Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: Hosting

Konvensyen RBBDI ke-2?

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Semenjak konvensyen pertama bekas peserta seminar SaifulSham diadakan pada tahun lepas (sekitar Januari 2007), saya bercadang menyambungnya untuk tahun kedua.

Untuk anda yang tidak tahu apa itu konvensyen, ia adalah satu sesi satu hari (dari pagi sampai ke petang) khas untuk bekas-bekas peserta seminar SaifulSham.

Dalam konvensyen ini, Team SaifulSham akan menyampaikan tips-tips terkini dalam perniagaan internet dan mendedahkan beberapa laman web perniagaan kami yang memberi pulangan lumayan. Kami akan menunjukkan mengenai strategi terkini yang boleh diaplikasikan untuk laman web bekas peserta seminar.

Kemudian, kami akan menjemput beberapa bekas peserta seminar yang telah berjaya membuat presentation mengenai bisnes internet mereka. Pada tahun lepas, kita mempunyai Kak G, Smartzul, dan juga Irwan Dahnil.

Pada tahun ini saya menjangkakan beberapa lagi bekas peserta seminar lain untuk membuat presentation. Tujuan presentation ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan peserta seminar yang lain.

Disamping itu, saya akan memanggil rakan-rakan usahawan internet yang telah berjaya dalam perniagaan internet mereka. Pada tahun lepas, saya telah memanggil seorang jutawan Dropshipper. Tahun ni, adalah orangnya. Yang pasti, saya suka menjemput orang yang tidak dikenali oleh usahawan internet lain tetapi orang tersebut telah menjadi kaya dengan perniagaan internet secara low profile :grin:

Menariknya lagi, konvensyen ini adalah PERCUMA. (Peserta hanya perlu membayar harga makanan dan dewan sahaja).

Untuk tahun 2008, saya belum mempunyai sebarang tarikh khas untuknya. Oleh sebab itu, saya ingin meminta sebarang cadangan konkrit daripada anda (untuk peserta seminar SaifulSham).

Sebarang bentuk bantuan dan pertolongan (seperti mencari dewan, makanan) adalah dialu-alukan. Volunteer lah~huhu.

Saya amat berharap konvensyen kali ke-2 akan diadakan pada tahun ini juga.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

Skali Lagi ……One More Time

Hello pembaca SaifulSham,

Oleh sebab peperiksaan saya akan hanya berakhir pada minggu hadapan, saya tidak dapat memberikan sepenuh komitmen menulis disini. Apapun, saya mempunyai sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama anda. Khas untuk para usahawan khususnya yang terlibat dalam ICT (termasuklah perniagaan internet).

Saya baru sahaja menghabiskan masa bosan (selepas memerah otak menghafal nota) dengan mendengar sebuah Audio Book dari CEO Skali, Tengku Ahmad Rithaudeen. Very inspiring!

Saya rasa ia menarik untuk didengar oleh anda. Anda boleh ke laman web ebook beliau iaitu, SkaliLagi.net. Ebook tulisan Tengku ini terbahagi kepada dalam bahasa Malaysia, English, dan Indonesia. Tambah menarik, ada Audio Book pun boleh dimuat turun! (Edisi penuh back paper copy boleh dibeli di kedai buku, harga RM39.90)

Saya dengar dalam MP3 sambil berjogging! Memang best dan ada kelas.

Jika anda tanya kepada saya, apa yang best mengenai ebook ini (sebelum anda membuat muat turun), biar saya cerita serba ringkas mengenai Skali.

Skali adalah sebuah syarikat ICT. Terlibat dalam perniagaan internet juga seperti servis hosting, pengurusan laman web, dan e-commerce. Ebook yang ditulis Tengku ni lebih kepada pengalaman beliau menguruskan Skali.

Bermula daripada awal hinggalah kini. Kisah termasuk beliau kerugian berjuta ringgit kerana kesilapannya (sebab apa silap? baca lagi). Beliau juga menulis bagaimana beliau berusaha mendapatkan sumber kewangan dan mendapatkan projek dari kerajaan.

Sebenarnya saya pun baru terperasan pada minggu lepas apabila The Star membuat temu ramah dengan Skali. Secara relatifnya, Skali adalah pesaing kami diukur sudut bisnes web hosting tetapi saya teruja dengan cara Tengku menguruskan Skali. (Pesaing tu biasalah)

Beliau membina Skali dan bertahan walaupun mengalami kerugian berjuta-juta ringgit sehinggalah beliau berjaya mendapat kontrak kerajaan untuk menguruskan laman web kerajaan bernilai RM245 juta! Skali kini menunggu masa sahaja untuk disenaraikan ke Bursa Malaysia.

Lebih menarik lagi, Tengku sendiri menceritakan bagaimana beliau gagal dalam bisnes pertama iaitu menampung trafik dari Asia untuk enjin carian Alta Vista. (dulu, Alta Vista ni popular sebelum Google ambil alih).

Antara kata beliau, “Kesilapannya dahulu adalah membina infrastruktur sedangkan permintaan pasaran tidak ada”

Maksudnya, lihat demand dulu barulah buat sesuatu bisnes (lebih kurang macam itulah), bukan main terjun nak jual apa (itulah kesilapan beliau).

Tengku pun seperti newbie-newbie yang lain pada awal dahulu. Beliau melakukan kesilapan kerana mengganggap sesiapa pun boleh kaya melalui internet. Buat web dan terus akan dapat duit.
(Silap kerana web semata-mata tanpa promosi dan marketing akan turut gagal seperti bisnes biasa. Yang penting ingat, tarik trafik!).

Jujur saya akui, Tengku memang ikhlas berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam membangunkan Skali. Untuk usahawan, muat turun ebook atau audio ebook ini sekarang. Untuk back paper copy, pergi kedailah beli!hehe

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:bursa malaysia iphone malaysia jutawan hartanah jutawan ICT jutawan saham Perniagaan Internet skali lagi tengku ahmad rithaudeen

SaifulSham back to business| IPhone kembali!

Hello pembaca SaifulSham,

SaifulSham Consultants beroperasi semula sejak semalam selepas cuti beraya selama seminggu. (Huh, nampaknya seluar sudah tidak muat).

Oh ya baiklah. Sedikit pengunguman. IPhone versi 1.11 untuk kapasiti 8GB sudah kembali dijual selepas kehabisan stok tempoh hari. Disebabkan versi ini baru sahaja di UNLOCK, maka harganya sudah menjadi bertambah mahal.

Tempahan dibuka pada harga RM2400 (termasuk kos penghantaran). Harga ini hanya sah sehingga akhir minggu hadapan.

Hubungi saudagar(at)saudagar.com.my untuk menempah. Page khas Iphone akan diwujudkan dalam masa terdekat. Sistem affiliate dengan komisyen lumayan akan dibuka nanti.

Maklumat Lanjut Boleh Didapati di Post Mengenai Iphone di Malaysia Ini (Klik):

Bacaan Lanjut:iphone malaysia iphone to use in malaysia iphone unlock iphone unlocked malaysia iphone deal

Debrief & Pengajaran Dari Peristiwa Terbunuhnya Server PURE EcommerceMastery

Salam Hormat Pembaca Budiman,

B_sans-ser_1_orangeila saya baca balik post pertama saya mengenai peristiwa ini, garang juga saya bunyinya ketika itu ya. Sebenarnya, saya tidaklah garang sangat, tetapi sedikit marah dan kecewa itu memang tidak dapat nak dielakkanlah kan. Saya rasa kebanyakan mereka yang terlibat dan merana dalam peristiwa Terbunuhnya Server PURE EcommerceMastery berasa sedemikian. Tetapi tidak mengapalah, kerana ia banyak juga memberi pengajaran dan pengalaman yang berguna kepada kita.(Dramatik pula ayat saya)

Hehe… tetapi saya mahu anda tahu, memang hidup saya kurang teratur sedikit 2-3 hari ini kerana perlu menumpukan kepada masalah ini. Dan kebetulan pula banyak ujian-ujian (test) perlu saya tempuhi dalam tempoh tersebut (mungkinkah ini ujian Tuhan untuk saya di bulan Ramadhan?) hmm…

Saya rasa, mungkin ramai tidak berminat dengan apa yang berlaku, jadi saya share dulu pengajaran yang boleh dikongsi. Selepas dari itu, jika ada pelanggan EcommerceMastery hendak tahu maklumat lanjut mengenai apa yang berlaku boleh terus baca.

Pengajaran Untuk Kita Semua Kutip

  1_green_1

Simpan backup Laman Web Anda Sendiri

Anda perlu simpan backup terkini (paling lama pun usia satu minggu) laman web anda sendiri, di dalam komputer anda sendiri. Ketika peristiwa Terbunuhnya Server PURE EcommerceMastery ini, nasib baik kami mempunyai polisi untuk menyimpan backup pelanggan. Jadi akaun anda dapat diselamatkan tanpa sebarang masalah.

Cuba anda bayangkan jika syarikat hosting anda tidak mempunyai backup.

Apa akan terjadi? Anda kena start semula dari kosong ya. Sanggup? Jangan main-main. :)

Dan kadang-kadang, backup boleh corrupt terutamanya jika laman web anda bersaiz besar. Dalam hal ini, lebih baik anda bersedia. Banyak backup tak apa dari anda sekadar mengharap satu sumber dan sumber itu rosak.

Jadi buatlah backup.

Tidak susah pun, mari saya ajar anda satu cara mudah,

Cara Untuk Melakukan Full Backup Akaun Hosting Anda (DIY)

1) Login ke Cpanel & Klik “Backup”

bekap

2) Klik Generate/Download Full Backup

full

3) Klik Generate Backup

generate

4) Download Backup Ke Komputer

Apabila backup telah selesai, anda akan dimaklumkan melalui emel, dan ikuti semula langkah satu dan dua, anda boleh mendownload backup anda dengan cara klik pada nama backup tersebut.

downloadbackup 

Nota Akhir: Jangan lupa untuk delete semula backup yang anda telah lakukan dengan login ke Cpanel>File Manager, kerana fail backup tersebut akan memakan ruangan storan fail anda jika tidak dibuang.

Jika anda mengalami masalah ataupun perlu nasihat lanjut, hubungi syarikat hosting anda. Mereka akan dapat memberi khidmat nasihat lebih baik.

Membuat backup adalah tanggungjawab kita. Jangan terlampau mengharapkan syarikat hosting. Sebab dengan backup, terutamanya yang melibatkan saiz file yang besar, banyak benda yang boleh silap. File boleh corrupt dan sebagainya. Jadi pastikan anda mempunyai backup sendiri. (buat at least seminggu sekali)

Apa Itu Spamming? Adakah Apa Yang Saya Buat Ini Spamming?

EcommerceMasteryTigerC22a-A00aT08a-A Banyak benda yang boleh ditakrifkan sebagai spamming ini.

Tapi kita tengok yang paling mudah, email spamming.

Pernah tak anda mendapat emel dari orang yang tidak dikenali mengatakan anda telah memenang wang sebanyak berjuta-juta ringgit?

Haa, itu adalah contoh emel SPAM.

Sekarang ini, emel SPAM pun tidak semestinya akan masuk ke folder SPAM atau JUNK Mail terus, kadang-kadang ia akan tersangkut juga dalam folder INBOX kita.

Kita bersalah melakukan SPAM jika kita emel orang yang tidak dikenali tanpa kebenarannya. Selalunya di emel kepada ramai-ramai orang serentak

1) Dengan menggunakan perisian khas untuk collect email pelanggan dari Internet
2) Dengan membeli senarai emel yang mengandungi berjuta-juta emel dari pihak lain.

Ini semua adalah SPAM.

Oh ya, jika anda tidak tahu, melakukan SPAM adalah satu jenayah. Ada beberapa orang Spammers telah dihukum di Amerika Syarikat. (Denda, larangan menghampiri komputer selama beberapa tahun dll)

Cukuplah macam ini. Cuba anda bayangkan anda dimasukkan ke penjara. Jiran sebelah kiri anda adalah pembunuh.Jiran depan peliwat. Sudahlah muka anda skema dan nerd sedikit.

Memang anda pasti akan jadi lauklah. Mesti anda diragging dan dilanyak habis-habisan di penjara nanti. (di sekolah asrama pun pelajar dipukul sampai ada yang mati, inikan pula di penjara)

Anda nak kena macam tu? Jadi lebih baik jauhilah SPAM. Jika anda gusar dan ragu, hubungi mentor anda ataupun syarikat hosting anda. Itu lebih baik. :)

Untuk mengelakkan tuduhan anda melakukan SPAM, apabila anda menghantar emel kepada ramai orang, pastikan bahawa list anda “double opt in”. Mereka ini telah memberi kebenaran kepada anda untuk menghantar emel kepada mereka.

Jauhi perkara-perkara black hat, gray hat dan sebagainya. Jadi untuk menjawab soalan Shuth, pilihlah warna putih atau pink atau biru atau hijau atau ungu. Jangan sesekali pilih warna hitam.

i_101

Sedikit Senarai Perisian Yang Memang SPAM

(Ini cuma sebahagian perisian yang memang diketahui adalah SPAM)

  • Super Email Spider
  • AMS
  • Apa-apa juga perisian pengumpul emel automatik
  • Apa-apa juga jenis email blaster

Sesi Debriefing Untuk Pelanggan Hosting EcommerceMastery.com

EcommerceMasteryTigerC22a-A01aT08a-Z_smlTerima kasih atas sokongan berterusan anda kepada kami. Kami sangat menghargainya.

Terutama buat kepada mangsa-mangsa pembunuhan server PURE baru-baru ini. Kami memahami dan turut merasai penderitaan dan kerugian yang anda alami. Sebelum kita bercerita apa yang akan terjadi pada masa akan datang, biarlah kita bercerita mengenai masa lepas pula. Anda sudah tahu apa yang terjadi bukan? Jika belum anda boleh membaca kisahnya di sini.

Ketika saya memberi ETA 12 jam pada mulanya, ketika itu saya yakin kerana kami mempunyai backup salinan file-file anda. Tentatifnya kita hanya perlu mendapatkan server baru di DC baru dan restore kembali.

Walaupun kadang-kadang proses mendapatkan server baru boleh makan masa sehingga 2 hari, kami optimis dapat mendapatkannya dengan cepat kerana sudah mempunyai alternatif ke mana hendak mendapatkan server baru tersebut.

Setelah mendapatkan server baru tersebut (10 jam+), proses memindahkan backup ke server baru memakan masa yang agak lama juga kerana jumlah file yang besar dan akaun yang banyak.

Setelah berjam-jam masa dihabiskan untuk memindahkan backup tersebut, apabila tiba masa untuk restore backup tersebut, admin mendapati backup tersebut tidak compatible,

Jadi di sini yang membuatkan masa yang diambil lebih lama. Akhirnya kami mendapatkan khidmat seorang programmer untuk membantu. Ketika ini domain anda sudah okay tetapi banyak yang mendapat 403 error.

Selepas itu kami meminta bantuan pihak Cpanel sendiri dan selepas itu barulah semuanya selesai.

Rasmilah, Server PURE mendapat jasad baru. :)

Sehingga ke hari ini, kami menjangkakan semua isu selesai kecuali kemungkinan beberapa kes terpencil. Dalam tempoh mulai Selasa ini, kami akan memulakan proses untuk tighten server baru ini untuk menjadikan ia sepower dahulu. Jadi dalam seminggu dua minggu ini jika ada perkara pelik dan luar biasa terjadi, itulah puncanya.

Tetapi yang pasti, kami menjangkakan tidak ada sebarang downtime yang berpanjangan lagi.

Oh ya, memandangkan server baru ini mempunyai kapasiti yang lebih baik dan sekaliganda lebih hebat dari server PURE yang lama, technology partner kami mencadangkan agar semua akaun di server PRO dipindahkan ke server PURE. Ia akan kami lakukan paling lewat 3 minggu dari sekarang.

Perubahan/Penguatkasaan Polisi Baru EcommerceMastery

Jika ada perubahan pada polisi EcommerceMastery, ketahuilah bahawa ia adalah untuk kebaikan semua pihak. Kami ingin membantu anda sebaik-baiknya dalam mencapai cita-cita perniagaan internet anda.

Mengenai perubahan polisi baru, saya rasa tidak ada banyak sangat yang ingin saya sentuh, sebab semuanya terkawal. Cuma saya harap anda baca juga post saya sebelum ini. Bagus juga terjadi perisitwa ini, jadi banyak perkara yang terbuku di hati dapat diluahkan.

Cuma yang saya ingatkan, hosting yang anda gunakan tidak sesuai untuk diinstall dengan perisian autoresponder. Perisian autoresponder sebaiknya menggunakan server khas untuk email.

Mana-mana syarikat hosting yang mempunyai integriti pun akan memberitahu anda perkara tersebut. Shared server mempunyai had mengenai berapa bilangan emel yang anda boleh hantar dalam tempoh sejam. Mungkin ketika emel list anda masih kecil anda tidak akan mengalami masalah, tetapi lama kelamaan anda pasti berdepan masalah.

Kami menyediakan kemudahan khas autoresponder kepada anda. (kami juga menyediakan perisian affiliate) yang boleh anda sewa dengan kadar sangat berpatutan setiap bulan.

Perisian-perisian ini adalah dibawah EcommerceMastery Smart Tools dan bukan Hosting Division. Jadi ia tidak diberi percuma dengan hosting. Perisian Ecommerce yang anda dapati dengan hosting, adalah shopping cart dan perisian-perisian di dalam Fantastico sahaja.

Untuk pengetahuan anda, beberapa orang protege SaifulSham bernaung di bawah program kami menggunakan sepenuhnya kemudahan EcommerceMastery Smart Tools untuk menghasilkan ribuan RM setiap bulan.

Jadi, jika anda yakin dan benar-benar serius dalam perniagaan Internet anda. Come & talk to us. Kami akan membantu anda.

Anda perlu tahu, kami pun mempunyai mentor dan godfather yang banyak membantu membimbing kami dalam perniagaan internet. Tanpa beliau, tidak mungkin kami seperti hari ni.

Jadi, kami akan cuba menjadi kepada anda, apa yang beliau jadi kepada kami. Kami amat bersedia untuk membantu orang yang ingin membantu dirinya sendiri. Come & talk to us!

Dengan syarat sudah tentu, anda merupakan pelanggan kami!

Selamat Berjaya, Good Leverage!

Sabri

Bacaan Lanjut:

5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Hari ini saya akan cover topik Search Engine Optimization yang mudah-mudah khusus untuk menjawab soalan-soalan yang sering saya terima. Search Engine Optimization adalah bagaimana kita dapat memanipulasi enjin carian supaya laman web kita berada di ranking teratas.

Contohnya, apa yang perlu kita buat, supaya apabila orang search “GULA”, laman web kita yang menjual Gula berada di tempat pertama enjin carian. Ini penting kerana biasanya sebelum membeli, orang akan mencari terlebih dahulu informasi mengenai produk tersebut. Dalam proses inilah kita dapat positionkan laman web dan produk yang kita jual di mata dan fikiran pelanggan.

Bayangkan, anda mendapat peluang untuk menjual kepada bakal pelanggan anda sebelum pesaing-pesaing anda, sudah tentulah peluang anda untuk membuat jualan jika tawaran anda betul-betul menarik lebih cerah.

Tetapi ingin saya tegaskan, Tidak ada seorang pun yang tahu dengan sebenar-benarnya apa yang diigini oleh enjin carian. Bisnes Enjin Carian bergantung kepada kebolehannya memberi hasil carian yang relevan dan tidak di manipulasi mana-mana pihak. Jika mereka gagal memberi ini kepada pelanggan mereka, pelanggan mereka tidak akan menggunakan mereka lagi dan perniagaan mereka akan gulung tikar. Jadi enjin carian seperti Google, Yahoo dan MSN Search ini betul-betul menjaga formula mereka dari diketahui orang luar. Usahlah percaya jika ada yang dapat memberi janji manis dengan menjamin kedudukan anda di tempat teratas enjin carian.

Tetapi, kita dapat membuat tekaan bijak mengenai apa yang mereka mahu.

Secara tuntasnya, ada 3 perkara yang Enjin Carian mahu lihat pada laman web anda. Laman web yang seperti ini mereka mahu senaraikan dan beri kedudukan yang baik. Jadi anda kena pastikan laman web anda mempunyai ciri-ciri berikut.

  • Popular
  • Relevan
  • Makumat Terkini

Saya akan bercerita secara ringkas sahaja di sini. Di dalam Seminar RBDDI SaifulSham kami ada menyentuh lebih dalam lagi bagaimana untuk memastikan pelan pemasaran anda mengandungi semua aspek ini.

1) Populariti
Enjin carian mengukur populariti sesebuah laman web itu berdasarkan bilangan link (link ini, apabila di klik menuju ke laman web kita-Jangan terkejut. Saya berjumpa dengan orang yang tidak tahu apa itu link setiap bulan. Ada yang tak tahu :grin: )

Satu link bermaksud satu undi kepada populariti laman web kita. Lebih banyak link anda dapat, lebih banyak undi kepada laman web anda secara ringkasnya.

2) Relevan
Apabila anda mahu laman web anda mendapat ranking tinggi di enjin carian, anda tidak boleh berada di ranking tertinggi untuk semua topik. Jika laman web anda berkaitan futsal, tidak perlu laman web anda berada di ranking tinggi apabila orang mencari mengenai “Barbie Dolls” misalnya.

Bagaimana laman web tahu mengukur relevannya sesebuah laman web?

Enjin carian mengukur kerelevenan sesebuah laman web dengan melihat content laman web anda. Jika laman web anda mempunyai “perkataan-perkataan” berkaitan bola, maka laman web anda akan dikategorikan oleh enjin carian sebagai laman web bola.

Jika anda mahu skor tinggi bagi segmen ini, maka anda perlu mempunyai banyak isi seperti artikel, dan apa2 lagi yang boleh di baca enjin carian. Jadi secara layman termnya, jika laman web anda mempunyai banyak muka surat dan artikel, lagi bagus dan lagi tinggi ranking anda di enjin carian.

3) Maklumat Terkini
Ini yang paling penting. Walau sehebat, sepopular dan selengkap mana pun laman web anda, tetapi jika ia tidak selalu dikemaskini, di tambah isinya, ia akan merana di enjin carian. Enjin carian mempunyai cara tersendiri bagaimana mereka boleh tahu kali terakhir laman web anda di update.

Dalam hal ini, konsistensi adalah lebih baik dari kuantiti. Bermaksud, walaupun sekali kemaskini anda melakukan secara besar-besaran tetapi anda jarang sekali melakukannya, lebih baik anda melakukan perubahan-perubahan kecil tapi kerap. Dengan cara ini, ranking anda di enjin carian lebih terpelihara.

Jawapan Kepada Kes Benar & Persoalan Benar Yang Saya Terima.


1) Menggunakan Fantastico Menyebabkan Ranking Saya Di Yahoo Jatuh

Nonsense. Perkara ini tidak ada kaitan sama sekali. Jika ia terjadi, ia hanya kebetulan semata-mata. Kemungkinan besar, laman web anda tidak mengandungi 3 elemen penting di atas. Sebab itulah ranking laman web anda jatuh. Sila semak semula laman web anda.

Btw, bandwith yang anda gunakan untuk melakukan installation juga tidak boleh direset kembali. Ia bukan seperti data. Ia adalah seperti panggilan telefon yang anda buat. Kita tidak boleh memanggil Telekom Malaysia untuk membatalkan atau “undo” atau “reset” kembali panggilan yang anda buat malam tadi kan?

2) Saya Berada Di Ranking Tertinggi Di Enjin Carian Tanpa Perlu Berusaha!

Jika seseorang itu berkata demikian, sila semak untuk kata kunci apa beliau berada di ranking tertinggi itu. Jika sekadar untuk “nama beliau” atau nama syarikat tersebut lebih baik tidak payah.

Sesiapa sahaja, bahkan monyet pun boleh menekan-nekan keyboard dan mendapat ranking tinggi enjin carian untuk laman webnya jika nama monyet tersebut unik dari monyet-monyet lain. (even a monkey can do that if they are there~ antara ayat kegemaran salah seorang pensyarah saya)

Jadi jangan cepat percaya dengan claim-claim pakar-pakar SEO yang ada. Kunci kepada ranking di Enjin Carian yang baik adalah, konsistensi dan usaha berdasarkan kepada 3 perkara di atas.

*Artikel ini ditulis untuk kefahaman newbie SAHAJA. Search Engine Optimization adalah satu bidang yang sangat luas dan tidak cukup sehari untuk membincangkannya. Di lain ketika kita mungkin boleh berbincang mengenai teknik yang lebih advance, tetapi nasihat saya kepada semua, jangan cuba merenangi Selat Inggeris seperti Malek Maidin jika terapung di kolam renang pun belum mampu. :mrgreen:

Bacaan Lanjut:enjin carian google malaysia optimisasi enjin carian perniagaan internet enjin carian search engine malaysia search engine optimization malaysia seo malaysia

Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Siapa kata membina online store adalah sukar? :mrgreen: Jika anda mengikuti siri membina online store menggunakan Zen Cart di SaifulSham.com sebelum ini, anda sudah memiliki sebuah online store milik anda sendiri. Pada harga cukup MURAH! :razz:

Berapakah harga online store ini jika anda mahu mengupah orang?
Harga standard untuk ecommerce site, out of the box seperti apa yang anda di ajar untuk buat sekarang adalah RM 800. Yup, Syazwan pernah meminta saya mencari professional untuk membina salah satu laman web jualan kami. Laman web Ecommerce bukan seperti laman web biasa. Ia laman web yang berpotensi menjana wang. Sudah tentulah harganya juga lebih mahal. :)

Laman web online store yang sudah diubah mengikut kemahuan anda, harga yang boleh dikira murah adalah RM 2000 hingga RM 3000. Saya tidak terkejut jika ia mencecah 5 angka. Berhenti bercakap soal itu, mari kita belajar memeriahkan online store RM 800 kita dahulu. :razz:

Oh ya, jika anda belum membaca siri Zen Cart SaifulSham yang terdahulu;

  1. Prelude| 5 Dalil Anda Perlu Belajar Menggunakan Zen Cart
  2. Siri 1 : Membina Online Store Anda Sendiri

Oh ya, sedikit iklan. Untuk membina online store menggunakan Zen Cart, anda perlu mempunyai hosting dan sudah semestinya domain sendiri. Untuk membolehkan kami lebih bersemangat menulis post-post seperti ini, ehem3… ;) Dapatkanlah hosting di EcommerceMastery.com (tepuk2~) ;)

Kami ada promosi sekarang.

Pakej Efficient + FREE Domain + FREE Domain Privacy Protection cuma RM100 setahun. (Klik sini untuk order link direct)

Nota: Ada komen yang mengatakan bahawa Siri lepas mengandungi banyak arahan untuk diikuti dan senak perut untuk dicerna, jadi saya akan memendekkan setiap siri dan menambahkan episodnya supaya mudah diikuti.

Dalam membina online store, anda akan didedahkan dengan satu konsep baru yang mungkin tidak biasa didengar oleh orang biasa. “Front End” dan “Back End”. Front End adalah pintu besar online store anda di mana pelanggan akan masuk, dan “Back End” adalah pintu belakang yang akan digunakan oleh pekerja kedai untuk masuk. Begitu juga dengan Zen Cart. Untuk memasukkan produk ke dalam online store anda, anda perlu ke pintu belakang.

Di sini anda dapat menguruskan zen cart anda sama ada mengubah kedudukan template zen cart, menambah produk, menukar atau menambah maklumat produk, mewujudkan kategori produk, meletakkan banner,meletakkan harga produk dan sebagainya.

Pintu Depan: www.domainanda.com/direktoriZenCart
Pintu Belakang: www.domainanda.com/direktoriZenCart/admin

Langkah 1 : Menambahkan Product Di Online Store Anda

Masuk menggunakan pintu belakang dengan username dan password yang anda daftarkan sebelum ini.

Sebelum menambah produk, anda perlu membina kategori untuk produk tersebut dahulu.

Menambah Kategori Produk

Untuk mewujudkan kategori bagi produk-produk anda, pergi ke bahagian menu zen cart yang bewarna hijau dan pilih perkataan Catalog. Daripada drop down list Catalog, klik pada perkataan Categories/Products.

Cara Membina Online Store Dengan Mudah

Paparan berikutnya adalah halaman Categories/Product di mana anda dapat mewujudkan kategori produk, meletakkan gambar produk, maklumat produk, harga produk dan jumlah stok yang tinggal.

Jika anda mahu menambah bilangan kategori, Klik butang new category untuk mewujudkan kategori baru. Jika anda mahu mula menambah produk, klik new product. Seeloknya, anda bina dahulu Kategori sebelum menambah produk supaya produk anda tersusun.

Rahsia Buat Duit Dengan Program Affiliate

Seterusnya, anda akan berjumpa dengan halaman ini.

usahawan muda

Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan ke dalam kotak yang disediakan seperti nama kategori, penerangan kategori tersebut dan muat naik imej bagi kategori tersebut.

Setelah selesai, klik butang save untuk menyimpan kesemua maklumat-maklumat tersebut atau butang cancel untuk mengosongkan kotak-kotak tersebut.

Untuk beginner: Abaikan dua kotak terbawah. Select an existing image & Sort Order. Kosongkan sahaja kotak tersebut.

Langkah 2: Menambah Produk di dalam Kategori Yang Di Bina

Untuk menambah produk di dalam kategori-kategori tertentu, klik mana-mana folder kategori berikut. Tetapi sekiranya anda ingin menambah lagi kategori,klik butang new category dan lakukan langkah yang sama untuk menambah kategori.

Bina Kedai Online Di Internet

Setelah anda berada di dalam kategori yang anda telah pilih, klik butang new product untuk menambah produk di dalam kategori tersebut.

Kemudian, borang maklumat produk akan dipaparkan dan anda perlu mengisi butiran- butiran produk di dalamnya. Berikut adalah borang maklumat produk yang telah diisi dengan lengkap.

Ok, baiklah. Untuk siri kedua ini, saya akan berhenti sehingga setakat ini. Kepada anda yang telah maju, anda boleh terus menambah produk. Jika anda ada soalan, boleh bertanya di ruangan komen. Syazwan atau saya atau pembaca lain akan menjawab.

Dalam siri seterusnya, kita akan menambah produk pula dengan melihat satu persatu perkara yang perlu dimasukkan.

Saya berhenti di sini, kerana part memasukkan produk ini kadang kala menyangkutkan ramai pengguna Zen Cart. Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan dalam pelajaran ini. Cuba praktikakan terus, kerana siri seterusnya akan lebih mencabar. :smile:

Oh ya, jika anda terpinga-pinga membaca post ini, baca post-post sebelum ini dalam siri membina online store menggunakan Zen Cart ini dahulu.

  1. Prelude| 5 Dalil Anda Perlu Belajar Menggunakan Zen Cart
  2. Siri 1 : Membina Online Store Anda Sendiri

Jumpa lagi!

Sabri

Bacaan Lanjut:bina shopping cart cara bina kedai online dengan mudah cara bina online store panduan zen cart

Membina Online Store Untuk Menjual Di Internet Dengan Mudah | Siri 1

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Selepas saya menulis mengenai penggunaan Zen Cart tempohari dalam post ini, saya ada menerima beberapa emel (dan juga sebelum itu lagi) yang meminta saya untuk menunjukkan cara-cara menggunakan dan membina laman web menggunakan Zen Cart. (Oh ya, ada juga beberapa orang classmate saya yang ingin menggunakan Zen Cart untuk projek mereka, jadi teruslah saya menulis siri artikel ini untuk membantu anda semua)

Ciri-Ciri Untuk Memilih Teknologi Yang Diperlukan

Apabila memilih sesebuah perisian Shopping Cart, seharusnya kita memilih perisian shopping cart yang mudah difahami, mudah diaplikasi secara praktikal dan mempunyai fungsi yang menyeluruh.Ketiga-tiga ciri di atas adalah penting dalam menghasilkan laman web shopping cart atau online store yang mengambil tempoh masa yang singkat dan tidak terlalu kompleks sehingga menimbulkan kesukaran kepada penggunanya..

Untuk itu, kajian ke atas beberapa shopping cart membezakan kebaikan dan kelemahan yang wujud ke atas perisian-perisian shopping cart yang wujud. Antara perisian-perisian shopping cart yang sering digunakan dan menjadi pilihan ialah Oscommerce, CRE Loaded, Zen Cart, X-Cart dan Cube Cart.

Adalah penting untuk mengetahui ciri-ciri yang anda perlukan ketika memilih sesebuah perisian. Kebanyakkan shopping cart yang ada mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

•Pengurusan pelanggan
•Pengurusan dan inventori produk
•Kaedah pembayaran yang pelbagai dan modul penghantaran(shipping)
•Resit pesanan yang diemailkan kepada pelanggan dan juga pemilik
•Kebolehan/Kemampuan menggunakan SSL secure layer untuk proses
pesanan(oder)

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan di antara setiap shopping cart, antaranya:

•Masa yang diperlukan untuk mengubahsuai sesebuah cart kepada bentuk web semasa.
•Kemampuan WYSIWYG untuk mengubah keterangan/maklumat produk menggunakan fonts yang berbeza, warna dan sebagainya.
•Harga Wholesale/Reseller

Daripada kelima-lima shopping cart yang disenaraikan di atas, Zen Cart merupakan sebuah shopping cart yang mudah kerana ciri-cirinya yang didapati lebih “user friendly” serta mudah secara teknikalnya. Selain itu juga, Zen Cat merupakan perisian percuma yang disediakan di internet yang membenarkan sesiapa sahaja memuat turun perisian tersebut.

Pro & Kontra Menggunakan Zen Cart

Zen Cart mempunyai ciri-ciri dan fungsi yang lebih meluas yang dibangunkan berpandukan kepada perisian Oscommerce namun Zen Cart memiliki keistimewaan tersendiri. Anda tidak boleh secara direct menginstall fungsi-fungsi dari Oscommerce
website ke dalam Zen Cart. Di antara ciri-ciri menarik yang terdapat di dalam Zen Cart ialah pengurusan maklumat-maklumat produk, template system, html editor for regular web page contents, dibangunkan dalam bentuk coupon code system, kebolehan untuk memilih penggunaan kad kredit yang boleh diterima dan banyak lagi.

Antara kebaikan menggunakan perisian shopping cart Zent Cart ialah :

•Tiada bayaran lessen menggunakan Zen Cart
•Stabil (perisian yang kukuh)
•Kebanyakkan ciri-ciri dan fungsi yang terdapat di dalam Oscommerce, kini turut terdapat di dalam Zen Cart.

Namun demikian, Zen Cart juga mengandungi kelemahan tertentu, antaranya :

•Modul-modul tambahan Oscommerce (banyak!) tidak boleh dimanfaatkan melainkan ia diolah kepada Zen Cart
•Antaramuka di bahagian admin, agak berserabut di sesetengah bahagian kerana terlalu banyak ciri-ciri dan fungsi-fungsi yang diinstall.

Walaupun Zen Cart adalah perisian percuma, namun anda memerlukan PHP dan kemudahan Database untuk menggunakannya. Ini bermaksud anda perlu mempunyai hosting. (Anda boleh mendapatkan hosting dengan harga promosi di sini)

Langkah-Langkah Untuk Membina Web Store Anda Sendiri (dengan Fantastico)

Langkah 1: Bagaimana Untuk Login di Hosting Anda

Untuk ke bahagian CPanel menggunakan hosting, taipkan domain anda sama ada di
browser Internet Explorer atau Mozilla Firefox diikuti dengan “:2082” .

Contohnya adalah seperti berikut www.saifulsham.info:2082/
(http://www.domainanda.com:2082) , kemudian tekan enter.

Perhatikan rajah di bawah.

Bina Online Store Dengan Mudah

Seterusnya, untuk mengakses ke dalam CPanel, anda perlu menaip username dan password anda di ruangan textfield yang disediakan. Jika anda terlupa username dan password, sila periksa di dalam mailbox email anda kerana maklumat-maklumat tersebut di emailkan kepada anda selepas anda melakukan pembelian domain.

Selepas login, anda akan memperoleh page seperti paparan di bawah :

Bina Online Store Dengan Zen Cart

Langkah 2: Menggunakan Function Fantastico

Seperti yang anda dapat lihat di CPanel terdapat banyak ikon-ikon. Untuk ke Installation Zen Cart, anda scroll ke bawah dan klik pada perkataan Fantastico (Wajah Smiley)

Langkah 3: Meredah Cabaran Dan Memilih Perisian Zen Cart

Selepas anda klik perkataan Fantastico, page seperti berikutnya akan dipaparkan.

Rahsia Online Store Jutawan

Di halaman yang sama, skroll kan mouse anda ke bawah dan cari perkataan Zen Cart di bahagian kiri page tersebut. Klik perkataan Zen Cart tersebut untuk ke page arahan seterusnya.

Langkah 4: Halangan Kepada Yang Banyak Karenah

Bagi melakukan fresh New Installation of Zen Cart, klik pada perkataan New Installation yang bewarna biru yang dapat anda lihat di bahagian tengah page yang dipaparkan.

Rahsia Internet Terbongkar

Apabila hyperlink New Installation di klik, paparan page berikut akan diperolehi di mana anda perlu mengisi kotak-kotak yang disediakan.

Perniagaan Internet Yang Sebenar

Install in directory - adalah pilihan sama ada anda ingin membiarkan ia tidak bertulis atau sebaliknya. Ruangan tersebut disediakan untuk anda menamakan folder anda untuk menyimpan laman web anda nanti. Apabila anda ingin ke laman web anda, nama folder anda harus ditaip bersama dengan nama domain anda selepas tanda palang.

Admin access data – adalah kotak yang disediakan untuk anda menaip username dan password admin anda untuk login ke halaman admin zen cart anda. Di halaman admin tersebut, hanya anda dibenarkan untuk melakukan perubahan ke atas zen cart anda seperti menambah produk, menukar banner, menukar harga barang dan sebagainya.

Manakala di bahagian Base Configuration :

Admin e-mail (your email address) – letakkan email anda supaya setiap pesanan atau respon dan pertanyaan pembeli dapat dihantar kepada anda terus ke email anda.

Setelah anda melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan, klik butang Install Zen Cart untuk ke langkah seterusnya

Perhatian: Kemungkinan besar anda akan gagal melakukan installation jika ruangan space yang tinggal untuk Zen Cart ini terlalu kecil (anda telah menggunakan majoriti ruang hosting anda, atau anda telah mencecah maksimum database). Jika anda di EcommerceMastery.com, pastikan pakej hosting anda adalah sekurang-kurangnya Efficient. Experimental adalah ruangan hosting untuk bereksperimen sahaja. Bukan untuk melakukan online bisnes secara serius (hence, the name). Jadi pastikan perkara ini dahulu.

Anda perlukan sekurang-kurangnya 25MB Free Space & sekurang-kurangnya 1 MySQL database yang belum digunakan

Langkah 5: Yang Berjaya Dan Yang Tidak Berjaya Dipisahkan.

(jika anda ada masalah di sini, rujuk tulisan highlight berwarna kuning di atas. Jika anda sudah semak dan masih bermasalah, anda boleh menghubungi syarikat hosting anda untuk bantuan. Mereka tahu apa nak buat. Psst, kepada yang pakar, jika ada masalah, ada satu hint. Selalunya jika ada masalah di sini adalah kerana folder “image”.) (delete atau rename folder tersebut)

Seterusnya anda akan memperoleh paparan berikutnya yang menunjukkan bahawa anda telah selesai melakukan hampir 2/3 installation zen cart . Klik butang Finish Installation untuk ke langkah berikutnya.

Rahsia Jutawan Internet Senyap

Sekiranya anda memperoleh paparan seperti berikut bererti anda telah berjaya menjalankan installation zen cart dan anda telah selesai melengkapkan kesemua langkah- langkah installation zen cart. Di ruangan kotak kuning di bawah, letakkan email anda supaya zen cart dapat menghantar butiran installation zen cart yang telah anda lakukan.

Wang Segera Internet

Namun sekiranya anda menerima error di bahagian berikut,

Rahsia Jutawan Internet Sebenar

Jangan panik, sebaliknya lakukan installation sekali lagi kerana kadang-kala masalah sedemikian adalah berpunca daripada kesilapan yang dilakukan di langkah 2. Antara punca-punca error adalah nama directory/folder di create dua kali atau ruangan storan yang tidak mencukupi. Jika berlaku keadaan sedemikian, delete folder/directory yang tidak digunakan dan berikan nama yang berlainan.

Setelah anda isikan kotak kuning tersebut dengan email anda , klik butang Send E-mail sebelum ke langkah seterusnya.

Kemudian, paparan berikutnya akan diperolehi mengatakan butiran-butiran installation zen cart anda telah diemailkan ke alamat email anda . Untuk kepastian anda bolehlah memeriksa email anda untuk mendapatkan semula username dan password admin zen cart anda. Klik hyperlink Back_to_Zen_Cart_overview untuk ke zen cart home.

Langkah Terakhir: Menyemak Dan Mengemas Peralatan Pembinaan

Untuk ke halaman zen cart anda , klik hyperlink Visit_site atau

Anda taipkan http://www.saifulsham.info/smartshop/ (www.domainanda/directoryZenCartanda/)

Berikut adalah contoh halaman zen cart anda yang dilihat oleh pelawat-pelawat yang mengunjungi halaman anda

Laman Web Ecommerce Sebenar

Namun demikian, anda tidak dapat melakukan sebarang perubahan di halaman ini. Untuk ke halaman admin:

Taipkan url http://www.saifulsham.info/smartshop/admin (www.domainanda/directoryZenCartanda/) di browser Internet Explorer
atau Mozilla Firefox anda.

Page yang akan dipaparkan :

Admin Perniagaan Internet Jutawan

Isikan kotak-kotak tersebut dengan username dan password yang anda create semasa installation zen cart sebentar tadi dan klik butang login.

Tadaaa! Online Store anda telah berjaya di bina. Mudah bukan? ;) Namun ini adalah cuma sebahagian dari langkah-langkah membina online store anda sendiri. Kita tidak boleh cuba habiskan semuanya dalam satu hari, nanti anda exhausted. :) Dalam siri yang akan datang, kita akan lihat pula bagaimana untuk customize Zen Cart installation dan cara untuk mengatasi masalah-masalah yang sering timbul dengan penggunaan Zen Cart. :)

Jika anda tidak mahu tertinggal episod-episod membina laman web Ecommerce yang akan datang, anda boleh memasukkan emel anda di ruangan SaifulSham Ezine di sebelah. Kami akan menghantar update terbaru ke emel anda. :)

Bacaan Mengenai Zen Cart Dalam Post Sebelum Ini:

1) Bergusti Dengan Zen Cart

Bacaan Lanjut:cara bina online store cara nak edit zen cart orang kaya internet panduan zen cart shopping cart teknik membina laman web ecommerce
Close
E-mail It