Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: Enjin Carian

Konvensyen RBBDI ke-2?

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Semenjak konvensyen pertama bekas peserta seminar SaifulSham diadakan pada tahun lepas (sekitar Januari 2007), saya bercadang menyambungnya untuk tahun kedua.

Untuk anda yang tidak tahu apa itu konvensyen, ia adalah satu sesi satu hari (dari pagi sampai ke petang) khas untuk bekas-bekas peserta seminar SaifulSham.

Dalam konvensyen ini, Team SaifulSham akan menyampaikan tips-tips terkini dalam perniagaan internet dan mendedahkan beberapa laman web perniagaan kami yang memberi pulangan lumayan. Kami akan menunjukkan mengenai strategi terkini yang boleh diaplikasikan untuk laman web bekas peserta seminar.

Kemudian, kami akan menjemput beberapa bekas peserta seminar yang telah berjaya membuat presentation mengenai bisnes internet mereka. Pada tahun lepas, kita mempunyai Kak G, Smartzul, dan juga Irwan Dahnil.

Pada tahun ini saya menjangkakan beberapa lagi bekas peserta seminar lain untuk membuat presentation. Tujuan presentation ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan peserta seminar yang lain.

Disamping itu, saya akan memanggil rakan-rakan usahawan internet yang telah berjaya dalam perniagaan internet mereka. Pada tahun lepas, saya telah memanggil seorang jutawan Dropshipper. Tahun ni, adalah orangnya. Yang pasti, saya suka menjemput orang yang tidak dikenali oleh usahawan internet lain tetapi orang tersebut telah menjadi kaya dengan perniagaan internet secara low profile :grin:

Menariknya lagi, konvensyen ini adalah PERCUMA. (Peserta hanya perlu membayar harga makanan dan dewan sahaja).

Untuk tahun 2008, saya belum mempunyai sebarang tarikh khas untuknya. Oleh sebab itu, saya ingin meminta sebarang cadangan konkrit daripada anda (untuk peserta seminar SaifulSham).

Sebarang bentuk bantuan dan pertolongan (seperti mencari dewan, makanan) adalah dialu-alukan. Volunteer lah~huhu.

Saya amat berharap konvensyen kali ke-2 akan diadakan pada tahun ini juga.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

Minda jutawan

Hello pembaca SaifulSham,

Apabila rakan saya bertanya kepada saya,

“Apakah sebenarnya cita-cita kau dalam hidup. Apakah sebenarnya yang engkau cari dengan menjalankan bisnes muda-muda ni? Nak tekel awek lawa? (hehe, ye kot :grin: ) Apakah engkau rasakan diri kau 5 tahun akan datang?”

saya hanya mampu berkata bahawa, “Aku nak hidup senang”.

Sebenarnya, sudah beberapa kali saya diajukan soalan yang sama oleh rakan-rakan sebaya. Mereka melihat satu kepelikan apabila ada orang sebaya mereka membuat kerja yang dirasakan gila.

Kemudian, saya bertanya kembali kepada mereka, “Kalaulah kau, apa kau nak jadi dalam mungkin 10 tahun, 15 tahun akan datang?”

Rata-rata jawapan yang diberikan adalah begini:

“Aku nak berhenti bekerja dan buat bisnes macam kau. Timba pengalaman dahulu”
“Jadi manager, orang kuat dalam syarikat minyak ke”
“Nak jadi kaya raya, pakai Mercedec S-Class kot”

Saya membalas, “So, kenapa tak start sekarang?”

“Bukan ke aku cakap tadi nak timba pengalaman kerja dulu. Aku takde bakat bisnes macam kau”

Lantas saya memberitahu, “Well, maksud aku bukanlah semestinya bermula bisnes sekarang. Yang penting mind set kau dahulu. Mula dengan bina minda pun dah ok. Kita sudah final year, seharusnya masa depan satu perkara yang perlu diambil serius sekarang”

Ramai orang berfikir untuk hidup senang kemudian hari tetapi sebenarnya tidak pun memulakan langkah pertama, iaitu minda. Selalunya, mereka yang tidak merubah minda akan kekal begitu sehinggalah mereka pencen.

Percaya atau tidak?

Di waktu sekolah dahulu, saya sendiri begitu meminati tokoh-tokoh korporat berjaya sehinggakan saya berkecimpung dalam kelab usahawan. Waktu di sekolah dahulu, fikiran saya memang teruja dan berasa ingin tahu bagaimana untuk menjadi kaya.

Percaya atau tidak, atas sebab teruja dan ingin menjadi kaya, saya sanggup membaca majalah ekonomi dan berita seperti saham walaupun satu perkara pun tidak saya faham dahulu. Sebab satunya, saya ingin tahu, apakah bisnes yang menarik untuk dijalankan nanti.

Dalam doa harian selepas solat (perkara yang saya tidak dedahkan selama ini), saya selalu meminta bahawa diri saya akan menjadi jutawan dalam usia muda. Sampai sekarang itulah antara yang saya minta setiap hari.

Semenjak dari sekolah, saya tidak pernah berfikir untuk memulakan perniagaan seawal usia 20an. Yang saya fikir, satu hari nanti, saya ingin kaya. Bagaimanakah caranya adalah perkara kedua.

Hari ini, apabila saya melihat kembali diri saya, tanpa tidak saya sedar,
“Semuanya bermula dari sikap dan keinginan saya sewaktu disekolah dahulu”

Malah ibu saya sendiri tidak menyangka bahawa saya sebenarnya begitu meminati perniagaan kerana minat itu hanya ditonjolkan selepas tingkatan 3. Pada waktu saya bersekolah, adik saya yang kedua, Syamim lebih menonjol dalam minat ke arah perniagaan.

Seperti biasa, apabila saya pulang bercuti semester, saya akan brainwash adik-adik yang lain dirumah mengapa saya berniaga, mengapa abah pun berniaga dan mengapa mereka perlu tahu mengenai perniagaan. Sebabnya sekarang saya sudah tahu, dengan menanam minda mereka diawal usia, perjalanan untuk menuju ke arah kebebasan kewangan akan lebih cepat.

Dan itulah seelok-eloknya untuk anda juga praktikkan. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang lebih muda, asahlah minat mereka seawal mungin jika anda berhasrat untuk mereka mewarisi perniagaan anda atau menceburi perniagaan.

Ini kerana pada waktu muda inilah mereka lebih senang untuk mendengar kata (hehe) berbanding jika mereka sudah boleh berfikir sendiri dan selesa dengan cara hidup makan gaji selama-lamanya. Sebabnya mereka akan dikelilingi oleh rakan-rakan yang hidup sebegitu dalam hidup mereka.

Mulalah memiliki minda jutawan sekarang!

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:jutawan hartanah jutawan internet jutawan tani kejayaan tokoh penyata akaun proton holding tan sri syed mokhtar al bukhari untung rugi usahawan usahawan muda usahawan tani

5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Hari ini saya akan cover topik Search Engine Optimization yang mudah-mudah khusus untuk menjawab soalan-soalan yang sering saya terima. Search Engine Optimization adalah bagaimana kita dapat memanipulasi enjin carian supaya laman web kita berada di ranking teratas.

Contohnya, apa yang perlu kita buat, supaya apabila orang search “GULA”, laman web kita yang menjual Gula berada di tempat pertama enjin carian. Ini penting kerana biasanya sebelum membeli, orang akan mencari terlebih dahulu informasi mengenai produk tersebut. Dalam proses inilah kita dapat positionkan laman web dan produk yang kita jual di mata dan fikiran pelanggan.

Bayangkan, anda mendapat peluang untuk menjual kepada bakal pelanggan anda sebelum pesaing-pesaing anda, sudah tentulah peluang anda untuk membuat jualan jika tawaran anda betul-betul menarik lebih cerah.

Tetapi ingin saya tegaskan, Tidak ada seorang pun yang tahu dengan sebenar-benarnya apa yang diigini oleh enjin carian. Bisnes Enjin Carian bergantung kepada kebolehannya memberi hasil carian yang relevan dan tidak di manipulasi mana-mana pihak. Jika mereka gagal memberi ini kepada pelanggan mereka, pelanggan mereka tidak akan menggunakan mereka lagi dan perniagaan mereka akan gulung tikar. Jadi enjin carian seperti Google, Yahoo dan MSN Search ini betul-betul menjaga formula mereka dari diketahui orang luar. Usahlah percaya jika ada yang dapat memberi janji manis dengan menjamin kedudukan anda di tempat teratas enjin carian.

Tetapi, kita dapat membuat tekaan bijak mengenai apa yang mereka mahu.

Secara tuntasnya, ada 3 perkara yang Enjin Carian mahu lihat pada laman web anda. Laman web yang seperti ini mereka mahu senaraikan dan beri kedudukan yang baik. Jadi anda kena pastikan laman web anda mempunyai ciri-ciri berikut.

  • Popular
  • Relevan
  • Makumat Terkini

Saya akan bercerita secara ringkas sahaja di sini. Di dalam Seminar RBDDI SaifulSham kami ada menyentuh lebih dalam lagi bagaimana untuk memastikan pelan pemasaran anda mengandungi semua aspek ini.

1) Populariti
Enjin carian mengukur populariti sesebuah laman web itu berdasarkan bilangan link (link ini, apabila di klik menuju ke laman web kita-Jangan terkejut. Saya berjumpa dengan orang yang tidak tahu apa itu link setiap bulan. Ada yang tak tahu :grin: )

Satu link bermaksud satu undi kepada populariti laman web kita. Lebih banyak link anda dapat, lebih banyak undi kepada laman web anda secara ringkasnya.

2) Relevan
Apabila anda mahu laman web anda mendapat ranking tinggi di enjin carian, anda tidak boleh berada di ranking tertinggi untuk semua topik. Jika laman web anda berkaitan futsal, tidak perlu laman web anda berada di ranking tinggi apabila orang mencari mengenai “Barbie Dolls” misalnya.

Bagaimana laman web tahu mengukur relevannya sesebuah laman web?

Enjin carian mengukur kerelevenan sesebuah laman web dengan melihat content laman web anda. Jika laman web anda mempunyai “perkataan-perkataan” berkaitan bola, maka laman web anda akan dikategorikan oleh enjin carian sebagai laman web bola.

Jika anda mahu skor tinggi bagi segmen ini, maka anda perlu mempunyai banyak isi seperti artikel, dan apa2 lagi yang boleh di baca enjin carian. Jadi secara layman termnya, jika laman web anda mempunyai banyak muka surat dan artikel, lagi bagus dan lagi tinggi ranking anda di enjin carian.

3) Maklumat Terkini
Ini yang paling penting. Walau sehebat, sepopular dan selengkap mana pun laman web anda, tetapi jika ia tidak selalu dikemaskini, di tambah isinya, ia akan merana di enjin carian. Enjin carian mempunyai cara tersendiri bagaimana mereka boleh tahu kali terakhir laman web anda di update.

Dalam hal ini, konsistensi adalah lebih baik dari kuantiti. Bermaksud, walaupun sekali kemaskini anda melakukan secara besar-besaran tetapi anda jarang sekali melakukannya, lebih baik anda melakukan perubahan-perubahan kecil tapi kerap. Dengan cara ini, ranking anda di enjin carian lebih terpelihara.

Jawapan Kepada Kes Benar & Persoalan Benar Yang Saya Terima.


1) Menggunakan Fantastico Menyebabkan Ranking Saya Di Yahoo Jatuh

Nonsense. Perkara ini tidak ada kaitan sama sekali. Jika ia terjadi, ia hanya kebetulan semata-mata. Kemungkinan besar, laman web anda tidak mengandungi 3 elemen penting di atas. Sebab itulah ranking laman web anda jatuh. Sila semak semula laman web anda.

Btw, bandwith yang anda gunakan untuk melakukan installation juga tidak boleh direset kembali. Ia bukan seperti data. Ia adalah seperti panggilan telefon yang anda buat. Kita tidak boleh memanggil Telekom Malaysia untuk membatalkan atau “undo” atau “reset” kembali panggilan yang anda buat malam tadi kan?

2) Saya Berada Di Ranking Tertinggi Di Enjin Carian Tanpa Perlu Berusaha!

Jika seseorang itu berkata demikian, sila semak untuk kata kunci apa beliau berada di ranking tertinggi itu. Jika sekadar untuk “nama beliau” atau nama syarikat tersebut lebih baik tidak payah.

Sesiapa sahaja, bahkan monyet pun boleh menekan-nekan keyboard dan mendapat ranking tinggi enjin carian untuk laman webnya jika nama monyet tersebut unik dari monyet-monyet lain. (even a monkey can do that if they are there~ antara ayat kegemaran salah seorang pensyarah saya)

Jadi jangan cepat percaya dengan claim-claim pakar-pakar SEO yang ada. Kunci kepada ranking di Enjin Carian yang baik adalah, konsistensi dan usaha berdasarkan kepada 3 perkara di atas.

*Artikel ini ditulis untuk kefahaman newbie SAHAJA. Search Engine Optimization adalah satu bidang yang sangat luas dan tidak cukup sehari untuk membincangkannya. Di lain ketika kita mungkin boleh berbincang mengenai teknik yang lebih advance, tetapi nasihat saya kepada semua, jangan cuba merenangi Selat Inggeris seperti Malek Maidin jika terapung di kolam renang pun belum mampu. :mrgreen:

Bacaan Lanjut:enjin carian google malaysia optimisasi enjin carian perniagaan internet enjin carian search engine malaysia search engine optimization malaysia seo malaysia
Close
E-mail It