If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Hari ini saya ingin mendedahkan kajian bertahun Team SaifulSham mengenai kesesuaian penghantaran produk fizikal mengikut negara. Pendedahan ini mungkin pertama kali didedahkan kami.

Seperti biasa, didalam buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” yang diterbitkan pada 2006 oleh PTS Publishing Sdn. Bhd., kami menulis mengenai penggunaan airmail & kurier. Akan tetapi, kami tidak memberitahu secara spesifik kesesuaian penghantaran mengikut negara.

Sebenarnya, bukan semua negara, produk yang dihantar kita selamat menggunakan airmail (mel udara Pos Malaysia). Ya, bukan semua negara. Walaupun jika anda pergi ke pejabat pos dan pegawai pejabat pos menunjukkan sendiri senarai harga dan negara-negara dimana Pos Malaysia mempunyai network, tetapi itu bukanlah jaminan produk anda selamat sampai ke tangan pembeli.

Sila ambil nota ya…

Untuk negara-negara seperti di benua Amerika Utara dan Eropah (kecuali France, Italy), penggunaan airmail (mel udara) boleh dikatakan 95 peratus akan selamat tiba ditangan pembeli.

Mengapa?
Sebab pembeli di negara seperti disebut diatas boleh mengesan produk mereka menggunakan tracking number yang disediakan kita di negara masing-masing. Sebagai contoh, perkhidmatan Royal Mail di UK begitu effisien dan pembeli di Uk dapat mengesan produk mereka di Royal Mail UK.

Untuk negara seperti benua Afrika, benua Amerika Selatan dan negara Eropah seperti France dan Italy, jangan sekali-kali menggunakan airmail (mel udara Pos Malaysia). Psst, kami bukannya menyuruh anda memboikot Pos Malaysia tetapi pengalaman kami sendiri menunjukkan risiko yang tinggi jika menggunakan airmail untuk negara-negara yang disebut ini.

Sebagai contoh, penghantaran menggunakan airmail untuk negara di benua Amerika Selatan boleh mencecah sehingga 2 bulan! Dan yang pastinya, tempoh ini sudah cukup membuatkan pelanggan anda hilang sabar terhadap anda! Sadisnya, tempoh ini juga sudah pasti cukup untuk pelanggan anda meminta refund!

Untuk negara seperti Italy dan France, penggunaan airmail memberi risiko dari segi ketidakupaya produk itu dikesan! Walaupun anda menyediakan tracking number kepada pembeli di Italy dan France, ketidakupaya untuk mengesan produk ini cukup membuatkan anda akan pening kepala.

Jadi, untuk alternatifnya, mahu tidak mahu, anda perlu mensyaratkan beberapa negara untuk membayar lebih bagi tambang penghantaran kerana anda perlu menggunakan kurier seperti Fedex.

Wajibkan penggunaan kurier untuk negara di benua Afrika & benua Amerika Selatan.

Untuk negara seperti Italy dan France, lazimnya, kami akan memberitahu pelanggan kami siap-siap bahawa, jika mereka masih memilih untuk menggunakan airmail, kami tidak akan menanggung risiko jika produk itu tidak sampai ke tangan pembeli. Dan selalunya, kami menasihatkan dan menyarankan mereka menggunakan kurier untuk mengelak sebarang masalah kemudian hari.

Jadi, bagaimana? Kami rasa anda sudah faham penjelasan kami kali ini. Jumpa lagi dalam tips lain pada masa akan datang.

Sekian,
Wan Mohd Syazwan

(Bagi siapa yang bertanya contoh negara di benua Amerika Selatan, jangan tanya, buka browser, cari sendiri senarai negara di benua Amerika Selatan~~~Haih…apa la….tengok bola suka player Brazil, tak kan taktau)

Bacaan Lanjut: