Kembali Kepada Asas Untuk Mereka Yang Baru Bermula
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Saya sering ditanya oleh newbie mengenai cara menarik banyak mungkin pelawat ke laman web mereka dan teknik-teknik promosi yang canggih-manggih yang mereka sendiri tidak fahami. SEO, Emel Marketing, PPC, Social Marketing dan banyak lagi terma-terma bombastik yang kadang-kadang mempunyai maksud yang amat mudah.
Ramai newbie dan yang tidak berapa newbie tersalah anggap bahawa kerana namanya canggih, tekniknya mesti susah dan tidak mudah. Dan mereka tidak berpuas hati selagi mereka tidak mendapat jawapan yang susah dan tidak mereka fahami. Ada di antara mereka yang akan melaburkan wang dengan lebih banyak untuk mendapatkan ebook-ebook atau software-software marketing ini dan kepada yang tidak mampu, merungut mengenai keberkesanannya dan industri IM yang asyik menjual walaupun jauh di sudut hati kalau ada duit, akan turut ikut golongan yang membeli.
Style saya pula, saya akan keluarkan wang untuk membeli (produk dalam dan luar negara) jika sesuatu itu saya tidak ketahui atau sesuatu itu sangat istimewa atau ada unik twist.
Tetapi jika produk itu berkisar kepada benda yang sama, saya tak akan beli. Sebab penerangannya tidak akan lari, konsepnya pasti sama. Satu lagi sebab saya tidak akan beli kerana ia tidak berkaitan dengan bidang saya.
Saya bawa satu contoh. SEO. Ramai orang bercakap pasal SEO, ada yang advance level dan ada yang beginner level. Sorry to say, tetapi kadang-kadang saya kesian dan rasa nak tergelak apabila beginner cuba bercakap mengenai SEO yang advance-advance (mungkin sebab di misled orang lain). Lagi saya kesian, bila yang beginner ni menganggap teknik-teknik yang proven sebagai teknik yang tak berapa berkesan.
Kesian betul. Pertama sebab mindset beliau telah dirosakkan, dan kedua, tanpa mindset yang betul beliau PASTI akan ambil masa yang lebih lama untuk berjaya dan jika berjaya cepat pun, PASTI tidak merealisasikan sepenuh potensi beliau. Saya berani potong kukulah, kalau tak.
Ada banyak cara untuk mendapatkan ranking tinggi di enjin carian. Tetapi, diakhirnya ia akan berbalik kepada website kita memberi apa yang enjin carian mahu lihat.
Website kita mesti:
- Relevan dengan keyword
- Selalu di Update
- Popular
Pelbagai taktik boleh dilakukan untuk mencapai tiga objektif ini. Tetapi jika yang asas tidak dibuat, segala taktik tersebut tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Salah satu cara yang paling mudah untuk mencapai kedudukan tinggi di search engine adalah dengan mempunyai blog yang selalu di update dengan perkembangan dalam industri kita.
Tetapi sedihnya, tidak ramai newbie yang mempunyai blog dan jika ada pun, tidak di SEO kan dengan secukupnya.
Di sini ruang untuk penambahbaikan yang paling luas. Dengan adanya blog, seseorang yang proaktif akan lebih pantas belajar SEO kerana sekarang beliau ada opportunity secara hands-on untuk apply apa yang dipelajari, berbanding dengan mereka yang membaca taktik yang “canggih”, tetapi hanya ada minisite untuk diuji taktik tersebut. Perubahannya tidak akan signifikan atau berkekalan.
Ingat, bukan ketika belajar sahaja anda perlu study smart, tetapi time kerja atau berniaga pun anda perlu work smart. Anda perlu tahu tahap anda, kelemahan dan kekuatan anda, dan bekerja dengan kepantasan dan tahap kebolehan anda sediri.
Don’t bite more than you can chew, nanti tercekik atau dalam terma popularnya, “Information Overload”.
Yang Benar,
Sabri
Minimalist.


November 17th, 2008 at 11:24 pm
Saya setuju sangat,walau banyak mana pun ilmu pasal seo yang kite peroleh,jangan di lupakan ilmu yang mula-mula kita dapat.Kalau takde ilmu yang tu belu tentu kita bleh dapat ilmu2 yang lain…
November 18th, 2008 at 1:27 am
Assalam alaikum wbt
Tuan Sabri yang dihormati dan dirahmati Allah.
Tidak dapat tidak saya bersetuju dengan apa dikatakan Tuan. Tambahan lagi petua Relevan dengan keyword, Selalu di Update, Popular satu perkara yang saya cuba pelajari dari masa ke semasa.
Berkenaan SEO, saya juga pening memahaminya. Syukur saya diberi peluang belajar sedikit demi sedikit dengan Tuan Robotys dan mendapat pencerahan daripadanya. Bak kata Allahyarham Syeikh Ahmed Deedat, “Jangan tamak dengan ilmu. Belajar sedikit demi sedikit. Kelak ilmu akan sampai kepada kamu.”
Tuan, mungkin tuan dapat ulas sedikit kesan gawat kepada IM dan strategi memantapkan bisnes ketika gawat untuk IM.
Err apa yang tuan maksudkan dengan ada unik twist?
ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com
November 18th, 2008 at 5:14 am
Great tip Sabri
Tenkieww…
November 18th, 2008 at 5:33 am
Sabri,
Kalau website dalam 2 bahasa (English & Malay) macam mana ye? Blog pun kena 2 bahasa ke? Atau fokus kepada satu bahasa saja…?
November 18th, 2008 at 10:07 am
Betul tu yg penting basic sekarang ni ramai yang jual ebook2 yang lebih kurang genre nya dan lebih kurang isinya rasenye tak perlulah lagi ebook SEO ni byk2..
November 18th, 2008 at 11:34 am
Hehe, artikel kali ni pun Sabri praktik salah satu teknik SEO.
Bagi saya, kembali kepada asas ni bukan hanya untuk newbie, malah untuk semua orang. Kembali kepada asas adalah satu cara yg terbaik untuk rungkaikan sesuatu masalah atau kekalutan.
Thanks untuk artikel. Dah lama menunggu artikel terbaru dari sabri.
November 18th, 2008 at 2:44 pm
yess….inilah perkara yang perlu difokuskan oleh ramai orang…kita kena mantapkan perkara asas dahulu.
November 18th, 2008 at 9:05 pm
Sabri,
Terima kasih …kerana tips yang sangat menarik…”Kembali Kepada Asas…”
Dan Tahniah juga kerana dah “Kembali Menulis…”
Dah lama tunggu tulisan di ShafulSham di UPDATE..
November 18th, 2008 at 10:07 pm
Betullah tu.. Kadang-kadang terlalu nak mengetahui semua ilmu..
Sampai boleh blank..
Tak perlu terburu-buru..
http://kuasalelong.com/?a_aid=10cbdd87
November 19th, 2008 at 11:05 am
Sabri..Bagus tajuk ni..Kembali kepada asas ni bukan untuk yang bru bermula je..Pasal information overload,saya pun pernah mengalaminya.Oh..:)
Manusia memang kaya dengan rasa ingin tahu,sebab tu la kita nak sumbat sumenya dlm kotak fikiran kita ni,dari yg seasas-asasnya sehinggalah yg ke seadvance-advancenya,sume kita nak explore tanpa kita explore dulu tahap kita,selidik dulu bagaimana nak bermula dengan betul,kaji dulu niche kita.Inilah kesilapan newbie yg paling nyata (ehem.,.termasuk saya..dulu laa..:)
November 19th, 2008 at 11:47 am
Good infos Sabri. Saya byk menerima emel promote bermacam2 ebook, so saya kena berhati2 tambahan bahasa IT ni saya masih ketinggalan lagi, maklumlah dah masuk lingkungan orang lama…alhamdulillah ada my son yg sentiasa membantu…..
http://www.asasteguh.com
November 19th, 2008 at 8:05 pm
SEO satu ilmu yg cukup penting utk berjaya dlm bidang internet. Tanpa seo website takkan kemana. Tq atas info ini saifulsham.
November 19th, 2008 at 9:20 pm
tu la saya pun sampai kadang2 tahap pening sebab tak fokus perkara asas.Alhamdulilah sekarang sudah nampak jalannya…
November 20th, 2008 at 9:09 am
Sabri,
Rasanya kalau asyik beli e-book tanpa tahu yang asas, tak guna jugak. Boleh terover-load..akibatnya pening kepala. Btw, terima kasih for the info…
Kak Azian
November 20th, 2008 at 6:12 pm
nak berjaya dalam seo kena rajin..kena rajin cari jalan, kena rajin menimplementasikan idea dengan segera tanpa bertangguh..
November 20th, 2008 at 11:21 pm
Faisal Zabidy, boleh kita jumpa di KLCC nnti. Kita satu opis.~
November 21st, 2008 at 12:55 am
Betul Sabri, back to basic..cuma kadang-kadang being a newbie terlalu banyak nak kejar dan banyak nak kena belajar ,tapi tak cukup masa..terima kasih kerana mengingatkan tips berguna ni..sedang cadang-cadang nak beli E-Book SmartZul pasal blog
…
November 21st, 2008 at 1:23 pm
Salam,bagi saya pula antara cara promosi yang mudah,tinggal komen dan lepas tu letak laman web kita,
Oh ya,kalau anda berminat nak baca pasal usahawan,boleh pergi blog saya
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com
November 27th, 2008 at 11:43 pm
Masaalahnya ramai newbie dah lupa basic yang dia belajar…
sebab tak praktik kan ilmu yang diajar. tu yang jadi pelupa tu..
Webmaster Note: Hamka, kami tak kisah sebenarnya jika di dalam komen ada url website, tetapi sebab URL tu agak ’sensasi’ dan mungkin offensive kepada sesetengah orang, next time Hamka cloak guna tiny url dulu ya.
Buat masa ni saya link kan web tersebut di nama Hamka
December 1st, 2008 at 11:16 pm
salam lalu
betul tu, byk yg dah belajar SEO tapi,
x apply.. ni yang susah ni.. mrk tau nak mudah je..
tips kpd newbie je eh= bila letak tajuk utawa, guna ayat2 power yg selalu orang cari kat google..
dr.khalifah
HTTP://FENDICENTER.BLOGSPOT.COM
December 1st, 2008 at 11:29 pm
ye,strategi peranan penting bg memajukan bisnes.
selain tu,perkhidmatan juga perlu cekap dan dapat memikat hati pelanggan.kalau tiada sbrg perancangan pelanggan akan lari.
December 28th, 2008 at 6:52 pm
strategi adalah penting dalam sesebuah perniagaan, dan jgn lupe kesabaran juga penting kalo nak wat bisnes ni..