Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: Hartanah

Pelaburan Hartanah : Oh, ruginya

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Saya pernah terdengar keluhan sesetengah orang…

“Mengapalah dulu aku tidak beli rumah/tanah dikawasan itu dahulu, sekarang nilainya sudah berganda!”

Pernyataan diatas didengari telinga saya sendiri. Seperti mana kata bapa saya, golongan orang sebegini sebenarnya tahu pelaburan hartanah memberikan pulangan lumayan tetapi mereka tidak sanggup menunggu waktunya!

Mereka pun bukanlah terlalu jahil tentang pelaburan hartanah (setidak-tidaknya mereka tahu dan mereka pernah lihat orang kaya melalui pelaburan hartanah) tetapi pada waktu mereka mampu untuk melabur, mereka lebih tergoda dengan perkara lain yang hanya memberi nikmat sementara dan berkurang nilainya.

Salah satu yang paling utama adalah KERETA. Tidak percaya?

Anda lihatlah kes-kes dalam persekitaran hidup anda. Sebagai contoh mungkin keluarga terdekat anda. Apabila diberitakan gajinya meningkat, pernahkah anda mendengar mereka berkata begini….

“Tercapai jua hasrat untuk membeli rumah dengan kenaikan gaji ni, dapatlah sewakannya kelak”

“Yahooo, esok juga aku akan pergi bank buat loan membeli rumah. Bertambah satu lagi pelaburan aku”

(Lupakan seketika kemungkinan mereka ini membuat pelaburan yang salah spt membeli rumah lelong berhantu atau membeli tanah bersebelahan Taman Negara :grin: )

Pernahkah anda mendengar situasi begitu, jika ianya berlaku dalam keluarga anda, saya ucapkan tahniah!

Akan tetapi, dalam masyarakat kita, berapa kerat sangatkah yang sedar untuk membuat pelaburan sebegitu? Anda akan biasanya mendengar dialog seperti ini ketika mereka mendapat tahu kenaikan gaji atau baru mendapat pekerjaan….

“Yang, yang, abang ingat abang nak tuka kereta la. Jiran sebelah rumah kita pun dah melaram dengan kereta baru, takkan kita nak kalah”

“Woi, mari sini jap, cuba kau tengok ni Suzuki Swift, cun siot. Aku ingat Petronas panggil kerja lepas ni, aku nak angkat Swift satu!”

Untuk berlaku jujur, saya sendiri mengaku sentiasa terpegun dengan model-model kereta baru. Sungguh menawan hati dan kalbu. Tetapi, apabila saya berfikir balik apa yang bapa saya katakan, ada betulnya juga.

Tahun lepas bapa saya membeli sebuah SUV baru, dan hati saya melonjak “Bolehlah aku try bawak pergi town. Aweks, aweks mesti tengok pemandu dan keretanya!”

(Sebenarnya, SUV itulah kereta baru kegunaanya selepas memandu sebuah kereta sedan lama berusia lebih 13 tahun).

Itupun bapa saya beritahu, “Sebab banyak pergi tengok tanah dekat macam-macam lokasilah abah angkat SUV, senang untuk meredah kawasan paya ke. Kalau tidak, lebih baik buat beli satu lagi tanah. Kereta ni tiada nilai apa pun sangat”

Mulanya saya kurang bersetuju dengan pendapat itu (walaupun saya membaca banyak buku yang menyebut perkara sama tentang melabur untuk kereta). Tetapi sejak saya memandu SUV tersebut, lama kelamaan timbullah rasa bahawa ada SUV yang lebih baik daripada yang itu.

Apabila melihat model-model yang terbaru lagi, saya sudah kurang ghairah untuk memandunya seperti ghairah kali pertama memegang sterengnya.

Dan daripada situ, saya berfikir, ada benarnya kata bapa saya.

Selepas dua, tiga tahun, kereta itu akan menjadi sebuah model yang OUT of DATE. Awek-awek sudah tentu tidak akan memandang sama seperti awal kemunculan model kereta itu kerana sudah ada model-model terkini yang mengambil alih kedudukannya.

Sama hal jugalah dengan orang yang selalu terlepas untuk melabur dalam hartanah. Apabila ada bonus tahunan yang lebih atau dinaikkan pangkat, melabur bukanlah dalam senarai pertama mereka.

Memang pelaburan hartanah tidak selalunya menjanjikan pulangan yang singkat (mungkin mengambil 2,3 tahun atau lebih) dan disebabkan itulah, ramai yang tidak terlalu berminat dengan hartanah.

Hinggalah pada satu ketika (lebih kurang 5,6 tahun kemudian), mereka mendapat tahu rakan mereka yang membeli hartanah di sesebuah kawasan sekarang ini memegang sebuah aset yang telah bertambah nilainya berganda-ganda.

Waktu itu, tepuklah dahi dan merungut.

(Mesej penting: Untuk anda yang mempunyai lebih daripada sebuah kereta, tanya kembali, adakah anda mempunyai hatta satu pelaburan hartanah? Jika tidak, tidak salah anda sekarang berada pada situasi diatas. Sekarang masa untuk anda berfikir kembali)

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

Pelaburan Tanah : Pembahagian hak milik

Hello pembaca SaifulSham,

Ada seorang pembaca bertanya, “Jika saya dan beberapa rakan lain ingin berkongsi membeli tanah sebagai pelaburan, apakah kaedah pembahagian yang adil bagi memastikan semua orang mendapat hak masing-masing?”

Satu soalan yang bagus.

Apabila membeli secara bersama (mengumpul modal bersama), soal pembahagian hak milik menjadi persoalan kerana jika sesuatu kejadian tidak diingini berlaku (salah seorang belot untuk merampas tanah kerana nama dalam geran adalah namanya seorang sahaja), pelaburan itu akan menjadi kisah ngeri dalam hidup.

(Membeli tanah tidaklah sama dengan membeli rumah kerana kita boleh membuat pinjaman bank untuk membeli rumah sedangkan untuk membeli tanah, kita perlu membayar secara tunai dan bank tidak memberi pinjaman bagi pembelian tanah. Oleh sebab itu, ramai orang ingin memulakan pelaburan tanah berkongsi dengan rakan taulan atau saudara mara)

Untuk masalah ini, usahlah begitu bimbang kerana negara kita mempunyai undang-undang untuk melindungi hak setiap individu dalam pelaburan tanah.

Apa yang boleh dipraktikkan adalah 2 kaedah:
1) Meletakkan semua nama dalam satu geran
Jika ada 4 orang berkongsi membeli tanah, keempat orang ini boleh meletakkan nama masing-masing dalam geran tanah.

2) Meletakkan satu nama sahaja dalam geran dan nama pihak lain di masukkan kaviet.

Jika ada 4 orang berkongsi membeli tanah, hanya nama seorang sahaja digunakan dalam geran tanah, dan nama baki 3 orang lagi dimasukkan kaviet.

Antara kedua-dua kaedah tersebut, yang mana lebih bagus?

Terpulanglah. Melalui pengalaman pihak UrusHartanah, kaedah kedua lebih mudah berbanding kaedah pertama.

Sebagai contoh untuk kaedah pertama, jika rakan pakatan kita seorang yang sibuk dan tinggal berjauhan, urusan pembelian dan penjualan akan menjadi rumit kerana anda perlu mendapatkan semua tanda tangan kesemua daripada rakan pakatan anda.

Sebaliknya, jika menggunakan kaedah kedua, kita menggunakan satu nama sahaja dan urusan pembelian dan penjualan lebih mudah kerana hanya memerlukan tanda tangan satu penama tersebut.

(Hak anda masih dilindungi kerana jika berlaku ketirisan, anda sebagai penama yang terdapat dalam kaviet boleh menghalang penama yang terdapat dalam geran untuk cuba melakukan sesuatu tanpa persetujuan anda)

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

Adil atau tidak

Hello pembaca SaifulSham,

Satu perkara yang cukup saya benci apabila diberitahu, “Antara paling ramai penghuni neraka adalah orang kaya”.

Dan paling tidak menariknya, ucapan ini diucapkan oleh sebilangan rakan yang rapat dengan saya. Saya bukanlah seorang malaikat untuk menafikan kata-kata mereka (walaupun jika saya tahu ia benar) tetapi kata-kata seperti ini yang sepatutnya dijadikan ikhtibar ditukarbalikkan maksudnya kepada sesuatu yang negatif oleh mereka.

Ada pula memberitahu saya, “Apabila anda mencecah umur 40, jangan terlalu ghairah untuk menambah harta” (apa ni, siapa yang bagi nasihat macam ni?)

Walaupun saya geram, saya tahu, jika saya membalas kata-kata mereka, perkara ini tidak akan selesai. Jalan terbaik adalah dengan menyelidik, siapa mereka ini. Maka, saya selidik latar belakang kalangan rakan saya.

Dalam kajian saya, keputusannya bukanlah sesuatu mengejutkan. Keputusannya sama seperti yang tertulis dalam buku-buku kewangan yang pernah saya baca. Keputusannya sama seperti yang selalu diujar bapa saya.

Dalam kaji selidik saya, antara punca mereka berfikiran terlalu negatif dengan kekayaan adalah:
1) Keluarga
2) Pengetahuan Kewangan
3) Keadaan sekeliling
4) Media
5) Ada siapa mahu tambah faktor? Boleh tulis diruangan komen.

Baiklah, mari kita lihat bagaimana faktor ini mempengaruhi tahap ketakutan seseorang terhadap menjadi kaya.

Keluarga:
Ramai orang yang terlalu berfikir negatif dengan makna kaya kerana didikan keluarga sejak kecil. Daripada moyang, atuk, ibu bapa, saudara mara semuanya memberitahu bahawa kekayaan bukan segala-galanya.

Keluarga sejak kecil memberitahu tentang kerosakan nilai keluarga apabila menjadi kaya. Ditambah lagi, mereka melihat sesetengah keluarga mereka yang “kaya” hidup dalam kucar-kacir.

Walhal, sesetengah keluarga mereka itu tidak kaya pun. Disebabkan sesetengah keluarga mereka yang kucar-kacir ini memakai kereta mewah (pinjam duit bank), rumah besar (rumah pun hutang), berpakaian jenama (tidak ada langsung duit simpanan), maka mereka menanggap, inilah sebenarnya akibat menjadi kaya.

Pengetahuan kewangan:
Kebanyakan orang yang negatif ini tidak pernah membaca walau satupun buku mengenai kewangan. Disebabkan mereka dilahirkan dalam keluarga yang tidak mementingkan kekayaan untuk mencapai kesenangan hidup, hampir tidak ada seorang guru yang mengajar mereka tentang kewangan.

Mereka hanya tahu cerita kewangan daripada kawan-kawan (yang turut sama macam mereka). Mereka hanya tahu mengenai kewangan daripada cerita ngeri kawan-kawan yang join swisscash, main saham hentam rono, dan buat bisnes tanpa pelan.

Jadi, mereka berfikir, tidak ada cara baik menjadi kaya. Cara terbaik menjadi kaya memerlukan anda menjadi seorang yang jahat dan syaitan. Anda perlu menipu hingga bermusuhan sesama manusia untuk kaya.

Guru kewangan mereka adalah orang yang tidak pernah berjaya pun dalam kewangan. Sebab itu saya tidak hairan jika mereka memberitahu..

“Jangan ghairah mencari kekayaan apabila mencecah umur 40tahun”.

Apabila saya bertanya, “Kau tahu ke macam mana orang kaya menjadi kaya. Kau tahu tak konsep passive income? Kau tahu tak, bila dah banyak passive income, kekayaan kau bertambah tanpa perlu kau kerja siang malam? Jadi, tok guru mana mengajar anda untuk tidak ghairah menambah kekayaan apabila umur 40 tahun”

Mereka diam. “Alaa, tu orang otak bisnes macam kau cakap macam itu”

“Habis tu, kau dengar nasihat daripada siapa? Kalau kau dengar daripada satu belah pihak (orang yang benci kekayaan), aku tak heran kau cakap begitu”

Keadaan sekeliling:
Berkawan dengan orang negatif tentang kekayaan, akan menyebabkan kita berfikir seseorang yang kaya adalah seseorang yang sudah sah hidupnya di neraka.

Jadi, cara terbaik untuk masuk syurga adalah dengan tidak menjadi kaya (macam itukah maksud mereka?)

Media:
Hampir kebanyakan cerita drama Melayu membabitkan perebutan harta dan kuasa dan perkara itu terjadi kepada hampir semua orang kaya (dalam drama, filem melayu). Jadi secara tidak langsung ia mempengaruhi sebilangan masyarakat Melayu bersikap negatif terhadap kekayaan.

Dikala kita takut untuk menjadi kaya (sebab takut kononnya merosakkan keluarga), bangsa lain terus membina kekayaan dan membiarkan kita terus dengan khayalan kita.

———————————————————————

Apa yang pasti, saya hanya ada satu jawapan untuk golongan seperti ini. Sebab saya tahu rakan saya dalam kategori ini adalah jenis “job security”, maka saya memberitahu mereka…

“Oklah, kalaulah terlalu jahat benar orang kaya pada pandangan kau, lepas graduasi jangan cari kerja. Ok?”

“Kenapa?” tanya rakan saya.

“Sebab kau mungkin akan kerja dengan syarikat-syarikat multinasional, dan kebanyakan daripada syarikat ini dimiliki orang kaya. Disebabkan orang kaya bagi kau terlalu jahat, jangan kerja untuk mereka”

“Carilah kerja di syarikat yang miskin dan papa kedana sebab mereka semuanya baik dan akan dijanjikan syurga”.

Saya tahu mereka semua ingin kerja di tempat high class, bergaji besar dan selesa. Jadi, adalah mustahil syarikat tempat kerja sebegitu dimiliki oleh orang miskin.

End of story.

W.M.Syazwan

——————————————-
Seminar Pelaburan Tanah Percuma esok. Jangan lepaskan peluang anda untuk menambah pengetahuan mengenai pelaburan tanah.

Tarikh: 9 Februari 2008 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Makan dan minum disediakan.
Tempat: Pejabat UrusHartanah.com, Kota Bharu
Sahkan kehadiran anda dengan menghantar SMS ke 019-9170696.

pejabat urushartanah

Bacaan Lanjut:jutawan malaysia jutawan melayu orang kaya Syed Mokhtar Al Bukhari urushartanah usahawan tanah

Seminar Pelaburan Tanah Percuma

Hello pembaca SaifulSham,

Bersempena cuti Tahun Baru Cina, Team SaifulSham bersama-sama UrusHartanah.com akan menganjurkan seminar setengah hari berkenaan pelaburan tanah secara PERCUMA.

Kami amat menjemput anda terutamanya anak Kelantan yang pulang bercuti di Kelantan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai peluang pelaburan dalam tanah.

Anda boleh melihat porfolio kami dengan lebih dekat dan mendapatkan nasihat pakar pelaburan tanah, Hj. Wan Sukri. Seminar pelaburan tanah ini terbuka kepada semua golongan (walaupun anda belum berhasrat melabur dalam masa terdekat).

Setidak-tidaknya anda berpeluang mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai pelaburan tanah.

Tahukah anda bahawa tips-tips pelaburan tanah di SaifulSham selama ini hanya secebis ilmu sahaja pengalaman daripada Hj. Wan Sukri. Banyak lagi akan didedahkan dalam seminar itu nanti.

Team SaifulSham akan turut serta disana!

Berikut adalah tentatifnya:

Tarikh: 9 Februari 2008 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Pejabat urusan UrusHartanah.com (Kota Bharu)
Makanan dan minuman disediakan

pejabat UrusHartanah.com

Tinggalkan nama anda diruangan komen atau e-mail kami di saudagar(at)saudagar.com.my untuk mengesahkan kehadiran.

Tempat terhad untuk 40 orang sahaja.

Bacaan Lanjut:

Tips Pelaburan Tanah: Menarik perhatian pembeli

Hello pembaca SaifulSham,

Ketika saya dibawa bapa saya ke lokasi pelaburan tanahnya, saya melontarnya satu soalan.

“Macam mana abah tidak pernah gagal jual tanah dalam masa yang singkat (kurang setahun)?”

Maka bapa saya pun memberitahu, “Tanah pun macam produk. Kalau produk separuh siap, siapa mahu beli, jadi, hiaskan dan persembahkan produk itu sebaik mungkin”
Saya masih kabur akan jawapannya. Lantas saya menyambung pertanyaan, “Maknanya, dalam industri pelaburan tanah ni, ada juga orang gagal menjualnya? Macam tu?”

“Ya, tetapi walaupun dia gagal menjual, nilai tanah itu tidak akan susut, cuma modalnya akan sangkut disitu. Jadi dia tidak boleh membuat pelaburan tanah yang lain”

“Ooo, kalau macam tu, macam mana hendak persembahkan tanah tu kepada pembeli supaya diorang tu berebut hendak beli” tanya saya lagi.

“Mudah je, tetapi ramai yang tidak ambil pusing benda ni. Macam beli rumah, kemudian naik-taraf, dan jual. Tanah pun kena naik taraf sikit sebelum boleh dijual.

(UNTUK MELIHAT CONTOH : LIHAT PORTFOLIO 2 DI SINI)

Paling penting, bersihkan tanah tersebut (kalau ada pokok, tumbangkanlah), tambun tanah, bina jalan tar menghubungkan ke tempat tanah tersebut. Bina sambungan paip” kata bapa saya lagi.

Ramai orang yang ingin menceburi bidang pelaburan tanah tidak mahu mengeluarkan sedikit belanja untuk tujuan ini. Mereka beranggapan dengan lokasi yang strategik adalah segala-galanya dalam memikat bakal pembeli.

Sebenarnya, cara persembahan yang menarik juga mempengaruhi emosi bakal pembeli.

Saya beri satu contoh, jika anda datang sebagai bakal pembeli, sudah tentu anda akan melihat dahulu fizikal tanah tersebut.

Apakah perasaaan anda jika anda melihat hutan yang belum ditebang, semak samun, tiada jalan menghubungkan ke kawasan tersebut walaupun tidak jauh dari jalan utama.

Sudah tentu perasaan anda akan bercampur baur memikirkan kos tambahan yang akan dikeluarkan anda.

Tetapi jika anda datanag, tanah sudah lapang dan siap jalan tar lagi. Apakah anda akan membelinya atau membiarkannya?

(UNTUK CONTOH LIHAT PORTFOLIO NO 2 DI SINI)

W.M.Syazwan
UrusHartanah.com

Bacaan Lanjut:

Tips percuma pelaburan tanah

Hello pembaca SaifulSham,

Setelah seminggu UrusHartanah.com dilancarkan, sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan. (Tidak kurang juga ada yang cuba mempertikaikan bidang pelaburan tanah, tidak apa, portfolio yang ada speak for itself)

Baiklah, disebabkan ramai berminat untuk tahu banyak mengenai pelaburan tanah, jadi setiap minggu, saya akan cuba menulis satu tips dalam pelaburan tanah di SaifulSham.

Tidak apa jika anda belum dapat menceburi bidang ini, tetapi sekurang-kurangnya, anda berpeluang belajar tips daripada yang pakar secara percuma.

Pelabur Hartanah Gembira

Untuk tips hari ini adalah berkenaan tanah pusaka.

Ada pembaca yang memberitahu saya bahawa bahaya jika kita melabur dalam tanah pusaka.

Jawapan sebenar untuk soalan ini adalah tidak bahaya dengan syarat tanah pusaka itu telah selesai pembahagiannya.

Sebelum itu, marilah kita kaji dahulu apa maksud sebenar tanah pusaka. Untuk memudahkan pemahaman, saya berikan satu situasi seorang lelaki yang memiliki sebidang tanah. Apabila lelaki ini meninggal dunia, tanah tersebut untuk diwariskan kepada 2 anaknya.

Setelah selesai pembahagian tanah tersebut kepada 2 anaknya, kini tanah tersebut boleh dibeli anda seperti biasa. Anda boleh membeli sebahagian tanah daripada seorang anak terbabit atau keseluruhan tanah daripada kedua-dua anak si lelaki terbabit.

Sebenarnya, kebanyakan tanah yang dilaburkan oleh UrusHartanah.com adalah tanah pusaka (yang selesai pembahagiannya).

Oh ya, apapun, tanah pusaka pun mestilah memenuhi kriteria pelaburan seperti lokasi, permintaan, dan harga.

P/S: Anda boleh menonton video portfolio pelaburan UrusHartanah di sini. Banyak lagi video akan ditambah sebagai membuktikan pelaburan tanah lebih lumayan daripada pelaburan lain. Secara relatifnya ,kebanyakan pulangan yang biasa diperoleh pihak UrusHartanah.com adalah 100 peratus setahun (pulangan ini memerlukan kepakaran melabur).

P/SS: Dapatkan banyak tips pelaburan tanah di UrusHartanah.com. Jangan lupa untuk mendaftar disana.

P/SSS: Laman web jualan Iphone bakal menemui anda dalam masa terdekat, Jeng,Jeng,Jeng

Bacaan Lanjut:

UrusHartanah.com 1.0 LIVE & Laman Web Pertama Syazwan

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Pertamanya, saya menulis post ini bagi pihak Syazwan, jadi jangan bimbang saya tidak akan melalut panjang seperti post-post saya kebelakangan ini. ;)

Keduanya, kami ingin memaklumkan bahawa laman web UrusHartanah.com telahpun LIVE dan boleh dilayari di sini: www.UrusHartanah.com

Untuk pegetahuan anda, di UrusHartanah.com ini modelnya adalah sebuah laman web “informasi” dan tidak ada produk yang dijual. Apa yang menarik mengenai UrusHartanah.com ini, kami berkongsi info mengenai strategi pelaburan hartanah yang jarang disentuh dan diperkatakan. Dan inilah rangkuman dan penjelasan lebih details mengenai pelaburan hartanah yang selalu dikupas oleh Syazwan di blog ini. Pelaburan Tanah. (lain pelaburan tanah dan hartanah, jangan terkeliru)

Walaupun UrusHartanah.com menceritakan dengan lebih lanjut strategi pelaburan tanah dengan lebih lengkap secara percuma, dan tidak menjual apa-apa, ia ada menawarkan shortcut alternatif kepada individu yang layak.

Mahu tahu lebih lanjut? Sila Klik Untuk ke UrusHartanah.com

Sabri

p/s: Saya rasa ayat saya ini lebih bergaya dan relax sedikit berganding post-post Syazwan mengenai UH sebelum ini kan? Setuju? :)

p/p/s: Oh ya, ini boleh dikatakan laman web Syazwan yang pertama. Majoritinya adalah dari beliau, saya dan Syamim perhalusi sedikit-sedikit. Ia mengambil masa lebih kurang 48 jam waktu bekerja untuk menyiapkan laman web yang simple ini. Dan maklumat dan isi di dalamnya akan ditambah dan diperkemas dari masa ke masa oleh Syazwan. Jika Syazwan boleh bina laman web (walaupun sudah pening2 malam semalam), anda pun pasti boleh membina laman web, Tak susah!

Bacaan Lanjut:
Close
E-mail It