Apa Yang Membuatkan Setiap Usahawan Berbeza: The Reason Why
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Pertamanya, selamat berpuasa!
Kebanyakan pembaca SaifulSham adalah usahawan ataupun mereka yang berjiwa usahawan. Dan kebanyakan usahawan, baik usahawan internet ataupun tidak mereka ada satu persamaan. Personaliti Type A.
Jika di zaman persekolahan dulu anda ada ambil ujian personaliti, saya percaya kebanyakan anda adalah Type A. (jika belum ambil, kenen2 lah mana-mana kaunselor sekolah/uni. yang anda kenal, mengenali kelemahan dan kekuatan diri banyak gunanya) atau di link ini (mungkin tidak setepat ujian offline)
Satu trait personaliti type A, (ada banyak lagi yang lain) adalah strong minded. Very independent. Dia adalah seorang yang sering berjaya dan berjaya dengan caranya yang tersendiri (macam Dr. M).
Apabila begitu, personaliti dengan type A ini tidak suka dengar cakap orang. Bila dia yakin dia boleh melakukan sesuatu, dia akan buat. Selalunya dia akan berjaya. Jika gagal, itu adalah pengalaman berharga beliau. Mendengar dan mengikut cakap orang kadang-kadang membuatkan personaliti type A ini hidup terseksa. (imagine orang yang suka buat bisnes sendiri kena kerja overtime dan di arah-arah bos. Nak berhenti tak boleh). Selagi dia tak ikut kemahuan dan keputusan dia sendiri dia tidak akan tenang.
Info Tid Bits Hari Ini (bagi yang kebanyakannya personaliti A): Setiap orang ada cita-cita masing-masing. Apa cita-cita anda? Jangan letakkan cita-cita orang lain sebagai cita-cita anda.
Kenapa Anda Memulakan Perniagaan Internet?
Ada orang untuk financial freedom.
Ada orang untuk multiple stream income.
Ada orang sebab tak nak kerja sendiri.
Ada orang untuk income replacement.
Ada orang nak spend time lebih dengan orang tersayang.
Ada orang, sebagai batu loncatan to achieve something more dari sekadar menjana pendapatan di Internet.
Dan walaupun mungkin ada yang terkejut, rupanya orang yang memulakan perniagaan internet ada cita-cita berbeza, tetapi itu hakikatnya. Kebanyakan mereka yang sudah berusia, target mereka sudah semestinya berbeza dengan mereka yang baru beranak dua dan sudah tentu lebih jauh berbeza dari seorang mahasiswa. So, support each other, and work on your own dreams. Usahawan sahaja yang memahami usahawan, jadi jangan buang masa dengan perkara-perkara remeh.
Dan yang lebih penting, setiap target ada cara dan jalannya yang tersendiri. Ketahui jalan anda dan go all the way.
Go get them, tiger!
Sabri
Why?
Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under Anecdote, Kerjaya Sebagai Usahawan | RSS


















ehm, setiap orang ada alasan tersendiri. Cuma kita takkan tahu melainkan diorang bagitau kita..
Berbeza ni apa maksud sebenarnya?

berbeza dari sudut ape?
target or cara menjalankan bisnes?
jika target, ianya memang bukan perkara yang baru..Memang kita berbeza kerana kita ni manusia yang berbeza..
Target atau Matlamat yang jelas dan kukuh merupakan kekuatan individu mencapai impian mereka, Kita tidak boleh sambil lewa dalam meletakkan matlamat kita, Matlamat yang samar-samar akan menjadikan jalan mencapai matlamat itu juga samar-samar. Berkobar semangat saya baca penulisan encik sabri kali ni..
p/s: teringat pulak azam awal 2008..herm hermm..
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
Seperti biasa..post yang sangat memotivasikan diri..
semoga setiap kita akan mencapai target kita masing2, insya Allah..
bayangkan anda 10 tahun dari sekarang..
Betul tu Sabri! Walaupun banyak halangan dan kurang IT background tetap ku lakukan jua dan alhamdulillah kalau kita tak cepat putus asa, memang boleh berjaya.
Memang tak senang duduk bila yang masih bekerja dengan cita-cita nak jadi usahawan yang berjaya ni! Bila talipon berbunyi tak tau nak pegang yg mana satu, last-last pick up yang boleh tambah income kita.
Cita-cita nak bekerja dari rumah sahaja dan beri tumpuan pada keluarga.Masih belum terlambat.
Mmm..kesimpulan yg boleh dibuat; perbezaan matlamat ni boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor: seperti status (dah kahwin/masih bujang), karier (bekerja/masih belajar) dan jantina.
Sebelum kawin, mungkin matlamat kita lain..tapi lepas dah kawin, akan ada pertambahan matlamat baru.Atau mungkin matlamat lama akan berubah menjadi matlamat baru.
So, tak boleh la kita nak complain cara org lain. Masing-masing ada target tersendiri dengan jalan yg tersendiri.
p/s: Sabri, bila nak kawin?
Kalau tak dipecahkan ruyung macam mana nak dapat sagunya. Kalau dilayan halangan yang datang, memang bye-bye lah jawabnya.
Tapi yang penting juga, cari kawan yang sama cita-cita. Boleh share dan tolong menolong bila stuck. Maklumlah, IT kurang celik lagi..
Tips yang sungguh memberi motivasi. Terima kasih Sabri!
fazidah
http://www.bengkungmoden.com
betol-betol… as for me, sebagai seorg siswa kat Uni, mmg sgt2 ramai kawan-kawan yang sudah membuka mata. nk wat business. mana x nyer, ada member yang sudah siap pakai toyota vios baru lagi.
p/s: biness bisnes jugak, pelajaran jgn lupe. renungkan2 dan selamat beramal~
Setuju dgn pendapat saifulsham, kebanyakan pembaca blog ini adalah dari golongan Type A. Golongan ini tidak akan mengalah selagi cita-cita mereka tidak tercapai. Kalau dah tercapai pun mereka akan teruskan jgk.
Terfikir pulak…
Kenapa orang yang ada target ni tak berjaya?
Adakah kerana ianya tak jelas?
Adakah kerana diri mereka takut akan kejayaan (ada jugak orang macam ni kan)?
Terfikir pulak…
Time to go for prayers and seek His guidance. And make a heck lot of money.
We, entrepreneurs love money, right?
P.S Can ya tell us why you make money online, Sabri?
Lain orang lain caranya….ARB Dagang
Menarik betul info tid bits hari ini - Setiap orang ada cita-cita masing-masing. Apa cita-cita anda? Jangan letakkan cita-cita orang lain sebagai cita-cita anda.
Sama juga masuknya kalau orang yang tidak ada plan atau matlamat dalam hidup. Sebab kalau dia tak ada matlamat, atau plan, dia terpaksa follow plan orang lain.Jadi sesiapa yang belum ada matlamat kenapa nak mulakan/jalankan bisnes internet tu. Mula dari sekarang.
Sorry tambah sikit. Dah buat personality test tu. Saya type A- maknanya memang bakal berjaya lah nie. Insyaallah! Doakan saya…
alasan aku hebat sket, macam ko cakap tue, nak jadikan batu loncatan untuk satu matlamat lain..
Matlamat aku nak kuasai dunia… huhu, ader orang nak gelak x?
Jika pembaca selalu dtg ke blog ini, bermakna dia dari kelompok Type A.
hehe, aku pun type A gak ker? Btol kot, sebab aku x pernah dengar cakap orang lain yang bisa meruntuhkan semangat aku nak jadi jutawan internet.. Haha!!
Hi Saiful, terima kasih kerana berkongsi maklumat sebegini. Harap dapat diteruskan lagi. Syabas!!!