Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: Keusahawanan

Konvensyen RBBDI ke-2?

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Semenjak konvensyen pertama bekas peserta seminar SaifulSham diadakan pada tahun lepas (sekitar Januari 2007), saya bercadang menyambungnya untuk tahun kedua.

Untuk anda yang tidak tahu apa itu konvensyen, ia adalah satu sesi satu hari (dari pagi sampai ke petang) khas untuk bekas-bekas peserta seminar SaifulSham.

Dalam konvensyen ini, Team SaifulSham akan menyampaikan tips-tips terkini dalam perniagaan internet dan mendedahkan beberapa laman web perniagaan kami yang memberi pulangan lumayan. Kami akan menunjukkan mengenai strategi terkini yang boleh diaplikasikan untuk laman web bekas peserta seminar.

Kemudian, kami akan menjemput beberapa bekas peserta seminar yang telah berjaya membuat presentation mengenai bisnes internet mereka. Pada tahun lepas, kita mempunyai Kak G, Smartzul, dan juga Irwan Dahnil.

Pada tahun ini saya menjangkakan beberapa lagi bekas peserta seminar lain untuk membuat presentation. Tujuan presentation ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan peserta seminar yang lain.

Disamping itu, saya akan memanggil rakan-rakan usahawan internet yang telah berjaya dalam perniagaan internet mereka. Pada tahun lepas, saya telah memanggil seorang jutawan Dropshipper. Tahun ni, adalah orangnya. Yang pasti, saya suka menjemput orang yang tidak dikenali oleh usahawan internet lain tetapi orang tersebut telah menjadi kaya dengan perniagaan internet secara low profile :grin:

Menariknya lagi, konvensyen ini adalah PERCUMA. (Peserta hanya perlu membayar harga makanan dan dewan sahaja).

Untuk tahun 2008, saya belum mempunyai sebarang tarikh khas untuknya. Oleh sebab itu, saya ingin meminta sebarang cadangan konkrit daripada anda (untuk peserta seminar SaifulSham).

Sebarang bentuk bantuan dan pertolongan (seperti mencari dewan, makanan) adalah dialu-alukan. Volunteer lah~huhu.

Saya amat berharap konvensyen kali ke-2 akan diadakan pada tahun ini juga.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

5 tahun sebagai pelajar U

Hello pembaca SaifulSham,

Seperti yang anda tahu, pada bulan 5 ini, saya akan menamatkan pengajian dalam kejuruteraan mekanikal (majoring: petroleum) di UTP. Terlalu singkat masa berlalu.

Tetapi sepanjang tempoh 5 tahun ini, ada beberapa pencapaian bukan akademik yang menggembirakan saya. Malah saya bersyukur betapa saya mencapainya dalam masa tempoh saya bergelar pelajar! Dibawah saya senaraikan perkara yang menggembirakan saya.

1) Menulis sebuah buku bestseller.
2) Mempunyai syarikat sendiri, SaifulSham Consultants.
3) Speaker kepada seminar, workshop, talk perniagaan internet.
4) Menaja banyak perkara kepada universiti tercinta, UTP.
5) Mempunyai satu portfolio pelaburan hartanah.
6) Mempunyai 7 laman web perniagaan internet menjual produk dan servis.
7) Mempunyai pejabat sendiri di Puchong.
8) Mempunyai ramai rakan dan kenalan dari golongan usahawan ataupun bergelar jutawan.
9) Mempunyai pengetahuan dalam perniagaan, saham dan hartanah.
11) Hidup yang menggembirakan (ada wang dan boleh buat apa sahaja!)

Cukuplah tu, kalau hendak ditulis banyak lagi rasanya. Semua perkara diatas telah dicapai dalam tempoh 5 tahun pengajian. Jadi, tempoh itu sudah cukup untuk memberi isyarat kepada anda yang bercita-cita membina perniagaan, setidak-tidaknya berilah masa selama 5 tahun untuk melihat pencapaian perniagaan anda!

Biarpun begitu, saya masih menganggap saya tidak mencapai impian saya lagi (mempunyai sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia atau cawangan yang melimpah di luar negara).

Tetapi setidak-tidaknya, saya adalah lebih baik daripada 5 tahun lepas.

Untuk pos ini, saya membuat penguguman, bahawa saya dan Sabri sudahpun menyiapkan sebuah buku mengenai menjadi usahawan ketika belajar (banyak gambar kami selitkan sekali dalam buku tersebut) dan akan diterbitkan oleh PTS.

Tajuknya tidak akan diberitahu sehinggalah saya mendapat pengesahan daripada pihak PTS.

Bacaan Lanjut:

Ilmu percuma

Hello pembaca SaifulSham,

Saya tertarik dengan sebuah pos yang ditulis saudara Fuad (www.almaribuku.com) berkenaan mentaliti masyarakat terhadap ilmu percuma.

Disini, biarlah saya ceritakan kisah yang terjadi pada cuti tahun baru Cina yang lepas (mengenai seminar pelaburan tanah).

Lebih kurang 2 minggu sebelum cuti tahun baru Cina lepas, bapa saya menelefon saya untuk menyatakan hasratnya membuat sebuah seminar pelaburan tanah secara percuma.

Saya pun lantas memberitahunya, “Betul ke abah nak kasi free. Ilmu ni bukan murah, bukan semua orang tahu mengenai pelaburan tanah. Bukan ramai yang pakar. Dalam Malaysia pun, belum ada mana-mana buku pelaburan hartanah yang berkisarkan tanah. Boleh kata semuanya berkisarkan mengenai rumah/bangunan/rumah kedai/kondo dan sebagainya”.

Sebenarnya saya mempersoalkan hajat bapa saya kerana sebelum ini dialah orang yang paling tidak mahu menceritakan rahsia pelaburannya melainkan kepada anak-anaknya.

Kebanyakan dari rakan-rakan bapa saya yang masih bekerja keras siang malam agak hairan melihat bapa saya yang agak lapang. (hakikatnya, bapa saya pencen sejak umur 40 tahun, dan kini umurnya 50 tahun - belum sampai umur had pencen lagi).

Beliau bekerja ikut suka hatinya. Jika mahu cuti, cutilah. Kalau cuti sekolah, kami akan bercuti bersama-sama tanpa perlu memikirkan bahawa hakikat orang kerja tidak ada cuti sekolah (melainkan orang bekerja itu mencuri cuti tahunannya).

Itulah rutin bapa saya setiap hari. Masa yang lapang banyak dihabiskan untuk meninjau-ninjau peluang membeli tanah-tanah yang baru.

Jadi, saya bertanya kepadanya, “Mengapa abah hendak dedahkan sesuatu yang orang lain belum dedahkan. Bukankah nanti mewujudkan persaingan apabila ramai orang tahu teknik abah”

Katanya, “Dalam dunia ni, bukan semua perkara boleh kita miliki. Peluang membeli tanah adalah terlalu banyak di Malaysia. Cuma ramai orang tidak menyedarinya. Lagipun, bukannya abah mampu nak beli semua tanah dekat Malaysia ni.”

“Tidak salah membantu orang lain membina kekayaan kerana secara tidak langsung kita beroleh pahala. Kita juga membina networking dan manalah tahu, diwaktu susah nanti, ada ramai orang membantu kita”.

Dengan kata-kata itu, saya faham, sharing is caring (ayat Petronas).

Akan tetapi apabila tiba waktu seminar tersebut, hanya seorang sahaja yang muncul (sedangkan yang menghantar SMS dan email tanda bersetuju melebihi 10 orang). Yang muncul hanyalah Saudara Fuad (www.almaribuku.com).

Seminar tetap berjalan seperti biasa. (Tetapi makanan yang disediakan adalah melebihi 10 orang. Kira membazir la juga.)

Pada akhirnya, saya memberitahu bapa saya, “Tidak mengapa abah tidak buat seminar lain kali, lebih baik abah simpan sebagai rahsia. Cukup lah Saudara Fuad yang tahu. Pada lain kali, letakkan sebarang harga”.

Saya mendapat satu pengajaran berguna pada hari itu.

Kebanyakan masyarakat lebih sanggup membayar wang untuk menjadi kaya berbanding jika terdapat pelung untuk mendapatkannya secara percuma.

Mungkin juga betul kata Azizi Ali, “Hendak jadi kaya, anda perlu sanggup mengeluarkan wang”.

Jadi pada sesi akan datang (jika seminar ini diadakan lagi), saya akan meletakkan bayaran.

Hahaha.

W.M.syazwan

Bacaan Lanjut:

Perniagaan internet: Produk jangka hayat pendek

Hello pembaca SaifulSham,

Minggu lepas, saya mendapat satu email yang dihantar bekas peserta seminar mengatakan masalah yang dihadapinya kerana menghantar satu jenis anak pokok menggunakan kurier.

Wah, ini pertama kali saya mendengar kes seperti ini (walaupun saya tahu produk tersebut tidak sepatutnya dihantar menggunakan kurier).

Penghantar email ini memberitahu saya, bahawa dalam rekod lepas beliau menghantar menggunakan kurier, tidak ada masalah. Selalunya mengambil masa dalam sehari dan anak pokok itu masih hidup.

Masalah dihadapinya apabila syarikat kurier lewat menghantar ke tangan pelanggan walaupun sudah tiba ke destinasi sebuah bandar tersebut. Mereka terlewat sehingga 5 hari (kalau hantar haiwan pun rasanya haiwan itu boleh mati kerana kelaparan).

Dalam hal ini saya tidak dapat membantu sepenuhnya kerana pertama, ia adalah satu bentuk kesilapan kerana menghantar produk jangka pendek menggunakan kurier.

Walaupun servis penghantaran itu adalah kurier, pertama, mereka tidak ada polisi untuk memberi air atau cahaya kepada anak pokok terbabit. (Mereka bukanlah seperti MAS yang mempunyai servis Animal Hotel - dimana penjagaan haiwan yang ingin dihantar disediakan oleh MAS).

animalhotel MAS

Saya terpaksa mencadangkan beliau supaya merujuk kepada syarikat kurier terbabit jika anak pokok terbabit mati. Apapun, syarikat kurier itu hanya mungkin boleh disabitkan kesalahan menghantar produk lewat. Disini, jika syarikat kurier membayar pampasan pun, yang mungkin diperoleh adalah pampasan nilai penghantaran, dan bukannya nilai produk. (Ini prosedur biasa mana-mana syarikat kurier, yalah kalau anda hantar emas, takkan mereka nak ganti emas~)

syarikat kurier

Dalam hal ini, saya memberi satu penyelesaian (walaupun tidak murah), iaitu mencari syarikat yang menghantar terus ke tangan pelanggan tersebut. Syarikat kurier mempunyai ramai pelanggan, mereka akan mengumpul produk sebelum membuat penghantaran.

Syarikat yang dimaksudkan mungkin juga sebuah syarikat kurier (yang menawarkan servis ini) atau syarikat penghantaran persendirian.

Satu lagi penyelesaian yang saya lihat yang dilakukan Blooming.com.my (menjual bunga di internet) adalah dengan memasang agen bagi setiap negeri. Bermakna, jika mereka mendapat tempahan dari Sarawak, mereka akan menghubungi agen kedai bunga mereka disana untuk menghantarnya kepada pelanggan.

Cara ini lebih selamat berbanding jika Blooming.com.my mengepos bunga hidup itu menggunakan kurier. (Memang sah bunga itu akan layu dahulu)

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

Pelaburan Tanah : Pembahagian hak milik

Hello pembaca SaifulSham,

Ada seorang pembaca bertanya, “Jika saya dan beberapa rakan lain ingin berkongsi membeli tanah sebagai pelaburan, apakah kaedah pembahagian yang adil bagi memastikan semua orang mendapat hak masing-masing?”

Satu soalan yang bagus.

Apabila membeli secara bersama (mengumpul modal bersama), soal pembahagian hak milik menjadi persoalan kerana jika sesuatu kejadian tidak diingini berlaku (salah seorang belot untuk merampas tanah kerana nama dalam geran adalah namanya seorang sahaja), pelaburan itu akan menjadi kisah ngeri dalam hidup.

(Membeli tanah tidaklah sama dengan membeli rumah kerana kita boleh membuat pinjaman bank untuk membeli rumah sedangkan untuk membeli tanah, kita perlu membayar secara tunai dan bank tidak memberi pinjaman bagi pembelian tanah. Oleh sebab itu, ramai orang ingin memulakan pelaburan tanah berkongsi dengan rakan taulan atau saudara mara)

Untuk masalah ini, usahlah begitu bimbang kerana negara kita mempunyai undang-undang untuk melindungi hak setiap individu dalam pelaburan tanah.

Apa yang boleh dipraktikkan adalah 2 kaedah:
1) Meletakkan semua nama dalam satu geran
Jika ada 4 orang berkongsi membeli tanah, keempat orang ini boleh meletakkan nama masing-masing dalam geran tanah.

2) Meletakkan satu nama sahaja dalam geran dan nama pihak lain di masukkan kaviet.

Jika ada 4 orang berkongsi membeli tanah, hanya nama seorang sahaja digunakan dalam geran tanah, dan nama baki 3 orang lagi dimasukkan kaviet.

Antara kedua-dua kaedah tersebut, yang mana lebih bagus?

Terpulanglah. Melalui pengalaman pihak UrusHartanah, kaedah kedua lebih mudah berbanding kaedah pertama.

Sebagai contoh untuk kaedah pertama, jika rakan pakatan kita seorang yang sibuk dan tinggal berjauhan, urusan pembelian dan penjualan akan menjadi rumit kerana anda perlu mendapatkan semua tanda tangan kesemua daripada rakan pakatan anda.

Sebaliknya, jika menggunakan kaedah kedua, kita menggunakan satu nama sahaja dan urusan pembelian dan penjualan lebih mudah kerana hanya memerlukan tanda tangan satu penama tersebut.

(Hak anda masih dilindungi kerana jika berlaku ketirisan, anda sebagai penama yang terdapat dalam kaviet boleh menghalang penama yang terdapat dalam geran untuk cuba melakukan sesuatu tanpa persetujuan anda)

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

Meminta bantuan dalam perniagaan

Hello pembaca SaifulSham,

Saya kerap kali mendapat panggilan daripada orang yang tidak dikenali (mungkin nombor telefon saya telah disebarkan) yang meminta banyak sangat bantuan untuk memulakan perniagaan.

Saya sentiasa bersedia membantu tetapi pada banyak keadaaan, cara panggilan ini meminta bantuan seolah-olah terlalu mendesak. (Hey, saya tidak senang cair dengan kata-kata pujian kecuali anda seorang gadis jelita :cool: ).

Antara ayat yang biasa diperkatakan:
“Boleh tak Syazwan buat laman web saya, tolonglah saya ini” (banyak cantik!)

“Saya sudah buntu dalam perniagaan internet, bantulah saya, bolehkah saya telefon kalau ada apa-apa lagi kemudian hari?” (boleh tetapi saya selalu hadkan pada bekas peserta seminar sahaja, itupun hari minggu sahaja)

“Orang dah kaya, takkan tak boleh bantu orang lain” (waduh, mudahnya cakap)

Ada banyak ketika, mereka bercakap melebihi sejam dalam telefon (aduh, saya meluangkan masa dengan begitu sahaja tanpa bayaran. Doktor pakar pun caj pesakitnya, saya bagi percuma pula).

Persoalannya, haruskah saya melayan semua perkara itu dimasa saya sendiri sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar di samping menjalankan perniagaan?

Saya amat menghargai pertolongan yang diminta kerana dengan itu saya tahu betapa saya mempunyai sesuatu yang istimewa yang dicari orang lain (ehem,ehem) tetapi pertolongan yang diminta kadangkala terlalu tinggi untuk saya penuhi.

Jadi, untuk memudahkan golongan yang bertanya, saya sediakan panduan untuk anda menghubungi saya. (Jika anda sudah pegang nombor telefon saya, tolong simpan dan jangan diberikan kepada sesiapa).

Pertama, jika tidak faham tentang satu-satu persoalan, rujuk dan baca dahulu buku seperti “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” tulisan Team SaifulSham (ini syarat minimum).

Emailkan soalan anda ke syazwan(at)saifulsham.com. Harapan saya, saya tidak mahu menerima soalan yang terlalu leceh dimana jawapannya sudah ada pada buku tulisan saya dan Sabri.

Kalau tidak, nampak sangat anda hanya mengharapkan bantuan saya mahupun Sabri 100 peratus tanpa usaha. Saya boleh kenal email orang yang membaca buku kami atau tidak. Antara soalan orang yang tidak membaca buku kami adalah seperti berikut:

“Paypal tu apa, macam mana hendak mohon? Laman web nak buat pakai apa?” (Soalan ini jika saya terima, saya akan simpan dan perap lama-lama kemudian barulah saya jawab. Itupun saya akan menjawab dikala saya berada dalam situasi terlalu bosan).

Berbanding soalan seperti ini,
“Dalam buku anda, ada disebut tentang beberapa cara mengeluarkan wang dari PayPal, kaedah manakah yang terbaik untuk orang Malaysia ketika ini?”

Soalah ini lebih sopan daripada soalan pertama tadi. Dan soalan ini menunjukkan si penanya tahu apa yang ingin ditanyanya (sudah pasti saya akan jawab dalam tempoh 24-48jam, bergantung pada tahap kesibukan).

Sama hal juga dengan tulisan saya dahulu mengenai Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari. Sehingga hari ini, masih ada yang menghantar komen meminta nombor telefon Yayasan al-Bukhari kerana ingin meminta modal perniagaan dan sebagainya. (bila masa pula saya pegang nombornya saya pun tak tahu)

Saya bersetuju dan bangga kerana anda berani untuk tampil meminta pertolongan tetapi betulkah cara begini meminta modal. Seharusnya, lengkapkan diri dengan segala perancangan perniagaan dan persembahkannya kepada Yayasan tersebut.

Setidak-tidaknya, tunjukkan passion dan minat mendalam untuk membuat sesuatu bisnes tetapi terhalang disebabkan ketiadaan modal. Bukannya menelefon atau email dan terus meminta sejumlah wang. Jika saya berada dalam situasi tersebut, saya akan menjawab panggilan dan mengatakan, ” Hayya, ini salah nombor lah. Wa talak kenai itu olang! :smile:

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:jutawan ebook jutawan hartanah jutawan internet jutawan MLM jutawan swisscash jutawan tani perniagaan

Adil atau tidak

Hello pembaca SaifulSham,

Satu perkara yang cukup saya benci apabila diberitahu, “Antara paling ramai penghuni neraka adalah orang kaya”.

Dan paling tidak menariknya, ucapan ini diucapkan oleh sebilangan rakan yang rapat dengan saya. Saya bukanlah seorang malaikat untuk menafikan kata-kata mereka (walaupun jika saya tahu ia benar) tetapi kata-kata seperti ini yang sepatutnya dijadikan ikhtibar ditukarbalikkan maksudnya kepada sesuatu yang negatif oleh mereka.

Ada pula memberitahu saya, “Apabila anda mencecah umur 40, jangan terlalu ghairah untuk menambah harta” (apa ni, siapa yang bagi nasihat macam ni?)

Walaupun saya geram, saya tahu, jika saya membalas kata-kata mereka, perkara ini tidak akan selesai. Jalan terbaik adalah dengan menyelidik, siapa mereka ini. Maka, saya selidik latar belakang kalangan rakan saya.

Dalam kajian saya, keputusannya bukanlah sesuatu mengejutkan. Keputusannya sama seperti yang tertulis dalam buku-buku kewangan yang pernah saya baca. Keputusannya sama seperti yang selalu diujar bapa saya.

Dalam kaji selidik saya, antara punca mereka berfikiran terlalu negatif dengan kekayaan adalah:
1) Keluarga
2) Pengetahuan Kewangan
3) Keadaan sekeliling
4) Media
5) Ada siapa mahu tambah faktor? Boleh tulis diruangan komen.

Baiklah, mari kita lihat bagaimana faktor ini mempengaruhi tahap ketakutan seseorang terhadap menjadi kaya.

Keluarga:
Ramai orang yang terlalu berfikir negatif dengan makna kaya kerana didikan keluarga sejak kecil. Daripada moyang, atuk, ibu bapa, saudara mara semuanya memberitahu bahawa kekayaan bukan segala-galanya.

Keluarga sejak kecil memberitahu tentang kerosakan nilai keluarga apabila menjadi kaya. Ditambah lagi, mereka melihat sesetengah keluarga mereka yang “kaya” hidup dalam kucar-kacir.

Walhal, sesetengah keluarga mereka itu tidak kaya pun. Disebabkan sesetengah keluarga mereka yang kucar-kacir ini memakai kereta mewah (pinjam duit bank), rumah besar (rumah pun hutang), berpakaian jenama (tidak ada langsung duit simpanan), maka mereka menanggap, inilah sebenarnya akibat menjadi kaya.

Pengetahuan kewangan:
Kebanyakan orang yang negatif ini tidak pernah membaca walau satupun buku mengenai kewangan. Disebabkan mereka dilahirkan dalam keluarga yang tidak mementingkan kekayaan untuk mencapai kesenangan hidup, hampir tidak ada seorang guru yang mengajar mereka tentang kewangan.

Mereka hanya tahu cerita kewangan daripada kawan-kawan (yang turut sama macam mereka). Mereka hanya tahu mengenai kewangan daripada cerita ngeri kawan-kawan yang join swisscash, main saham hentam rono, dan buat bisnes tanpa pelan.

Jadi, mereka berfikir, tidak ada cara baik menjadi kaya. Cara terbaik menjadi kaya memerlukan anda menjadi seorang yang jahat dan syaitan. Anda perlu menipu hingga bermusuhan sesama manusia untuk kaya.

Guru kewangan mereka adalah orang yang tidak pernah berjaya pun dalam kewangan. Sebab itu saya tidak hairan jika mereka memberitahu..

“Jangan ghairah mencari kekayaan apabila mencecah umur 40tahun”.

Apabila saya bertanya, “Kau tahu ke macam mana orang kaya menjadi kaya. Kau tahu tak konsep passive income? Kau tahu tak, bila dah banyak passive income, kekayaan kau bertambah tanpa perlu kau kerja siang malam? Jadi, tok guru mana mengajar anda untuk tidak ghairah menambah kekayaan apabila umur 40 tahun”

Mereka diam. “Alaa, tu orang otak bisnes macam kau cakap macam itu”

“Habis tu, kau dengar nasihat daripada siapa? Kalau kau dengar daripada satu belah pihak (orang yang benci kekayaan), aku tak heran kau cakap begitu”

Keadaan sekeliling:
Berkawan dengan orang negatif tentang kekayaan, akan menyebabkan kita berfikir seseorang yang kaya adalah seseorang yang sudah sah hidupnya di neraka.

Jadi, cara terbaik untuk masuk syurga adalah dengan tidak menjadi kaya (macam itukah maksud mereka?)

Media:
Hampir kebanyakan cerita drama Melayu membabitkan perebutan harta dan kuasa dan perkara itu terjadi kepada hampir semua orang kaya (dalam drama, filem melayu). Jadi secara tidak langsung ia mempengaruhi sebilangan masyarakat Melayu bersikap negatif terhadap kekayaan.

Dikala kita takut untuk menjadi kaya (sebab takut kononnya merosakkan keluarga), bangsa lain terus membina kekayaan dan membiarkan kita terus dengan khayalan kita.

———————————————————————

Apa yang pasti, saya hanya ada satu jawapan untuk golongan seperti ini. Sebab saya tahu rakan saya dalam kategori ini adalah jenis “job security”, maka saya memberitahu mereka…

“Oklah, kalaulah terlalu jahat benar orang kaya pada pandangan kau, lepas graduasi jangan cari kerja. Ok?”

“Kenapa?” tanya rakan saya.

“Sebab kau mungkin akan kerja dengan syarikat-syarikat multinasional, dan kebanyakan daripada syarikat ini dimiliki orang kaya. Disebabkan orang kaya bagi kau terlalu jahat, jangan kerja untuk mereka”

“Carilah kerja di syarikat yang miskin dan papa kedana sebab mereka semuanya baik dan akan dijanjikan syurga”.

Saya tahu mereka semua ingin kerja di tempat high class, bergaji besar dan selesa. Jadi, adalah mustahil syarikat tempat kerja sebegitu dimiliki oleh orang miskin.

End of story.

W.M.Syazwan

——————————————-
Seminar Pelaburan Tanah Percuma esok. Jangan lepaskan peluang anda untuk menambah pengetahuan mengenai pelaburan tanah.

Tarikh: 9 Februari 2008 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Makan dan minum disediakan.
Tempat: Pejabat UrusHartanah.com, Kota Bharu
Sahkan kehadiran anda dengan menghantar SMS ke 019-9170696.

pejabat urushartanah

Bacaan Lanjut:jutawan malaysia jutawan melayu orang kaya Syed Mokhtar Al Bukhari urushartanah usahawan tanah
Close
E-mail It