-panjang pun takpe. Kitorang sanggup baca sampai titik terakhir.
August 7th, 2008 at 11:51 am
[...] (saifulsham) What I Did Last Sunday Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages. [...]
August 7th, 2008 at 1:15 pm
Pengomen tegar?
eheh
Seronok baca post ini.Teknik sambil bercerita sambil selit link semua orang
August 7th, 2008 at 3:57 pm
lepas ni agak2.. boleh buat program kembar seiras tak?
August 7th, 2008 at 4:28 pm
August 7th, 2008 at 5:08 pm
Salam Sabri… A’aa la, memang tak sempat nak sembang lama. Plan datang ke WC Gath ni pun nak jumpa Sabri and the geng. Tapi sempat berbual pendek jer. Takpa, insyaAllah jika ada kesempatan lagi, boleh kita bertemu lagi.
p.s - Sabri agak “berisi” berbanding dengan gambar - gambar di web. :p
August 7th, 2008 at 5:35 pm
Sabri, saya tetap komen..isteri p keje..saya balik shopping barang umah,online & komen la blog orang..huhuhu
August 7th, 2008 at 8:43 pm
Seronok dapat berkenalan dengan Sabri. Tak dapat nak berborak panjang. Moga dapat berjumpa lagi di lain waktu bersama Syazwan.
August 7th, 2008 at 9:31 pm
salam,walaupun berbual sekejap dengan sabri tetapi orang peramah. Lain kali insyallah kita jumpa lagi
August 7th, 2008 at 10:12 pm
Abang tertunggu - tunggu bila Sabri nak tulis. Dah puas ‘windows shopping’, baru ada idea nak menulis?
Tapi, tak masuk hutan dulu kan?
Sebelum abang pi Gath, abang risau juga dengan penerimaan ’senior’ yang dah lama dunia online seperti Sabri. Maklumlah, siapa la abang ni kan…
Tapi, bila Sabri bersalam, sangkaan abang meleset 180 darjah sama sekali. Abang tak sangka Sabri seorang yang peramah, matang (dari usia), baik, suka tersenyum dan tak lokek berkongsi idea.
Cuma, abang rasa sedih sangat… masa terlalu singkat. Rasa tak puas nak jumpa lagi. Rasa tak puas kalau sekadar menulis secara online sahaja.
Tapi, abang akur bahawa masing - masing IM yang datang mempunyai masa yang terhad dan komitmen pada tugas lain. Insyaallah… lain kali kita sembang lagi. Kalau nak add abang kat YM (atau lebih private kat Skype) silakanlah.
Sekarang ada kat KL ka atau Johor?
August 7th, 2008 at 10:38 pm
[...] duduk semeja dengan Alang, Najib, Ariel_RX, Bagak, Amanz, Abeku dan Usahawang. Lepas minum petang, Sabri dari SaifulSham(masa dia mula sua tangan untuk bersalam dengan saya, tergamam saya seketika. Bayangkan seorang [...]
August 7th, 2008 at 11:05 pm
Hehe.. Best berbual-bual dgn Sabri woo.. Tambah-tambah bila masuk topik bisnes.. Belum masuk topik kawin lagi..
Tapi, macam Alang jugak.. Saya dah sediakan 5 soalan nak tanya tapi tak ingat nak tanya Sabri.. Haiyya.. Betul-betul lupa..
Thanks..
PS: Wah.. Baru dua tahun tak jumpa, tak sangka saya dah makin berisi.. Tak lama lagi boleh jd geng Sabri dah.. tak peduli apa orang lain cakap, janji hati senang, hidup sihat, ekonomi selamat..
August 8th, 2008 at 12:42 am
Tak dapat nak sertai WC Gath di Bukit Jalil Golf & Country Club. Mesti best dapat jumpa dengan otai-otai online bisnez.. Tak dapat nak jumpa En Sabri utk kali ke-2…
August 8th, 2008 at 1:44 am
Ni mesti Sabri ambik masa 3 jam nak karang post ni supaya boleh cover seramai individu yang mungkin…
Anyway, great to see you again… bila nak mai penang pulak? Pi jumpa Patric Chan sekali lagi… he he…
Syok dapat jumpa ramai kenalan yang sebelum ni cuma nampak kat forum je.
August 8th, 2008 at 5:04 pm
Wah, hebat betul hang ni Sabri. Banyak nama and website ingat. Mesti banyak dapat name kad. Saya pun nak buat lah juga name kad yang ada blog saya.
ANyway, bila lah kita nak jumpa. Saya dok Taman Maju je….
August 9th, 2008 at 9:00 am
Mesti bestkan gathering camtu.Saya lone ranger je.Tak pernah ada networking dengan mana-mana blogger atau IM.Harapan saya pada masa akan datang dapat membina networking yang berkesan sesama IM dan blogger Malaysia
http://blog.syokbisnes.com
August 9th, 2008 at 10:38 am
Sabri adalah orang pertama saya jumpa digathering tu, masa registration.
CW gathering memang best sebab baru first time jumpa orang-orang yang selama ni hanya terbaca di website.
Hope to develop my network dgn IM semua sebab saya boleh dikategorikan semi-newbie la jugak dlm internet business ni.
Wassalam..
http://www.myaffiliatemillionsecret.com
August 9th, 2008 at 9:23 pm
em bestnye…
rugi x pegi ni..
mg next time dapat la saya join skali
em tuan sabri.. saya nak tanya, camne saya nak transfer blog saya? saya nak transfer dpd hartahalal.wordpress.com nak jadikan hartahalal.com
camne ek? dan berapa pula kosnye? yg saya tau register domain cuma rm30 kan? em harap tuan sabri dpt menolong.. tenkiu
August 13th, 2008 at 9:27 pm
Semoga kalau tahun depan ada lagi majlis ni, bolehlah saya sertai, insyaallah…..ARB Dagang
August 18th, 2008 at 10:30 pm
kagum..satu gabungan yg boleh membentuk masa depan industri perniagaan internet..
September 2nd, 2008 at 2:13 am
Belum terlambat untuk mencelah. Sayalah orangnya yang bertanya soalan paling senang dijawab oleh ahli panel gath WC. Umpama masih biji benih lagi yang tunggu air + baja untuk tumbuh dengan segarnya. Memang best gath WC.
September 2nd, 2008 at 6:25 am
Lewat baca post nie, tak perasan pulak dapat pujian dari sifu… Seronoknya digelar iron lady…