Tips memilih wholeseller/dropshipper diinternet
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Kes penipuan bukan sahaja berlaku dalam skim-skim cepat kaya malah ianya juga berlaku dalam wholeseller/dropshipper produk diinternet.
Tidak dinafikan ia amatlah mudah jika wholeseller/dropshipper dijumpai diinternet berbanding mencari-cari di dunia biasa tetapi disebabkan sesiapa sahaja boleh membina laman web, maka aktiviti penipuan dilakukan diinternet oleh mereka yang mengaku sebagai “wholeseller/dropshipper”.
Saranan saya, berhati-hatilah dalam memilih supplier yang tidak diketahui reputasi. Jika anda menerima email mengenai wholeseller/dropshipper yang datang dari sumber tidak diketahui, besar kemungkinan ianya bukanlah wholeseller/dropshipper yang tulen.
Apa yang saya perhatikan, ada pula orang yang menerima email itu pula forward kepada kawan-kawan lain. Beliau mungkin tidak berminat membeli atau mengambil tahu tentang kandungan email tetapi mem’forward’ hanya memindahkan risiko kepada orang lain. Jadi, jangan buat. Tak ke naya jika kawan anda ditipu oleh wholeseller/dropshipper yang anda forwardkan kepadanya.
Seperkara lagi, berhati-hati jika wholeseller/dropshipper datang dari negara yang mempunyai kadar penipuan tinggi seperti China. Saya tahu, China adalah negara yang menghasilkan produk dengan kos yang rendah tetapi disebabkan kelebihan itu, ada kalangan penipu yang mewujudkan laman web wholeseller/dropshipper dengan mengeksploitasi kelebihan China.
Perkara pertama anda boleh lakukan jika menerima sebarang alamat wholeseller/dropshipper adalah dengan membuat “WHOIS” laman web tersebut. Sebagai contohnya gunakan www.allwhois.com untuk mengetahui tempoh laman web tersebut wujud dan maklumat pemilik laman web.
Kedua, taipkan alamat laman web tersebut di “Google”. Mungkin, terdapat kes orang yang pernah tertipu dan orang tersebut membuat posting di forum atau blognya. (Kaedah ini berkesan dan saya selalu mempraktikkannya jika orang bertanya mengenai keaslian laman web tersebut).
Perkara lain, hubungi pemilik laman wholeseller/dropshipper. Saya pernah menghubungi beberapa laman web wholeseller yang datang dari negara China (hubungi secara YM) dan menariknya kebanyakan scammer akan meminta jumlah kuantiti minimum yang perlu ditempah atau deposit terlebih dahulu.
Disini triknya, saya akan memberitahu mereka bahawa saya mempunyai agen di China dan saya akan meminta agen saya sendiri mengambil produk tersebut daripada mereka. Dan selalunya scammer ini akan memberitahu alasan bahawa mereka tidak mahu berjumpa dengan agen saya. (walhal agen saya tidak wujudpun,haha)
Dan disini sudah pun diketahu mereka sebenarnya cuba menipu. Kalaulah benar, mengapa perlu takut untuk berjumpa dengan ‘agen’ saya.
Banyak cara scammer untuk menipu anda. Jadi, maklumat yang ditulis dilaman web mereka bukanlah boleh dipercayai seratus peratus. Anda perlu membuat kajian dan rajin bertanya.
Saya meletakkan prinsip yang cukup ketat jika mahu mencari wholeseller/dropshipper diinternet.
Pertama adalah umur laman web tersebut. Selalunya, jika laman web tersebut baru dibina (boleh dilihat melalui WHOIS), saya tidak akan meneruskan niat saya. Dan selalunya, scammer mempunyai banyak helah tipu daya sebagai contoh alamat mereka pun tidak wujud atau menggunakan alamat pejabat virtual.
Kedua, boleh dihubungi dan bertemu (sebolehnya). Kalau mereka memberi alasan sebab takutkan saya menyamar sebagai pihak berkuasa, itu adalah alasan yang mengarut. Jika mereka menjual produk yang sah, mengapa perlu takut.
Ketiga, saya akan menggodek-godek laman tersebut dengan Uncle Google. Mencari pengesahan daripada bekas klien atau bekas orang yang pernah kena tipu!
Keempat, kemaskini laman web. Selalunya, proses kemaskini lah menunjukkan wholeseller/dropshipper itu aktif atau tidak. Kalau laman web pun tidak dikemaskini, bagaimana saya harus mentafsirkan bisnes wholeseller/dropshipper tersebut? Mungkin tiada permintaan!
Jika ada bertanya kepada saya, perlukah laman web wholeseller/dropshipper itu canggih dan berteknologi tinggi? Jawapannya, kalau ya lebih baik kerana menyakinkan sekali tetapi sepanjang kajian saya, jarang untuk bertemu dengan laman web wholeseller/dropshipper yang canggih atau berteknologi tinggi. Disebabkan ini, kemungkinan terperangkap dengan laman web scammer sentiasa ada.
Malah kadangkala, laman web scammer sendiri lebih canggih! Haha. Oleh sebab itu, perlunya kajian seperti yang saya tulis diatas.
Sekian, jumpa lagi.
Wan Mohd Syazwan
Jurutera + Usahawan = Juruwan!



October 29th, 2008 at 10:13 pm
Maklumat yang amat bermanfaat.Saya ingin mencuba bidang baru dengan dropshipping.Di harapkan saudara dapat memberi lebih bnyak tips dropshipper.
October 30th, 2008 at 9:08 am
skang ni macam2….duit punya pasal
REGARDS,
-MUZRI a.k.a Muyie -
Kamrie Corporation
+6012-6656874
http://www.saudagarceramic.com/kamriecorp
October 30th, 2008 at 5:03 pm
Thanks la pasal info nie
, dpt beri panduan kepada saya 
October 31st, 2008 at 9:51 pm
[...] berlangsung ni, di moderatekan oleh saudara Osman Affan dan ahli-ahli panel khas terdiri daripada Sabri Saifulsham, Gobala Krishnan dan [...]
October 31st, 2008 at 10:25 pm
1. Konsep pertama seumpamanya di Malaysia,anda menerima sms iklan/voucher/promosi dari syarikat,anda balas sms syarikat,anda dapat bonus.
November 1st, 2008 at 4:07 pm
artikel yang menarik..saya tunggu kelanjutannya
November 1st, 2008 at 4:19 pm
banyak nk kena godek2 kt google dulu yer, nak confirm btl atau tidak dropshipper
November 1st, 2008 at 8:25 pm
xde info terbaru ke bro…..
duk tungu2…jenguk2….xde pulak….
REGARDS,
-MUZRI a.k.a Muyie -
Kamrie Corporation
+6012-6656874
*http://www.saudagarceramic.com/kamriecorp*
November 2nd, 2008 at 9:07 am
bro, twitter takde ke?
November 2nd, 2008 at 2:31 pm
saya baru tau china mempunyai kedar penipuan laman web yang tinggi…

perkara ni mungkin buat org terlepas pandang..
almaklumlah barang dari china murah2..sng nak buat penipuan di sana..
November 2nd, 2008 at 8:52 pm
Muzri: Info macam mana muzri nak? Kalau berkenaan dropshipper milik SaifulSham, itu saya belum boleh beritahu. One day,sy akan beritahu juga.
Aku: Twitter mmg nk buat. Sy akan beritahu Sabri akan perkara ini.
November 2nd, 2008 at 11:33 pm
Maknanya banyak kena tahu dulu pasal dropshipper kalau nak buat bisnes jenis ni..
November 4th, 2008 at 1:01 am
Bleh tak rekomenkan dropshipper untuk newbie,mungkin sedikit sebanyak dapat membantu.Mula-mula memang nak kene suap sikit.Nanti bile dah pandai bleh lah berdikari sendiri.
http://blog.joerzoe.com
November 4th, 2008 at 8:59 pm
takde recommend mane2 company bleh buat dropship ke?
tak pun sape2 ade pengalaman buat dropship bleh la buat ebook….
http://usahawankekal.wordpress.com/
November 4th, 2008 at 10:06 pm
Memang sukar nak tau kredibiliti wholesale/dropshipper melalui internet…
Tips ni amat berguna untuk di renung bersama..
November 5th, 2008 at 12:17 pm
Jurutera + Usahawan = Juruwan!

November 5th, 2008 at 6:40 pm
thanks 4 the good info…harapnya kita dapat belajar dari artikel ini dan jgn kena tipu ngan company dropship ni
November 14th, 2008 at 8:21 am
Bisnes dropshipper ni jika baca basicnya memang teruja sangat, al maklumlah boleh dikatakan ‘duit atas angin’ kita jadi broker & terima komisen. Tetapi sebenarnya kita meletakkan diri kita di dalam risiko yg amat tinggi iaitu kita ‘menguruskan wang orang lain’. Jika berlaku sebarang masalah dari pihak pembekal maknanya secara automatik si pembeli tadi akan cop kita sebagai ‘penjenayah’ kerana menipu wang mereka walaupun bukan salah kita sebenarnya.
Rasanya adalah lebih baik kita berurusan dengan pembekal yang berada dekat dgn kita (local) dan kita boleh berjumpa secara peribadi. Cuba elakkan pembekal2 yg kita tak boleh berjumpa secara peribadi terutamanya dr China kerana jika sekali terkena…tak tidur malam jawabnya..my2cents
November 17th, 2008 at 1:59 pm
klu nak senang, jadi dropship jeh… cuma perlukan modal yang besarlah…
December 1st, 2008 at 11:35 pm
ya,kite tidak boleh trus mempercayai sbrg tawaran yg diberikan dgn swenang-wenangye.siasat,dan fikir dgn lbih mendalam,serta logik,jgn kerana ingin cpt kaya,kite akan terjerat dalam kanca penipuan.
December 2nd, 2008 at 12:41 am
betul betul betul (cam upin ipin pulak)
hehe
bila dah jumpa dropshipper tu, jgn lupa wat selidik sikit ye
byk selidik lagi bagus..
barulah jadi power nanti..
DR.KHALIFAH
http://fendicenter.blogspot.com
JUTAWAN EBAY
http://jutawanebay.blogspot.com
December 17th, 2008 at 9:38 pm
Teknik yang amat berguna dalam memilih dropshipper yang berkualiti dan Bukan SCAM!!