Saya terbukti benar dalam Skim Cepat Kaya Penternakan!
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Lihat pos saya pada 16 Jun 2008 disini.
Lihat pula berita di Utusan Malaysia hari ini disini.
atau untuk sesiapa yang ingin lebih jelas, dibawah saya sertakan laporan akhbar disini;
KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.
Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.
BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. —-ini contoh syarikat penternakan lembu
Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.
Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.
Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.
Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.
BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.
“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.
Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.
Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.
Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.
Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.
Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.
“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.
Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.
———————————————————————————————–
Apa kesimpulan yang dapat dibuat daripada berita diatas? Saya bercakap bohong atau siapa yang bercakap bohong.
(Terdapat beberapa komen dalam pos saya pada 16 Jun yang mempertahankan skim cepat kaya dalam penternakan yang tidak dapat saya siarkan kerana terlalu kasar)
Saya sebenarnya sudah bosan dan lali apabila orang yang menceburi skim-skim sebegini mempertikaikan saya kerana beranggapan saya budak mentah dan tidak tahu apa-apa. Sehinggakan ada penyokong skim sebegini yang menyuruh saya bersumpah atas nama Allah bahawa saya bercakap benar.
Saya tidak perlu pun bersumpah seperti mana Anwar Ibrahim sendiri tidak lakukan, kerana saya bercakap atas fakta dan belajar daripada orang yang lama dalam dunia perniagaan dan kewangan.
Saya tidak perlu menunggu skim sebegini diserbu barulah saya tersedar bahawa saya ditipu. Sejak dari mula lagi saya sudah menangkap perkara ini dan tulisan saya pada 16 Jun lalu kini dibuktikan benar.
Bagi yang masih mempertikaikan saya, biarlah saya beritahu, antara mentor saya dalam perniagaan adalah bapa saya sendiri yang berpengalaman berbelas tahun dalam dunia kewangan dan seorang saudara saya iaitu Dato’ Salleh (bekas pengerusi KFC Holding).
Malah saya pernah bertanya pada Dato’ Salleh pengalaman beliau menguruskan KFC, beliau katakan sedangkan KFC yang menternak ayam secara besar-besaran (kontrak farming) pun mencatatkan keuntungan yang sederhana, bagaimana orang yang baru menceburkan diri dalam penternakan boleh memberi dividen kepada pelabur sehingga 10 peratus setiap bulan atau 120 peratus setahun?!!!
Ini bermaksud jika dividen pun sudah 120 peratus setahun, berapa nilai keuntungan sebenar mereka? Mesti lebih 120 peratus setahun dan bagaimana syarikat yang baru begini begitu hebat boleh memberikan pulangan sedemikian ditambah dengan keadaan ekonomi semasa sekarang yang lesu.
Sehingga tahap ini, masih ada lagi orang yang mempertahankan syarikat penipu sebegini hanya kerana syarikat ini berlindung disebalik operasi perniagaan yang sah. Bukan sahaja penternakan, ada juga skim cepat kaya yang berselindung di sebalik operasi pelancongan dan lain-lain.
Untuk pengetahuan anda juga, sepupu dan bapa saudara saya mempunyai syarikat agensi pelancongan iaitu Yaskin Travel & Tours Sdn Bhd dan Maslin Travel & Tours Sdn Bhd. Mereka sendiri memberitahu saya dalam agensi pelancongan yang melibatkan bisnes servis, kadar keuntungan paling tinggi pun 15 peratus. Dan bisnes pelancongan amat bergantung pada keadaan ekonomi semasa dan politik.
Sepupu saya sendiri memberitahu walaupun syarikatnya mendapat tempahan oleh agensi kerajaan, tetapi dizaman harga kegawatan ekonomi ketika ini, kerajaan mengawal bajet dengan ketat dan beliau tidak boleh bergantung semata-mata pada kontrak kerajaan.
Jadi, saya hairan dan masih kecewa kerana terdapat segelintir orang masih yakin dan percaya akan skim sebegini. Pada mereka, janji selepas mereka melabur mereka merasa yakin dan semua pendapat orang lain diketepikan. Memanglah mereka boleh memberitahu saya,
“Kalau benar tipu, kenapa tiada tindakan pun diambil kerajaan?”
“Kalau tipu, mengapa saya masih mendapat bayaran?”.
“Ini bukan Swiscash, mereka mempunyai perniagaan yang nampak dan jelas!”
Dan saya ingin menjawab, memang tiada tindakan diambil kerajaan selagi tiada laporan dibuat. Macam kalau saya merompak rumah anda, tetapi anda tidak membuat laporan polis. Adakah pihak polis akan mengambil tindakan?
Masalahnya sama dengan skim sebegini, mereka merompak wang anda secara terhormat dan dengan keizinan anda. Pada zaman ini, orang yang pergi merompak bank dan memecah rumah adalah perompak yang yang ketinggalan zaman, sedangkan cara paling senang ketika ini adalah dengan merompak melalui skim cepat kaya.
Sesungguhnya, skim cepat kaya mana yang tidak membayar ahlinya. Kalau tidak, awal-awal lagi sudah lingkup. Ia bukan berkaitan masa sama ada ia membayar selama sebulan, dua bulan, setahun, ia berkaitan wang tersebut yang tidakpun dilaburkan dalam perniagaan. Ia hanya berputar-putar dan bergerak dalam satu tempat. No value added!
Akhirnya mereka akan tumbang juga. Itu sahaja. Kesannya, pelabur juga yang bakal merana.
Percayalah, perompak zaman moden seperti Skim Cepat Kaya tidak akan terpekik-pekik dan melolong mengatakan mereka sedang merompak wang anda. Apa yang mereka perlukan adalah sedikit kepandaian dan juga tarikan yang mampu menghilangkan waras orang ramai.
Dahulu memang kita popular dengan skim seperti Swisscash, dan sekarang pun skim tersebut tetap sama, cuma ditukar modus operandi dengan bersembunyi di belakang perniagaan yang sah seperti penternakan lembu dan sebagainya.
Sebenarnya anda tidak perlu menunggu skim sebegini diserbu barulah ingin tersedar. Jika ada yang mengatakan kepada anda, “Ala, ini 4 syarikat sahaja tidak betul,sebab tu keluar paper, syarikat XXXX lain, mereka benar, tengoklah hanya 4 syarikat dalam berita diatas sahaja diserbu, syarikat XXXX tidak pun diserbu”.
Jawapannya mudah sahaja, “Modus operandi sama sahaja tidak kiralah jika syarikat XXXX itu tidak diserbu. Apakah anda mahu menunggu sehingga habis wang simpanan dikorek barulah hendak tersedar. Berhentilah bangun dari lamunan.”
Cukuplah sekali ditipu. Kata orang, jika kita dipatuk ular oleh lubang yang sama 2,3 kali, itu petanda yang amat buruk sekali.
W.M.Syazwan
Bacaan Lanjut:


October 14th, 2008 at 5:03 pm
hehe. betul. kita tunggu saje apa yang akan jadi. Ni baru disyaki. Tapi biasanay kalau dah kene ambush camni, memang tutup la rasanya..
October 14th, 2008 at 5:58 pm
Hahahaha. Orang dah bernafsu nak kaya cepat tapi tak nak kerja kuat, apa boleh buat…
October 14th, 2008 at 8:59 pm
nasib laaa labuuu. nak cepat kaya punya fasal
October 14th, 2008 at 10:11 pm
Tak habis-habis lagi benda ni sampai sekarang. Kalau malas usaha dan tak berani ambil risiko, harap orang bayar saja….sampai bila pun takkan berkembang.Cuba la laburkan duit tu kat Saifulsham tu ye tak?
October 14th, 2008 at 11:59 pm
sejak dua menjak nih…banyak nampak kereta dok tampal stiker buluhmas, termasuklah penduduk di kawasan saya saya. pastu saje gatal tangan amik flyer kat satu kedai petronas pasal buluhmas ni. baca je..nak tengok ape ceritanya. tup tup dah kantoi huhh…mcm2.
bab psl skim cepat kaya nih, sampai kiamat pun xhabis selagi ramai yang memang mudah terliur dengan iklan duit cepat dan untung berkali2 lipat ganda. mana ade bisnes lembu boleh untung cepat. kawan saya yang jual lembu yang dah lama pun xde untung cepat. semua makan masa, kadar untung pun tahap biase je. tapi kalau jual lembu atas kertas tanpa lembu yang realiti mmg untung cepat dan tunggu masa nak kena aje.
October 15th, 2008 at 3:57 am
Ada sesuatu yang kita boleh pelajari dan amati dari Buluhmas.
Cara marketing mereka dan cara mereka menarik pelabur. Boleh juga diaplikasikan pada perniagaan kita
October 15th, 2008 at 4:10 am
assalammualaikum w.t.h
KERANA HANYA DENGAN AKAL YANG DAPAT MEMBEZAKAN KITA DENGAN HAIWAN. KERANA YANG ESA TELAH MENCIPTA KITA DENGAN PENUH SIFAT. DAN KITA HARUS MENGUNAKAN AKAL YANG TELAH DIKURNIAKAN OLEHNYA DENGAN SEPENUH KEMAMPUAN KITA SUPAYA TIADA ORANG YANG MENGAMBIL KESEMPATAN TERHADAP KITA. DAN KITA JUGA HARUS INGAT,YANG KITA HANYA BERUSAHA,HANYA DIA YANG DAPAT MEMBERIKAN APA YANG KITA MAHU TERMASUK KEBAHAGIAAN/KESIHATAN/KEMEWAHAN. HANYA SAHABAT YANG AKAN BERCERITA BERKENAAN APA YANG TERBAIK YANG DIA TAHU DAN TIDAK MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN MEMBERITAHU APA YANG TERBAIK UNTUK DIRI MEREKA SENDIRI.
RAMAI ORANG MELAYU WALAU DAH MAJU DALAM ILMU TAPI BODOH DALAM MENGUNAKAN AKAL..DAN PADA YANG KENA TIPU TU…JANGAN SALAHKAN TAKDIR..SALAHKAN DIRI YANG BODOH..OPSSS MAAF..BAHASA KASAR…
BIAR TAK KAYA DENGAN DUIT,TAPI KAYA DENGAN ILMU..
p/s nak buat skim cepat kaya bayar 10% sejam…sapa berani join??wakakkakaka
October 15th, 2008 at 8:10 am
Fuh! Betul la.. Banyak masalah nie terhasil bila berlaku kepada kita.. Tapi ramai yang promote pasal dapat duit..
Thanks for sharing..
October 15th, 2008 at 8:33 am
saya baru perasan rupanya buluhmas pn termasuk dalam skim cepat kaya. dalam projek di universiti kitorang siap dapat mintak buluhmas jadi penaja bersama lagi. hebat betul marketing buluhmas nih.
October 15th, 2008 at 9:04 am
Tak sangka btul la…. ingat baru je nak invest kat buluhmas… konon2 nak pasive income..
bab penternakan tu, mmg dah lama tau,tak btulnye..
pandai btul mereka ni menanam tebu di tepi bibir…
October 15th, 2008 at 9:40 am
Ada sesiapa boleh terangkan tak, bagaimana buluhmas boleh dikategorikan sebagai skim cepat kaya?
Kurang faham la..
October 15th, 2008 at 10:14 am
tak serik2.. betullah tu.. bab duit ni.. orang warak pun hilang waras.. sepupu saya.. amalan akhirat tak lupa.. gigih dan taat.. tapi bab cam ni taksedar yang duit tu dah jadik haram bila nilai keuntungan/deviden/bunga/riba tu dah ditetapkan %nya.. still lagi nak ajak saya masuk.. mungkin company yang dia masuk belum kena… tapi lamnbat laun kena gak..
October 15th, 2008 at 11:21 am
hehe….mmg btul skim2 nih sumer tipu…saya sendiri pnah dpt email cerita pasal bnda ni…saya tanya mcm2 soalan sampai diorang takleh nak jawab.ada yg buat kononnya melalui koperasi..saya call koperasi yg dikatakan tu…kononnya mereka memerlukan modal utk besarkan perniagaan…so mereka buat dgn cara mencari seberapa ramai pelabur dan dijanjikan dgn dividen 10 % sebulan setahun dah 120 %.saya tanya kalo mereka nak besarkan perniagaan mengapa tak pinjam dgn bank,kan lagi rndah bayaran balik pinjaman,mengapa perlu bayar dividen yg tinggi kepada pelabur.terus depa takleh nak jawab….hahaha! dah tau dah mmg depa takkan ble jawab..sajer jer nak kna kan dorang nih…
October 15th, 2008 at 11:35 am
man ada jalan pintas untuk berjaya .. perlu ketekunan . ..eks masih ramai yang terjebak dlam skim2 mcm nie lagi.. …kebanyakkan org kita plak tu ..
October 15th, 2008 at 7:22 pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya akui dalam tugas mendidik masyarakat memang banyak cabaran yang perlu ditempuhi, syabas untuk Sabri kerana mempunyai kesabaran yang tinggi dalam memberikan info sebenar kepada masyarakat Malaysia. Saya sudah 3 kali terkena dengan program skim cepat kaya, daripada Swisscash,Abbfund,Jai Network dan sebagainya.Saya membayar dengan harga yang mahal untuk pengalaman ini kerana kerugian RM200,000 untuk pelaburan-pelaburan ini. Kajian perlu dilakukan sebelum kita melakukan sesuatu. Ambil iktibar daripada pengalaman orang lain.
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
~Jadikan Mimpi Satu Realiti~
October 16th, 2008 at 12:45 am
terlalu byk skang ni ..pening2…
October 16th, 2008 at 1:40 am
Ramai yang tidak tahu peranan dan fungsi sebenar sesuatu agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan…SSM untuk daftar perniagaan dan syarikat dan bukannya keluarkan lesen pelaburan (ianya dikawal selia oleh Securities Commision dan Bank Negara Malaysia)…
Oleh kerana kurang faham dan tidak berapa pandai , maka ramailah yang kena tipu oleh penggendali Skim Cepat Kaya yang hanya bermodalkan lesen SSM…dihebohkanlah di sana -sini kononnya perniagaan yang sah…berdaftar dengan SSM…mereka berani tunjukkan wajah di Laman web mereka(ntah muka siapa ntah yang dipinjamnya)
Jadi ingat perbezaan di antara SSM dengan BNM & SC…satu untuk lesen perniagaan dan satu lagi untuk Lesen Pelaburan…
Kayakan diri dengan ILMU dahulu …baru anda boleh menjadi KAYA..!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi
http://www.PemikirKaya.com
October 16th, 2008 at 12:37 pm
Saya ada pengalaman menyelidik sebuah syarikat. Pada awalnya seorang guru menyarankan rakannya menyertai sebuah syarikat MLM, tetapi tak perlu beli barang dan hanya deposit wang, kemudian dapat keuntungan.
Memang banyak duit yang diperolehinya dan ditunjukkan bukti. Tetapi apabila saya baca modus operandinya, ia sudah jadi semacam skim pelaburan dan MLM. Dengan alasan kalau tak mahu menjual, labur sedikit modal untuk orang lain gerakkan MLM.
Macam-macam gambar ditunjuk dalam laman webnya. Ada kedai runcit, restoran, bisnes angkut pasir dan industri pun ada.
Saya tidak sedap hati lalu hubungi nombor yang tertera. Itu pun selepas baca laman web rasmi Bank Negara dan Kementerian Perdagangan berkaitan lesen MLM dan lesen untuk mengutip wang bagi tujuan dana pelaburan.
Saya telefon dan minta nombor rujukan lesen bagi pengesahan. Rupa-rupanya laman web itu adalah laman web ahli biasa dan bisnes itu sendiri tidak ada laman web rasmi.
Beliau beri nombor syarikat berkenaan. Saya telefon dan bertanyakan perkara yang sama. Yang menjawab telefon terpinga-pinga. Seolah-olah dia tidak tahu kewujudan dua jenis lesen yang dikeluarkan oleh dua entiti berkenaan.
Kemudian beliau jemput saya ke program briefing untuk jelaskan perjalanan bisnes. Saya masih mahu dua perkara tadi. Akhirnya dia minta saya hubungi pengasas syarikat berkenaan.
Aduhai, selepas itu saya sms guru yang sedang dipujuk rayu oleh rakan segurunya, “Jangan masuk. Mencurigakan.”
Hairan, mengapa begitu susah nak dapatkan pengesahan sampai hendak ke pengasasnya. Adakalanya ada perniagaan yang jujur tapi melompat-lompat. Akhirnya diserbu sebab tidak ikut peraturan.
Nota: Saya masih tidak berpuas hati dengan etika bisnes dalam cerita di atas sehingga ke hari ini.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com
October 16th, 2008 at 1:13 pm
ader satu lagik skim pelaburan bela ikan keli ntah betul ker tidak
October 19th, 2008 at 12:43 pm
Rasanya dah banyak kali SS dok nasihat tentang skim2 macam ni.
Mungkin ramai yang tertarik dengan “jangkaan pulangan” daripada kaji sesuatu skim tu sah atau tidak.
October 20th, 2008 at 6:01 pm
masin betul mulut ss ni..
October 21st, 2008 at 10:20 pm
ramai sangat nak kaya cepat tuuh
October 22nd, 2008 at 11:24 pm
Boleh komen plak pasal saudagarceramic.com
ramai sibuk promote ni..
Ada pendapat??
October 23rd, 2008 at 4:34 pm
salam saiful, ini lah bahana yang tak sedap dengar, saya pun pernah juga terkena, mcm2 skim nak jadi kaya, dulu saya pernah masuk SWISSCASH, hingga sekarang habuk pun tarak!!! keruigian di tanggung sebanyak BND$15k,tapi kita kan manusia, memang biasa buat kesilapan..apa2 poun nak minta tolong lah pat kamu2 ni ada ker tidak perniagaan atau apa2 kat internet ni boleh buat duit?maksud saya HALAL dan boleh dipercayai?anyway thankz sapa2 yang nak tolong tu k…ok kengkawan, assalam..
October 25th, 2008 at 3:51 pm
saya rasa benda nie leh kurang kalau dividen dan internet bank kat Malaysia meningkat nie interest ciput giler
October 26th, 2008 at 3:05 am
Sedih tengok kebanyakan bangsa melayu yang buta hati dalam soal pelaburan dan pengurusan kewangan. Terlalu cepat orang kita percaya perkara tak logik dek akal macam tu.
Sepanjang tempoh saya berkecimpung dalam industri pertanian sama ada di sektor swasta dan kerajaan prinsip asas kita memaksimakan keuntngan dan mengurangkan kos, itupun kita tak dapat nak capai apa yang buluh mas capai.
Orang kita kena faham soal kos, pendapatan dan keuntungan dalam perniagaan bukan nak main terjah adan cekup bulat-bulat apa orang lain cakap.
Saya cadangkan yang minat sangat nak melabur tu at least pergi apply jadi Unit Trust Consultant kat mana-mana Syarikat Unit Aamanah contohnya Public Mutual ke. Dah masuk baru kita dapat belajar dan faham apa pakar-pakar maksudkan ‘pelaburan’ atau ‘Investment.
So, Jadilah orang yang bijak menilai yang baik dan buruk, yang logik dan tak logik dan yang betul dan tak betul.
Yang dah tertipu tuk baliklah ke pangkal jalan. jalan jadi pemusnah anak bangsa dan cakap yang dia buat benar dan betul.
October 27th, 2008 at 6:44 am
1)Apa salah dengan MLM malaysia??
JAWAPAN NYA : MLM malaysia di pengaruhi sifat tamak oleh manusia yang pentingkan duit dan diri sendiri daripada sedara mara/kawan-kawan/jiran dia dalam masa sama mengaku berminat untuk menolong kita. Saya cuba kupas persoalan ini ok??
ASAS SATU MLM ADALAH UNTUK BERKONGSI BENDA YANG TERBAIK YANG KITA TAHU DENGAN SAUDARA/KAWAN/JIRAN KITA..CUBA KITA PERHATI KAN,ADAKAH INI YANG DILAKUKAN OLEH MEREKA??
KEBANYAKKAN PRODUK YANG DIJUAL OLEH MLM MALAYSIA ADALAH TANPA KAJIAN SAINTIFIK .YANG ADA CUMA PLAN PEMASARAN YANG HEBAT SAHAJA.JADI APA YANG MEREKA JUAL?? TEMASUK JUGA PERKHIDMATAN……
PRODUK YANG BAIK UNTUK KITA ATAU PELUANG MENJADI KAYA MACAM UPLINE MEREKA?.MALAYSIA MEMPUNYAI PESAKIT BUAH PINGGANG YANG TERBANYAK DI ASEAN.KENAPA INI BERLAKU?
DISEBAB KAN 90% MEREKA YANG MELAKU KAN MLM HANYA BERMINAT DENGAN DUIT SAHAJA.MEREKA MENJUAL APA SAHAJA PRODUK YANG MEREKA RASA BAIK UNTUK KEKAYAAN MEREKA TANPA MEMIKIRKAN KESAN APA YANG AKAN TERJADI PADA KAWAN/SAUDARA DAN JIRAN MEREKA.PADA SAYA,BIAR LAH SAYA PAPA MISKIN DARI SAYA MENIPU SAUDARA /KAWAN/JIRAN SAYA .MUNGKIN RAMAI YANG AKAN MARAH BILA SAYA MEMBERI KOMEN INI..TAPI INGAT LAH..MLM BUKAN KEDAI RUNCIT,BUKAN KEDAI MAKAN,BUKAN SUPERMARKET..MLM ADALAH MENJUAL/BERKONGSI APA YANG KITA TAHU TERBAIK BERDASARKAN FAKTA PADA ORANG KELILING KITA,TUHAN AKAN MEMBERI KITA KEKAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT BILA KITA MEMBUAT PERNIAGAAN BERDASAR KAN KEBENARAN FAKTA BUKAN ATAS ANDAIAN ATAU KEKAYAAN…..SAYA BAGI CONTOH..ANDAIKATA KITA AKAN MELANGGAR DINDING DENGAN KELAJUAN 80KM SEJAM,APAKAH KERETA YANG AKAN KITA GUNAKAN?? BMW ATAU KANCIL?? SEMUA AKAN MEMILIH BMW KERANA FAKTA MENGATA KAN BMW ADALAH LAGI BAIK DARI KANCIL. AJAL MAUT TUHAN TENTUKAN.TAPI TETAP AKAN PILIH BMW KERANA KITA SAYANG NYAWA KITA ATAU PENUMPANG YANG AKAN NAIK KERETA KITA.BETUL ATAU TIDAK??JADI SEBELUM KITA MENJUAL APA- APA PRODUK,KITA PASTIKAN..APAKAH PRODUK INI MEMPUNYAI FAKTA SAINTIFIK??ATAU MEMBAWA KEBAIKAN PADA INSAN YANG KITA SAYANG? TUHAN MEMBERI KITA AKAL FIKIRAN ADALAH UNTUK BERFIKIR,BUKAN SIMPAN SAHAJA,JADI FIKIR KAN LAH APA YANG SAYA TULIS KAN INI.. ADAKAH BETUL ATAU TIDAK??
2) APA SALAH DENGAN MELAYU MALAYSIA?
JAWAPAN :
MELAYU MALAYSIA ADALAH BANGSA YANG PALING SENANG DITIPU,90% TIDAK MENGUNAKAN AKAL FIKIRAN MEREKA DIDALAM SESUATU YANG INGIN DIBUAT,DAN MELAYU MALAYSIA JUGA ADALAH BANGSA YANG TAMAK..CUBA KITA LIHAT APA YANG TERJADI DI KEBELANGAN INI?? MUNCUL BANYAK SKIM CEPAT KAYA YANG DILESEN KAN OLEH KERAJAAN ATAU PUN TAK BERLESEN.MEREKA MENJUAL SISTEM TANPA MENJUAL PRODUK,AYAT YANG MEREKA GUNAKAN ADALAH SENANG,NAK KAYA TANPA JUAL APA APA PRODUK.RAMAI ORANG MELAYU KITA TERPEGARUH DI SEBABKAN SIFAT TAMAK/MUDAH PERCAYA PADA ORANG.ADA KAH MEREKA MENGUNA KAN AKAL? JAWAPAN NYA ADALAH MEREKA YANG MENBUAT SKIM INI MENGUNA KAN AKAL,TETAPI SIAPA YANG MASUK SKIM INI TIDAK MENGUNA KAN AKAL MEREKA!! TIADA SYARIKAT DIDUNIA INI BOLEH MENJADI KAYA KALAU TANPA MENJUAL PRODUK ATAU PERKHIDMATAN MEREKA,KALAU TANPA MENJUAL HANYA MENAJA KITA AKAN MENDAPAT DUIT,PASTIKAN APA SYARIKAT YANG KITA TERLIBAT BOLEH MENBAWA KEBAIKAN PADA ORANG YANG KITA TAJA,BUKAN HANYA ANGAN ANGAN KOSONG SAHAJA.KEBANYAKKAN SYARIKAT INI MENDAPAT KEUNTUNGAN DENGAN MEMPERBODOHKAN KITA,TAK PERCAYA?? MINTA PENYATA TAHUNAN SYARIKAT MEREKA,HAMPIR 90% PENDAPATAN SYARIKAT INI DARI HASIL TAJAAN,BUKAN DARI HASIL JUALAN PRODUCT MEREKA.MASIH INGIN DI PERBODOHKAN OLEH MEREKA??MASIH INGIN MEMPERBODOHKAN ORANG SEKELILING KITA? FIKIRKAN..PADA SAYA ORANG YANG BODOH SAHAJA YANG AKAN MARAH KEPADA SAYA MENULIS PERKARA INI.
DAN JUGA RAKYAT MALAYSIA MELAYU CEPAT TERPEGARUH DENGAN SKIM INTERNET
3)APA SALAH DENGAN KITA?
JAWAPAN :
TIDAK MENGUNAKAN ANUGERAH TUHAN KEPADA KITA.IAITU AKAL FIKIRAN KITA.BERFIKIR SEBELUM MEMBUAT SESUATU,BERTANYAKAN FAKTA DULU,JANGAN MENJADI ORANG BODOH,JANGAN TERPEGARUH DENGAN ORANG SEBELUM KITA DAPAT MAKLUMAT SEWAJARNYA TENTANG APA YANG DIBERITAHU.KITA JARANG BERFIKIR LANTAS MEMBUAT KAN KITA SERING DI PERBODOH-BODOHKAN.
JADI JANGAN SALAHKAN ORANG…..SENDIRI BODOH
October 29th, 2008 at 11:11 am
Aku ada sertai satu program yang aku rasa ini bukan satu skim cepat kaya, dan aku juga dah siapkan satu proposal untuk dihantar kepada orang ramai…, sebelum aku mula sebarkan program ini kepada kawan-kawan aku, aku nak mintak nasihat sikit dari otai-otai yang dah berjaya dengan sistem pendapatan melalui rangkaian nie…
Kalau nak tahu apa bentuk program yang dah aku sertai ini, bolehlah hantarkan e-mail ke pada aku di sani.upk@gmail.com . Berilah sikit maklumat supaya aku tahu yang e-mail korang tu bermaksud untuk melihat sendiri program ini.
Aku bukan saja-saja nak pancing korang hantar e-mail kepada aku tapi ini saja jalan yang boleh aku gunakan untuk mendapat maklumbalas mengenai kesahihan program yang diwar-warkan untuk membantu BUMIPUTERA.
November 14th, 2008 at 9:29 am
silap jika kita katakan org Melayu yg ‘terlampau’ dgn prog2 cepat kaya, sebenarnya semua bangsa sama malah semua manusia di muka bumi ini pun sama sebab semua ini berpunca dari sifat @ naluri semulajadi manusia yang ingin sesuatu secara ‘FAST RESULT’ iaitu ingin melakukan sesuatu & mendapat resultnya segera.
Naluri ingin FAST RESULT ini ialah general. Semua manusia di bumi ini memilikinya.
Ingin sampai cepat ke sesuatu desitnasi, maka terciptalah Lebuhraya.
Ingin cepat pandai, maka terciptalah sekolah & universiti.
Ingin supaya tanaman cepat membesar, maka terciptalah baja-baja berkualiti tinggi.
Ingin bina web dgn cepat, maka terciptalah perisian bina web drag & drop WSIWYG
Ingin cepat kaya maka terciptalah prog2 scammer
Hakikatnya, semua org punyai naluri ‘ingin cepat’.
Prog2 cepat kaya ini sebenarnya bukan setakat di sini saja, malah ianya lebih dahsyat berlaku terutama di Eropah Timur malah pernah terjadi sebuah negara kecil di sana hampir lumpuh angkara prog2 sebegini.
Itulah sebab mengapa walau sudah berjuta kali diingatkan kepada org ramai masih lagi ramai yg tertipu dan ianya sudah menjadi satu budaya yg sukar dikikis.
Selagi naluri ‘ingin cepat’ atau ‘fast result’ wujud dalam diri manusia, semua ini tidak akan berakhir.