If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Nampaknya sudah lebih sebulan saya tidak menulis sebarang pos di SaifulSham. Ke mana sebenarnya saya menghilang disebalik kemunculan Sabri di gathering Wangcyber dan pos-posnya di SaifulSham kebelakangan ini.

Baiklah,

Saya mempunyai banyak sebab mengapa saya tidak banyak menyumbang penulisan. Pertamanya, saya telah pun menamatkan pengajian pada bulan Mei yang lalu dan akan menerima ijazah dalam Kejuruteraan Mekanikal pada hari ahad ini di Universiti Teknologi Petronas.

Kedua, saya sebenarnya sudah memulakan tugas saya sebagai seorang jurutera di Petronas Carigali, KLCC dalam bidang Hook Up Comissioning & Decommissioning (aktiviti-aktiviti seperti menguji peralatan platform sebelum dipasang di pelantar minyak dan juga membuka peralatan platform apabila tiba waktu pelantar minyak ditutup).

Tugasan saya sebagai jurutera ini ada kaitan dengan ikatan kontrak pengajian selepas di taja Petronas untuk belajar di UTP. Maka, selepas ini, kemungkinan besar saya akan membuat posting di pelantar minyak ataupun dari luar negara.

Oleh sebab itu, tempoh hari saya mencari pekerja untuk membantu saya dalam penghantaran barangan klien SaifulSham khususnya di luar negara.

Ok fine, berbalik pada topik asal, iaitu perjalanan awal SaifulSham membuat transformasi menjadi dropshipper. Banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang dropshipper terutamanya proses membuat deal dengan pengilang.

Untuk kali ini, saya akan ceritakan secebis pengalaman saya dalam journey awal mengubah SaifulSham menjadi dropshipper.

Pada awal perancangan, saya bercadang membuka perniagaan di China iaitu dengan melantik beberapa orang staf di sana dan membuat penghantaran secara direct ke seluruh dunia. Tujuan saya adalah untuk menjimatkan kos penghantaran memandangkan barangan dapat dihantar terus kepada pelanggan selepas menerima pesanan dari laman web. Berbanding jika saya membawa balik barangan itu ke Malaysia, dan menghantarnya ke seluruh dunia selepas menerima pesanan, sudah tentu kos penghantaran menjadi sedikit mahal (double).

Selepas bertanya beberapa orang wholeseller yang sudah senior dalam pasaran dropshipper, rata-rata mereka memberitahu saya proses sebegitu ada risiko yang tinggi.

Pertamanya disebabkan persepsi buruk banyak negara seperti US dan Eropah terhadap barangan yang dihantar dari China. Disebabkan China terlalu popular dengan barangan tiruan, hampir apa sahaja bungkusan yang di hantar dari negara China akan di periksa dan diberikan selian yang ketat.

Beberapa orang wholeseller memberitahu saya, mereka pernah menjalankan operasi dari China dan banyak terjadi kes-kes dimana pelanggan mereka mengadu barangan tidak sampai di tangan mereka.

Oleh sebab itu, banyak wholeseller menggunakan taktik membawa masuk barangan China ke negara lain seperti Singapura dan Malaysia. Disebabkan reputasi Malaysia dan Singapura masih baik, penghantaran barangan ke negara Eropah atau US tidak menghadapi masalah seperti berlaku di China.

Kesimpulannya masih sama, produk masih dibuat di China tetapi ianya akan dibawa masuk dahulu ke negara lain seperti Malaysia. Dan jika terdapat pesanan dari laman web, produk ini akan dihantar dari Malaysia ke negara pelanggan. Nampak kan?

Haha. Saya akan ceritakan lebih lanjut lagi pengalaman suka duka menjadi dropshipper pada masa akan datang. Hendak tahu, kenalah layari SaifulSham selalu.

(Saya tidak berniat mendedahkan laman web dropshipper milik kami buat masa ini)

Bacaan Lanjut: