Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: Hacker

** Amaran Phishing! Jangan Terkena Tipu

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Saya baru sahaja tertipu dengan phishing ini (ya, saya pun terkena sebab nampak logik), tetapi saya telah tukar semua password-password yang berkaitan.

shishing

Dari melihat emel ini saya tertipu. Dari domainnya, logik juga untuk domain tersebut milik Google. Dan emel tersebut memang ringkas ala Google.

Lagi pula, tidak ada langsung warning PHISHING email dari Google (berwarna maroon) di atas yang biasanya ada jika emel itu phishing. Malahan kadang-kadang emel yang sah pun ada warning tersebut. Jadi saya sangka kemungkinan besar emel ini sah. Tak kan lah Gmail tak boleh identify peniru yang cuba meniru identitnya sendiri kan?

Jadi saya pun klik dan sign up dari situ.

Tetapi hati saya tidak sedap. Jadi saya pun buat siasatan lanjut.

phishing2

Mereka menggunakan beta.fastbighost.com

Nah! Jika gmail mereka biasanya akan menggunakan server mereka
mereka sendiri seperti googlemail.com, buat apa mereka menggunakan hosting luar.

Jadi saya ambil langkah berjaga-jaga untuk tukar password emel saya tadi kepada yang lebih strong.

Jangan terkena seperti saya!

Sabri

Bacaan Lanjut:google phishing google scam phish that got away phishing email from google

CIMB Clicks Semakin Mendapat Perhatian Pengguna

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Jika anda belum mempunyai akaun CIMB ataupun belum mengaktifkan CIMBClicks anda, saya cadangkan anda berbuat demikian segera. Data-data kami menunjukkan pertambahan yang sangat ketara berbanding sebelum ini dari segi penggunaannya.

Sepanjang bulan ini, jumlah pelanggan kami yang menggunakan CIMB untuk membayar sama banyak dengan Maybank. (sebelum ini Maybank jauh meninggalkan yang lain)

Kemungkinan besar ini adalah hasil kejayaan program referral yang dijalankan oleh CIMB beberapa bulan lepas. Lagipun seorang pensyarah saya pernah berkata di dalam kelas mengenai CIMB:

You watch out for CIMB. They are doing a lot of things correct.

(bermaksud CIMB ada potensi untuk berkembang dengan pesat dalam tempoh terdekat. Mereka aktif dengan aktivita dan pengumuman. (M&A dll) Bermaksud lagi, kemungkinan capital appreciation untuk pelaburnya juga akan bertambah~Ini bukan nasihat pelaburan ya!.)

Jadi, jika anda sudah menjual di Internet untuk pasaran Malaysia, tapi belum mempunyai akaun CIMB, inilah masanya untuk membuka akaun tersebut.

Scam Skim Cepat Kaya Dan SaifulSham

Secara jujurnya saya dapat katakan, kami tidak begitu mengikuti perkembangan industri perniagaan internet tempatan. Kalau kami ikut pun sekadar di permukaan. Gitu-gitu aje. Jadi banyak perkara yang kami tidak maklum terutamanya berkenaan scam-scam menggunakan nama Internet Marketer tempatan. (SaifulSham termasuk)

Apabila buka komputer sahaja, kami dah ada tempat-tempat untuk dituju dan disemak dan masa untuk surfing berkurang. Bahkan untuk membaca blog pun saya gunakan Netvibes sahaja (dapat lihat status banyak blog serentak). ~Lagipun Christmas semakin hampir ;)

Seperti kata Zul SmartUsaha, layan bisnes sendiri sudah…

Bercakap mengenai laman web-laman web “luarbiasa bagus” dan “sungguh hebat” ini, sebenarnya tadi saya mendapat emel. (sebab itulah saya tulis post ini)

Mula-mula penghantar emel separuh bertanya kesahihan sesuatu program yang memberikan ebook kami dan separuh lagi seolah-olah cuba mempromosi laman web scam tersebut kepada saya. Saya balas dengan mengatakan jauhi program tersebut. (ringkas sahaja)

Tiba-tiba dia balas. Kali ini minta saya terangkan apa itu program spillover matrix, forced matrix dan separuh dari emel mengandungi ayat pancing lain untuk saya sertai. (sudah tentunya dengan link affiliate beliau)

Oleh kerana pengirim emelnya pun bernama “Belanja Duit”, jadi saya tak replylah emel seterusnya.

Manalah saya tahu apa itu spillover matrix dan forced matrix dll.

Cuma apa yang saya tahu;

Perbezaan Usahawan Internet Dengan Kredibiliti (betul) dan Program Skim Cepat Kaya

Usahawan internet yang betul memberi penekanan kepada produknya. Program skim cepat kaya menekankan kepada skimnya. (spillover lah, matrix lah, reseller lah)

Sebenarnya saya jarang melayan emel seperti ini, tapi apa yang buat saya terbuka juga adalah subjeknya yang menarik. (satu pelajaran yang boleh dipelajari dalam emel marketing)

  1. Bina harta dengan saifulsham
  2. 3 juta dengan ebook percuma saifulsham?
    Emel ini lebih menarik sebab sebut juga nama IM tempatan lain. Lagipun, tajuk dia terlalu menarik. Saya pun nak tahu formula ajaib ini.
  3. saifulsham program reseller?

Selain dari emel ini, ada juga sebenarnya sebelum ini laman web pelik ini yang link kepada SaifulSham.com di footernya. Saya pun tidak tahu apa faedahnya mereka buat begitu. Untuk katakan beliau ambil template kami, template tersebut terlalu buruk. Memang bukan kami buat (hehe…)

Tapi saya diamkan aja sebab tak kuasa nak layan.

Sebab utama saya malas melayan.

Sebab orang yang buat laman web mereka ini bukannya orang biasa. Bukan orang bodoh atau newbie (yang mempromosi mungkin ya, tapi yang buat tu memang sah bukan). Dari teknologi yang saya lihat mereka gunakan mereka ini semua terror coding. Bahkan saya rasa kemahiran teknikal mereka, ada yang jauh lagi hebat dari saya atau sebahagian IM tempatan.

Jadi pada pendapat saya, mereka ini bukan setakat nakal dah, memang mereka ini telah jatuh tahap jahat. Sebab memang niat mereka untuk merosak dan mengambil kesempatan atas orang yang baru berjinak-jinak dengan Internet dan mereka akan mengganas kalau di halang. Jadi kepada anda di luar sana yang masih suci (maksudnya masih baru) dalam dunia perniagaan internet ini, beringat sebelum kena.

Lagi satu, terlalu layan mereka akan menjejaskan fokus kami dan memang tak akan menang.

Kesimpulannya, kancah internet tempatan terlalu pelik sekarang, spam berbahasa Melayu pun bertambah-tambah sekali ganda, saya amat takut dan saya amat gementar (nama-nama orang yang tak bersalah digunakan sesuka hati). Apa yang saya lakukan sekarang, dan saya cadangkan anda lakukan jua; “Stick With The Established (Industri IM mat salleh pun sama. Saya lihat IM yang betul-betul pun dah kurang berkomunikasi dan boleh dibilang dengan jari (kurang 20?). Banyak wannabe yang menghantar offer demi offer)

Mereka yang established ini ada blog masing-masing. Pergi di sana dan ikuti perkembangan mereka di sana. Jika ada apa-apa, mereka akan umumkan disana.

Ini bukan masa lagi anda nak menimba-nimba ilmu. Jika anda nak mulakan perniagaan internet, mulakan. Anda dah ada apa yang diperlukan. Jangan tertunggu-tunggu dan kaya dengan alasan. Nanti anda hanyut tanpa nisan.

p/s: Oh ya, kami tidak ada ebook berbayar. Kadang-kadang saya pelik juga apabila orang bertanya dan menyatakan beliau telah membaca ebook kami yang berharga RM 50 (yang sudah tentu kami tidak balas). Mana dapat? Ebook PERCUMA kami semuanya boleh didapati di sini (atau dengan klik perkataan download di atas).

Oh ya, kami ada juga satu dua unpublished ebook kami yang kami berikan kepada pelanggan2 kami yang memerlukan (bergantung kepada keadaan pelanggan). Tapi itu, kami berikan direct kepada mereka.

Bacaan Lanjut:CIMB cimb clicks jutawan internet jutawan kaya program reseller rahsia duit juta rahsia internet saifulsham skim cepat kaya
Close
E-mail It