SMS Raya Untuk Protege SaifulSham
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Raya lambat lagi.
Bukan apa sebenarnya, Raya kali ini saya takde feel raya sangat sebab saya tengah runsing untuk projek tahun akhir saya. Saya tak nak Raya datang cepat sangat. Prototaip ecommerce saya sekejap berfungsi sekejap tidak. Present sejurus selepas raya.
Ramai orang ingat atau akan kata, “Alah Sabri pandai, gerenti boleh punya nanti. Dont worry lah“.
Sebenarnya, walaupun saya suka untuk berasakan diri saya Superman, boleh buat semua sekali, tetapi tidak begitu realitinya. Mungkin (insyaallah harap-harapnya), mungkin saya boleh, tetapi kalau saya tak duduk sampai lenguh-lenguh pinggang mengadapnya dan buat, benda tu tidak akan diperbaiki dan jadi sendiri.
Sampai lah point saya untuk hari ini buat protege-protege SaifulSham.
Anda telah disediakan dengan secukupnya. Namun kadang-kadang, perasaan ingin gagal tu selalu menggagalkan anda. Ada sahaja masalah dan kekangan dari segi masa, tidak tahu benda yang tidak perlu tahu dsbnya digunakan sebagai alasan. Walhal, benda yang tahu anda tidak implementkan dengan fokus pula.
Anda lihat depan, anda lihat kiri dan kanan. Hanya seorang dari anda berempat akan berjaya. 25%. Make it you!
Berikut adalah emel yang baru saya terima 2 hari lepas dari seorang protege saya:
Apa khabar? Semoga semuanya ok saja
![]()
Just nak bagi tau, ebook akak dah pun siap bertajuk “panduan selepas bersalin caeserean”. Tapi betul lah… lepas ebook tu akak letak kat website dan jadikan sebagai free gift sales akak melonjak walaupun dibulan puasa dan dekat nak raya.
Ditambah pula dengan sistem affiliate yang akak buat, terus visitor bertambah… alhamdulillah. Selain dari tu akak juga dah improve product presentation, letak riben pada bengkung supaya nampak cantik skit. Sales target dah achieve. yang nak jadi reseller pun dah ada cuma akak kena hold dulu sebab stok baru belum sampai. Ditambah pula draft T&C untuk jadi reseller belum siap lagi.
…
Kak Faz,
Selain dari Puan Fazidah, saya juga ingin mengucapkan berbanyak tahniah kepada seorang lagi protege kami, Pn Rahimah yang mengendalikan MySetBersalin.com . Kepada pembaca tetap SaifulSham.com, mungkin anda masih ingat beberapa bulan lepas Pn Rahimah melaporkan peningkatan jualan setelah melakukan beberapa perubahan yang disarankan oleh kami.
Jika anda lihat kedua-dua laman web Pn Fazidah dan Pn Rahimah, web site mereka ini bukanlah sempurna lagi pun. Masih ada benda yang boleh diperbaiki. Namun itu pendapat kita. Tetapi yang mengagumkan saya, mereka berusaha untuk implement sikit-sikit apa yang mereka boleh. Dan mereka mendapat hasil dari penambahbaikan yang mereka buat itu.
Mereka tak berdiam diri dan cakap pada diri sendiri, “alamak Sabri, macam tak boleh buatlah. Susahnya”
Mereka buat.
Bukan sahaja itu, selepas seminar buat protege kami, kami wajibkan mereka. Sebagai langkah pertama dan tanda komitmen anda, anda perlu ada blog.
Untuk contoh blog yang dihasilkan dengan bersungguh-sungguh dan komited, sila lawati dua blog oleh dua wanita gigih ini.
Bukan mudah untuk menulis dalam bidang ini, namun mereka perlahan-lahan menulis juga. Tahniah sekali lagi. Saya tak terus tulis di SaifulSham mengenai mereka, tetapi saya observe dulu selama sebulan dua nak tengok mereka konsisten menulis atau tak. Alhamdulillah, mereka konsisten.
Kepada pembaca SaifulSham, jika anda wanita anda mungkin nak bookmark blog-blog tersebut dan beriteraksi dengan mereka. Mereka cool mums and cool sis.
Kepada pembaca lelaki, mungkin anda boleh suruh girlfriend, wife ataupun ibu anda selalu baca-baca apa yang mereka ingin kongsikan.
Yang Buat Saya Terduduk…
Apabila ada yang memberitahu saya “Tak tahu nak blog pasal apa”
Sebenarnya ini bukan alasan yang boleh diterima sebab kita dah cover tentang apa yang boleh ditulis. Saya boleh faham lagi jika yang bertanya itu sudah mempunyai blog dan sudah kehabisan topik untuk menulis, tetapi ini yang bertanya ni belum ada blog pun lagi!
Itu bukan tidak ada idea, itu tidak ada usaha. You can do better than this.
Ada juga yang berkata, “En Ehem ehem tak ada blog pun?”
Ini seolah-olah berkata, “Ada orang bawa kereta tak ada lesen tak accident pun.”
Blog adalah tanda komitmen dan batu asas kejayaan anda.
Tanpa blog memang anda boleh berjaya, tetapi jika anda tidak boleh menghulurkan sedikit bukti atas komitmen anda, jika tiada sauh untuk pengembaraan anda, kapal anda akan teroleng-oleng digoncang ombak cabaran.
Just do it. Not just for blogging. Tapi untuk apa juga projek dan perancangan anda.
Sebagai mana saya dan projek tahun akhir saya. Jika saya tidak buat, ia tidak akan siap dan tidak akan dapat diperbaiki. Jadi saya mengingatkan diri saya dan protege-protege saya, Just Do It! Duduklah sampai sakit pinggang pun (jika terpaksa), someone has to do it.
Marilah kita Just do It bersama-sama.
Okeh. Ini bukan SMS ni, ini khutbah ni.
Tetapi tak apalah. Anggap ini sebagai pep-talk untuk menaikkan semangat anda. Seperti mana Rafael Benitez menyemarakkan semangat pemain Liverpool ketika separuh masa dan ketinggalan 0-3 kepada AC Milan pada tahun 2005 (Liverpool berjaya kejar dan menang final Champion League itu).
Jangan segan untuk menghubungi saya, saya ni mulut lepas dan memang kalau di minta untuk memberi pandangan saya bagi pandangan yang betul-betul. Tetapi hati saya baik dan saya tak simpan perasaan. hehe… Yang bagus saya kata bagus, yang kurang bagus saya bagi cadangan untuk diperbaiki (boleh tanya protege-protege yang saya review projek mereka)
Kepada protege-protege saya, saya mohon maaf zahir dan batin jika ada yang kepanasan oleh mesej ini. Tetapi itu pointnya. Saya ikhlas mahu melihat kejayaan anda, dan saya akan melakukan apa sahaja yang saya boleh untuk memaksa anda berjaya. Walaupun pada mulanya anda mungkin rasa tidak selesa, itu untuk mengeluarkan anda dari comfort zone.
Yang Ikhlas,
Sabri
Your Business Coach,
Next Post: Khutbah Untuk Pembaca SaifulSham pula saya akan tulis dalam post akan datang ya (yalah, kena utamakan customer dulu kan.)


















Salam adilfitri buat sabri, syazwan & crew. Saya dari protege group terawal. Sebelumnya bekerja dengan orang hari ni bekerja sendiri membina kedua-dua perniagaan online & offline. Ada pasang dan surut. Up satu tips bolh?..untuk diri sendiri dan semua usahawan - berdoalah (bulan posa ni lagi lah terbuka pintu rahmat). Minta pada Allah permudahkan urusan kita didunia ni.. amin. Okeh..Maaf zahir batin.
Assalamualaikum dan selamat hari raya
Saya pn nak ngadu jugak pasal business online nie bknye mudah utk mendapatkan hasil…tak tahulah bagaimana ingin mendapat hasil yg lumayan..sedang org iklankan berjuta masuk setiap hari.seronok mendengarnye..alangkah bagusnye sekiranye kita pun dapat merasai nikmat berjuta itu…
Apapun selamat hari raya aidilfitri BGBJ ucapkan kepada semua rakyat malaysia tak kira dimana sensiata anda berada…
Assalamualaikum Sabri,
Memang diakui hanya yang 25% sahaja daripada peserta khursus itu yang berjaya. Sebenarnya kita yang memilih samaada kita yang mahu tergolong dalam golongan yang berjaya atau tidak. Pendek kata, yang membuat pilihan diri anda. Saya perhatikan dalam perniagaan internet ini, Kegagalan anda boleh berpunca daripada satu sbb yang sangat kecil…Bertangguh dan Malas…macam menulis blog…kalau tiada minat..kita hanya akan membiarkan blog kita mati begitu saja….terima kasih kerana banyak membantu. Walaupun baru sahaja dalam pencarian ilmu internet ini, banyak pengetahuan asas yangh saya faham dengan jelas darpada tunjuk ajar encik Sabri. Selamat hari Raya Maaf zahir dan batin
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
~Jadikan Mimpi satu realiti~
En Anas,
Saya salute dengan En Anas. Saya kagum dengan kesungguhan En Anas. Produk jualan pertama En Anas dijual bukan untuk keuntungan semata-mata (margin kecil), tetapi yang lebih penting En Anas kata supaya En Anas faham sistemnya dan macam mana perniagaan internet berfungsi kan? Jika lebih ramai orang ada semangat dan kemahuan seperti En Anas mereka juga boleh berjaya.
En Haizal,
Point yang bernas tu En Haizal. Bertangguh. Sebab, waktu kerja saya tak jalan, biasanya sebab saya bertangguh lah. Hmm, nampaknya kena cari cara supaya tak bertangguh ni. Perkongsian yang bernas!
Sabri
BGBJ,
Oh, itu sebab En salah teknik.
Walaupun prospek berjuta, tetapi mereka bukan targetted prospek. Sebab itu ia akan memudahkan tugas
kita jika ada coach dan bantuan dari mereka yang telah melakukannya.
Dapatkanlah panduan-panduan yang baik yang berada di pasaran sekarang.
Sabri
Salam
Sebenarnya, perkara paling penting bagi saya adalah “bimbingan dari Saifulsham aka Sabri” sebab tanpa coaching yang sebegini tak mungkin saya dapat mencapai sales target seperti yang saya inginkan dengan lebih cepat.
Sebelum menghadiri seminar Saifusham, saya pernah cuba meminta pandangan dari beberapa orang tentang website saya dan apa yang boleh saya perbaiki.. . but it’s your comments & suggestions that make it works, Sabri! Terima kasih!
Selamat hari raya maaf zahir batin
Fazidah
Kalau begitu, boleh E. Sabri tolong lihat-lihatkan 1 minisite yang saya baru bina (first time nie) untuk mempromosikan 1 produk affiliate. En. boleh lawatinya di
http://silentmoney.co.cc/
Pastu tolonglah bagi komen tentang minisite tu besrta dengan blognya sekali yea. Please.
Pastu kirimkan komen tu kat e-mail saya di
saifulktb@gmail.com
” Ramai orang ingat atau akan kata, “Alah Sabri pandai, gerenti boleh punya nanti. Dont worry lah“. ”
mungkin aku akan kata begitu jugak hehehehe. Sabri memang seorang yang rajin. all the best final year project.
Assalamualaikum dan selamat hari raya semuanya. Rasanya tanpa guidance kita boleh hilang arah dan putus asa.Jika jadi begitu, lambat laun semangat pun hilang dan cita-cita nak jadi usahawan perniagaan internet boleh berkubur. Itu adalah sebab utama saya mengambil keputusan untuk menghadiri seminar dari Saifulsham. Memang berbaloi!
Semuga Saifulsham dan kesemua protege yang lain ( termasuk saya sendiri
akan terus cemerlang. Insyaallah!