Cara Memastikan Azam Baru Anda Tercapai
Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Dalam satu bulan ini kita akan menyambut 3 tahun baru serentak. Kepada sesiapa yang sudah bertekad dan jelas dengan apa yang dimahukannya, bolehlah menggunakan Tahun Baru Hijrah sebagai starting block dan bermula sekarang. Kepada yang azamnya masih kelabu-kelabu asap, jangan bimbang. Minggu depan tahun baru masihi.
Kepada yang masih belum ada matlamat dan azam, jangan bimbang. Ada sebulan lagi untuk tahun baru Cina. Jadi sempat lagi untuk anda fikir masak-masak apa yang anda mahukan.
Ada orang suka menyalahgunakan nama “Azam” dan kemudian mengatakan sia-sia sahaja membuat azam, tak pernahnya jadi. Kata mereka.
Pengalaman saya lain pula. Alhamdulillah, kebanyakan azam saya tercapai, cuma cepat atau lambat sahaja. Dan kadang-kadang ia datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Lagipun bukankah Allah sudah berjanji kepada kita, berdoalah dan DIA akan makbulkan. Percayalah dengan yakin dan saya yakin, amat mustahil untuk anda tidak mencapainya, walau apa pun target anda. Cuma sooner or later sahaja.
Motivasi Kejayaan 1:
Azam saya dari kecil lagi nak dapat straight A dalam exam. Exam yang terdekat ketika itu adalah UPSR.
Halangan: Sebab terlalu banyak main dan tidak sedar kenapa perlu belajar betul-betul, saya dan rakan baik saya sekadar dapat 3A sahaja. 3 tahun berturut-turut terpaksa menderita penyakit “panas telinga” kerana peristiwa tersebut.
Akhirnya: Nasib baik saya dan kawan baik saya cepat insaf dan dapat kawan-kawan yang satu kapal-Syazwan kapal ni juga! (kantoi UPSR sebab banyak main). Tiba waktu PMR, kami menebus kembali kejayaan kami.
Faedah Tambahan: Nasib baik juga kantoi UPSR, kalau tidak tak jumpalah saya dengan Syazwan dan tiadalah SaifulSham hari ini.
![]()
Motivasi Kejayaan 2:
Satu lagi cita-cita saya sejak kecil adalah untuk menulis sebuah buku sebelum saya meninggal dunia. (ini kira Bucket List lah ni)
Halangan: Saya merasakan saya perlu jadi antara orang terkaya di Malaysia supaya saya dapat tulis dan cetak buku dan seterusnya membeli buku-buku tersebut menggunakan duit saya sendiri untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan. (Yalah, kalau saya tak beli siapa nak beli buku tu :p ) Walaupun saya tidak tahu tajuk apa yang saya akan tulis, tetapi saya tahu dengan yakin, memang saya akan tulis sebuah buku juga. (cuma waktu tu saya ingatkan novel)
(Lebih mengharukan, ada juga orang yang beli rupanya. Terima kasey kepada semua!
)
Perbualan sebenar. Saya juga pernah berbual dengan adik saya mengenai hal ini (dia pun ada cita-cita yang sama), saya target buku pertama saya akan dikeluarkan ketika umur saya dalam 60-65 tahun.
Akhirnya: Kurang dua tahun selepas saya berbual dengan adik saya, buku pertama saya “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”. Ketika awal-awal kali melihat buku tersebut di rak-rak buku dan di MPH serta POPULAR pun saya sering mengambil gambar buku tersebut di rak. Bukan apa, tak percaya, kot-kot hanya bermimpi. Kalau anda tanya saya ketika saya sekolah dulu sama ada saya terkejut atau tidak jika saya berjaya mencapai cita-cita menulis buku ini 40 tahun lagi awal, sudah tentu saya akan kata “Terkejut Beruklah!”
Ada banyak lagi sebenarnya, nak ada bisnes sendiri, nak ada blog fames, , nak jadi pembahas, nak masuk U, nak masuk TV, nak masuk asrama penuh dll. Ada sesetengahnya yang mengambil masa yang sekejap untuk berjaya, ada yang mengambil masa lama sedikit, tetapi tetap tercapai akhirnya.
Kepada sesiapa yang masih ragu-ragu mengenai konsep azam ini, cuba anda check balik. Anda sebenarnya berazam ataupun berangan?
![]()
Bila anda berazam, anda at least buat sedikit tindakan ke arah untuk mencapai azam tersebut. Kalau berangan, hehe… sendiri mau ingatlah.
Dan saya tahu ramai orang di luar sana yang takut dan tak yakin dengan konsep azam ini. (Jangan bimbang, ada bukan keseorangan. Syazwan pun begitu. Sebab itu saya faham benar
) Sebenarnya, jika anda termasuk dalam golongan ini anda bukan tak yakin dengan konsep azam tapi anda tidak yakin dengan kemampuan anda sendiri untuk mencapainya. Sudah banyak tokoh terkenal memperkatakannya, Azizi Ali sendiri mengatakan ia adalah senjata beliau yang paling “power”, if it doesn’t work with you, there is something wrong with you. Dan dari pengalaman saya berkomunikasi dengan ramai orang yang berjaya dan tidak berjaya, saya akan kata “For sure”. Memang beza langit dan bumi antara cara komunikasi orang berjaya dan orang yang gagal ni…
Tips saya jika anda ada masalah kurang keyakinan diri ini:
1) Senaraikan kejayaan anda dan bersyukur mengenainya. (orang putih kata Gratitude List, jika perlu bantuan software sila ke GratitudeLog.com)
Ramai orang apabila diminta menyenaraikan kejayaan mereka, mereka akan listkan “Graduasi, Kahwin,blablabla…)
Itu bukan apa yang saya maksudkan! Itu bukan kejayaan, melainkan anda betul2 rasa itu kejayaan bagi anda.
Kejayaan ini tidak semestinya apa yang orang lain rasa kejayaan. Kejayaan boleh jadi berjaya tunggang basikal (saya belajar 4 tahun baru boleh), berjaya belajar berenang (saya tanam azam berbelas-belas tahun baru boleh berenang).
Bersyukur dan appreciate walaupun kejayaan yang kecil.
Ingatlah kejayaan yang kita anggap kecil itu sebenarnya pada orang lain adalah kejayaan yang besar, bahkan bagi kita sendiri beberapa tahun yang lepas pun adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.
Jadi bila kita sudah mencapainya, bersyukurlah dan raikanlah.
2) Bila anda dah ada list kejayaan anda, barulah anda akan terasa “sedikit” hebat, positif dan sedikit termotivasi. Nah, reframekan diri anda ketika dalam situasi ini dan barulah cuba untuk capai azam anda yang anda rasakan mustahil itu.
Mari kita jadikan post ini sebagai post yang positif dan membina. Kongsi kejayaan-kejayaan anda di ruangan komen. Walaupun anda takut riak, jangan bimbang. Takde riak-riaknya. Ini untuk tujuan motivasi, bukan sahaja untuk memotivasi diri anda, tetapi motivasi diri pembaca lain apabila melihat kejayaan-kejayaan anda (anda boleh tulis banyak kali). Mari kita kongsi.
Yang Berazam,
Sabri


December 29th, 2008 at 2:39 pm
Biar saya start.
Saya bersyukur hari ini saya dapat bercakap di hadapan orang ramai dengan rasa gugup yang minimum.
Ketika saya di sekolah rendah dan tingkatan 1-3 dahulu, saya amat pemalu dan memang mustahil lah saya boleh buat “public speaking”
Ramai orang tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya. Saya baru jumpa “mulut” saya ketika di Tingkatan 4.
Dan ketika di sekolah rendah, dalam buku rekod saya, guru kelas menulis saya seorang pelajar yang “pasif” dan pendiam. Beliau mahu saya supaya bercakap banyak sedikit dalam kelas.
Sekarang saya seorang yang susah nak berhenti apabila bercakap dan tidak takut sangat (masih ada lah sikit2 lagi) apabila bercakap di khalayak ramai.
Saya bersyukur dapat mencapai impian dan target saya!
Sabri
December 29th, 2008 at 4:43 pm
Alhamdulillah sebanyak-banyaknya kerana kejayaan kecil adalah anak-anak tangga menuju kejayaan yang besar.
Hendak melihat pemandangan yang indah dari atas bukit, kenalah pihak butir-butir batu dan butir tanah yang kecil dan padat.
Selamat berazam pada tahun baru 2009!
Ya, saya tahu judul buku Tuan yang terbaru untuk April ini heheheheh sekali lagi hehehe.
ZAMRI MOHAMAD
Penulis Buku di Malaysia
http://www.zamrimohamad.com
December 29th, 2008 at 4:50 pm
Oh, nak kena kongsi kejayaankah.
Hmm sebentar Tuan saya berfikir.
1. Menulis buku. Sama seperti Tuan, dahulu pun saya fikirkan novel. Masih ada lagi contoh bab dalam blog lama. Kemudian saya jadikan e-novel. Sebuah e-novel separuh yang boleh dimuat turun secara percuma sekarang.
2. Belajar daripada orang-orang yang hebat dan mahir dalam bidang tertentu. Itu juga satu kejayaan juga. Belajar daripada Tuan dan semua rakan-rakan penulis kita di PTS. Saling dorong mendorong. Bila kita mahu ber’co-author’ hahaha!
3. Bekerja cara SOHO (Small Office Home Office), paling mencabar kerana nak ubah persepsi. Tetapi bak kata Puan Ainon, “merancang kejayaan” dan “menangguh kepuasan”, itu formula yang diamal untuk kekal berSOHO. Satu lagi kejayaan kecil.
Ada lagikah? Cukup di sini dahulu.
ZAMRI MOHAMAD
Penulis Buku di Malaysia
http://www.zamrimohamad.com
December 29th, 2008 at 10:42 pm
angan angan adalah cermin masa depanmu jangan lupa berazam dan terus berusaha
December 30th, 2008 at 5:58 am
[...] Cara Memastikan Azam Tahun Baru Tercapai [...]
December 30th, 2008 at 6:19 am
[...] Nampaknya pejam celik usia kita dah meningkat lagi setahun. Hari ini adalah 1 Muharram 1430 Hijarah. Dah masuk tahun baru Hijrah, lagi 3 hari kita akan menyambut 1 Januari 2009 pulak. Banyak pahit manis yang ditempuhi pada tahun ini. Macam biasa tiap tahun kita akan berazam, saya juga begitu. Tapi ada kalanya ia hanya tinggal azam je. Salah satu azam saya 2008 ialah untuk mencapai pangkat 5-star CM di dalam peniagaan Mymode telah tercapai. Alhamdulillah. Bagi tahun baru ini, saya berhasrat untuk mencuba untuk mencuba mempromosikan produk di peringkat antarabangsa kerana pasarannya lebih luas. Jika sebelum ini saya lebih banyak tumpukan pada pasaran tempatan, its time to challenge myself. Pasti cabarannya lebih hebat tetapi pulangan yang dijanjikan juga adalah lumayan. Saya target untuk mencapai pendapatan 5 angka sebulan melalui program seperti ini. Boleh ke? Kita try dulu. Tahun 2009 juga, Adam akan berusia 4 tahun dan kami telah daftarkan dia untuk sekolah Tabika. Jadi, agak sibuk sikit menguruskan anak-anak kerana Adam akan belajar di sesi petang (bermula 11.30 pagi) dan Aisyah pada sesi pagi (bermula 8.30 pagi). Jadi, jadual bekerja saya perlu diubah untuk disesuaikan dengan situasi ini. Saya harap akan dapat membahagikan masa dengan baik untuk mengimbangi antara urusan rumahtangga dan bisnes internet ini. Dan seperti orang lain juga, saya berharap tahun baru ini akan jadi lebih baik dari tahun 2008. Berazam untuk menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik, menjadi seorang isteri yang lebih baik, menjadi seorang ibu yang lebih baik, menjadi seorang anak yang lebih dan tak lupa juga menjadi seorang ahli masyarakat yang lebih baik… Amin. Masa jalan-jalan di blog, saya terjumpa beberapa posting menarik tentang azam tahun baru ni, anda boleh jenguk posting-posting ini; Tips Belanjawan 2009/ 1430 Hijrah Cara Memastikan Azam Tahun Baru Tercapai [...]
December 30th, 2008 at 8:32 am
Kejayaan..
Pada saya kejayaan buat masa nie mungkin kecil.. Tapi berjaya settlekan hutang kereta pada umur 25 tahun.
Fuh!! Walaupun perit habis jugak.. Buat masa ni fokus SOHO untuk berjaya seperti anda semua…
Hope Tahun 2009 menjadi wadah untuk saya berdiri sesama anda semua di persada Internet nie..
December 30th, 2008 at 10:09 am
Ijamidayu,
Itu sangat2 bagus! Itu bukan kejayaan kecil sahaja
untuk orang muda macam kita. A few hundreds ringgit
extra in the pocket!
Tahniah!
December 30th, 2008 at 10:15 am
Sabri,
Azam tahun 2008 dah pun tercapai.Berkat pertolongan dan tunjuk ajar Sabri dan Syazwan
Tahun 2009 dah buat azam baru dan akan akak pastikan ia tercapai.Dah buat list dah!Kalau tak tulis mesti tak jadi..
December 30th, 2008 at 10:33 am
http://dayaglokal.blogspot.com
December 30th, 2008 at 4:48 pm
Assalammualaikum dan salam ceria…
Dulu masa firadila bekerja firadila selalu angan-angan ada bisnes sendiri. Dengan kata lain nak jadi boslah…
Sekarang, firadila dah jadi bos dengan mengambil upah menjahit, menjadi agen insurans, buat bisnes cendawan dan mengambil upah menjahit manik…walaupun secara sampingan tetapi gembiranya tetap ada…terasa gembira dengan kejayaan kecil ini walaupun tak ada pengalaman berniaga…
Masa mula-mula mengambil upah menjahit…ramai yang kutuk tentang jahitan firadila tapi firadila bagi servis baiki percuma…jadi pelanggan berpuas hati..
tahun 2009, nak buat lebih dari kemampuan sendiri..menguji diri sendiri..nak mendalami dalam bidang pemasaran…dan nak sentiasa senyum selalu…
Senyum dan ceria selalu…
firadila
http://firadilamotivasi.blogspot.com
December 30th, 2008 at 6:07 pm
Salam Ceria Cik Firadila,
a BIGGGG Tahniah!
Saya kenal ramai orang yang bercita-cita untuk mendapatkan
side income, tetapi tidak ramai yang menggunakan sedikit
kelebihan yang mereka ada untuk mendapatkan side income
tersebut.
Kebanyakan mereka lebih banyak mengeluh, berangan-angan,
atau menyalahkan bos yang beri lebih banyak kerja sampai
tiada masa
Cik Firadila jauh lebih baik dan maybe tergolong dlm top 5%
of the population yang take action.
Well done!
Sabri
p/s: Saya faham. Dulu emak saya selalu juga jahitkan baju raya untuk adik beradik saya. Waktu mula-mula tu memang “pelik” sikit. Tapi lama-lama, bukan setakat baju kami, kawan2 mak saya pun tempat dari dia. Keep it up!
December 30th, 2008 at 8:57 pm
Salam,hmm..tahun 2008,saya baru mengenali peluang pendapatan di internet,(lepas tengok IK kat jangan tidur lagi)jadi start nak kenal apa itu blog,affiliate dll(maklumlah duduk luar bandar jadi pendedahan tu kurang)
,alhamdulliah berjaya buat blog sendiri dan harap berada di landasan yg betul pada tahun 2009 nanti utk saya mencapai matlamt saya-usahawan intenet
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/
December 31st, 2008 at 12:05 am
Tahniah Sabri SaifulSham dengan kejayaan anda. Semoga anda terus sukses. Saya tumpang bangga dan gembira ada orang-orang muda macam ni; berusaha gigih, tak suka buang masa, create something for yourselves …. Azam saya? Nak siapkan manuskrip buku pertama ni. Dulupun saya berazam nak tulis satu buku sebelum mati, paling tidakpun novel. Tenguklah nanti apa yang keluar. Doakan saya juga boleh menyiapkannya walaupun banyak kekangan. Maklumlah banyak komitmen. Oh ya, saya mohon izin nak link dan RSS blog anda ke blog saya.
December 31st, 2008 at 11:49 am
Public speaking ya? Masa saya sekolah dulu, saya ni amat pendiam orangnya. Teramat amat lah. Entah macam mana pada satu program, saya rasa tergerak untuk menjadi wakil sekolah untuk bercakap di hadapan ratusan orang. Ia satu perkara yang tak pernah saya terfikir untuk melakukannya. Malah mungkin kawan2 saya pun terkejut sebab saya memang pasif orangnya di sekolah.
Entah macam mana, seram bercampur takut, tapi dalam diri ada sedikit kehendak yg akhirnya menggerakkan saya ke hadapan audiens. Masa tu tak payah cakaplah. Rasa macam berterbangan di awangan (rasa kaki hilang).
Tapi saya dapat berikan ucapan ringkas dan menyudahinya dengan cool. Padahal buat2 cool je. :p
Moral ceritanya: Seorang mentor saya pernah bagi petua untuk hadapi ketakutan (FEAR). Caranya adalah dengan hadapi apa yang kita takut tersebut. Just do it.
Contoh saya di atas jika dikaitkan dengan usaha mencapai azam atau matlamat, kita jangan takut untuk bertindak. Dalam diam sebenarnya, kita tak perasan kita banyak takut nak buat sesuatu. Akhirnya kita tak dapat mencapai apa yang kita mahukan atau lambat memperolehinya. Serius.. Cuba duduk sekejap dan renung seketika apa sebab anda tak capai matlamat yg ditetapkan. Salah satu puncanya adalah takut (FEAR). Takut malu, takut dikata orang, takut jatuh air muka, takut tak menjadi, takut rugi, takut gagal, takut untuk dikatakan hebat, takut….. macam2 lagi.
Kini saya pantang dapat mikrofon atau peluang bercakap di hadapan. Saya akan bercakap tanpa rasa takut, malah gembira melakukannya walaupun banyak juga silapnya (masih perlu byk belajar teknik public speaking). Ini semua mungkin tak akan terjadi jika saya tak mulakan pada pertama kali dahulu.
Ini pula kata2 saya: Kalau diri anda sudah ada kehendak, penuhilah ia secepat mungkin. Lakukan saja.
December 31st, 2008 at 6:19 pm
D. Ayu,
Ramai orang yang bercita-cita nak tulis buku ya. Boleh!
There’s at least one book inside of every person (teringat
quote ni tapi lupa kat mana dengar)
Good luck!
Zul,
Congratz!
Bercakap ni mmg addictive. hehe..
Saya share apa yang Zul alami. Kadang2 rasa bertuah
sangat juga dapat bercakap.
Teringat saya waktu pertama kali “dapat mulut”.
Saya tahu saya takut sangat, tapi saya volunteer juga
nak buat presentation. Buat2 berani. Lepas tu kena ke depan untuk present. Saya terpaksa “tipu” diri sendiri
Saya cakap pada diri saya sendiri, alah. Tak payah fikir nak cakap apa, berdiri je dulu.
Jadi saya pun berdiri. Berdiri je pun kan.
Lepas dah berdiri, alah, senang je rupanya berdiri. Jalanlah
ke depan kelas. Bukan susah sangat, tiap2 hari pun jalan ke depan.
Lepas dah sampai depan, classmate tepuk tangan bagi encouragement.
Eh, dah berdiri kat depan ni takkan nak duduk balik. Malulah. Lagi senang cakap je dari pergi duduk balik.
Jadi saya pun cakaplah. Entah apa2 yang saya cakap, waktu saya balik ke tempat duduk saya pun dah lupa apa yang saya cakap tadi tu. Tapi kawan2 semua start hari tu cakap saya pandai cakap. Jadi kalau ada apa2, saya yang kena present/bercakap.
Bila dah selalu, practice makes perfect dan confident tu datang sendiri.
Terima kasih sebab share kejayaan Zul.
Lagi-lagi, share cepat kisah kejayaan anda. Kejayaan menekel wanita idaman pun kejayaan juga. Siapa nak share?
Sabri
January 1st, 2009 at 3:37 pm
Assalamualaikum…
Kejayaan saya, dapat generate income tanpa kerja dengan orang lain. Mula-mula saya rasa sukar, malu, takut…
Semua yang negatif. Tapi SAIFULSHAM yang ubah persepsi saya.
Alhamdulillah, sekarang ni saya boleh kongsi hasilnya dengan orang lain pula. Keyakinan saya makin bertambah. Corak pemikiran pon dan berubah.
Terima kasih Team SS
January 1st, 2009 at 4:28 pm
Setuju dengan Sabri..Bila kita hargai kejayaan yg kecil, nanti Allah akan beri kejayaan demi kejayaan lagi.
Bila Sabri sebut tentang kejayaan menekel wanita idaman, teringat kejayaan menemui jejaka idaman..
Masa tahun akhir kat U, ada la 2-3 orang menyatakan hajat terpendam di hati..Dalam masa yg sama plak tu. Pening juga ye..tak tahu nak pilih yang mana satu. (Sebenarnya, dalam calon-calon tu belum ada yg berkenan di hati..Yg berkenan di hati tak menyatakan hajat..si dia diam ~ malu-malu cat
)
So, utk men shortkan list calon2 yg menyatakan hajat tadi, akak buat sistem sikit la. Sape ada hajat, call bapak akak. Ha-ha, berani ka?
Ingatkan takde yg berani. Sekali tu ada 2 org berani daa. Habis!!Cemana nak buat ni?
Akak pun doa la pada Allah minta Dia tolong.
Dipendekkan cerita, Allah gerakkan hati mak akak untuk call jejaka idaman akak. Untuk menanyakan hal sebenar,yg dia minat kat akak atau tak.
ha-ha..Maluuuu nye
Tapi, disebabkan tindakan itu lah, akhirnya kami dapat bersama sehingga ke hari ini….
Alhamdulillah! Syukur dapat jumpa jejaka idaman hati
January 1st, 2009 at 4:43 pm
Moral of the story:
Kalau ada wanita idaman di hati, baik sampaikan hajat dengan segera(sebelum dirembat oleh org lain). Mana la tahu, kot-kot dalam diam2 si dia pun minat kat kita jugak.
Itulah jodoh namanya…
January 1st, 2009 at 8:06 pm
Tahniah kepada sifu Sabri dan sifu Syazwan. Saya adalah salah seorang bekas anak murid tuan, tapi kurang berinteraksi dengan tuan.
Namun saya sentiasa mengikuti saifulsham.com
Bukan apa, walaupun ilmu yang tuan ber2 ajar tu, kurang saya praktikkan, tapi blog ini sentiasa saya ikuti untuk mendapatkan idea dan motivasi diri.
Apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada tuan ber2, kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami.
Semoga SaifulSham.com terus maju di tahun 2009 ini!
Syabas!
January 1st, 2009 at 9:25 pm
Aduh Kak!
Cerita akak inspiring dan boleh masuk Chicken Soup for the soul.
Bertuah betul! Walau seberani mana pun seseorang
(fuhh, fuhh… -sedang
tu hadapi sales rejection, rejection yang satu
lagi tu trauma. Dan saya tak nak pulak practice
banyak2 hadapi rejection jenis tu…hehe.. takpe2, akan
saya pertimbangkan.
mencari keberanian-)
En Ashraf, tahniah!
Tahniah bukan sebarang tahniah, tetapi tahniah sebab
saya tahu En Ashraf jenis orang yang ubi-ubi berisi.
Saya follow En Ashraf sejak En Ashraf follow kami (mcm
), lama tu kan? Saya rasa kalau
Twitter la pulak
baru dapat baby, sekarang baby tu dah boleh berlari.
The fact that you are still here speak for yourself.
Tahniah dan teruskan kecemerlangan En Ashraf, terima
kasih banyak2 kerana mengikuti SaifulSham, melanggan
servis kami dan beriteraksi di sini. Selagi ada orang
mcm En Ashraf, kami tidak akan jemu berkongsi. Semoga
kita dapat berjumpa lagi di tahun 2009!
Sabri
January 1st, 2009 at 9:47 pm
Assalammualaikum,
Tahniah Sabri sebab muda-muda lagi sudah menjadi usahawan muda yang boleh dibanggakan. Syukur Alhamdulillah. Akak masa umur macam Sabri ni, tak ada planpun nak berniaga. Cuma masa kat kolej jual maggi je. Bila dah banyak tanggungjawab ni barulah rasa perlunya cari duit lebih. Diam tak diam dah lebih 10 tahun jugaklah akak berniaga dari rumah..walau kecil-kecilan rasa seronoknya ada. Sekarang sudah mula bergerak ke arah bisnes internet. Insya Allah akan menggunakan segala peluang yang ada untuk berjaya. Terima Kasih Sabri.
January 2nd, 2009 at 12:15 pm
Tadi ternampak Sabri kat LRT Bangsar..tp xtegur..hehe..tahniah..dah selamat tahun baru..
January 2nd, 2009 at 5:16 pm
Tahniah Kak Azian,
Teruskan apa yang ada, kembangkan aliran pendapatan baru ya.
Wida,
Next time tegur tau, suspen kalau nampak2 ni.
Takut pelanduk 2 serupa nanti.
Sabri
January 2nd, 2009 at 6:39 pm
Salam semua.
Nampaknya masing-masing ada azam baru.
Team Seni Cinta pun ada azam baru kali ini,
saya jadikan permulaan tahun baru ini sebagai
’second chance’ untuk melakukan sesuatu perkara.
Kali ni, saya letakkan elemen ’scalability’ di
dalam azam saya. Buktinya, 2 orang rakan JV telah
menyertai Team Seni Cinta ( nak tau, kunjungila blog
seni cinta).
Well, semoga tahun baru ini memberi semangat untuk
kita melakukan sesuatu ‘one step higher’.
Goodluck guys
January 2nd, 2009 at 10:17 pm
Azam sy dulu nk masuk. So, sy belaja la sungguh2. Alhamdullilah berjaya juga akhirnya. Skrg dh grad pun. Azam seterusnya adalah lepas ni nk jadi jutawan. InsyaAllah.
January 2nd, 2009 at 10:17 pm
Azam sy dulu nk masuk u. So, sy belaja la sungguh2. Alhamdullilah berjaya juga akhirnya. Skrg dh grad pun. Azam seterusnya adalah lepas ni nk jadi jutawan. InsyaAllah.
January 2nd, 2009 at 11:16 pm
Azam tahun ni nak target dapat tulis buku macam saudara. Setakat ni Alhamdulillah..dalam proses mengedit oleh pihak PTS.harap tiada masalah..
2. Kalau pasal awek tu..huhu sedih sedikit…belum lagi..rasa sedih pulak
Saudara Sabri tak menekel awek idaman ke?
January 3rd, 2009 at 10:52 am
Bercerita pasal azam ni tak lengkap jika anda tidak menetapkan matlamat!
Ramai juga yang letakkan matlamat tapi tak berjaya..!
Nak tahu cara tetapkan matlamat yang POWER?
Anda boleh dapatkannya dari http://www.pemikirkaya.com
Dapatkan eBook PERCUMA tesebut POWER!
Salam kekayaan,
THINKERICH
January 4th, 2009 at 2:30 pm
semoga tahun 2009 ini membawa kejayaan kepada kita semua..amin
January 4th, 2009 at 7:49 pm
Assalamualaikum sabri…selamat tahun baru dan salam maal hijrah 1430
Sekadar ingin berkongsi dengan semua. Kegagalan dalam mencapai sesuatu matlamat bermula daripada peringkat awal iaitu proses “MENETAPKAN MATLAMAT” atau “GOAL SETTING”…yg penting…matlamat anda perlu mengikut kriteria tersebut.
S = Specific
M = Measurable
A = Attainable
R = Realistic
T = Timely
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
~Jadikan mimpi satu REALITI~
January 4th, 2009 at 10:18 pm
Salam tahun baru saifulsham.com
Saya dulu tak pernah ada awek.
Ni saya nak cerita kat semua terutamanya drinspirasi.
Saya dapat bercinta kerana saya buang jauh jauh perasaan takut.
Saya ambil langkah pertama dengan tidak takut untuk meminta no telefon awek tersebut dan mulakan dgn sms dulu.
Sekarang tengah bercinta hehe
January 4th, 2009 at 11:40 pm
Hi semua,
Talking about azam baru, saya baru
REVAMP salah satu website jualan
non-IM saya. Take a look.
http://www.SeniSelamatkanCinta.com
Mengikut teknik SMART, saya tersasar
di bahagian ‘T’, patutnya 1hb siap.
January 5th, 2009 at 8:19 am
[...] baru, 2009. Sudah ada azam yang hendak dicapai pada tahun ini? Tak apa pun jika masih belum ada, bak kata Sabri, kita ada 3 tahun baru dalam masa terdekat ini. Tak sempat Tahun Baru Hijrah atau Tahun Baru Masihi, Tahun Baru Cina masih [...]
January 5th, 2009 at 1:58 pm
azam tahun lepas pun masih tergapai-gapai lagi nih..apa pun tahun ni azam tahun lepas dan tahun ni kena combine sekali
January 5th, 2009 at 9:53 pm
angan2 mat jenin..tapi kira okeh la tuh dia wat gak keja dari yang berangan duk kat atas katil ja tuh..setiap impian dan keinginan ada jalannya..lakukan pengorbanan diri anda demi masa depan..selamat maju jaya..
January 6th, 2009 at 2:33 am
Sabri,
Kira awal jugaklah Sabri dapat mulut. Akak dapat mulut lagi lambat. Umur dah 20 tahun baru dapat mulut..
Azam tahun 2008 banyak yang dah tercapai. Alhamdulillah.. shukur pada Allah dan terima kasih pada Sabri yang banyak membantu
Sekarang tengah fikirkan macam mana nak achieve azam bagi tahun ni pulak.
January 6th, 2009 at 10:48 pm
Bercakap pasal azam… Saya berazam untuk membeli kereta tahun ini(myvi SE facelift) hopefully tercapai..
Mungkin berjinak2 dalam dunia internet marketing masih (newbie)
and berhajat untuk dapat 5 figure by the end of this year insYAlllah..
Lagi?? Fasih (fluently) in communicating in BI… selalu mjadik masalah utamaa..
January 9th, 2009 at 12:06 pm
salam..
azam tahun baru???
mesti la nak bertambah baik dari segala segi..
(azam tahun lepas pun lg separuh belum tercapai)
ni 1st time saya tgk website saifulsyam ni…
ape yg boleh saya katakan , website ni mmg banyak sgt bg manfaat kepada pembaca. website ni juga memberi azam kepada saya untuk memulakan perniagaan internet sndri..
(memandangkan saya pun bekerja sepenuh msa dalam dunia it)hehe..
tp nasihat saya kepda semua, bahaya perniagaan internet ni lebih dasyat dari perniagaan “real”..sbb susa kita nak kontrol..so good luck semua n hati2..
January 10th, 2009 at 12:06 am
assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini,
1. terima kasih yang tak terhingga kepada team saifulsham. kerana telah mengajar dan menunjuk jalan kepada kak umi yang akhirnya berjaya menghasilkan digital produk dan mempunyai beberapa laman web yang dihasilkan sendiri.
2. azam utama tahun ini ialah utk menyiapkan ebook kedua yg sudah sekian lama tertangguh. (TIADA LAGI ALASAN KEKANGAN MASA)
3. azam kedua ialah utk menerbitkan buku-buku aktiviti tadika. (TIADA LAGI ALASAN KEKANGAN IDEA)
4. azam seterusnya agar lebih proaktif dalam internet marketing supaya dapat bersama-sama memberi sumbangan dan berkongsi idea.
selamat menyambut maal hijrah
January 10th, 2009 at 4:28 pm
azam…
salah satu azam aku yang tercapai ialah dapat beli laptop.
January 11th, 2009 at 1:03 pm
Salam. Tip yang saya selalu buat untuk realisasikan azam adalah dengan menetapkan apa yang kita mahu dan sentiasa ingat di dalam fikiran. Fikiran di bawah sedar ini akan selalu menunjuk jalan dan tingkah laku kita ke arah matlamat yang ingin kita capai. Alhamdulillah apa yang saya targetkan selalu dapat.
http://www.jutawansenyap12.blogspot.com
January 11th, 2009 at 1:33 pm
Azam saya untuk tahun ini.. Hopefully dapat merasa 5 figure income, and mengurus masa ngan bijak, selalu mmbazir masa ahaksss.
January 15th, 2009 at 7:24 am
Teringin sgt nk krj dh lama x merasa duit hasil titik peluh sendiri..nk krj suami x bg..thn ni azam saya nk bekerja dr rmh..my husband pn beli la desktop(baru 2 minggu),dia kesian kot sbb teringin sgt nk cari duit..baru duk cari idea apa yg harus saya buat,dh la buta IT..dah hampir 6 tahun saya x sentuh komputer,menaip pn meraba-raba dh jdnya..elok2 duk KL lps kahwin balik kg(pedalaman lak tu),duk dgn bapak mertua, kesian kt dia duk sorang2,walaupun ank ramai,nasib baik dpt menantu baik mcm aku ni,he he..
masih tercari-cari maklumat.org dh berlari sy baru nk bertatih..macamana tu!!! skrg dh masuk tgh bulan,aku mesti byk belajar lg.hopefully tercapai la impian aku,.mcmana saifulsham oiiii.
January 27th, 2009 at 5:35 pm
azam baru untuk memberi kebahagian orang sekeliling kita..biar susah dahulu..akan senang kemudian..
May 31st, 2009 at 12:35 pm
Azam tahun ni sy nk concentrate stadi. tgh amek degree holder. tgk la link kat bwh dulu…
http://www.nafkahbatin2u.com/index.php?ref=getright